Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Pautan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pautan Hati. Papar semua catatan

Rabu, 24 Januari 2007

Pautan Hati 4 Gangguan SMS ( Delima Merkah )


( Ada yang bertanya apa maksud Delima Merkah? , Saya mengategorikan kisah benar yang diolah serta ditokok-tambah agar menjadi ceritera yang menarik dengan istilah Delima Merkah )

Sedang dia asyik mengelamun, terdengar nada dering SMS. Bukan bunyi nada dering telefom bimbitnya. Dia nampak tas tangan Juriah terbuka di rak katil pengantin.

" Perlukah aku membukanya? " Desah hatinya.

" Tak baik!, jika ditahu Juriah aku membaca SMS dia, takut pula aku dituduh terlampau ambil tahu ... cuba menyekat kebebasan dia.." Suara hati dalam diri.

" Tapi bukankah dia telah mutlak jadi isteriku, salahkah aku mencemburui isteriku aku sendiri " Desah hati cemas Jamil.

" Ishh baru nikah dah ada sikap cemburu buta?.. kawallah sikit Jamil " Suara hati dalam diri memujuk.


Jamil hampir habis bercengkerama dengan usapan lembut beracun 555. Teringat akan kuali besar, periuk besar & banyak lagi pinggang mangkuk tidak bercuci. Dia terbayang wajah Syafik anak sulung Kak Julia, baru tingkatan satu tapi memang boleh diharap. Anak abg Paiman yang nombor dua si Raman biarpun baru darjah dua tapi cukup rajin dalam bab main air. Harapan Jamil jika ada berdua orang menolong ringan sikit kerja dia untuk membasuh nanti. Jam di dinding masih awal. Anak saudaranya masih ada yang tidur cuma sebahagian terdengar suara mereka di anjung menonton TV. Jamil kian melupakan SMS Juriah. Menghidupkan nyawa sebatang lagi 555.

Dia terbayang akan wajah ibunya di kampung. Wak Suminah. Orang kampung memanggil ibunya begitu. Seorang ibu yang amat baik, tak pandai nak marahkan anak. Tidak pernah bersuara meninggi. Ibunya yang mencarikan jodoh. Ibu Juriah yang kini adalah Mak Mertua, adalah kenalan lama ibunya. Jamil sememangnya tidak pernah bercinta. Juriahlah bagaikan cinta pertama dia. Dia berharap dapat memilik cinta Juriah setelah berkahwin.

" Abang sarapan sudah siap, tak mahu sarapankah? " Emmm ada ayat negatif ujungnya.

" Kejap! lepas abang tukar pakaian ini abg turun "

Ayat negatif; kerap terjadi ayat yang begitu. Seharusnya ayatnya berbunyi begini.

" Abang sarapan sudah siap, jom kita bersarapan bersama! " Bukankah sedap bunyi ayat begitu. Jika suami yang pasif memang tak jadi soal, bagaimana pula jika suami yang keegonya yang nyata tinggi pasti akan timbul pula ayat balikan yang mengeruhkan keadaan.

Bila Jamil melangkah ke ruang dapur, telah berkumpul semua keluarga mertuanya. Wak Suratman telah meneguk kopi, cucu-cucunya telah bersila menjamah juadah. Jamil duduk di sebelah Syafik. Juriah menghulurkan pinggan kepada Jamil. Jamil menyeduk lontong & mengisi kuah lode ke pinggangnya. Masih ada rendang daging kenduri semalam. Syafik di sebelahnya makan bihun goreng digaul dengan kuah kacang.

" Syafik & Raman nanti lepas sarapan tolong Paman Jamil basuh periuk kat belakang tu..! " Wak Suratman memecah kesunyian. Jamil tersengeh, jangkaannya memang tepat, anak saudara Juriah pasti akan menolong dia nanti.

" Baiklah Yaie.., tapi lepas siap semua Paman Jamil kenalah belanja kami minum ABC " Bergurau.

" Alaa... tak jadi masalah, nanti Paman mesti belanja punya " Jamil tersengeh lagi.

" Mira nak tolong boleh tak Yaie..! " Anak bungsu Julia mencelah, bualan Atoknya.

" Mira tu memang hantu ABC, bukan larat buat kerja ... nanti main air saja " Raman bersuara. Mira monyok.

" Yaie tak kisah, lagi ramai tolong lagi Paman Jamil tak penat nanti, setahu Yaie Raman yang suka main air! " Mira rasa terbela, tersenyum!.

" Mira tolong tenguk-tenguk kami pun tak apa, nak tolong basuh pun bagus juga, Paman tak kan nak tinggalkan Mira jika kami nak minum ABC nanti. " Jamil senyum kepada Mira. Juriah memerhati sahaja dari jauh.

Jamil telah habis sepinggan lontong taruh rendang & mencapai goreng sukun. Meneguk kopi O emmm sedapnya. Dia baru perasan akan Abang Paiman. Mana dia iyer!.

" Apak mana Abang Paiman? "

" Biasalah Jamil, abg ipar kau tu kalau sarapan mana boleh lekang dengan kawan dia kat kedai kopi tu! "

Kak Julia buat tak dengar sahaja. Dia masih menjamu selera sebelah emaknya. Juriah telah bangun membasuh pinggan mangkuk di singki.

Capaian Berkait

Pautan Hati 5

Pautan Hati 3

Selasa, 16 Januari 2007

Pautan Hati 3... Pakatan ( Delima Merkah )


1:41 pagi 1/17/2007

Dinihari

Jamil nampak Pak Mertuanya membeluk kapcai jenis Hondanya ke simpang rumahnya. Daun pisang nampak melambai-lambai. Depan rumah Juriah sememangnya banyak pokok pisang, ada beberapa batang pokok kelapa dan mempelam. Mentari nampak tersenyum di gigi langit. Iswara hitam yang dipandu oleh Jamil diletaknya di rendangnya pokok mempelam. Kemah Dia terus masuk ke rumah melalui pintu dapur. Biasalah bila rumah dua tingkat, jarang pintu utama di anjung rumah digunakan.

" Assalamualaikum! "

" Mualaikumsalam... baru balik dari surau ke Jamil? "

" Iyer mak!, Juriah mana mak! "

" Entah... lepas mandi dia masuk ke biliknya, tak keluar-keluar pergilah Jamil jenguk " Nampak Wak Jamiah begitu sibuk, Jamil perasan Kak Julia bersama pun ada. Isteri Abang Paiman Kak Maimun nampaknya memotong sayur bersama anak sulungnya Munirah. Semua wajah serentak memandang Jamil. Bisu tanpa suara. Dia memerhati kot nampak Wak Suratman & Abang Paiman. Tak nampak mereka.

Jamil terus ke biliknya di tingkat atas. Anak saudaranya masih bergelimpangan tidur.

" Assalamualaikum Juriah " Jamil melihat Juriah sedang mengeringkan rambut di meja solek.

Tak berapa dengar Juriah menjawab salam.

Jamil melihat ada beberapa hadiah telah terbuka. Dalam samar lampu tidur di mencapai beberapa pembalut hadiah. Nampak banyak hadiah pinggan mangkuk. Di membaca beberapa tulisan di kad hadiah. Kebanyakkannya nama perempuan, tentunya kawan Julia. Cuma ada satu kad, tulisannya tak berapa jelas, Roslah atau Roslan. Dari pembalut warna biru ada lambang hati.

" Dah sembahyang ke Juriah "

" Mengapa abang bertanya? "

Jamil tak menjawabnya. Jika jawabpun mesti akan keluar jawapan bodoh. Jamil perasan ada satu kotak muzik di meja solek, malam tadi dia perasan tak ada kotak muzik itu. Nampak macam baru. Jamil malas nak bertanya, tapi memang cantik. Dia membuka baju melayunya & mencari kemeja T. Petang semalam dia pesanan masih banyak periuk & kuali besar tidak berbasuh. Ramai kalangan rakan dia bercerita, sesetengah kampung memang periuk besar atau kuali masak mesti mereka perkenakan pengantin. Biarpun mereka kenduri, memasak secara gotong-royong, bab basuh periuk & kuali besar sering dikenakan pengantin yang membasuh.

Jamil berbaring di tilam empuk, tilam pengantin. Dia penat sebenarnya, sayogia malam tadi dia tak cukup tidur, amat mengantuk entah berapa malam dia memang lewat sangat tidur. Dia mengelamun teringat akan 555 dia, tapi pasti Juriah bising tak tahan asapnya. Tak baik pula awal pagi ada ayat yang tak elok keluar dari mulut Juriah. Jamil matikan saja ingat dia kepada 555.

Ahad nanti akan dibuat majlis kenduri kahwin di kampungnya pula. Seingat Jamil penduduk Desa Pinggiran Teluk, memang bagus bermuafakat tiap kali kenduri. Dia pun rajin bersama bergotong royong memasak & mengemas segala kelengkapan kenduri. Ketua pakatan mereka selalunya akan berpesan agar jangan ada timbul rasa tak puas tuan rumah.

" Kenduri kahwin ini memang satu kerja besar, belanjanya buka sedikit, jadi kita hendaklah berkerjasama & jangan timbul desas desus setelah habis kenduri. Tuan rumah ini adalah ibarat keluarga kita saudara mara kita... " Panjanglah nasihat ketua pakatan, selalunya seminggu sebelum kenduri kahwin sememang ada majlis pakatan selasur@balai, melantik ketua mengagihkan kerja; bahagian memasak, hidangan, penanggah, pembantu tuan rumah menyambut tetamu, membasuh & perbagai lagi. Masalah membasuh selalu sangat ketua pakatan akan mengingatkan.

" Jangan sampai ada barangan masakan kita tidak dikemas & dibasuh semua, sampaikan jadi bebanan tuan rumah. Bagi saya tak elok kita nak dera pengantin baru membasuh benda yang seberat itu, Kita beramai kalau membasuh periuk yang besar bersama sememangnya tak jadi bebanan.."

Jamil hampir terlena, hayalan dia terganggu bilamana Juriah membuka pintu & terus ke dapur. Jamil bangun & mendekati tingkap yang telah dibuka Juriah. Dia mencapai kotak 555.

- bersambung

Capaian Berkait

Pautan Hati 4

Pautan Hati 2

Selasa, 9 Januari 2007

Pautan Hati 2 ... Mertua ( Delima Merkah )


Mertua

" Sepanjang siang dia tak sembahyang, apakah bini aku ini orang yang taat sembahyang..? atau memang dia uzur " Desah hati Jamil.

Juriah telah lena dengan bantal peluknya. Jamil melayan angan-angannya. Hari tercabar juga dengan ayatan Juriah. Malam ini bukan malam pertama kita terusan berulang-ulang ayat itu. Dia memandang ke luar tingkap. Jendela hatinya terusik dengan lintukan pepohon malinjo yang bagaikan melambai di celahan pepohon kantan. Dia terdengar kembali suara akan burung jampuk kian dekat bersama kugiran yang dipimpin oleh cengkerik. Jelas dari pepohon rambutan jampuk melontar suaranya.

Setelah kian leka dengan kugiran unggas tersebut. Terasa pula mengantuknya Jamil. Dia terus menutup tingkap & merebahkan badan di sisi isterinya Juriah. Menatap siling kosong sekosongnya hatinya di malam pertama. Dia teringat pesanan Juriah & segera mencapai telefon bimbitnya, menghidupkan jam randik di telefon bimbitnya. 5:15 pagi.

" Harap-harap aku boleh bangun awal, jika kesiangan apa pula kata keluarga mertuaku "

Tidak berapa lama Jamil berbaring, mengering ke kiri & ke kanan sambil mengira jaruman hujan yang masih turun; Juriah bagaikan tidur mati membelakangi. Selang beberapa minit Jamil terus berdengkur kepenatan.

" Juriah... Juriah bangun, bangun cepat nanti segan pula kalau ada orang nak gunakan bilik air, abg nak ke surau ni... "

Semasa Jamil menghidupkan enjin Iswara hitam yang dipinjamnya dari abangnya Jamal. Dia nampak lampu bilik air dinyalakan tentunya Juriah yang tengah mandi. Kedengaran bunyi pinggan mangkuk di dapur berlaga. Tentunya ada keluar mertua dia yang telah bangun memasak untuk sarapan pagi tentunya.

Jamil meredah kabus pagi, memancutkan air di cermin depan Iswara hitam beberapa kali & menghidupkan viper. Entah jam berapa baru hujan benar-benar teduh malam tadi. Sejuk amat cuaca Kampung Tasik Naga, Banting ini. Kampung Tasik Naga itu sebenarnya adalah kampung kembar Kampung Sungai Buaya. Awal dia bangun untuk ke surau. Sebelum berbunyi jam randik dari telefon bimbitnya dia sudah terjaga. Bercelaru sebenarnya fikirannya. Dia dapat mengatasi pak mertuanya Wak Suratman atau abg iparnya Paiman tentunya untuk segera ke surau. Tak tahulah apakah keluarga mertua dia rajin ke surau. Serba salah dia hendak pelawa, takut silap pelawa menyinggung hati pula. Bab sembahyang ke surau zaman sekarang memang satu yang sensetif. Dia sendiri perasan kampungnya Desa Pinggiran Teluk pun amatlah payah untuk dipenuhkan dua shaf jika sembahyang subuh.

Jamil bersalaman dengan beberapa orang jemaah yang memang tak kenal & dia sembahyang sunat hajat sementara menanti azan. Dalam sembahyang, dalam sujud dalam doanya tampak wajah Juriah yang payah senyum. Nampak bayangan Juriah yang berselimut dengan bantal peluknya. Dia memohon kehadrat Ilahi agar jodohnya dipanjangkan.

Jamil memerhati kot ada seorang dua keluarga mertuanya bersama di subuh tersebut tapi nampaknya tiada. Juriah ada lima beradik, seorang kakak Julia, Abang Paiman, Juriah anak ke tiga & ada dua lagi adik Juriah, Junaidah & yang bungsu Rosman. Jamil mencongak umur Abang Paiman, kalau emak Juriah kawin umur 18 tahun mesti umur Abang Paiman masih sekitar 30 awal, dia anak ke dua, Kakak Julia yang sulung. Juriah pernah kata emaknya baru nak masuk 55 tahun.

Selepas sembahyang subuh sewaktu bersalaman barulah Jamil perasan ayah mertuanya. Yang lain memang tak ada, mesti terlalu penat.

10:36 Mlm 1/09/2007

Capaian Berkait

Pautan Hati 3

Pautan Awal

Sabtu, 6 Januari 2007

Pautan Hati ( Delima Merkah )

Inai merah di jari Juriah nampak amat berseri disuluhi lampu tidur. Rumah kampung separuh bawah serta separuh bertiang tinggi & berdinding papan basah disirami embun jantan. Tengah malam tadi hujan lebat, membuatkan cuaca amat dingin. Sekarangpun terdengar bunyi jaringan hujan sebesar jarum berjatuhan di atap zin rumah keluarga Jamil. Jamil tidak dapat melelapkan mata, sejak awal detik menyambut malam pertama dia.


Sendirian.. sesuatu belahan antara dua hati.

“ Juriah abg tahu, abg bukannya pilihan hati Juriah, keluarga yang menemukan kita..” Jamil duduk di gigi katil, bilik pengantin yang serba serbi berona jingga. Jamil memperlahan putaran kipas angin yang tak tahu berhenti tergeling-geling teramat laju.

“ Abang sendiri tak percaya jodoh kita boleh diketemukan, abg berterima kasih kerana Juriah dapat menerima abang.”

Juriah tak memandang pun wajah Jamil, terlentang memandang siling, bagaikan mengira jarum hujan yang jatuh di dada zin. Bunyi cengkerik amat indah mendendang laguan keroncong malam sesekali ada suara katak jantan bagaikan mengejek cengkerik, jampuk pula mengiyakan. Juriah bagaikan leka mendengar kugiran malam itu berbanding suara hati Jamil suaminya.

“ Juriah, abang tahu kita masih saling tak kenal & masih memerlukan masa untuk kira saling memahami hati sesama kita.” Jamil pergi ke arah tingkap & membuka enselnya. Mencapai 555 di meja solek & menyalakannya. Mencapai bangku di meja solek duduk rapat dengan tingkap. Angin basah menampar pipinya. Dia perasan kerancakan kugiran yang tak diundang itu terganggu sikit. Jampuk lari entah ke mana. Tentu Juriah tercari-cari suara jampuk.Padan muka Juriah, Jamil tersenyum.

Juriah mengiring ke arah Jamil. Memandang tepat ke wajah Jamil dalam samar neon lampu tidur. Mata galaknya payah berkelip. Tepat memandang wajah Jamil yang nampak lebar & asyik senyum. Rambut Juriah yang ketak-ketak sengaja tidak disikatnya. Bibirnya agak lebar masih melekat gincu; Jamil perasan dia tidak syolat sejak siang tadi. Benarkah dia dalam keadaan selamat ponteng syolat. Manalah Jamil nak selidik semua rahsia perempuan begitu.

“ Abang… bolehkah Ju cakap sesuatu.” Jamil teruja, terhenti menyedut 555 dia.

“ Entah berapa lama aku berbual seorang diri baru sekarang kau faham apa yang aku cakap.” Keluh suara rimas dari dalam lorong hati Jamil.

“ Sejak tadi abang tunggu Juriah bersuara, cakaplah apa dia.”

“ Beri Ju masa untuk dapat menerima abang.”

“ Maksud Juriah?.”

“ Malam ini bukan malam pertama kita.”

“ Kenapa pula?. Bila pula malam pertama kita.” Macam ayat gelojoh saja si Jamil ini.

“ Lambat laun abang Jamil kita akan faham. Ju penat sangat ni bang, nanti dekat subuh abg kejutkan Ju iyer. ” Tak senyum pun. Juriah mengering ke arah pintu bilik, memeluk bantal panjang. Jamil macam kanak-kanak kehilangan gula-gula, melihat isterinya yang amat pelik tapi memang menggoda dia.

Dekat subuh kejutkan Ju… Jamil tersenyum membaling puntung 555 ke luar tingkap menyalakan lagi sebatang. Menyedutnya meriah. Leka dengan kugiran Sang Cengkerik@Katak, suara jampuk sayup-sayup kedengaran. Layan kugiran lainlah itu.

“ Apalah maksud ayat biniku ini, mungkin dia mahu sembahyang subuh kot.”

- Bersambung

Pautan Hati 2

Asal Pos 6.1.2007 pd 11:36 Mlm