Posted by abuyon
Sejahtera untukmu wahai diri
Seorang penyair dengan kalam
Terlukis di kanvas rasa terpendam
Penuh suci dan berdenyut dalam
Cantik halamanmu wahai penyair
Bagai taman yang indah mekar
Penuh harum dan juta-juta warna
Ada kumbang singgah sebentar
Beroleh rasa sampai ke tasik fana
Akan puisimu wahai penyair
Ini pesanku si fakir hina
Meniti bicara atas lidah Masuri
Sebagai penyair kita harus berwatak jelas
Kita harus berotak waras
Harus berani dilempari bunyi
Harus sanggup dihinggapi tuli
Dari tarikan nafas -
Abuyon
Madrasah Sains
Abuyon ini adalah rakan Penyair yang telah begitu lama dikenali melalui internet (alam maya) ini. Membaca tulisan beliau rasanya ada teduhan di dalam hati. Terkadang jika kita rajin mencari rakan yang baik & sealiran di alam maya ini memang ianya dapat mendamaikan perasaan; berbanding jika kita ke forum yang lebih mementingkan duniawi atau situs reformasi yang sering menaikkan tekanan darah tinggi kita.
Awas dengan ruangan citcat atau situs yang memerlukan kita menjadi ahli; terkadang kalangan mereka yang sengaja menunjukkan jaguan mereka boleh menggodam komputer kita, malahan ada juga kalangan di alam maya ini cuba mengaibkan kita. Seperti kalangan webmaster di Wikimapia, MIRC, forum politik & banyak lagi yang mana mereka memiliki kuasa penuh bilamana kita akses ke server mereka.
Maka itu jika kita ke mana-mana forum, elok kita imbau sejarahnya, adakah sebahagian webmasternya yang terusan menghentam seseorang dengan kata-kata tidak bermoral & sebagainya. Jika memang ada terlepas perkara tersebut, elok kita lupakan saja menjadi ahli di forum tersebut. Takutnya kita tersilap kesan pada diri amat payah dilupa.
Aku masih tertanya-tanya apa telah jadi dengan melayu.com?.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan