Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 21 Ogos 2013

Ingkar

Ingkar

Idanradzi, 30 Jul 2013

Ingkar

Dirantai oleh bara dendam sengketa
menyeringai ego ke medan bencana
bergalaskan janji melata memujuk rasa
berpagarkan penyokong membawa rebah
terbenamlah tunggak iman di maya gundah.

Di lembah serba mewah berhias laba
bertintakan emas sejarah agong dicipta
nasib rakyat marhaen berulang nestapa
dikerah tenaga secara sadis lagi sengsara
menyambung hayat sekadar secukup sara.

Agihan yang tak seimbang membawa padah
habis diselongkar khazanah alam terpunggah
sampaikan dirampas empunya hak mutlak
terhakislah sifat keprihatinan menjadi onak
tak lagi hiraukan diri berlaku kejam dan tamak.

(Tanpa ada yang menyedarkan pun mahu
disedarkan; waima terusan berlaku ingkar)

IDANRADZI
Kota Bharu Perak.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Sumber HD - 30-7-2013

Pasti Terhakis

Idanradzi,17 Jun 2013


Terpanggil untuk menyelam dasar wawasan
yang terpenjara dek segala fitnah petualang
semua perundangan semakin sirna hilang
berlaku curang tanpa siapa pun menghalang
kejatuhan nilai moral menolak seri pesona
diri tidak dapat lagi menjana piagam mulia.

Bila warga alam kian bertuhan kebendaan
tiada lagi nilai simpati pun nilai keintiman
yang licik terang-terangan meratah enak
juadah yang miskin tanpa teragak-agak
merompak segala kemewahan milik diri
tiada lagi nilai murni memagari jauhari.

Terpanggil untuk memalu tabuh kesedaran
tak siapa lagi menghirau amanat Tuhan
memilih mana yang dapat membawa rahmat
melanggar ajaran yang mengekang visi kudrat
tunggulah pembalasan tanpa dapat menangkis
kuasa terkini sekadar pinjaman pasti terhakis.

Idanradzi
Kota Bharu Perak

Rangkuman Puisi iDANRADZi

Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Puisi : Kembali ke Diri
iDANRADZi

1 . Dihantar pada 16hb Dis 2002 6.34:08 ptg   [Edit]

selalunya kita begitu intim
aku terlalu ingin ketemumu
apatah lagi setelah sekian kali
aku gagal mengintipmu
di celahan rindu ini

atau apakah pamitan resah ini
sekadar ujud dalam diri
dikau tidak lagi mengingatiku
biarpun sekadar seorang teman
setelah kita punyai peribadi

teduhan manggis kasih
asam gelugur & rebung rawan
sesungguhnya mengenalkan aku
erti kesetiaan nan tidak kesampaian
lalu kasih ini mengalir di alur kering
tanpa pilai lawan menghias diri

- aku masih aku!



http://idanradzi.tripod.com
* Mesej ini telah diedit oleh iDANRADZi pada 16hb Dis 2002 6.36:49 ptg

invisible

2 . Dihantar pada 17hb Dis 2002 00.43:04   [Edit]

selamat kembali idanradzi
jangan lupa sering sering datang

kay

quin

3 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 11.21:14 pagi   [Edit]

salam

ingatan ini masih kekal di hati
seraut ukhwah tersemat kukuh menanti
sejalur sabar mengikat kuat jemari
sehalus pandang setulus budi
iDANRADZi

4 . Dihantar pada 21hb Dis 2002 02.53:02 pagi   [Edit]

payahnya untuk diri
lari dari bait-bait ini
untuk menyirat erti
tata bahasa
& jati diri

aku memang rindu
harumnya puisi ini



invisible

5 . Dihantar pada 21hb Dis 2002 7.17:10 ptg   [Edit]

salam....

selembar kasih
menempias dalam diri
bertaut dalam rindu
pada kepenatan
menjejaki liku liku berliku
dalam merah samar cahaya
bersama mendung
di kemelut muara tak bertepi
meniti dari saat terbuang
terpinggir dalam
rindu mencengkam hati



iDANRADZi

6 . Dihantar pada 24hb Dis 2002 2.36:35 ptg   [Edit]

selalunya
nan berkata rindu hanya aku
selalunya
nan menagih janji hanya aku
dia kian lupa
terlena dengan duniawinya
terleka dengan maknawinya



jiejah_7171

7 . Dihantar pada 24hb Dis 2002 2.50:48 ptg   [Edit]


Kadangkala ,
kurasa rindu ini bagai nadi
meresap kesegenap urat saraf
enggan pergi biar sesekali aku benci .



idanradzi

8 . Dihantar pada 25hb Jan 2003 10.13:08 mlm   [Edit]

quin
jiejah_7171
invisible


bilamana
kuali kasih kita rentong
dengan tumpahan minyak jatidiri
menghilangkan serat & tali-temali janji
kita tergapai-gapai antara persahabatan
cinta prasangka bukti maupun simpati

bara & sisik sepi
semakin garing & kering
biarpun rindu kian membelit usus hati
aku tak mahu dibunuh semudah ini
sebab dari dulu lagi
seruling asyik gema harapan
tak puas ku tiupkan bertalu
buat kekasih
maupun taulan

aduhai amat payah memujuk hati ini
bilamana miang rebung rawan
masih bertaburan di ufuk diri

- aku jitu aku


M_74

9 . Dihantar pada 25hb Jan 2003 10.17:15 mlm   [Edit]

Assalamualaikum..

idanradzi : semakin aku kagum dengan bahasa mu..
nantilah.. aku kepilkan satu waktu
yang terbaik..

idanradzi

10 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 8.34:09 mlm   [Edit]


Kembali ke Diri ii

Sarat kemuncup puisiku
bertindahan di baldu waktu
aku sebenarnya semakin menuju arus keliru
tentang rumput usia nan semakin garing
tiada sekuntum pun mawar setia
dapat menghias padang buana lena
biarpun telah banyak batas janji
aku tambak-tambakkan
& padat-padatkan baja bukti
kenapalah sang kekasih leka tidak peka?

kelmarin
akuku & akumu telalu tamak
mengumpal segala impian
berarak di awanan harapan
cinta kita bagaikan berpaut
di layang-layang walang
talian masa kian kendur menggamit usia
kita tidak pernah mahu menoleh sempadan
budaya & adat melangkah serakah
biar gusar biar tersasar
saling menongkah arus
keruh gemuruh tak terurus

terus kita mengimbaukan
aku mahumu
tanpa kita sedar
akuku & akumu
sebenarnya amat asing
dengan rutin runsing
nubari lesi naluri sangsi
amat payah
memaafkan keterlanjuran
biar bait meniti kata
biar buat membukti kota
alasan bagaikan lelalang
kian miang di rahang terhalang
kandas di ruang gersang

- mana titis kasihmu kekasihku


* Mesej ini telah diedit oleh idanradzi pada 21hb Jan 2004 9.17:34 mlm

idanradzi

11 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 9.14:39 mlm   [Edit]

Kembali ke Diri iii

dinding pemisah
bagaikan belum terketam
segala sembilu semalam
lantai asing kian reput & berlumut
kaki kasih tak terdaya menginjak-injak
tergodam hati terlapah realiti
aku jatuh di tangga ilusi

janganlah kau kelar-kelar rindu ini
apatah lagi sadinmu menyiksa aku
aku tidak pernah menutup pintu kasih ini
untuk kau menyembur wangian abadi
aku tidak pernah menutup tingkap hidup ini
untuk janin bahagia melintas murni

kembali ke diri
jasad jiwawiku memang terkapar
terdampar tak tersambar tamparan nistamu
raut setiamu semakin jauh
meninggalkan aku termangu menunggu
bara & api bagaikan kian marak
memamah tiang-tiang kenangan
nan tak mungkin dapat kita padamkan
kesepian & keterasingan
amat lugu amat lesu

- aku masih terpaku di fren jinggamu

natali_soski

12 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 01.40:25 pagi   [Edit]

..

adalah laut
memisahkan..
adalah langit
memayungi..
adalah bumi
tetapi..

Ranting Rungkup



Jika boleh aku cantas ranting itu
akan kujadikan sangkar kasih
& aku anyami dengan sutera rindu

ingin kembali kuhijaukan rerumput murni
agar jadi permaidani indah
bakal menyelimuti hati-Mu

-nyahlah dikau petualang negara jiwawi!
-izinkan aku merimbunpermaikan syurgawi batinimu

Kekasih!!!

hadaplah aku dalam kepayahan ini
agar bijar setia terusan membahangi akuku kita
hadaplah aku dalam kejerihan ini
agar kelubung abadi terusan menerangi azali kita

;bajakan pohon diri-bajakan rendang hati!

iDANRADZi
jenaris/simulasi
Thu Mar 9, 2000 9:22 am GedongPuisi

Kekasih ( Famili@Delima Merkah )


Siapa yang tidak menyintai kekasih. Kekasih adalah teduhan rindu yang amat damai untuk didekati. Jika anak bujang bercinta tentunya menepati janji & kesetiaan amat penting dalam mencapai matlamat cinta bagi pasangan kekasih. Amat gumbira bila dapat berjumpa. Asmaradana. Janji mestilah dikotakan, kesetiaan pula mestilah kekal buat selamanya. Cinta yang suci adalah cinta yang berlandaskan Agama. Tiada noda di dalamnya & bergaul mengukit lunas Agama.

Allah Azzawajalla amat menyayangi pasangan kekasih yang bercinta kerana Agamanya. Bernikah mengikut saranan Islam. Setelah bernikah saling ikhlas & jujur menyintaan pasangan. Kekasih yang jujur & tidak bertopeng dengan kepuraan tentunya akan mengeratkan jalinan dalam rumahtangga. Saling boleh berlebih kurang serta bertolak ansur tentunya akan memudahkan perjalanan kehidupan. Selalunya pasangan yang berjaya dalam kehidupan adalah lantaran persefahaman antara suami isteri yang dulunya bercinta setulusnya.

Bercinta sebelum berumahtangga tentunya amat berbeda dengan kemelut cinta semasa berumahtangga. Bercinta bagi orang bujang amat mudah untuk berlaku keretakan lantaran tiada pengikat selain dua hati. Pasangan kekasih akan sekadar menderita putus kasih & lambat laun akan mendapat penganti; berbeda dengan kemelut cinta setelah berumahtangga; Sampai berlaku perceraian. Anak-anak yang sepatutnya menjadi pengikat kasih akan menjadi mangsa. Bukan perkara kecil kini lantaran perceraian, anak-anak amat mudah terdedah dengan masalah sosial & keruntuhan akhlak. Lantaran tidak dapat menerima kehancuran cinta antara ibu & ayah mereka.

Maka dalam catatanku di situsi ini kerap amat aku melahirkan rasa terkilan di hatiku lantaran melihat pasangan suami isteri yang makin meminggirkan nilai cinta terhadap pasangan masing-masing. Cukuplah bilamana aku menghadiri majlis kenduri kahwin seperti siang tadi. Ramai suami isteri yang tidak membawa pasangan menghadiri majlis yang sepatutnya dapat merapatkan persaudaraan & kasih sayang. Jika datang berpasangan. Budaya ibu yang pergi sendirian atau ayah yang sekadar membawa anak-anak sahaja ke majlis kenduri begitu sudah dapat mencerminkan renggangnya ikatan pasangan yang namanya kekasih. Bayangan budaya ini kenalah disekat dari terusan berakar umbi di kehidupan kita.

Rebutlah peluang berjalan bersama pasangan kita, apatah lagi faktor umur yang makin singkat ini.
Begitu juga dalam mengharungi suasana harmoni dalam rumahtangga. Bertuahlah bagi pasangan yang sentiasa tinggal sebumbung dari awal pernikahan hinggalah ke akhir hayat. Di zaman kini atas tuntutan kerjaya atau mengejar cita-cita ramai pasangan yang bertindak tinggal berasing; Berjumpa di hujung minggu & hanya berkumpul semua keluarga yang selalunya sekadar dua hari dari seminggu. Jika kita menyingkap kehidupan pendatang asing ke negara kita mereka lagilah jauh berpisah dengan anak-anak suami atau isteri. Tentulah gejala perjarakan ini amat rumit & akan merenggangkan ikatan cinta pasangan kekasih jika silap mengharunginya. Bila berjauhan hanyalah kejujuran pasangan yang bakal mengekalkan kesetiaan.

Aku sendiri yang terperangkap dengan gejala perjarakan ini terkadang merasakan kekosongan yang amat sangat bilamana saat yang sedikit dapat bersama terabai begitu sahaja. Aku bercerita ini bukan dari catatan peribadi tetapi ramai lagi teman keliling yang tinggal berasing dengan suami atau isteri mereka. Amat terasa kekosongan di jiwa mereka biarpun sedalam mana cinta mereka. Apatah lagi seorang suami akan lebih tertekan bilamana isterinya pulang dengan layanan dingin.

" Jam berapa orang rumah Mus akan sampai? " Aku lihat ada kemeriah di wajah Mus. Hari ini Jumaat berbanding Isnin lalu muram amat.

" Melalui SMSnya sekitar jam 11:00 kot di sampai di Hentian Serdang " Sejak senja tadi tiba-tiba Mus muncul di makmalku.

" Habis anak macam mana? Mus ambil dulu ke atau nak ambil dengan Watie nanti? " Anak Mus baru seorang berumur setahun lebih dijaga kakak Watie isterinya yang tidak berkerja. Surirumah di Shah Alam.

" Macam mana nak pegang dia dalam kereta iDAN .. esok baru aku & Watie ambil dia "

" Tiap minggu ke dia berulang naik bas, mengapa tak kasi dia bawa kereta? "

" Kadang-kadang aku yang ke Kluang tu, jauh iDAN tak berani aku nak lepaskan dia seorang memandu jauh "

" Habis kalau kau ke sana, anak macam mana? Tak jumpalah dengan emaknya! "

" Itulah pasal, aku pening tu... " Nampak gusar wajah sahabtku Mus.

" Maaflah Mus, aku ni merisaukan kau sahaja "

Tentunya jadi dua minggu seorang emak tidak berjumpa anak. Itu cerita Mus, belum lagi cerita Eris yang telah lebih tiga tahun tinggal berjauhan dengan isteri. Terkadang bergolak terkadang nampak mereka amat bahagia. Aku rapat dengan Eris, isteri Eris Maria dulunya memang bagaikan adik kandungku sendiri. Cumanya kini bila dia jauh begitu hubungan aku dan Maria agak renggang. Memang tiada peluang yang sesuai untuk berjumpa. Jika Hari Raya pun masing-masing sibuk mengejar haluan sendiri. Apatah lagi kampung kami lain negeri, Eris di Melaka, Maria di Yong Peng; Aku pula selalunya akan berkampung di Meru Klang.

Jangan ada orang ketiga, tidak kiralah bagi pasangan kekasih yang bujang atau berkahwin. Orang ketiga yang sebagai batu api atau penangguk di air keruh. Tidak kiralah kawan sendiri, mertua atau paling bahaya orang luar. Apatah lagi jika seorang isteri yang mengadu masalah kepada seorang lelaki, suami yang mengadu masalah dengan seorang perempuan. Amat mudah akan pecahnya keintiman cinta. Kekasih yang bergelar isteri amat sifar pertimbangannya berbanding suami. Memang itu telah tersurat dalam Agama kita. 1/9 pertimbang bagi seorang perempuan berbanding 9/1 bagi seorang lelaki. Kerap pasangan kekasih berpecah lantaran adanya hubungan orang ketiga di pihak perempuan. Selalunya begitu. Lelaki paling tidak pun akan mencari jalan bermadu kasih.

Amatlah besar dosa seorang isteri jika menduakan cintanya terhadap suaminya berbanding suami; Kenapa? Cinta suci pasangan kekasih selalunya akan berakhir dengan pernikahan. Jika isteri bercinta dengan lelaki luar tentunya amat bertentangan dengan cara hidup Agama Islam. Pergaulan lelaki & perempuan dalam Islam sebenarnya tidak sebebas kini. Sebagai contoh isteri hanya boleh membenarkan tetamu masuk ke rumah atas keizinan suami. Itu amat jelas. Maka bertolak dari hukum itu. Samalah juga isteri dibenarkan keluar rumah berkerja hanya untuk mencari rezeki bukan mencari cinta.

Berurusan dengan lelaki luar adalah atas urusan kerja; itu amat jelas. Bukan urusan lain yang jauh sekali sampai menerbitkan rasa cinta. Namun ramai para isteri telah menodai kebebasan ini; menjadikan kekeruhan & pergolakan rumahtangga sebagai alasan mencari cinta lain.

Sedangkan pasangan kekasih yang sejati, perlulah menepati janji, kesetiaan yang abadi, tolak ansur yang seimbang, cinta hingga ke akhir hayat. Jodoh sebenarnya bukan mainan, isteri yang setia lagi beriman akan dipermudahkan masuk ke syurga dari mana-mana pintu jika suaminya reda akan pemergiannya ke alam baqa.

Cubalah bayangkan bagaimana runtuhnya rumahtangga yang bahagia bila ujudnya orang ketiga. Contoh terdekat adalah masalah keluarga Arwah Nasha. Bagaimana anak-anak arwah yang masih kecil ketakutan dengan ayah tirinya. Kasih sayang ayah tiri memang tidak akan sama dengan ayah sendiri. Begitu juga sebaliknya, kasih sayang ibu tiri tak mungkin sama dengan ibu sejati.

Aku teringat perbualan aku dengan Stopa seorang pengikut Tablik.

" Emak aku silap memilih pasangannya setelah ayahku meninggal.." Entah macam mana boleh terkeluar ayat itu masa kami berbual ketika membuat penyelidikan trafik sekitar Kuala Lumpur.

" Kenapa kau cakap begitu Stopa..? " Aku nampak wajahnya tenang lantaran sentiasa berzikir.

" Habis dikikisnya harta keluarga kami.. hinggakan kami adik beradik purak peranda " Semasa ayahnya ada memang Stopa dari kalangan orang berada.

" Habis tu emak kau masih lagi menyintai lelaki itu biarpun kini hidup keluarga Stopa makin susah " Sekadar ingin tahu.

" Payah iDAN, nak menyedarkan emak sendiri, lagipun kami banyak membantu emak bila sudah berkerja begini.." Huh! susah bila perempuan kian lemas dengan janji palsu lelaki.

Kes keluarga Stopa bernikah cara sah tanpa noda. Aku terkilan bilamana kalangan sahabat sendiri terjebak dengan godaan iblis yang sampai melakukan kecurangan. Tidak terasakan pun diri bersalah & diperangkap noda. Tidak takut akan hukum hudud, biarpun taat sembahyang...!. Tahu akan hukum Hudud, isteri atau suami yang berlaku curang dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Itu jelas... tapi nampak tidak nampak saja... langsung tidak takut malahan tambah sombong lagi ego dalam bergelumang dengan noda mereka.

Seperkara yang jelas; Isteri tidak boleh bernikah dua berbanding suami. Berbeda suami yang dibolehkan bernikah sampai empat isteri. Perkara ini yang perlu semua para kekasih berfikir kenapa Islam begitu. Kenapa agaknya ujud berbedaan hak & kebebasan cinta dari dua jantina yang berbeda ini.

Tasik Puteri Bunian

Malaysia / Perak / Batu Gajah /
 tasik
 Muat naik gambar
Ingin mengetahui sejarah tasik ini sila baca ini. Diintai Puteri Bunian
Nearby cities: Kampar, Batu Gajah, Ipoh
Koordinat-koordinat:   4°25'24"N   101°4'48"E
User rating:






0/5 ( 0 votes cast)

Komen

  • idanradzi05 menulis 4 tahun yang lalu
    Masih tak ramai berani ke sini lantaran menyimpan kisah misteri.

Comments around

  • penghulu10 wrote about Tasik iDANRADZi 3 tahun yang lalu
    Tahniah Penyair iDANRADZi, kami gembira dapat memancing di tasik anda temph hari! 
     
  • hasifelias pelawat wrote about Private swimming Pool 4 tahun yang lalu
    cpt mandi.. terhad kpd jumlah kubur yg ade di gopeng.. cpt!!! masih ade 16 tmpt kosong.. 
     
  • idanradzi05 wrote about Tanah Perkuburan Pedas 4 tahun yang lalu
    Kejap ada kejap tak ada, macam iklan biskut. Rasanya saya sendiri telah menandakan tempat ini lebih dari sepuluh kali. Seingat saya telah lebih dari tiga tahun tempat ini saya tandakan, dalam tempoh itu hampir bosan saya melayan kerenah Tuan Don, Penghulu & gengnya Datuk KJ di Wikimapia...Terima kasih gelenggang. 
     
  • tokperak wrote about Mini Market Opah Bi 4 tahun yang lalu
    kedai mini yang baik 
     
  • igauan wrote about Sekolah Kebangsaan Kampung Changkat Tualang 4 tahun yang lalu
    Dr Borhannuddin El Helmi juga belajar di sini.

Tadika turut jadi sasaran sebar Syiah

IPOH 21 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah yang semakin berkembang di negara ini didakwa dijalankan secara licik sehingga turut membabitkan 13 buah tadika di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selain berselindung di sebalik pusat tahfiz, sekolah agama, institusi pengajian tinggi, parti politik serta agensi kerajaan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, biarpun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1996 telah mewartakan ajaran tersebut sebagai sesat, namun usaha penguatkuasaan di bawah enakmen agama negeri belum cukup bersepadu untuk mengekangnya.

"Syiah ini tersebar sejak tadika lagi. Ada tadika dikenalpasti berselindung di sebalik nama pusat pendidikan Islam kanak-kanak terdapat di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Ada 13, berselindung di sebalik pusat-pusat tahfiz, gerakan agak licik. Sekolah-sekolah agama di Johor dan Perak juga masih ada.

"Susah untuk mengenali pengikut Syiah ini kerana mereka mempunyai senjata pegangan agama yang dipanggil taqiyah iaitu boleh berbohong. Dia akan kata saya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya yang telah melakukan kajian terhadap fahaman itu selama tiga tahun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dan sesi penerangan mengenai kefahaman dan bahaya Syiah terhadap umat Islam kepada anggota dan pegawai 2 Briged di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) di sini hari ini.

Yang turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, benteng terkuat untuk menyekat penularan fahaman Syiah ialah dengan menyedarkan masyarakat melalui pendidikan sebelum usaha penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan oleh agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) termasuk jabatan agama Islam negeri.

Selain itu katanya, umat Islam senang tertarik kepada fahaman Syiah kerana ingin mengambil langkah mudah dalam beribadah terutamanya mengerjakan solat lima waktu.

"Apabila kerajaan mengambil tindakan, mereka bergerak secara senyap. Saya amat setuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menahan individu tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar tahun 1996," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan, sekiranya mana-mana orang Islam didekati oleh pengikut Syiah, mereka tidak wajar menerimanya secara bulat-bulat, sebaliknya perlu bertanya kepada orang berilmu apatah lagi perkara itu melibatkan ajaran agama.

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah berhujah menggunakan hadis-hadis palsu yang disandarkan pada imam-imam mereka seperti meriwayatkan atas nama Abi Jaafar 'Alaihissalam', Ali 'Alaihissalam dan Husin 'Alaihissalam.

"Bagi yang faham, kalimah 'Alaihissalam itu hanya diberi kepada Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi sahaja. Selainnya, itu adalah hadis Syiah.

"Apabila Syiah Jaafariah dikatakan sesat kerana sebahagian daripada Syiah Imam 12, pengikut-pengikut ini berselindung sebagai Ahli Bait, maksudnya imam kepada keluarga Rasulullah.

"Namun, bagi mereka, keluarga Rasulullah itu hanya khusus kepada Ali, Fatimah dan anak-anak Hussin. Walhal anak-anak Rasulullah dengan Siti Khadijah juga ada Zainab, Ruqaiyah dan Ummu Kalthum, tetapi mereka tidak mengiktirafnya," kata beliau yang turut mendakwa fahaman Syiah makin berkembang di Malaysia sejak 1979.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ramai tidak mahu pulang

Pelajar Malaysia yang mengikuti bidang Pengajian Islam Universiti Al-Azhar dan tinggal di Kompleks Rumah Pahang, Hayyu Asyir, Nasr City, Kaherah, melakukan persiapan semalam, sebelum pulang ke tanah air ekoran krisis di Mesir. 
 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ramai pelajar Malaysia di Mesir memilih untuk tidak pulang ke tanah air kerana mendakwa keadaan keselamatan, khususnya di kawasan penempatan mereka masih lagi terkawal.

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali memberitahu, setelah dimaklumkan oleh pihak Education Malaysia Egypt (EME) berkenaan keputusan kerajaan membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir, masih ramai yang memilih untuk terus berada di sana.
"PMRAM menerima banyak pertanyaan daripada pelajar berkaitan operasi membawa pulang tersebut dan apabila dimaklumkan bahawa proses tersebut adalah secara sukarela, maka ramai yang memilih untuk tidak pulang ke Malaysia.

"Malah, difahamkan juga kuota membawa pulang pelajar yang diperuntukkan kepada persatuan-persatuan negeri masih tidak penuh kerana kebanyakan mereka memilih untuk kekal di Mesir," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.






















































































Tadika turut jadi sasaran sebar Syiah


IPOH 21 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah yang semakin berkembang di negara ini didakwa dijalankan secara licik sehingga turut membabitkan 13 buah tadika di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selain berselindung di sebalik pusat tahfiz, sekolah agama, institusi pengajian tinggi, parti politik serta agensi kerajaan.
Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, biarpun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1996 telah mewartakan ajaran tersebut sebagai sesat, namun usaha penguatkuasaan di bawah enakmen agama negeri belum cukup bersepadu untuk mengekangnya.
"Syiah ini tersebar sejak tadika lagi. Ada tadika dikenalpasti berselindung di sebalik nama pusat pendidikan Islam kanak-kanak terdapat di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Ada 13, berselindung di sebalik pusat-pusat tahfiz, gerakan agak licik. Sekolah-sekolah agama di Johor dan Perak juga masih ada.
"Susah untuk mengenali pengikut Syiah ini kerana mereka mempunyai senjata pegangan agama yang dipanggil taqiyah iaitu boleh berbohong. Dia akan kata saya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya yang telah melakukan kajian terhadap fahaman itu selama tiga tahun di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dan sesi penerangan mengenai kefahaman dan bahaya Syiah terhadap umat Islam kepada anggota dan pegawai 2 Briged di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) di sini hari ini.
Yang turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, benteng terkuat untuk menyekat penularan fahaman Syiah ialah dengan menyedarkan masyarakat melalui pendidikan sebelum usaha penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan oleh agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) termasuk jabatan agama Islam negeri.
Selain itu katanya, umat Islam senang tertarik kepada fahaman Syiah kerana ingin mengambil langkah mudah dalam beribadah terutamanya mengerjakan solat lima waktu.
"Apabila kerajaan mengambil tindakan, mereka bergerak secara senyap. Saya amat setuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menahan individu tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar tahun 1996," katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan, sekiranya mana-mana orang Islam didekati oleh pengikut Syiah, mereka tidak wajar menerimanya secara bulat-bulat, sebaliknya perlu bertanya kepada orang berilmu apatah lagi perkara itu melibatkan ajaran agama.
Katanya, kebanyakan pengikut Syiah berhujah menggunakan hadis-hadis palsu yang disandarkan pada imam-imam mereka seperti meriwayatkan atas nama Abi Jaafar 'Alaihissalam', Ali 'Alaihissalam dan Husin 'Alaihissalam.
"Bagi yang faham, kalimah 'Alaihissalam itu hanya diberi kepada Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi sahaja. Selainnya, itu adalah hadis Syiah.
"Apabila Syiah Jaafariah dikatakan sesat kerana sebahagian daripada Syiah Imam 12, pengikut-pengikut ini berselindung sebagai Ahli Bait, maksudnya imam kepada keluarga Rasulullah.
"Namun, bagi mereka, keluarga Rasulullah itu hanya khusus kepada Ali, Fatimah dan anak-anak Hussin. Walhal anak-anak Rasulullah dengan Siti Khadijah juga ada Zainab, Ruqaiyah dan Ummu Kalthum, tetapi mereka tidak mengiktirafnya," kata beliau yang turut mendakwa fahaman Syiah makin berkembang di Malaysia sejak 1979.






















,
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memulakan operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam semalam, selepas kerajaan mendapati pergolakan di Mesir semakin tidak menentu.
Dalam pada itu jelas Abdul Aziz, kebanyakan pelajar beranggapan tahap keselamatan masih lagi tidak memaksa untuk diadakan operasi membawa pulang sepenuhnya sebagaimana berlaku pada tahun 2011.
"Walau bagaimanapun PMRAM sentiasa mengutamakan aspek keselamatan para pelajar lebih-lebih lagi dalam keadaan politik Mesir yang tidak stabil, jadi kami mengharapkan agar seluruh ahli peka terhadap isu semasa dan sentiasa mematuhi arahan terbaharu pihak persatuan.
"Kami turut mengharapkan ibu bapa dan keluarga di Malaysia tidak terlalu panik dengan situasi yang berlaku. Seluruh rakyat diharap terus berdoa agar pelajar Malaysia di sini dijauhkan daripada segala bencana," katanya.

Lapan mangsa nahas bas stabil

 
\Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.6, Jalan Genting-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA 
 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lapan mangsa kemalangan bas Genting Highlands yang dihantar ke Hospital Selayang petang ini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mereka termasuk dua beradik iaitu Nur Syamimi Ja'afar, 25, dan Nur Fathiah Ja'afar, 21, dari Paka, Terengganu yang bercuti di pusat peranginan itu.

Turut stabil ialah pelancong dari Bangladesh Rashidah Buyah, 50, dan dua anaknya, Raawnok Arefin, 14, dan Rezyan Arefin, 24.

Mangsa lain adalah seorang warga tempatan, Nurul Quraitul Aini Md. Jali, 19, yang kini dalam keadaan kritikal namun masih stabil.

Turut kritikal adalah Nur Fridil Gusman, 23 dari Indonesia manakala seorang lagi dari negara itu, Andri Purwadi, 25, juga dilaporkan stabil.

Sementara itu Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, kesemua mereka menjalani pembedahan malam ini.

Katanya, pihak hospital berkemungkinan akan mengambil masa selama seminggu untuk menyelesaikan semua pembedahan melibatkan mangsa.

"Tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi semi kritikal namun kesemuanya stabil.
"Semua mereka sedang dalam proses untuk dimasukkan ke wad masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang malam ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tubuh jawatankuasa siasat punca nahas - TPM


BANGKOK 21 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat punca kemalangan yang membabitkan sebuah bas sehingga mengorbankan 37 penumpangnya di Genting Highlands hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu penting bagi memastikan langkah-langkah sepatutnya dapat diambil bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
Menurutnya, pihak berkenaan terutamanya Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mengenal pasti punca kemalangan itu.

"Ini sesuatu yang amat menyedihkan, sebelum ini pernah berlaku kemalangan di Genting Highlands tetapi jumlah kematian tidak sebesar hari ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba di sini hari ini bagi melakukan lawatan kerja dua hari ke negara ini bermula esok.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu menunjukkan ketegasan ekoran kemalangan tersebut bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan lebih penting kemalangan seumpama itu tidak berulang.
Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu perlu menyiasat kemungkinan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu, keadaan bas yang kurang baik, bas dipandu laju atau brek bas gagal berfungsi.
"Apa pun kita harap tindakan segera dapat diambil kerana laluan itu digunakan selalu oleh pelancong untuk turun naik ke Genting Highlands," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga berasa sedih dengan kejadian tersebut yang melibatkan terlalu banyak jumlah korban.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi kejadian itu," katanya. - UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd

Dengar jeritan kuat

Genting Highlands: “Saya melihat bas berkenaan tiba-tiba terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung,” kata Ahmad, 29, saksi kejadian sebuah bas henti-henti yang membawa 52 penumpang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur, petang semalam.
Menurutnya, dia juga melihat pemandu bas itu cuba melakukan brek kecemasan berdasarkan kesan brek, namun gagal sebelum bas itu melanggar tebing batu dan terjunam dalam kejadian jam 2.45 petang itu.

Katanya, ketika kejadian, dia mengekori bas berkenaan dan dalam perjalanan turun dari puncak Genting Highlands dengan ahli keluarganya. Keadaan cuaca juga baik dan tidak berkabus.

Beliau berkata, sebaik mengambil selekoh tajam di lokasi kejadian, bas itu terbabas sebelum melanggar tebing batu dan terjunam.

“Apa yang saya lihat, pemandu bas itu cuba mengawal basnya itu daripada terjunam ke dalam gaung, namun gagal mungkin disebabkan muatannya yang terlalu ramai dan berat.

“Saya juga mendengar jeritan kuat penumpang sebelum dentuman kuat apabila bas itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 60 meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, beberapa orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa sebelum beberapa jentera bomba datang untuk melakukan operasi menyelamat.

“Orang awam kemudian diarahkan keluar daripada kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi menyelamat dilakukan,” katanya.

Selamatkan mangsa dahulu! (Genting Maut)

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan tidak mahu terus menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkait dengan insiden bas Genting sebaliknya akan memberi tumpuan kepada usaha membawa keluar mangsa terperangkap serta yang perlu diselamatkan.

Pemangkunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau masih menanti laporan penuh kejadian sebelum siasatan lanjut kes itu dijalankan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi dan memberi jaminan kepada mereka bahawa kita akan lakukan apa saja untuk mengenal pasti punca dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi di bawah kementerian termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat serta meneliti punca sebenar kejadian.
FotoSULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah melihat mayat mangsa kemalangan bas terjunam ke dalam gaung, semalam.

“Agensi-agensi dari pelbagai kementerian telah pun ke lokasi kejadian dan biarlah mereka melaksanakan tanggungjawab menyelamat terlebih dulu.

iDAN : Takziah buat keluarga yang kehilangan orang yang dicintai.

 Mangsa dakwa bas usang
PETUGAS bomba mencari mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA 
 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.

Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.

Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.

"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.

"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.

"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.

Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.

Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.

Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 20 Ogos 2013

Kisah Pertama : July's Night (part 1)


Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai aku! Tapi takpe la kan, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku ni la.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Kelilingnya hutan, macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang syok sebab nyaman. Tapi, agak menyeramkan jugak la bila malam.

' Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?' Tanya Am, roomate aku pada satu malam. Dia ni kawan baik aku masa sekolah lagi, entah macammana boleh satu bilik hehe.

' Kenapa?' Aku bertanya selamba sambil membaca komik. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca komik lagi. Tapi takpe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi.

' La, kau ni memang pending betul la! Kolej kita ni berhantu siot!' Am bercerita dengan semangat waja.

' Ler, kalau ye pun, kenapa?' Aku malas nak melayan kerenah si Am ni. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham ikut lain.

