Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 3 Februari 2001

Leukemia


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jump to: navigation, search
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Leukemia ialah sejenis penyakit barah darah atau tulang sumsum yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif.

Jenis utama
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (teruk):

Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya diawasi untuk suatu tempoh sebelum dirawat untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukimia kronik.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:

Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
Leukemia mielogenus akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
Leukemia mielogenus kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Leukemia

Jumaat, 2 Februari 2001

Persediaan awal lebih terjamin (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.

Langkah paling baik lagi berkesan mengikut pengalaman Pak Nuri ialah bersedia lebih awal. Ini termasuk menyediakan peralatan pancing yang perlu dibawa disimpan dalam kotak khas walaupun tarikh untuk turun memancing masih belum tiba.

Kita mahu berkongsi pengalaman yang berlaku kepada ramai kaki pancing sering tertinggal barang keperluan memancing. Ini disebabkan kecuaian sendiri dan tergesa-gesa atau menempatkan barang pancing tidak pada satu tempat yang mudah dilihat.

Malah ada yang tertinggal di tempat letak kereta atau jeti ketika mereka memunggah barang pada waktu malam atau tergesa-gesa kerana hujan. Ada rakan dari Kuantan baru-baru ini, kehilangan peralatan memancing bernilai ribuan RM. Ini gara-gara mereka tergesa-gesa lari ke hotel dan bertawakal dengan meninggalkan perkakasan itu di kenderaan. Esoknya, semua perkakasan lesap. Hendak memancing pun tidak ada lagi semangat.

Justeru, kerana sikap tergesa-gesa inilah maka sering berlaku peralatan pancing tertinggal atau lesap.

Pengalaman beberapa orang rakan pancing membuatkan Pak Nuri ingin berkongsi untuk mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya membuat persediaan lebih awal lalu menyimpan barang keperluan yang diperlukan dalam satu tempat dan batang joran juga tidak terkecuali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada masalah lupa atas sebab-sebab tertentu atau terlalu banyak berfikir. jadi, apabila teringat saja barang yang perlu dibawa, kita perlu segera mencarinya atau membuat persediaan. Tempat paling baik untuk disimpan ialah dalam kotak khas yang akan dibawa memancing. Kotak itu elok dimasukkan terus ke dalam bonet kereta.

Seperkara lagi kita (pemancing) sering mengabaikan ketika memunggah barang adalah lebih baik barang berkenaan dihimpun dalam satu tempat yang besar daripada mengasingkannya dalam kumpulan kecil yang banyak.

Pengalaman yang dirasakan oleh sebilangan ramai kaki pancing Pak Nuri sarankan bahawa cara menyimpan barang keperluan memancing pada satu tempat dijadikan petua yang mesti diamalkan kerana beringat-ingat dulu itu satu kebaikan daripada tertinggal yang akhirnya misi atau trip dilakukan dengan penuh kekurangan peralatan atau kita terpaksa berputih mata.

Joran


Khamis, 1 Februari 2001

Pemancing latah, sawan perlu jujur (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

ADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakan pancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketika ekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.

Rakan pancing dalam kumpulan besar atau kecil adalah saudara paling rapat antara satu sama lain walaupun itu mungkin kali pertama menyertai kumpulan berkenaan.

Ketika di laut, kita perlu bekerjasama (team work) dalam apa juga keadaan. Mengasingkan diri adalah satu sifat yang merugikan diri sendiri. Malah keadaan lebih merbahaya jika kita ditimpa kemalangan yang memerlukan bantuan kawan.

Dalam bot tidak ada ibu bapa, saudara mara, doktor atau pakar bedah untuk memberikan bantuan selain rakan pancing berada dalam kumpulan itu yang akhirnya akan memberi bantuan apabila diperlukan.

Bekerjasama dan sifat suka menolong adalah budaya kita orang Melayu. Dengan cara atau sikap ini juga kita dapat membantu atau membuat persediaan lebih awal jika pemancing perlu diberi pertolongan. Kepada ahli kumpulan yang ada penyakit latah yang tidak boleh tersentuh atau terperanjat atau ada yang mempunyai penyakit sawan; sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di laut.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu mendapat maklumat mengenai perkara ini terutama bagi rakan pancing yang baru menyertai mereka. Pak Nuri difahamkan, sering berlaku kemalangan seperti pemancing terjun ke laut apabila si latah diusik atau terperanjat. Orang yang melatah juga akan bertindak sama ada kasar, membahayakan pemancing atau diri sendiri. Justeru, ingatlah bahawa di atas bot bukan tempat untuk bergurau senda dengan si latah.

Begitu juga dengan penghidap sawan laut yang sudah tidak dapat dikawal. Justeru, menjadi tanggungjawab ahli dalam kumpulan untuk membantu dan sentiasa peka dengan keadaan ini.

Jika seseorang pemancing menghidap mana-mana penyakit itu maka berterus terang kepada rakan pancing dalam kumpulan adalah satu cara paling baik. Jangan malu untuk menyatakan keadaan sebenar sebab keadaan lebih buruk boleh berlaku jika kita berdepan dengan situasi yang datang secara mendadak dan dalam keadaan tidak bersedia.

Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya pemancing terbabit berterus terang terutama kepada pemancing yang baru menyertai kumpulan atau trip memancing supaya langkah awal dapat disediakan atau semua pemancing sudah dimaklumkan dan akan bertindak pantas jika berlaku keadaan yang tidak diingini.

Segan atau malu yang memerangkap diri sendiri terus berdepan dengan keadaan lebih buruk dan menyusahkan rakan kumpulan adalah satu perbuatan yang merugikan dan tidak wajar untuk menjadi seorang pemancing laut.

Joran

Sabtu, 6 Januari 2001

Barah pangkal rahim ( Delima Merkah )


Jumaat, 5 Januari 2001

Kemoterapi ( Delima Merkah )


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jump to: navigation, search
Kemoterapi (bahasa Inggeris chemotherapy) bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat barah. Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sintetik yang digunakan untuk merawat barah.

Dalam penggunaaan bukan onkologi, istilah ini juga merangkumi antibiotik (kemoterapi antibakteria). Dalam pengertian tersebut, agen kemoterapi modern pertama adalah arsfenamin Paul Ehrlich, sebuah sebatian arsenik yang ditemui pada 1909 dan digunakan untuk merawat sifilis. Ini kemudian diikuti oleh sulfonamida ditemukan oleh Gerhard Domagk dan penisilin G ditemukan oleh Alexander Fleming.

Penggunaan lain dari agen kemoterapi sintetik adalah rawatan penyakit autoimun dan penekanan transplant rejection (lihat immunosupresi dan DMARD).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemoterapi

Khamis, 4 Januari 2001

Barah perut ( Delima Merkah )


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dialihkan dari Penyakit barah perut)
Jump to: navigation, search
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

[Sunting] Epidemiologi
Barah perut berleluasa di China, Jepun, Korea, dan negara Asia dan Amerika Selatan, berbanding Amerika Syarikat.


Gejala
Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
Mual dan muntah;
Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
Kembung perut selepas makan;
Hilang selera makan;
Lemah dan letih; dan
Pendarahan (muntah atau berak berdarah).
Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).


Diagnosis
Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:

ujian darah okult najis (Fecal occult blood test)
Siri GI bahagian atas (Upper GI series)
Pemeriksaan gastroskopik
Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.


Tahap
Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.

Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini.


Rawatan
Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.

Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.

Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor -- untuk turut serta dalam perbincangan, mengambil nota, atau hanya mendengar. Pesakit tidak perlu rasa untuk bertanya kesemua soalan mereka atau meningati kesemua jawapan serentak. Mereka akan mempunyai peluang untuk bertanyakan doktor untuk menjelaskan perkara dan mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.

Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.


Mendapatkan pendapat kedua
Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Sesetengah syarikat insurans memerlukan pendapat kedua; yang lain mungkin membayar bagi pendapat kedua sekiranya pesakit memohonnya.) Terdapat beberapa cara bagi mendapatkan pendapat doktor lain:

Doktor yang memeriksa pesakit akan mencadangkan rujukan kepada seorang pakar perubatan. Pakar-pakar yang terlibat ialah pakar gastroenterologi, pakar bedah, pakar perubatan onkologi dan pakar onkologi radiasi.


Cara Perawatan
Barah perut sukar disembuhkan kecuali ia dikesan pada peringkat awal (sebelum ia mula merebak). Malangnya, disebabkan barah perut awal menunjukkan sedikit tanda, penyakit ini biasanya lewat dikesan. Bagaimanapun, barah perut lewat boleh dirawat dan tanda-tandanya dikurangkan. Rawatan bagi barah perut mungkin termasuk pembedahan, kimoterapi, dan/atau rawatan radiasi. Pendekatan rawatan baru seperti rawatan biologi dan peningkatan dalam menggunakan kaedah semasa sedang dikaji dalam ujian klinikal. Pesakit mungkin dirawat dengan satu cara atau gabungan beberapa kaedah rawatan.

Pembedahan merupakan rawatan biasa bagi barah perut. Operasi ini dikenali sebagai gastrektomi (gastrektomi). Pakar bedah motong sebahagian (gastrektomi sebahagian) atau sepenuhnya (gastrektomi penuh) perut, termasuk juga sebahagian tisu disekeliling perut. Selepas gastrektomi, doktor akan menyambung baki perut kepada esophagus atau usus kecil. Selepas gastrektomi penuh, doktor menyambung esophagus langsung kepada usus kecil. Disebabkan barah mampu merebak melalui sistem limfa, nod limfa berhampiran tumor sering kali dibuang semasa pembedahan agar pakar pathologi boleh memeriksanya bagi sel barah. Sekiranya sel barah terdapat pada nod limfa, penyakit tersebut mungkin merebak kepada bahagian tubuh yang lain.

Kemoterapi merupakan penggunaan dadah bagi membunuh sel barah. Rawatan ini dikenali sebagai rawatan sistemik (systemic therapy) kerana dadah memasuki salur darah dan mengalir keseluruh tubuh.

Ujian klinikal sedang dijalankan bagi memastikan cara terbaik bagi menggunakan rawatan kemoterapi bagi merawat barah perut. Ahli sains sedang menyelidik kebaikan memulakan rawatan kemoterapi sebelum pembedahan bagi menguji ketumbuhan (tumor), atau sebagai rawatan seiring selepas pembedahan bagi memusnahkan sel barah. Rawatan gabungan dengan kemoterapi dan radiasi juga diselidik. Doktor sedang menguji rawatan di mana dadah anti barah diletakkan langsung kedalam perut (abdomen) (intraperitoneal chemotherapy). Kimoterapi juga dikaji sebagai rawatan bagi barah yang telah merebak, dan sebagai cara melegakan simptom penyakit.

Kebanyakan dadah anti barah diberikan melalui suntikan; sesetengah ditelan. Doktor mungkin menggunakan satu dadah atau gabungan beberapa dadah. Rawatan kimoterapi diberikan dalam kitaran: tempoh rawatan diikuti tempoh pulih, diikuti rawatan berikutnya, dan berterusan. Biasanya seseorang menerima rawatan kimoterapi sebagai pesakit luar (di hospital, di pejabat doktor, atau di rumah). Walau bagaimanapun, bergantung kepada jenis dadah yang diberikan dan kesihatan pesakit, pesakit mungkin perlu tinggal di hospital bagi tempoh yang singkat.

Rawatan radiasi (juga dikenali sebagai radioterapi) merupakan penggunaan pancaran bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel barah dan menghalangnya dari membesar. Sebagaimana pembedahan, ia adalah rawatan kawasan khusus; radiasi hanya memberi kesan kepada sel barah ditempat yang dirawat. Rawatan radiasi kadang kala diberikan selepas pembedahan untuk memusnahkan sel barah yang tinggal dikawasan tersebut. Penyelidik sedang melakukan kajian klinikal untuk memastikan samaada ianya berguna bagi memberikan rawatan radiasi semasa pembedahan (intraoperative radiation therapy). Rawatan radiasi boleh juga digunakan bagi meringankan kesakitan atau sekatan.

Pesakit perlu pergi ke klinik atau hospital setiap hari bagi rawatan radiasi. Biasanya rawatan diberikan 5 hari seminggu bagi 5 hingga 6 minggu.

Terapi biologi (juga dikenali sebagai immunotherapy) merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) menyerang dan memusnahkan sel barah; ia juga mampu membantu badan pulih dari kesan sampingan rawatan. Dalam ujian klinikal, doktor sedang mengkaji rawatan biologi secara gabungan dengan rawatan lain bagi cuba menghalang barah perut kembali. Kegunaan lain rawatan biologi, pesakit yang mempunyai bilangan sel darah rendah semasa atau selepas kimoterapi mungkin menerima faktor penggalak-kolon bagi membantu memulihkan aras sel darah. Pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa menerima rawatan jenis biologi.


Ujian klinikal
Ramai pesakit yang mengidap barah perut dirawat dalam ujian klinikal. Doktor menjalankan ujian klinikal bagi mengetahui samaada pendekatan baru adalah selamat dan berkesan dan bagi menjawab persoalan saintifik. Pesakit yang terbabit dalam kajian ini sering kali merupakan orang pertama menerima rawatan yang menunjukkan hatil yang memberangsangkan dalam ujian makmal. Dalam ujian makmal, sesetengah pesakit mungkin menerima ujian baru sementara yang lain menerima pendekatan piawaian. Dengan cara ini, doktor boleh membandingkan rawatan berlainan. Pesakit yang terbabit dalam ujian membuat sumbangan penting pada bidang sains perubatan dan mungkin mempunyai peluang pertama untuk meraih kebaikan dari kaedah rawatan yang lebih baik. Penyelidik juga menggunakan rawatan klinikal bagi mencari jalan bagi mengurangkan kesan sampingan rawatan dan bagi membaiki kualiti hidup pesakit.

Banyak ujian klinikal bagi pengidap barah kolon sedang dijalankan. Pesakit yang berminat menyertai ujian ini perlu berbincang dengan doktor mereka. Risalah (Taking Part in Clinical Trials: What Cancer Patients Need To Know explains the possible benefits and risks of treatment studies. - ** Hanya di USA.)

Salah satu cara mengetahui ujian klinikal di USA adalah melalui PDQ®, pengkalan data komputer yang dimajukan oleh National Cancer Institute. PDQ mengandungi maklumat mengenai rawatan barah dan mengenai ujuan klinikal. Pusat Maklumat Barah mampu memberikan maklumat PDQ kepada doktor, pesakit dan orang awam.


Kesan sampingan rawatan
Ianya sukar bagi menghadkan kesan rawatan agar hanya sel barah disingkir atau dimusnahkan. Oleh kerana tisu dan sel sihat turut rosak, rawatan barah mampu menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesan sampingan rawatan barah berlainan bagi setiap orang, dan ia mungkin berlainan dari satu rawatan dengan rawatan lain. Doktor mungkin akan merangka pelan rawatan yang memberikan kesan sampingan paling minima; mereka boleh membantu dengan sebarang masaaalah yang timbul. Atas sebab ini, adalah penting bagi memberitahu doktor mengenai apa-apa masaalah semasa atau selepas rawatan.


Pembedahan
Gastrektomi merupakan pembedahan utama. Untuk tempoh masa tertentu selepas pembedahan, aktiviti pesakit terhad bagi membenarkan luka sembuh. Untuk beberapa hari selepas pembedahan, pesakit diberi makan melalui tiub (melalui urat darah). Dalam tempoh beberapa hari, kebanyakan pesakit bersedia bagi mengambil cecair dan diikuti dengan makanan lembut, kemudian makanan pepejal. Mereka yang perut mereka dibuang sepenuhnya tidak dapat menyerap vitamin B12, yang diperlukan bagi darah sihat dan saraf, dengan itu memerlukan suntikan berkala bagi vitamin ini. Pesakit mungkin berhadapan dengan masaalah menghadamkan sesetengah makanan, dan mereka mungkin perlu menukar permakanan mereka. Sesetengah pesakit gastrektomi perlu mengikut diet khas untuk selama beberapa minggu atau bulan, sementara mungkin selama-lamanya. Doktor atau pakar permakanan akan menjelaskan perubahan diat yang diperlukan.

Sesetengah pesakit gastrektomi mengalami kekejangan, mual cirit-birit, dan pening sejurus selepas makan kerana makanan dan cecair memasuki usus kecil terlalu pantas. Simptom sebegini dikenali sebagai sindrom buang (dumping). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seringkali memburukkan simptom. Sindrom buang (dumping) boleh dirawat dengan mengubah diet pesakit. Doktor sering kali menasihatkan pesakit agar makan sedikit beberapa kali sepanjang hari, mengelakkan makanan bergula, dan makan makanan yang tinggi khasiat protin. Untuk mengurangkan jumlah cecair yang memasuki usus kecil, pesakit sering kali digalakkan agar tidak minum semasa waktu makan. Ubat-ubatan juga mampu membantu sindrom buang. Simptom ini biasanya hilang selepas 3 hingga 12 bulan, tetapi terdapat yang kekal.

Selepas gastrektomi, hempedu dalam usus kecil mungkin melimpah kebahagian baki perut atau kedalam esofagus, menyebabkan simptom sakit perut. Doktor pesakit boleh memberikan ubat atau mencadangkan barangan (over-the-counter) untuk mengawal simptom sebegitu.


Kemoterapi
Kesan sampingan kemoterapi bergantung kebanyakannya kepada jenis dadah yang diberikan kepada pesakit. Sebagaimana rawatan jenis lain, kesan sampingan turut berubah-ubah antara seseorang dengan yang lain. Secara umum, dadah anti barah memberi kesan kepada sel yang membahagi dengan pantas. Ini termasuk sel darah, yang melawan jangkitan, membantu darah membeku, atau membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh. Apabila sel darah terjejas oleh dadah anti barah, pesakit lebih mudah mendapat jangkitan, mudah lebab atau berdarah dengan lebih mudah, dan kurang bermaya. Sel pada akar rambut dan sel yang melapis salurang penghadaman turut membahagi dengan pantas. Akibat rawatan kemoterapi, pesakit mungkin mempunyai kesan sampingan seperti hilang selera makan, mual, muntah, kehilangan rambut, atau mulut melepuh. Bagi sebahagian pesakit, doktor mungkin memberikan ubat yang membantu mengurangkan kesan sampingan, terutamanya dengan mual dan muntah. Kesan ini biasanya beransur hilang semasa tempoh antara rawatan atau selepas rawatan dihentikan.


Rawatan radiasi
Pesakit yang menerima radiasi pada bahagian tubuh (abdomen) mungkin merasa mual, muntah, dan cirit-birit. Doktor boleh memberikan ubat atau mencadangkan perubahan diet bagi mengurangkan masaalah tersebut. Bahagian kulit yang dirawat biasanya menjadi merah, kering, lembut, dan gatal-gatal. Pesakit perlu mengelak mengenakan pakaian yang bergesel; pakaian kapas longgar biasanya terbaik. Adalah penting bagi pesakit menjaga kulit mereka semasa rawatan, tetapi mereka tidak sepatutnya menggunakan lotion atau krim tanpa nasihat doktor.

Pesakit kemungkinannya menjadi amat letih semasa rawatan radiasi, terutama pada minggu akhir rawatan. Berehat adalah penting, tetapi doktor biasanya menasihatkan pesakit agar kekal aktif semungkin boleh.


Terapi biologi
Kesan sampingan rawatan biologi bergantung kepada jenis rawatan. Sesetengahnya mengakibatkan simptom seperti selsema, seperti sejuk, demam, tidak bermaya, lemah, mual, muntah, dan cirit-birit. Pesakit kadang kala mendapat bedam (rash), dan mereka mudah lebam atau berdarah. Masaalah ini mungkin teruk, dan pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa tempoh rawatan.


Zat bagi pesakit barah
Kadang-kala sukar bagi pesakit yang dirawat bagi penyakit barah perut bagi makan dengan baik. Barah sering kali menyebabkan kehilangan selera makan, dan mereka tidak berselera apabila merasa tidak selesa atau letih. Adalah sukar bagi pesakit untuk makan sedangkan mereka merasa mual, muntah-muntah, mulut melepuh, atau sindrum buang. Pesakit yang melalui pembedahan perut kemungkinannya merasa kenyang stelah makan sedikit. Bagi sesetengah pesakit, rasa makanan berubah. Bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan zat yang mencukupi. Makan dengan baik bererti mendapat cukup kalori dan protin bagi mengelakkan kehilangan berat, kembali sihat, dan membina tisu normal.

Doktor, nurse, dan pakar permakanan boleh menawarkan makanan sihat semasa dan selepas rawatan barah. Pesakit dan keluarga mereka juga mungkin mahu membaca makalah (National Cancer Institute booklet Eating Hints for Cancer Patients), yang mengandungi banyak cadangan berguna.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_barah_perut

Rabu, 3 Januari 2001

Penyakit barah paru-paru ( Delima Merkah )


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dialihkan dari Barah paru-paru)
Jump to: navigation, search
Barah paru-paru

Keratan rentas paru-paru manusia. Kawasan putih dibahagian lobe atas adalah barah; kawasan hitam menunjukkan pesakit merupakan perokok.
ICD-10 C33.-C34.
ICD-9 162
Pangkalan data penyakit 7616
MedlinePlus 007194
eMedicine med/1333 med/1336 emerg/335 radio/807 radio/405 radio/406
MeSH D002283
Penyakit Barah Paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:

batuk darah atau bahan paru-paru
batuk teruk yang kronik
nafas bersiul
sakit dada
kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
pendek nafas.
Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk pencemaran.

Jenis
Terdapat dua jenis utama barah paru-paru dikelaskan menurut saiz sel malignan yang dilihat melalui mikroskop: sel barah paru-paru kecil dan tidak kecil. Pengkelasan ini walaupun berasaskan kriteria mudah patomorfologi mempunyai implikasi penting kepada pengurusan dan prognosis penyakit.


Jenis sel kecil
Carcinoma sel kecil (juga dikenali sebagai carcinoma sel oat) adalah bentuk barah paru-paru jarang, membentuk 20% kes. Ia cenderung bermula disaluran pernafasan besar dan membesar dengan pantas menjadi agak besar.


Jenis sel tidak kecil
Epidermoid carcinoma (atau Squamous cell carcinoma) juga bermula di saluran pernafasan besar tetapi membesar lebih perlahan bererti saiz tumor berbeza apabila di diognasa.
Adenocarcinoma (atau untuk bentuk pertumbuhan tumur lebih perlahan sel barah alveolar) adalah bentuk yang bermula berhampiran permukaan paru-paru.
Sel besar carcinoma adalah bentuk cepat tumbuh yang tumbuh berhampiran permukaan paru-paru

Jenis disenaraikan merangkumi 90% semua kes barah paru-paru. Bentuk lain termasuk carcinoid, cylindroma, mucoepidermoid dan malignant mesothelioma.


Punca
Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

Karsinogen seperti yang terkandung dalam rokok
Radiasi mengion (Ionizing radiation)
Kecenderungan genetik
Jangkitan virus
Merokok tembakau, terutamanya rokok, dipercayai punca utama barah, dengan itu secara teori menjadikannya secara teori salah satu penyakit paling mudah dihalang. Dianggarkan 80% barah paru-paru disebabkan oleh merokok, disebabkan oleh beratus-ratus karsinogen yang diketahui, seperti benzen, hadir dalam asap rokok. Tempoh masa seseorang berterusan merokok dan juga jumlah asap meningkatkan lagi peluang mendapat barah. Bagaimanapun jika seseorang berhenti merokok peluang ini berkurangan kerana kerosakan pada paru-paru sembuh. Perokok pasif, di mana hembusan asap disedut oleh orang lain, baru-baru ini dikenal pasti sebagai punca lebih utama barah paru-paru dari apa yang dipercayai sebelumnya. Agensi Perlindungan Alam Sekitar US (US Environmental Protection Agency) (EPA) pada tahun 1993 memutuskan bahawa 3,000 kematian berkait barah paru-paru disebabkan oleh perokok pasif setiap tahun, bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih dipertikaikan di kalangan pakar sains.

Asbestos merupakan karsinogen lain yang popular diketahui terutamanya bagi mesothelioma (menyerang lapisan mesothelium paru-paru, abdomen atau jantung). Seringkali pendedahan ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat dielakkan kerana kerja mereka.

Radon adalah gas tanpa warna atau bau yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif radium, yang mana merupakan menjadi bahan penguraian uranium, yang terdapat dalam kerak bumi. Ia merupakan punca kedua utama barah paru-paru selepas merokok. Radiasi ini mengion bahan genetik, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menjadi barah. Aras gas radon berbeza bergantung lokasi anda tinggal. Di kawasan seperti Cornwall di United Kingdom, gas radon merupakan masalah utama, dan kipas perlu dipasang untuk menyingkir gas. Di Amerika Syarikat EPA menganggarkan bahawa 1 dalam 15 rumah mengandungi aras gas radon melebihi piawaian yang dicadangkan. Gen onkogen dipercayai menjadikan seseorang lebih cenderung mendapat barah. Proto-onkogen dipercayai bertukar menjadi onkogen apabila terdedah kepada karsinogen tertentu. Virus dipercayai menyebabkan barah pada manusia, kerana kaitan ini telah dibuktikan pada haiwan.


Rawatan
Rawatan untuk barah bergantung kepada bentuk khusus, sejauh mana tumbesarannya dan butiran terperinci pesakit (contoh unur). Rawatan biasa termasuk pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi. Radiofrequency Ablation semakin popular untuk keadaan ini kerana ia tidak toksik dan menyebabkan sakit sedikit sahaja. Ia amat berkesan apabila digabungkan dengan kemotherapi kerana ia memusnahkan sel dalam tumor - yang sukar dimusnahkan dengan kimia chemo akibat saluran darah berkurangan dalam tumor. Ia dilakukan dengan menusuk peninjau kecil haba ke dalam tumor untuk memasak sel tumor. Sel tumor yang mati akan diserap secara proses semulajadi.

Rawatan lain termasuk pelbagai teknik tidak boleh paten seringkali dipetik dari rawatan traditional tempatan (native medical traditions). Bagaimanapun rawatan sedemikian tidak terbukti secara perubatan sebagai berkesan dan semestinya perlu diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa. Ini kerana sekiranya terlambat mendapat rawatan, penyakit barah akan membawa maut dalam keadaan yang amat menyakitkan.


Kecenderungan
Kumpulan yang paling cenderung mendapat barah paru-paru adalah perokok yang berusia melebihi lima puluh tahun. Barah paru-paru merupakan barah kedua paling kerap berlaku di negara barat, bagaimanapun merupakan penyebab kematian akibat barah terbesar bagi lelaki dan wanita. Anggaran pada 2001 terdapat 169,500 kes barah paru-paru baru; 90,700 lelaki dan 78,000 perempuan. Walaupun kadar kematian bagi lelaki akibat barah paru-paru menurun dalam negara barat, ia meningkat pada perempuan disebabkan peningkatan jumlah perokok dalam kumpulan ini.


Mengelak
Mengelak adalah cara paling murah (cost-effective) melawan barah paru-paru pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Walaupun kebanyakan negara telah mengenalpasti dan mengharamkan penggunaan karsinogen perkilangan dan tempatan, penggunaan hasil tembakau masih berleluasa. Melawan pengaruh menghisap rokok perlu menjadi matlamat utama untuk menghalang barah paru-paru.

Kerana prognosis bergantung sepenuhnya kepada pengesanan awal terdapat beberapa cubaan untuk pengesanan kedua. Radiograf dada kedua dan program pemeriksaan sputum tidak berkesan dalam pengesanan awal barah ini dan tidak mengurangkan kadar kematian.

Bagaimanapun pada September 2003 satu kajian diterbitkan di Lancet agak memuaskan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tomografi kiraan berpilin (spiral computed tomography) dan tomografi pancaran positron (positron emission tomography) amat berkesan dalam pengesanan tahap awal barah paru-paru berisiko tinggi di kalangan perokok tegar.

Rujukan: Early lung-cancer detection with spiral CT and positron emission tomography in heavy smokers: 2-year results - Lancet 2003; 362: 593-97

http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah_paru-paru

Selasa, 2 Januari 2001

Jenis barah ( Delima Merkah )


Sel barah dalam tumur merupakan descendant sel tunggal, walaupun selepas ia (metastasis). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel.

Bentuk barah
Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.

Sel termasuk:

adenoma
karsinoma ( carcinoma ) dari sel epitelium ( epithelial cell )
sel karsinoma skuama ( squamous cell carcinoma )
Penyakit Leukemia
Lymphoma
Melanoma
Sarcoma dari tisu penyambung ( connective tissue ), tulang atau otot
Teratoma
Barah utama, menurut lokasi di tubuh:

Bladder carcinoma
Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Penyakit Leukemia
Penyakit Lymphoma
Penyakit Hodgkin
Lymphoma bukan Hodgkin
Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Penyakit tumor otak
Penyakit barah payu dara
Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
Penyakit barah esophageal
Penyakit barah endometrial (uterus)
Hepatocellular carcinoma (hati)
Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
Penyakit barah laryngeal
Penyakit barah paru-paru
Mesothelioma
Penyakit barah mulut
Osteosarkoma (tulang)
Penyakit barah ovari
Penyakit barah pancreatik
Penyakit barah prostat
Renal cell carcinoma (buah pinggang - ginjal)
Rhabdomyosarcoma (otot)
Penyakit barah kulit, termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
Penyakit barah perut
Penyakit barah testikular
Penyakit barah thyroid

Rawatan
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.

Pembedahan
Kemoterapi
Terapi radiasi
Immunoterapi
Terapi cytoluminescent (CLT)
Rawatan ujian barah
Barah utama, menurut tempat di tubuh:

Ketumbuhan pundi kencing
Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Leukemia
Lymphoma
Penyakit Hodgkin
Lymphoma bukan Hodgkin
Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Tumor otak
Barah payu dara
Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
Barah esophageal
Barah endometrial (uterus)
Hepatocellular carcinoma (hati)
Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
Barah laryngeal
Barah paru-paru
Mesothelioma
Barah mulut
Osteosarcoma (tulang)
Barah ovari
Barah pancreatik
Barah prostate
Renal cell carcinoma (ginjal)
Rhabdomyosarcoma (otot)
Barah kulit, termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
Barah perut
Barah testikular
Barah thyroid

Rawatan
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.

Pembedahan
Chemotherapy
Terapi radiasi
Immunoterapi
Terapi cytoluminescent (CLT)
Rawatan ujian barah
Pada masa kini, cadangan rawatan bergantung menurut pola. Pola ini diguna-pakai hasil dari persidangan dua tahun sekali di St. Gallen, Switzerland yang membincangkan keputusan sebenar hasil kajian pelbagai pusat seluruh dunia. Bergantung kepada kriteria klinikal (usia, jenis barah, saiz, metastasis) pesakit dibahagikan kepada kes pesakit berisiko tinggi dan pesakit berisiko rendah yang menjalani rawatan yang berlainan. Senarai berikut merupukan himpunan kesemua kemungkinan:

Selepas terapi mengekalkan payu dara (lumpectomi, quadrant-resection), risiko ulangan tempatan tinggi (high local recurrence risk) (~40%) dikurangkan melalui radiasi radiasi kepada payu dara
Jika nod limpa positif, risiko kematian tinggi (30-80%) dikurangkan melalui rawatan systemik (samaada anti-hormon atau kemoterapi).
bagi pesakit muda, rawatan systemik paling berguna adalah kemoterapi (biasanya regimen seperti terapi CMF, FAC, kemoterapi AC dan/atau taxol) dan sekarang regim TAC (Taxotere, Adriamycin, Cytoxan) yang diluluskan FDA atau FEC untuk 3 kitaran diikuti Taxotere untuk 3 kitaran.
bagi pesatik berusia, terapi sistemik yang paling berguna adalah terapi anti hormon (tamoxifen, seumpama (analogues) GnRH)
kemoterapi mempunyai kesan sampingan yang meningkat bagi pesakit berusia melebihi 65
bagi pesakit dengan ketumbuhan negetif penerima estrogen (estrogen receptor negative tumours), terapi sistemik berguna adalah kimoterapi.
bagi pesakit dengan ketumbuhan positif penerima estrogen (estrogen receptor positive tumours), terapi sistemik berguna adalah terapi hormon.
Bagi sesetengah tumor awal,rawatan sistemik tidak dicadangkan sekiranya ketumbuhan adalah negetif penerima hormon. Terapi radiasi dicadangkan bagi semua pesakit yang mempunyai lumpektomi, bagaimanapun rawatan radiasi selepas mastektomi hanya dicadangkan sekiranya empat atau lebih nod limfa (lymph nodes) terbabit jangkitan barah. Rawatan radiasi tidak dicadangkan bagi pesakit peringkat akhir (taham penyakit IV) kecuali bagi simptom (palliation) seperti sakit tulang.

Kesan emosi diognasa, simptom, rawatan, dan isu berkait boleh menjadi amat mendalam. Kebanyakan hospital mempunyai kaitan dengan kumpulan sokongan barah yang mampu membantu pesakit menghadapi dengan kebanyakan issue yang mungkin timbul dalam persekitaran saling membantu dengan mereka yang pernah melalui pengalaman yang serupa.ngalami The emotional impact of cancer diagnosis, symtoms, treatment, and related issues can be severe. Most larger hospitals are associated with cancer support groups which can help patients cope with the many issues that come up in a supportive environment with other people with experience with similar issues.

Kumpulan sokongan barah di talian juga memberi kebaikan bagi pesakit barah, terutama dalam mengendalikan masaalah ketidak pastian dan imej badan yang biasa pada rawatan barah.


Biologi tentang tumur malignant

Karsinogen
Karsinogen ( Carcinogenesis ) (harafiannya: pencipta barah) adalah proses mengucar-kacir kadar pembelahan sel ( cell division ).

Barah adalah penyakit gen. Biasanya beberapa mutasi diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Proses yang terbabit termasuk kedua-dua onkogene ( oncogene ) dan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ). Onkogene menggalakkan barah apabila "terpasang" oleh mutasi, sedangkan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ) menghalang barah kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Translokasi khromosomal, seperti chromosome Philadelphia, adalah mutasi khas dan mungkin melibatkan gen onkogenes atau pembantut tumor.

Mutasi boleh disebabkan oleh pelbagai punca:

menghisap tembakau
radiasi, termasuk radiasi lembayung biru ( ultraviolet radiation ) daripada matahari
bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen
Jangkitan virus atau bakteria, seperti virus Human papillomavirus dalam barah pangkal rahim dan bakteria Helicobacter pylori
Kerosakan DNA oleh radikal bebas ( free radical )
kecenderungan diwarisi ( inherited predisposition ), seperti gen BRCA1 pada barah buah dada
keradangan kronik ( chronic inflammation ) dari sebarang punca
Virus memainkan peranan sekitar 15% bagi kesemua barah. Virus tumor biasanya membawa sebahagian onkogene atau gen nyahaktif pembantut tumor suppressor dalam genome mereka.

Ianya mustahil untuk mengesan sebab sebenar awal kebanyakan barah. Bagaimanapun, dengan biologi molekular, ianya boleh mencirikan mutasi dalam tumur, dan untuk tahap tertentu menjangkakan tindakannya. Sebagai contoh, anggaran separuh daripada tumor adalah kekurangan gen pembantut tumor p53, juga dikenali sebagai "penjaga genome". Mutasi ini dikaitkan dengan poor prognosis, kerana sel tumur tersebut since those tumor cells are less likely to go into apoptosis (programmed cell death) when damaged by therapy. Terdapat mutasi lain yang menjadikan tumor lebih merbahaya ( malignant ). Mutasi telomerase membolehkan sel tumor membahagi tanpa had. Mutasi lain membolehkan tumor menumbuhkan salur darah baru untuk membekalkannya, atau menanggalkannya dari tisu sekeliling, merebak kebahagian lain badan..

Sel tumur malignant, seperti karsinoma, sarcoma, lymphoma atau leukemia, mempunyai ciri-ciri unik:

mengelakkan apoptosis
potensi tumbuh tanpa had(immortalitization)
faktor pertumbuhan berdikari
tidak sensitif kepada faktor anti pertumbuhan
kadar pembahagian sel meningkat
menukar keupayaan perbezaan sellular
tiada keupayaan untuk pembantut sentuhan
keupayaan menceroboh tisu biologi jiran.
keupayaan membina metastasis pada tapak jauh
keupayaan menggalakkan pertumbuhan darah baru (angiogenesis)
Sel yang bertukar menjadi sel barah biasanya tidak mendapat ciri-ciri berikut serentak, tetapi sel keturunan pilihan semulajadi membinanya. Proses ini dikenali sebagai evolusi sellular. A first step in the development of a tumor cell is usually a small change in the DNA, often a point mutation, which leads, among other things, to a genetic instability of the cell. The instability increases to a point where the cell loses whole chromosomes, or has double ones. Also, the DNA methylation pattern of the cell changes, activating and deactivating genes more or less at random. Sel yang membahagi pada kadar tinggi, seperti sel saraf tunjang (stem cell ), menunjukkan risiko lebih tinggi untuk bertukar menjadi sel barah berbanding yang kurang membahagi, sebagai contoh neuron. Jika sel tumur awal (atau kumpulan sel tumur) tidak dibuang oleh sistem imune, ia boleh menjadi sel barah.

Dalan sistem model sellular, sel terdedah kepada pengaruh karsinogenik (kimia, radiasi). dalam sistem ini, tanda awal sel berubah menjadi sel tumur adalah :

Tidak mati. Jumlah pembahagian sel normal pada mamalia adalah 50-60 (cell senescence), kemudian ia berhenti berpecah. Sel tumur kekal membahagi.
Perubahan morphologi.
Pembentukan kelompok sellular (foci).
Kehilangan pembantut sentuhan ( contact inhibition .# Faktor pertumbuhan yang sedikit atau tidak diperlukan Low or no need for growth factor.
Item 2-4 (di atas) kadang-kala boleh dijejak kepada mutasi dalam gen yang mengakibatkan ganguan pada sel adhesion. Sesetengah sel 'adhesion ) proteins adalah gen pembantut tumor ( suppressor gene ).


Metastasis
Barah mampu merebak keseluruh tubuh samaada melalui pencerobohan tempatan atau metastasis jarak jauh. Penjajahan adalah melalui pemindahan langsung dan pembolosan oleh sel barah kedalam tisu bersebelahan. Metastasis adalah proses sel barah menembusi sistem lymph dan saluran darah, beredar melalui saluran darah, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh. Barah adalah paling merbahaya apabila ia metastasizes. Apabila tisu maligant (malignant) dibuang melalui pembedahan, sesetengah nod lymph turut dibuang dan dibelah siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai berapa banyak dan jauh barah telah merebak.


Badan penyumbang dan agensi penyelidikan barah
Berikut merupakan beberapa institusi yang diketahui memberikan sumbangan terhadap kajian barah:

American Cancer Society
BC Cancer Agency
Cancer Research UK
Canadian Cancer Society
International Agency for Research on Cancer
National Cancer Institute (US)
Yorkshire Cancer Research

http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah

Isnin, 1 Januari 2001

Penyakit Barah ( Delima Merkah )
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dialihkan dari Barah)
Jump to: navigation, search
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Apabila sel normal rosak atau tua, ia melalui apoptosis; sel barah, bagaimanapun, mengelak apoptosis.Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumur ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut, masih kekal tiada rawatan dan akhirnya membawa maut. Walau bagaimanapun bagi pesakit barah walaupun tidak terdapat ubat yang berkesan, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.


Tanda dan simptom (kesan)

Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:

Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Pencegahan dan pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.

Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.

Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.


Biopsi
Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.

Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah elah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.

Jenis biopsi berganung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan.


Saringan
Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diognasa.

Saringan barah boleh memberikan diognasa awal. Diognasa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan paya dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumur lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita perengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kemaian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan Pap smear) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital (digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).

Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ianya tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ianya tidak jelas samaada kebaikan p], ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi.

Prosedure lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan masaalah ketegangan (erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).

Samajuga, untuk barah payu daya, terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masaalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal.

Barah pangkal rahim melalui Pap smear mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.

Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedure dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah.

Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masaalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Barah