Episod Satu
"Kini Uji di tiga persimpangan jalan, pertama keluarga Uji sendiri ada pilihan mereka, kedua Uji juga dilamar oleh pemuda dai Poli & ketiga cinta kita.."
"Habis tu Uji memilih persimpangan yang mana?"
"Tidak persimpangan cinta kita..!"
Huh! meraban betul cinta ini, habis itu selama ini apa erti segala janji manis antara kita. Mana dia sumpah & janji setia. Kenapa semudah itu kau putuskan cinta ini; tanpa memikirkan keruntuhanku. Masalah selalu menimpa bertindahan dalam hidup ini. Aku baru sahaja diberhentikan kerja, lantaran penutupan ruang di bahagian kerjayaku. Ibuku pula baru sahaja meninggal dunia. Kekinian aku terpak kehilangan kekasih.
Tak dapat tidak aku terpaksa pasrah, bilamana aku merisik dengan kekawanku, rupanya Uji telah pun bertunang dengan pemuda dari Poli itu. Aku pernah tertembung Uji dengannya. Bila aku tanya dia siapa, katanya abg angkat. Tapi dari kemesraan mereka memang aku mengesyaki sesuatu. Pemuda itu memang jauh lebih kacak dariku. Lagi pun aku dengar dia berkerja di syarikat yang kukuh dengan gaji yang lumayan.
Aku memang telah dia apa kini. Saban hari di Bukit Senyumlah aku selalu menyendiri. Mengumpul segala rasa luka & airmata. Bila mentari makan suram & jatuh di kaki langit; aku tambah bungkam & gelap. Itu sekadar secebis kenangan yang mungkin pernah kita lalui. Membuatkan kita terpaksa menyendiri. Menahan sebak di hati.
Episod Dua.
"Dari mana Atie mendapat pil ini?"
Wajah Atie pucat, air mukanya kusam, matanya bergenang dengan airmata tetapi belum sampai meleleh ke pipi.
"Cakap!!!, bagaimana dapat pil ini, abg kenal pil ini, kenapa makan pil perancang ini tanpa pengetahuan abg; siapa yang kasi. Atau Atiekah yang membelinya.. cakap!!!" Kairul sudah hilang sabar, wajahnya menyiga. Anak-anak yang tidur lena nampak berkalih menarik selimut.
Airmata Atie tak dapat dikawal lagi. Bercucuran tak mahu berhenti.
"Maafkan Atie abg, maafkan Atie abg..!"
"Maaf untuk apa, apakah Atie dari dapat orang lain, apakah Atie telah ada kekasih lain?, apakah Atie menduakan abg..?" Dalam hati Khairul berharapkan agar bukan perkara sumbang yang bakal berlaku; bukan kecurangan isteri yang bakal dihadapinya.
"Jawablah Atie, kenapa perlu Atie katakan perkataan maaf...." Khairul tak sanggup lagi berhadapan dengan kepincangan cinta isterinya. Dia mencapai kunci kapcainya & keluar rumah di lewat malam sepi. Atie terusan menyembam bantal. Tangisan yang tidak berlagu lagi. Nampak akan dosa-dosanya yang tak dapat diampun. Hidupnya kini bakal roboh. Dia merasakan bagaikan dinding rumahnya runtuh menindih hati rawannya.
Ceritera ini bukan ceritera dongeng; tetapi itulah hakikatnya Atie punyai anak empat tetiba terperdaya oleh lelaki geladangan yang sengaja ingin merobohkan rumahtangganya. Segalanya berlaku bagaikan mimpi. Khairul yang dicintainya sejak di bangku sekolah rendah; memang tidak dapat menerima kecurangannya. Sungguh kejam cinta palsu seorang isteri. Kenapa manusia boleh tertipu dengan nafsu & godaan syaitan. Hinggakan anak-anak menjadi mangsa perceraian.
Aku telah pernah menulis ceritera ini; cumanya aku tidak halusi & bukukan lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan