Kenapa pula aku harus menjadi suri rumah. Sedangkan wawasan aku berpencen mahu memulehkan harta pusaka arwah Apak. Jika kesampaian nanti aku mahu tebus kembali lima ekar tanah yang telah bertukar tangan. Aku tak pasti status tanah Air Hangat itu; kepada boleh jatuh ke tangan orang Endon. Apa hak si Hamidah orang Endon itu terhadap tanah arwah Apak.
Persoalan yang masih belum berjawab. Pejabat Tanah ini pun satu hal, usik sahaja bab geran, mahukan duit. Aku teringat tahun lalu, bila aku cuba tebus tiga geran, Pejaba Tanah Kampar, kasi amaran mulut tiga bulan sahaja aku punya waktu untuk mencari duit yang lebih dari RM5,000. Maka itu aku gantung dulu kes tanah Air Hangat itu. Aku terpaksa korek duit simpanan anak-anak ketika itu. Maka itu aku mahu pencen awal, aku mahu ada duit simpanan yang kukuh untuk tebus semua tanah arwah ayah.
Adik beradik yang lain entah kenapa, langsung tak mahu menolong, Aku yang bungsu yang terasa sayang amat akan tanah kampung. Abg sulungku asyik dengan keluarganya. Kak Nomie nampaknya tak boleh buat apa. Rumah pusaka yang miliknya pun dia tak mahu baiki. Arwah Abang Din lagilah bolah dipersoalkan. Yoep Zaini (anak Opah Bi, isteri ke tiga arwah Apak) ayah AC Mizal yang jadi jutawan kini senyap sepi. Bila dapat gelaran Dato' memang tidak lagi ingat saudara mara sebelah kami. Kenduri kawinkan anak pun aku tidak dijemput.
Tak ingat langsung Yoep Zaini bagaimana arwah Apak membesarkan dia. Keluarga mereka bagaikan saudara yang telah lupa segala. AC Mizal sekadar dapat dilihat di TV, Zareel, Boboi entah khabarnya bagaimana. Aku sebagai pangkat Pakcik mereka dia baradik ini langsung tak pernah mereka jenguk; masa AC Mizal jadi orang biasa memang ada jejak rumah di Jenaris ini; ikut Opah Bi bertandang ke sini. Sekarang ini balik kampung pun mereka telah lupa. Lupa jalanlah kot. Yoep Zaini jadi orang kaya di Muar. AC Mizal dapat bini muda yang kayaraya tentunya sibuk sentiasa. Nor, Syikin & Rusli anak Cik Peah isteri arwah Apak ke dua langsung memisahkan diri. Nor sesekali dapat dihubung, Syikin & Rusli tak tahu apa jadinya.
Berbalik bab tanah pusaka arwah Apak. Ianya tanah rezab Melayu, bagaimana boleh bertukar tangan. Apakah lantaran mainan orang di Pejabat Tanah Kampar. Apakah ianya dilelong tanpa pengetahuan Pewaris. Seharusnya arwah Opah Bi mesti tahu status tanah ini. Dia yang kami harapkan menjaga semua harta sepeninggalan arwah Apak. Dia yang tidak berganjak dari kampung halaman kami. Seharusnya semua surat notis perbagai mesti dia tahu. Jika benarlah ada notis lelongan kenapa tidak rasa sayang di hati Opah Bi akan tanah pusaka ini. Takkan aku mahu salahkan dia, dia sekadar emak tiri; lagi pun Opah Bi kekinian telah bersemadi. Bagaimana aku mahu merujuk semua ini.
Sekarang ini pun status tanah tapak kedai arwah Apak menjadi tanda tanya. Dari wasiat arwah Apak tanah tersebut adalah milik arwah Opah Bi. Nama asalnya memang nama arwah Emak. Katanya bertukar hak milik semasa mereka masih hidup. Persetujuan antara Apak & Emak. Arwah Apak telah meninggal sekitar 15 tahun. Sepanjang itulah tanah itu tak tahu apa statusnya; masih tak ambil kuasa; di mana bil cukai tanahnya. Aku kena redah Pejabat Tanah Kampar, jika tak selesai kena ke Pejabat Tanah di Ipoh. Jika tak selesai juga kena ke Taiping. Kena usahakan juga. Semua itu perlukan duit!. Huh!.
Rata-rata tanah arwah Apak telah mendapat geran sejak tahun 1920an. Sebahagiannya bercampur dengan geran besar, ada tertulis nama Tengku Abdullah. Geran besar yang dulunya dicetak di Taiping. Aku memang mendengar cerita yang keluarga sebelah arwah Apak ada darah keturunan Sultan Perak. Kebanyakan saudara mara sebelah arwah Apak keturunan Syed & Sharifah belaka. Jika memang tanah pusaka kepunyaan kerabat Sultan Perak, kenapa orang di Pejabat Tanah senang-senang berikan kepada orang Endon.
Itu yang aku terlampau nak tahu.
Suami si Hamidah itu berkahwin seorang cina muslim. Tapi muslim atas nama, aku terserempak dengan dia tempoh hari, dia cuma pakai seluar pendek. Tanah Air Hangat milik arwah Apak yang kini milik mereka telah ditanam kelapa sawit, berpagar & penuh anjing. Aku telah tandakan tanah Air Hangat ini di Wikimapia.