' Kau tak takut ke, beb?'

' Biasa je.' Aku lantas menutup komik dan ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu lebat ni, baru 11.30. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur.

Selepas mengambil wudhuk, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam tu menghadap ke arah katil aku. Am dah bersedia untuk tidur. Aku angkat ta'bir dan mencuba untuk khusyu'. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba mengganggu solat aku. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hatiku kuat berdebar, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, 'dia' masih kaku di situ!

' Allahuakbar!' Sengaja aku kuatkan suara ku bagi memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Aku cuba mengabaikan gangguan 'makhluk' wanita tadi, namun makin aku cuba lupakan, makin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almariku lantas ke meja studi dan membuka laptop ku. Aku khayal sejenak, hilang di dalam game yang aku sedang godek-godek itu.

' Khairul..' Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi 'pagar' dari gangguan makhluk ghaib.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. 10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malas bangun dan membuka pintu bilikku. Tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Subhanallah! Segera aku menutup rapat pintu bilikku dan menuju ke katil. Untuk malam ni, aku give-up!

Aku baring dan membaca ayat-ayat sebagai pelindung sebelum tidur. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur.


Author: super_mario    Time: 13-7-2012 05:27 PM
Kisah Pertama : July's Night (part 2)

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa benda ni?? Aku segera membuka mata. Aku boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh 'seorang' wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku. Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling ke arahku.

Cantik! Cun giler! Dia senyum. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

' Lailahaillallah!' Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan dan tertidur kembali.

-----

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Am. Pukul 6.30. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

' Subhanallah!' Muka Am tercongok di pintu bilik dengan mata layu. Tangannya menggosok-gosok mata kirinya.

' Esh! Kau ni, buat terkejut aku aje!'

' Em, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje?' Mata Am membulat merenung leherku.

' Yeke? Entah, hantu kot cekik.' Aku menjawab dengan nada bergurau.

' Gila kau! Kalau betul macam mana??'

' Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!'

------

Author: super_mario    Time: 13-7-2012 05:28 PM
Kisah Pertama : July's Night (part 3)

Kuliah hari Khamis penuh dengan tutorialnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 6 sampai 7, ada sejam tutorial. Gila lambat baru habis!

' Woi, Ril! Kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!'

' Okay, aku tunggu dekat luar.' Ril menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ.

' Khairul. Lama lagi ke?' Ketukan pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang.

' Sabar ar Ril! Aku baru bukak zip aje ni!' Kemudian aku dengar derap kaki berjalan ke sebelah tandas ku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan.

' Siapa tu? Kau ke Ril?' Aku bersuara, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup.
Aku berdebar. Kenapa lah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati.

Tik.. Tik..

Aku dengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat memcuci apa yang patut. Tak sempat aku menzip seluar jeans aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling! Rambutnya yang panjang meleret sampai ke muka ku!

' Allahuakbar!' Kuat aku menjerit dan membuka pintu tandas untuk keluar. Suara hilaian wanita jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca!
Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

' Awak..' Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

' Ya..' Lama baru aku menjawab.

' Saya.. nak mintak tolong awak.'

' Tolong? Apa?' Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.

-----

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

' Tolong saya..' Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

' Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni?? Author: super_mario    Time: 13-7-2012 05:30 PM
Kisah Pertama : July's Night (part 4)

' Hik.. hik.. hik..' Suaranya begitu dekat dengan telinga aku. Aku lihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalir darah merah menghiasi pipinya yang putih seperti seorang Geisha. Aku kelip-kelip. Kakiku ketar.

' Ke..na..pa..?' Aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi kerana tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya.

' Rul!' Aku terdengar suara Ril memanggil. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 cm ingin mencecah ke muka ku segera terhenti. Dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri.

' Rul! Kau okay tak??' Ril bertanya, namun aku diam saja. Peristiwa tadi betul-betul meng'shock'kan aku. Aku cepat-cepat melangkah keluar dan pulang ke kolej. Ril aku biar dengan seribu pertanyaan.

-----

' Khairul.. Awak di mana?' Suara wanita yang begitu syahdu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong.

' Am, aku balik rumah ni! Kau ada apa-apa, call aku, okay? Jangan lupa solat and mengaji!' Aku tepuk bahu Am selepas kami bersalaman.

Aku menuju ke arah motorku diparkir, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg sandangku di dalam raga dan mula bergerak meninggalkan kolej. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah dia nak memilih aku ni jugak?

Sampai di flat tempat femiliku tinggal, aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku menunggu lif sampai. Tak lama, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku.

Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

' Awak..' Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

' Ya..' Lama baru aku menjawab.

' Saya.. nak mintak tolong awak.'

' Tolong? Apa?' Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.
Author: super_mario    Time: 13-7-2012 05:31 PM
Kisah Pertama : July's Night (last part)

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

' Tolong saya..' Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

' Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni?? Author: tarabas1976    Time: 13-7-2012 05:54 PM
Ada sambungan lagi tak TT? Author: Swift    Time: 13-7-2012 08:32 PM
ni citer rekaan ke...
mahap la bro super mario, saje nak dpt kepastian.. Author: @kikyou    Time: 13-7-2012 11:52 PM
~~ingatkan collection game super mario yg seram. rupanya nama TT super mario. hhehe. Author: sepaileman    Time: 14-7-2012 12:02 AM
cite dlm tandas tetiba masuk dlm lif? #3 Author: azzira    Time: 14-7-2012 01:01 AM
cerita best tapi mcm lompat2.... Author: Esterozie    Time: 14-7-2012 01:08 AM
hehe... xpe.. janji cite best...
realiti atau fantasi itu hak masing2 nak pikir ape.. Author: koba    Time: 14-7-2012 01:17 AM
hahaha
betul2
kalo rekaan pun, ade ciri2 bole dikomersialkn ni Author: Ferr_Remy    Time: 14-7-2012 06:25 AM
X best la kalau citer rekaan.. mcm sah je rekaan sbb gaya penulisan novel.. Author: azieyma85    Time: 14-7-2012 01:34 PM
Aku tau ni cita apa......ni ko ambik dari novel kan......jangan mare... Author: super_mario    Time: 14-7-2012 01:51 PM
Reply 6# tarabas1976

Yg ni bes dh. Nanti da cter len plak Author: super_mario    Time: 14-7-2012 01:54 PM
Reply 15# azieyma85
Aku amik org punya, ni cerpen jer
Pasni aku boh cter yg len lak. Cter betulpun aku boh nanti. Author: azieyma85    Time: 14-7-2012 03:32 PM
Reply 17# super_mario


tapi citer ni nanti ko buat sampai abis ke...aku pun tengah tunggu sambungan nya... Author: shanshero    Time: 14-7-2012 11:59 PM
cerpen rupenye. huh! patut tak logik Author: apejanpunyer    Time: 15-7-2012 07:55 PM
patut la boleh berulang kali cite part yg sma part 3 part 5.. ke aku yg confuse Author: sicantep    Time: 16-7-2012 08:51 AM
novel sangatt Author: sheepbiri    Time: 16-7-2012 11:17 AM
kikiki..copy sampai terlompat2 ceritanya~~~ Author: super_mario    Time: 16-7-2012 11:35 AM
Kisah Ke-2 : Dirasuk Pelesit (Part 1)

Author: AbukRokok    Time: 16-7-2012 11:36 AM
adakah TT ni jelmaan maltinik Cik Es? sila teruskan serita Author: super_mario    Time: 16-7-2012 11:37 AM
Post Last Edit by super_mario at 16-7-2012 11:50

Kisah Ke-2 : Dirasuk Pelesit (Part 2)

Author: super_mario    Time: 16-7-2012 11:39 AM
Reply 22# sheepbiri papepun mod bagi aku 10 points..hekhekhek..ko hado??
Author: HAnaNAjima    Time: 16-7-2012 11:46 AM
BEST AR...1TIME BACE...BERDEBAR2 GAK AR...DA AR AK SOWG2 NI...TERBAYANG2 GAK AR MKE2 ANTU UH...HARAP DE SAMBUNGAN XSABAR NK BACE G NI... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 11:50 AM

Kisah Ke-2 : Dirasuk Pelesit (Last Part)

Author: getah    Time: 16-7-2012 12:03 PM
novel sangat!!!  rajinye meng'copy paste'... tahniah... truskan usaha.. Author: super_mario    Time: 16-7-2012 12:06 PM

    novel sangat!!!  rajinye meng'copy paste'... tahniah... truskan usaha..
    getah Post at 16-7-2012 12:03

Author: super_mario    Time: 16-7-2012 12:15 PM
Kisah Ke-3 : Dikacau ketika memancing di puncak bukit Polo Iskandar, Ampang-Ipoh

Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.

Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. kira penghujung jalan dan last punya lombong.Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap2 kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)

sampai jer terus semua ambil port memasing. lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. wow! sgt lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.


Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng....

2 orang kawan aku tgh pasal unggun api.. nak bagi terang kawasan. walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..

aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dgn kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.


uuuiii... uuuiii...uuuuiiii......


kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yg tak makan umpan. hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. aduh.. ini dah lebih. dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. bunyi tu masih lagi berlanjutan..

tiba2 kawan aku yg lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii...uuuiiiiiii berselang seli dgn tangis budak makin kuat... kompom Cik Ponti...


Tak boleh jadi, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yg tengah pasang unggun api tanak balik pasal diaorang kata baru sampai. Hampeh betul. aku cakap kat diaorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh, baru perasan, bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siye betul.

Tapi apa nak buat, kena lalu jugak. takkan nak tunggu situ lagi. hehe, kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe...


masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yg tau. bulu roma dah meremang sakan. masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai.... semua lompat masuk dalam kereta. aku try start kereta, Alhamdulillah, boleh start. terus masuk gear satu dan jalan.. tak tengok belakang dah... hehe.. takut siott


ingatkan gangguan dah habis, tapi masa turun dari puncak bukit tu, ada 2 kejadian aneh.

1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu...

2. masa turun kami bertembung dgn dengan teksi. teksi tu menuju ke puncak bukit. kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. syoohh.. jgn tegur.. biarkan je dia. adui.. masa berselisih dgan teksi tu, aku menjeling tgk apa yg ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau.. orang yg bawah teksi tu warna hijau...nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. kami semua masuk dalam rumah. semua mandi dah semayang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah. Author: sheepbiri    Time: 16-7-2012 12:22 PM
Reply 26# super_mario


   kikiki..nan ado2....tahniah la..untung dapat 10 points... Author: kivio    Time: 16-7-2012 01:37 PM

    patut la boleh berulang kali cite part yg sma part 3 part 5.. ke aku yg confuse
    apejanpunyer Post at 15-7-2012 19:55




   Btol. Repeat bnda yg sma. Copy sbijik utk cerita part 2nd last. Penat baca. huhuhu Author: super_mario    Time: 16-7-2012 01:47 PM

    Btol. Repeat bnda yg sma. Copy sbijik utk cerita part 2nd last. Penat baca. huhuhu
    kivio Post at 16-7-2012 13:37


lorr..cian kat korang..tertabah lah Author: super_mario    Time: 16-7-2012 03:32 PM
Kisah Ke-4 : Soksek2 di pejabat

Kisah ni baru jer berlaku jap tadi antara saya dan geng2 pejabat. My colleague yg duduk depan saya ni mulakan cter..

Amoi : Hey..u taw tak rumah sya ade hantu

Den : Huh??

Amoi : Cmni..time saya pindah rumah..lepas my sis balik..tinggal saya sorang. Then i watched tv. Suddenly i heard sound macam my entrance door dibuka. Handle macam ditekan then dikuak (sy adjust skit wording amoi tu..hehe)

Den : Grrrr...pastu

Amoi : Im very sure i dan lock pintu tu..bila saya toleh belakang..nothing. On da sport saya keluar gi rumah my sis. The thing happen several time. Pernah 1 time tu saya mandi..and then keluarla dari bilik bila dah sudah mandi. Suddenly pintu bilik di hempas kuat tertutup. Rumah saya pakai aircon...xde window terbukak. I told my husband but dia tak percaya. Sampai la one day my husband pulak kena...someone called his name. My friend pernah datang rumah saya then cakap dia ada nampak 1 bayang macam terbang dalam rumah saya tu. I always heard all cabinet macam dibukak tutup. My home only me, my husband and my baby.

Den : Ntah2 ur mother in law letak something untuk jaga u all kut..hehehe (saya gelak dan dia gelak)

Camgitu la cter dia..sampai sekarang dia still stay kat situ..Sungai Buloh sana. Double story house at Bukit Rahman Putra. Dari 2 org kami..bertambah 3 org bila sorg lg join nak ctr kisahnya..hehe

Peaah : Akak saya dulu2 hestiria..since tu dia boleh nampak makhluk halus. Pernah sekali tu kitaorang balik kmpg..then stop nak boh minyak. Akak saya cepat2 suruh masuk kereta balik sebabnya dia nampak budak kat tepi kete yang memang sah bukan budak biasa. Pernah juga dia tido badan dia diangkat terapung. Bila tido dia kena berteman. Macam2 la mahkluk halus dia nampak...

Den : grrrrr....

Tiba lah pulak masa den nak cter..hehehe

Den : Saya ni lepas grad saya susah dpt keje..just account clerk jer..so ajarlah tuition kat kampung. Time tu tetiba pemes la..hekehek. Kalau jumpa orang kampung semuanya senyum, semua orang respek. Jadi pengajar ni memang ibadah..semua orang suka. Saya just kenakan RM10 jer sorang untuk 1 subjek. Yang orang susah sikit.. saya kenakan RM5. Time tu penuh satu kelas..suka sungguh saya. Dalam kampung saya tu ada seorang ustaz yang pandai ubati orang dirasuk, saka, buatan org dan etc. Kebetulan beliau antar anak beliau sorg standard 1 dan sorg standard 6. Comel2 anak dia. Dua2 perempuan.

Saya ni ngajar waktu malam sebab siangnya saya kerja. Kelas tu saya tumpang kelas kat masjid yang digunakan waktu siangnya untuk kelas fardu ain. Memang perfect la kelas tu..ada segalanya. Tersebutlah kisahnya..my student anak ustaz tu..yang standard 1 tu..tetiba nangis. Saya tanya students lain..ada kaco dia ke?? Dorang cakap tak. Memang students saya tak nakal..dengar cakap semuanya. Pelik. Saya gi kat dia....tanya nape. Dia xnak cakap. Nangis jer. Mata plak meliar jer. Class saya ni mixed smua student. Standar 1 - 6. Akak dia memang ada sekali la. Then nape ntah terkuar dr mulut saya..ada nampak benda takut ek?? Then dia angguk..ha sudah..grrrr.

Giler saya tanya lagi...benda tu mata merah ek?? Dia angguk lg...ha sudah. Then sepanjang kelas tu sy terpaksa peluk dia. then baru dia tak nangis. Mcm2 persoalan dlm paler otak saya. Perkara tu berlarutan berkali2 time dlm kelas saya. Kelas siang time weekendpun sama. Saya memang tak tahan dah...takutpun ada...kesianpun ada. Satu hari saya beranikan tnya kat mak dia. Mak dia mcm nak elak soalan saya. Dia tak komen apa2..just senyum.

Saya ada tnya hal ni kat makayah saya..makayah saya just agak yang benda dibuang ayah dia sedang ikut dia. Ntah la nak caya ke tak. Author: haruno    Time: 16-7-2012 03:33 PM
bile nk smbung nie TT...? Author: simontok    Time: 16-7-2012 03:55 PM
xde sambungan lg ke??xsabar nak tau yg selanjutnye... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:01 PM
Post Last Edit by super_mario at 16-7-2012 16:02

Kisah Ke-5 : Bunian (Ni saya jumpa dlm satu forum..copy phase) - cter betul (Part 1)

malam saya nak bercerita sikit berkenaan dengan pengalaman saya berkenaan dengan bunian.

kisah ceritakan kerana , sorang forumer bertanyakan berkenaan nurnilam sari. sebenarnya saya tak mempunyai pengetahuan berkenaan nur nilam sari, tapi kalau yang di nyanyikan oleh awie tu, sebenarnya lagu tu memuja kepada puteri bunian yang bernama nurnilam sari.

beberapa patah lirik dari lagu tersebut

Pinjamkan sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
KAbus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Ku lupakan sengsara
Berapi kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

sebenarnya ini lah situasi yang seringkali berlaku kepada seseorang apabila dua alam bertemu. bagi saya penulis lirik lagu ini memang mempunyai pengetahuan berkenaan alam yang lain selain alam kita.

kerana lirik dalam lagu tu banyak diceritakan situasi ketika pertemuan antara alam kita dengan alam bunian, seperti mana yang saya sebutkan tadi.

bersambung.......... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:02 PM
Bunian (Part 2)

ok berbalik kepada cerita nya bermula begini..........

allahyarham ayah saya mempunyai sebidang tanah berhampiran dengan laut di sungai apong sabak bernam .kebun itu jauh dari tempat tinggal manusia.

berhampiran dengan tanah tu ada sepohon pohon ara yang amat rendang pohonnya, seperti mana yang kita sedia maklum pohon ara ni adalah tempat kegemaran makhluk halus terutama pontianak.

allahyarham ayah saya banyak mengalami kejadian ganjil ketika bekerja dikebun tersebut.

diantara yang masih saya ingat sepertimana yang pernah diceritakan oleh allahyarham ayah saya pada satu tenghari arwah ayah saya keletihan dan berehat seketika dikebun tersebut. ketika beliau berbaring menghadap pohon ara itu untuk tidur beliau seperti ternampak pohon ara tersebut bukan nya pohon ara tetapi sebuah rumah yang mempunyai langsir yang sangat cantik .beliau yang ketika itu hampir terlelap terus terjaga dan macam biasa meremang bulu romanya.

dan pada hari yang lain pula ketika beliau sedang menunggang motor,beliau telah terlihat beberapa orang perempuan sedang duduk ditepi parit sedang bercerita.beliau kehairanan kerana mana ada rumah orang disana ,oleh kerana beliau terlalu menumpukan kepada kumpulan perempuan tersebut beliau kurang memberi tumpuan kepada motor yang ditungganginya.akibatnya beliau yang sedang lalai telah terlanggar lopak yang amat besar dan terjatuh.

akibat terjatuh tumpuan kepada kumpulan perempuan tersebut telah beralih arah kepada kesakitan yang beliau tanggung akibat terjatuh tersebut.

kumpulan perempuan yang melihat beliau jatuh itu mengetawakan beliau dan menegur beliau kerana jatuh motor.dalam kesakitan allahyarham ayah saya terus melihat kembali kepada kumpulan perempuan tersebut tapi ternyata mereka semua telah hilang bersama angin laut selat melaka.

selain itu juga sewaktu bekerja di kebun tersebut seringkali allahyarham ayah saya tercium bau masakan dan kadang kadang terdengar bunyi orang sedang memasak.

namun apa yang menghairankan saya yang seringkali membantu allahyarham dikebun tersebut tidak pula pernah mengalami kejadian ganjil, cuma seringkali saya terserempak dengan ayam hutan.

mungkin sebab saya jarang kekebun tersebut dan hanya pergi ketika waktu cuti sekolah sahaja itu yang membuatkan saya kurang dikenali mereka kot.

oleh kerana disitu terdapat banyak ayam hutan saya pernah mencadangkan kepada kawan saya supaya memasang racik dikebun tersebut.

pada satu hari kawan saya yang memang hobinya meracik ayam hutan itu telah pergi kesana untuk meracik .beberapa ekor ayam hutan berjaya diracik oleh nya memang banyak katanya.

bersambung................... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:03 PM
Bunian (Part 3)

selepas mendapat beberapa ekor ayam hutan beliau balik kerumah,dengan seronoknya teringatlah keenakan ayam hutan apabila dimasak gulai.

sampai dirumah beliau telah meletakkan ayam tersebut didalam serkap .dan beliau bercadang untuk menyembelihnya dua tiga hari mendatang.

dimalam tersebut ketika tengah malam sebelum beliau tidur ada suara perempuan mengucap salam diluar rumah

"assalamualikum"

isteri beliau yang kehairanan memandang beliau dengan penuh kehairanan apa bila mendengar ucapan salam ditengah malam .beliau hanya membalas pandangan isterinya dengan wajah kehairanan juga.

isteri beliau bertanya kepada beliau"sapa malam malam nie datang rumah kitani?"

jawab beliau"ntahlah.mungkin ada kecemasan kot sampai tak cukup siang.orang dah nak tido barulah mengacau"keluh beliau.

beliau yang kelihatan malas keluar turun dari katilnya dengan diikuti isterinya dibelakang menuju kepintu rumahnya.apabila daun pintu terkuak beliau turun kebawah dan beliau terlihat seorang perempuan yang amat cantik berbaju kurung serba merah muda.

beliau pun pergi kearah perempuan tersebut dan berkata,"adik nie sapa tak pernah pula abang lihat adik dikampung ini dan malam malam buta ini ada apa hal?"tanya beliau bersahaja

perempuan itu menjawab"saya datang ni sebenarnya nak ambil balik ayam saya yang abang ambil siang tadi,abangni kalau nak ambil ayam saya ambillah, saya tak larang cuma kalau nak ambil ambillah dengan tuan tuan nya sekali janganlah ambil ayam saya sahaja"jawab gadis itu manja.

mendengar jawapan gadis itu kawan saya itu terus melarikan diri keatas lalu menutup pintu rumah dan terus menarik isterinya masuk kebilik

isterinya yang curiga dengan suaminya lantas bertanya dengan nada cemburu dan marah"abangni sapa tu bang?"

kawan saya hanya mendiamkan diri sahaja

lalu isterinya terus berleter"ooooo kata tiap hari pergi meracik lain yang diracik nya yer kalau mcm nie sikap abang hantar saya balik kerumah mak ayah saya dalam diam diam abang nie ada simpan perempuan lain diluar yer"marah isterinya sambil menangis

bersambung..................... Author: amwer12345    Time: 16-7-2012 04:11 PM
Reply 23# super_mario


    macam nak beza kan dari gambar tu.. Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:20 PM

    Reply  super_mario


        macam nak beza kan dari gambar tu..
    amwer12345 Post at 16-7-2012 16:11




   ntah lah Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:21 PM
Bunian (Part 4)

beliau yang naik takut dengan kejadian yang baru berlaku mula naik angin dan berkata"kalau kau nak balik sangat esok pagi pagi aku hantar kau dengan anak anak tapi malam ni tak boleh"jerkah beliau kepada isterinya

isterinya yang sedang menangis terus berleter"malam ni jugak jangan tunggu tunggu esok pagi"

beliau yang sedang runsing terus menyelimutkan diri dan melelapkan mata dan membiarkan isterinya berleter seorang diri.

isterinya terus berleter dan meninggalkan beliau sorang sorang tidur diatas katil dan dia telah pergi tidur bersama anak anaknya, sebagai memprotes perbuatan suaminya yang disangka curang.

pada keesokan paginya isterinya terus berleter dnegannya .oleh kerana hilang kesabaran beliau berkata kepada isterinya"kau tau perempuan mana yang datang malam tadi itu sebenarnya penjaga ayam hutan yang aku tangkap.senang cakap itu hantu kau tau hantu."marah beliau kepada bininya

isterinya tercengang cengang mendengar penjelasan suaminya lantas menyambung leterannya"tulah abang ni dari dulu lagi saya dan cakap jangan lah suka sangat tangkap benda benda hutan tu abang suka gak sekarang apa dah jadi nasib baik tak jadi apa kalau tak apa nak jadi tak taulah bukan sedap sangat daging ayam hutan tu liat semacam buatlah lagi biar disorok dek bunian sungai apong tu ............"ntah hapa hapa lagi dileterkannya oleh bininya tanpa noktah hehehhehhehe.

malah ketika beliau menceritakan kisah tersebut kepada saya beliau hanya mengeluh dengan saya"tak taulah aku bini aku nie aku cakap betul dia marah aku tipu dia marah aku tak cakap dia marah.ntah ntah dia nie kot sehari tak marah aku mau kembong perut dia ni"

mendengar keluhannya saya ketawa dan diikuti dengan beliau pun ikut ketawa.

saya bertanya kepada nya."kau dah lepaskan ker ayam tu?"

dia menjawab pendek "dah"

sambil bergurau saya menjawab"kot belum elok kau bagi aku untung untung gadis tu datang malam nie bolehlah aku nikah free dengan dia"

dia menjawab sambil menyindir "kau nie yang masih berhingus sekolah pun tak abis lagi ada hati nak nikah yer"

saya menjawab dengna selamba "alah nikah free sapa taknak"

kami ketawa bersama.

bersambung...................... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:26 PM
Bunian (Part 5)

kemudian kami hanya berbual berkenaan kecantikan gadis berkenaan dan kisah beliau yang telah dikunjungi gadis berkenaan .

seperti kebiasaan dihari cuti saya akan membantu ayah saya disana oleh kerana dihari tersebut allahyarham ayah saya yang kurang sihat saya telah pergi kekebun itu seorang diri

pada mulanya mak melarang saya namun demikian saya berjanji untuk pulang sebelum zohor dan berkeras untuk pergi juga membuatkan mak saya mengalah

dikebun saya telah menebas rumput yang semakin tebal meliputi kebun itu

sebelum balik saya berhenti berehat dan merenung pokok kayu ara tersebut.

dari jauh saya melihat dibawah pohon ara yang merimbun tersebut kelihatan sangat redup

oleh kerana hari itu terlalu panas saya bercadang untuk berteduh di pohon berkenaan untuk berehat sebelum pulang kerumah.saya pun menuju kepohon ara tersebut dan berteduh dibawah pohon tersebut.

dibawah pohon tersebut udaranya sangat dingin dan sangat berbeza dari diluar pohon tersebut.mungkin kerana pohon tersebut yang sudah hampir dua pemeluk dan terlalu merimbun membuatkan udara nya dingin fikir saya didalam hati.

kemudia terfikir dihati saya kalaulah pohon ini boleh dibonsaikan tentu cantik dan berharga mahal.saya pun terus mengambil sepotong akarnya yang terjuntai kebumi untuk ditanam dirumah saya .

selepas hilang letih saya pun pulang kerumah dijalan saya terfikir orang kata pohon tu seram takder pape pun aku dok bawah pohon tu ntahlah.......

sesampai dirumah saya terus meletakkan akar pohon itu dalam pasu dan menyiramkan dengan air.

pasu kecil itu saya letakkan di sinki rumah supaya mudah saya menyiram air kepada pokok itu kelak

beberapa hari kemudian terlihat tunas nya mula tumbuh dan saya terbayang kecantikan pohon ara yang dibonsaikan. lebih indah lagi tanahnya diletakkan batu dan diletakkan lumut halus bak karpet berwarna hijau .jadilah seperti taman mini.angan angan saya itu terputus akibat disapa oleh ibu saya.

