Monday, June 24, 2013
Berikutan fenomena jerebu yang teruk melanda kini,
Kolej Vokasional Gombak masih lagi bercuti pada esok hari, 25 Jun 2013 (Selasa).
Maklumat tentang tarikh mula persekolahan akan diumumkan lagi melalui
blog ini. Harap maklum dan sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada
media massa.
Semua sekolah sekitar Kajang juga Cuti : Jerebu masih tidak berkurangan.
SEKOLAH KL, SELANGOR CUTI LAGI ESOK
 |
KL kini teruk dilanda jerebu |
Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu akan dibuka esok kecuali di
Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Dato Seri G Palanivel.
Ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat dan merbahaya di Kuala Lumpur dan Selangor, katanya kepada BERNAMA.
"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah
ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya
kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi
Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Jabatan Alam
Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan
Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras
'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.
 |
Datuk Azmi Murad |
Sementara itu, Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian
Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang
perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar
Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad.
Katanya walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.
"Jika
jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan
Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal
terbang.
"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan
jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " katanya ketika dihubungi
Bernama, Isnin.
Azmi berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.
Antara
lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL
di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang
Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan
Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
Kuala Terengganu. -