Aku terkilan amat Mat Saleh berjambang webmaster Wikimapia boleh senang-senang padamkan apa yang aku tanda di Wikimapia. Alasan tak rasional yang diberikan daripada dia bila aku persoalkan melalui e-mel. Sampaikan bilamana berbalahan dengan webmaster Wikimapia semua kerja penat aku menanda tempat di Wikimapia habis dipadamnya. Pertunjuk rumahku pun habis dipadamnya. Akaun aku digamnya. Dengki amat Mat Saleh berjambang ini. Rasa nak aku tarik jambangnya. Alasan mamat ini Don Esslemont nicknya; seorang pengguna Wikimapia hanya berhak tandakan rumahnya sendiri; itu pun ikut kepentingan mereka. Dia tahu ke kita orang Malaysia banyak rumah, ramai kalangan kita ada yang punya lebih seorang isteri, lebih seorang emak, emak sebenar & emak tiri. Tak baik tandakan nama jiran, pulak! budaya apa mereka ini. Sedangkan kita di kampung kenal semua orang, tahu semua jiran-jiran. Jika anda kalangan ahli di Wikimapia cuba sedarkan sikit mamat ini Don Esslemont. Dia kata tahu tiga bahasa English, French, Malay. Orang Scotland. Tahu bahasa sahaja tapi tak tahu budaya kita.
Sila klik ini & sekitarnya...
Tasik Azim di Desa Tualang aku akan cuba mengembalikan kenangan di kampung & akan menandakan semuanya di Wikimapia, sayangnya visi Wikimapia makin berubah; tak pasti mereka nak maklumat apa. Hanya kem askar atau balai polis sahaja yang mereka mahukan lokasinya. Nak ajak perang kot. Rumah individu makin dipadamnya.

..... pengailsejati | Posted on 10.4.2009 at 7:33 AM Semoga abg idan berjaya mendapatkan semula hak abg idan....Lawan jangan tak lawan.Biar putih tulang,jangan putih mata.... |
Memang Benar iDAN | Posted on 10.4.2009 at 8:39 AM Memang ada benarnya, akta tanah telah digubal oleh pemimpin lalu. Maka dalam tempuh 15 tahun senang-senang tanah rezab Melayu seluas lebih kurang 5 ekar; dikenakan cukai termasuk denda lewat bayar sekitar RM5,000; mereka lelong tanpa pengetahuan semua pewaris. Apakah wajar dengan hanya RM5,000 boleh kita hilang hak tanah seluas itu?. Kemudian beri pula pada pendatang; Apa semua ini?. Apakah orang Pejabat Tanah mahu gadai negara sendiri. |
warisan anonymous | Posted on 10.4.2009 at 9:32 AM ..kekadang kita tersepit dengan perubahan yang dibuat olih para pemimpin sekarang. Tak bayar cukai tanah kita kena lelong. Orang luar boleh dapat tanah dengan mudah kita anak tempatan dah nak pencen pun hanya ada sebuah rumah 20 x 65 je, dema ada tanah berekar-ekar, yang kaya bertambah kaya..... |
Rezab Melayu iDAN | Posted on 10.4.2009 at 9:56 AM Bangsa kita yang boleh menentukan bangsa sendiri. Cuba Klik Wikimapia, semua keliling kampung sy digadaikan untuk orang luar. Siapa punya semua ladang & estet itu?. Orang kampung tersepit. Kebanyakan orang kampung itu tak bayar cukai tanah. Salah satu sebabnya gerannya rezab Melayu itu besarlah amat. Tidah dipecah lotnya; dulu arwah Apak Mat Sesh rajin guna duit dia dulu; dia ada duit lebih bantu org kampung; kemudian baru kutip dari rumah ke rumah. Sekarang tak pasti siapa buat semua itu. Itu yang buat tanah itu mudah kena lelong. Kerajaan seharusnya berfikir ke arah memelihara warisan atau pusaka rezab Melayu. Bukan merampasnya. 20 x 65 sini sekarang bernilai sekitar RM170,000 kena ambik hutang sampai 30 tahun. Itu nasib org kita nak duduk di kota. Sebab itu sy sayang sangat tanah pusaka arwah Apak itu. |
Ikan temakang paya . anonymous | Posted on 10.4.2009 at 10:58 AM .asalamuailaikum, 1. Ketika masing-masing sibuk mengejar apa yang dihajati ,jangan lupa jugak supaya apa yang kita ada (kendong ) supaya tidak keciciran (terlepas pandang ) dan terabai samada sengaja atau tidak sengaja . Jugak jangan cuai supaya apa yang kita kendong (ada) tidak disamun dan dirampas oleh mereka -mereka ini. Sungguh sayang andai tanah2 dirampas dan terlepas pada orang luar. 2. Pilihan yang baik dan keputusan yang betul mesti didahulukan. 3. Pepatah cina lebih kurang, jika anda mempunyai tanah(land) anda mempunyai harapan yang agak baik sebaliknya tentu sikit sukar. |
Memang iDAN | Posted on 10.4.2009 at 11:24 PM Memang kita ini manusia leka, lebih mahukan dunia kota, sanggup perabis duit ratusan RM nakkan rumah tak sebesar mana. Beli kereta mewah, nikah banyak-banyak. Macam macam gila lagi kita tabur duit ... Sedar-sedar tanah pusaka di kampung tergadai ke tangan orang. Sy teringat ceritera Tok Perak di KK bolehkan saudara mara sendiri sukat tanah depan mata empunya hak milik. Kononnya dia dapat kuasa dari Kanun Akta Tanah pindaan terkini. Kanun ke Lanun... macam sama saja bunyinya. Harap-harap ramai yang baca kes tanah terlelong ini. Jika kita baca di internet. Banyak tanah rezab Melayu jatuh ke tangan orang luar & kekinian kerajaan negeri gantikan kepada pewaris tanah yang lain. Entah hulu mana dikasinya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan