Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Aroma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aroma. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Ketam Nipah

Resepi Sup Ketam Nipah: Penawar Demam Denggi
Terima kasih untuk adik Ida yang bersusah payah datang dari Perak sepanjang Ida dan suami demam denggi. Faham-faham la bila suami dekat wad, diri sendiri pulak badan pun lesu, risau pasal anak lagi. Nasib baik bukan kedua-duanya masuk wad. Tapi sekarang Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya dah ok dan sihat walafiat. Sepanjang Ida demam adik Ida ni la yang tolong masakkan sup ketam ni. 

Sebelum ni tertanya jugak kenapa sup ketam?? Dari sumber pembacaan Ida, kajian ringkas mendapati, ketam mengandungi sejenis protien tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.

Paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.
Hmmm...Menarik bukan. Sebenarnya Ida sendiri pun baru tahu apa ada rakan-rakan yang memberi petua makan sup ketam ni bila demam denggi hari tu.

Jom tengok resepi ringkas membuat sup ketam ni.

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)
1/2 inci halia (dikisar/diketuk)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
1/2 bawang besar (dihiris)
Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.
Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.
Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).
Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.
Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

  • Nota Idanradzi tips makan: sepit tu kena diketuk dengan penukul atau anak lesung batu.... jangan gigit kopak gigi nanti... sedap amat isi penyepit ini... cubalah makan... pastikan dilapik dengan tisu ketika ketuk sebab akan akan berjujuran air sedap dalam sepit ini....

Jumaat, 17 Mei 2013

Terung Belanda atau Terung Pipit

Orang Perak panggil terung pipit; sy suka buat ulam cuma selalunya kulit terung ni tajam; asyik luka lidah... jika rajin belah dua buat sayur taruh dalam sambal ikan bilis... pokok terung ni senang nak hidup; masa rumah ni tak dibesarkan memang pokoknya sentiada ada belakang rumah tak termakan buaknya; sekarang bila mengidam beli sepiring sikit amat RM1 sepiring kecil.

cicah ikan keli atau ikan pari bakar... sedap ni; ikan terbuk banyak tulang selalu makan ketika lapar gelojoh asyik cekik tulang
cicah ikan keli atau ikan pari bakar... sedap ni; ikan terbuk banyak tulang selalu makan ketika lapar gelojoh asyik cekik tulang

Nasi Goreng Thai

Nasi Goreng Thai

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
½ sudu teh belacan
1 sudu teh udang kering (dikisar)
Garam secukup rasa

Bahan hias:
1 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
½ biji mangga muda (dihiris)
2 sudu besar kacang tanah (digoreng)
1 biji telur (dipukul, digoreng dan dipotong kecil)

Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, belacan dan udang kering.
Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Goreng sehingga rata dan masukkan ke dalam pinggan.

Hias atas nasi dengan bahan-bahan hias.

Ini satu Cara...

& di bawah ni lagi satu cara...

Nasi Goreng Thai
4 cawan nasi(yang ni kak guna lebihan nasi ayam)
4 ulas bawang putih(ketuk)
sebatang serai(tumbuk)
Sedikit lengkuas..3 keping sebesar 10sen((tumbuk)
3 biji cili padi..kalau nak lebih pedas..tambah lagi..(tumbuk)
1 sudu besar cili giling
3 helai daun limau purut(hiris nipis)
1 sudu besar pes tomyam
Setengah labu bawang besar(hiris nipis)
Daun kucai(potong)
Daun sup(potong)
2 biji telur
Seekor sotong(potong kecil)
Udang segar(kupas kulit dan dibiarkan ekornya)
3 sudu besar sayur campur
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan ketuk dan tumbuk, dan juga cili giling hingga berbau wangi. Pecahkan telur dan kacau. Apabila hampir masak masukkan pes tomyam dan daun limau purut. Kacau seketika. Masukkan gula dan sedikit garam. Masukkan udang dan sotong. Kacau sehingga sotong dan udang masak.
Masukkan nasi, kucai dan daun sup. Bila separuh masak masukkan sayur campur dan bawang besar.Rasalah dan tambah jika tidak cukup rasanya. Kacau sehingga masak.

Ayam goreng
Ayam dipotong kecil dan nipis
Seulas bawang putih(tumbuk)
Sedikit pes tomyam
Serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut(hiris halus)
Kunyit/serbuk kunyit..(tumbuk)
Sedikit cuka(beberapa titik)
Sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung

Gaul bahan perapan(kecuali daun limau purut)ke atas ayam dan akhirnya masukkan tepung jagung dan digaul sama. Biarkan seketika.. Goreng dalam minyak yang banyak dan masukkan juga daun limau purut tadi.

  • Penyair Idanradzi dah dua kali terkena kat gerai sepelaung dari rumah ni; resipi semua hancur... tak rasa nasi goreng thai pun... semua org dah kenyang nak balik mengantuk sampai 12 mlm menunggu (agak-agak dekat sejam)... mahal lagi.... cili api sebiji pun tak ditaruh ...Lihat Lebih Banyak
  • Penyair Idanradzi semua pekerjanya siam... siap pakai baju siam lagi... rakan aku mmg mengadu gerai tu mahal; saja konon tak serik nak cuba... hari tu kan pernah ceritera keracunan... makan kerabu maggi (gerai yg sama) padan muka; mmg aku suka buat pesanan nasi goreng thai jika makan di restoran org siam... selalunya tak pernah kecewa... pedasnya mmg aku suka... tak perlu sambal belacan...
  • Penyair Idanradzi kalau ikut sunnah Rasul jika makanan tak sedap jangan komplen... diam saja... aku lapar sangat takkan nak membazir habis juga aku telan... tapi alangkah kecewanya hati... sampai rumah dah dekat jam 1 pagi.