"kau tanam apa tu?"tanya ibu saya

bersambung................ Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:32 PM
Bunian (Part 6)

"tak der apa apa cuma pokok herba jer pokok nie perlu banyak air tu sebab kita letak sini senang nak siram"jawab saya yang cuba sembunyikan sesuatu tapi ternyata ibu tak mengesyaki apa apa.

mak berkata"nasib baik mak tak buang lain kali bagi taulah kot benda nie berguna"

saya hanya tersengih mendengar kata kata mak

selang beberapa hari ketika tidur disuatu malam saya bermimpi seorang tua yang mempunyai beberapa orang ahli keluarganya datang kepada saya.

orang tua itu berkata kepada saya"cucu atok dan keluarga atok nak tinggal disini harap cucu tak keberatan menerima kehadiran kami sekeluarga"

saya menjawab"eloklah tu tok ,tok tinggallah berapa lama tok suka cucu pun gembira tok suka menumpang disini"

yelah dalam tidur kot dalam jaga dah tentu saya jawab "boleh ,boleh,memang boleh,boleh blah.........."

tapi bila sedar saya tak ambil kisah mimpi bagi saya mimpi itu hanya permainan tidur.tulah sapa suruh tak cuci kaki dulu sebelum tidur kan dah mimpi yang bukan bukan .sebenarnya sy pun tak tau apa rasional mimpi dengan cuci kaki sebab nabi pun tak ajar benda benda cuci kaki lainlah kot berwudhuk sebelum tidur tak taulah nabi ajar tak tapi ustaz ada ajar.

semenjak saya bermimpi itu rumah kami mula banyak kejadian misteri yang berlaku hehehhehehhe

kisahnya bermula begini pada satu malam ayah saya yang terjaga dari tidur hendak pergi buang air.sedang beliau menuju bilik air beliau tercium bau wangi seperti bau minyak attar.selepas sahaja beliau keluar bilik air beliau terserempak dengan sorang lelaki tua yang lengkap berjubah dan berserban.

allahyarham ayah saya yang terkaku melihat orang tua itu terdiam dan tak semena mena orang tua itu hilang secara tiba tiba dan bau minyak attar itu pun hilang bersama hilangnya orang tua berkenaan.

pada siangnya allahyarham ayah saya telah menceritakan dengan ibu saya.ibu sy pun menceritakan bahwa sejak kebelakangan ini sudu garfu dan pisau dirumah ini seringkali hilang.dan apa yang lebih menakjubkan al quran yang penuh disusun dirak rak almari pun banyak yang hilang .

pada mulanya ibu saya mensyakki saya yang menggunakan al quran itu namun bila mengenangkan hampir 5 buah yang hilang takkan saya baca al quran sekali 5 buah kot......

bersambung....................... Author: Loloq89    Time: 16-7-2012 04:37 PM
puncak polo iskandar tu kt mane? cm merepek je Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:40 PM
Bunian (Part 7)

malah ibu saya sendiri selalu mendengar suara orang membaca al quran diwaktu malam diatas rumah........

nak dikata saya yang membaca mustahil sebab ibu saya kenal suara saya dan suara saya diwaktu malam, suara berdengkur adalah kot nak harap mengaji diwaktu malam hehhehehhehe tak cukup sujud syukur boleh buat kenduri kesyukuran apa.senang cakap benda mustahil berlaku pada diri saya kot saya baca al quran dimalam hari ketika orang sednag enak dibuai mimpi.

banyak lagi kejadian pelik yang tak pernah habis semenjak mimpi tersebut, namun oleh kerana perkara tersebut hanya perkara perkara baik kami sekeluarga tidak ambil endah perkara tersebut.

yang lebih pelik lagi pernah ketika kami tiada dirumah selama seminggu jiran jiran menyatakan bahawa rumah kami sentiasa seperti ada orang sedang duduk disitu dengan lampu terpasang dan dengar suara allahyarham ayah saya membaca al quran.memang allahyarham ayah saya suka membaca al quran tak kira waktu pantang ada masa lapang beliau akan membaca al quran sebagai bekalannya dikemudian hari .

sehinggalah pada suatu hari allahyarham ayah saya telah mengajak saya kerumah sahabatnya yang bernama rahim .wak rahim nie sorang dukun dan mempunyai kemahiran menurun dan kawan rapat ayah saya.tujuan ayah saya kesana adalah untuk berurut sebab dah jadi kebiasaan allahyarham ayah saya untuk berurut dengan wak rahim.

ketika kami sampai dirumahnya kelihatan satu keluarga 5 beranak yang sedang berubat.wak rahim sedang menurun mengubati pesakitnya itu.saya pasti mungkin anak gadisnya itu yang sedang sakit kerana saya lihat anak gadisnya itu pucat semacam seolah olah sedang dirasuk.

suaranya garau dan menjerit jerit tak keruan dan sedang ditenangkan dan dipegang oleh ahli keluarga yang lain.

saya sedikit terpegun melihat situasi itu .

allahyarham ayah saya tenang melihat situasi tersebut.

wak rahim yang sedang menurun itu meminta allahyarham ayah saya untuk membantunya.

allahyarham ayah saya tidak keberatan telah meminta segelas air, semangkuk garam dan senaskah al quran daripada isteri wak rahim.sebaik sahaja menerimanya allahyarham ayah saya yang sentiasa berwudhuk telah membuka al quran tersebut.beliau telah membaca beberapa surah yang panjang dari al quran dengan suara yang nyaring dan berlagu merdu.

dihadapannya terdapat air dan garam dalam keadaan menghadap kekiblat.

bersambung.............. Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:42 PM
Bunian (Part 8)

saya hanya melihat dan tak pasti apakah surah yang dibacakan dan selepas kejadian itu saya ada bertanya dan beliau ada menerangkan kepada saya surah yang dibacanya.namun malangnya saya lupa surah surah tersebut, kot tak boleh saya kongsi bersama para forumer sekalian.

sebaik tamat bacaan ayat suci al quran dari allahyarham ayah saya beliau lantas menutup al quran itu dan meniupkan air dan garam tersebut.

wak rahim yang sedang menurun dengan suara garau berkata kepada arwah ayah saya."pandai cucu yer"dengan nada menyindir

allahyarham ayah saya bertanya"pandai apa?"

wak rahim menjawab"pada mata cucu benda tu memang garam tapi pada mata kami bangsa kami benda tu adalah api yang boleh menghancurkan kami"

allahyarham ayah saya terkejut dan terdiam mendengarkan pengakuan jin yang sedang dalam badan wak rahim itu.

wak rahim berkata lagi"cuba lihat perempuan tu dia benar benar ketakutan melihat garam tu"

pandangan kami semua beralih kepada perempuan yang sedang kerasukan itu dan kelihatan dia benar benar takut setengah mati melihat garam itu seperti orang sedang melihat sesuatu yang amat mengerikan.

wak rahim terus menjerit kepada perempuan itu."lebih baik kau keluar kalau tak api tu adalah bahagian kau"

kelihatan perempuan itu mengeleng geleng kepala dan berkata dengan suara garau dan menyeramkan "tidaaaaaaakkkk"

wak rahim menjadi marah dan meminta allahyarham ayah saya merembas gadis itu dengan garam yang telah dibacakan ayat suci al quran.

tanpa membuang masa arwah ayah saya terus merembas gadis itu. lalu tak semena mena gadis itu pengsan . melihat gadis itu pengsan allahyarham ayah saya telah meminta ayah sigadis itu mencuci muka gadis itu dengan air yang telah dibacakan ayat suci al quran tadi.

diwaktu itu saya terfikir katakanlah wak rahim yang sentuh garam tu untuk meerembas hantu tu agak agak apa terjadi agaknya. tapi biarlah bagi saya itu antara urusan dia tuhan dia dan jin dia. tapi beliau sendiri pernah mengaku jin dalam tubuhnya adalah jin islam dan saka dari keturunan nya yang lepas lepas. tapi bagi saya wallah hu subhanahu wataala aalamu demi tuhan maha suci tuhan sesungguhnya tuhan lah lebih mengetahui

tidak lama gadis itu sedar dan mula berkelakuan normal tidak seperti dirasuk tadi.kelihatan keluarganya sangat gembira melihat gadis itu sembuh.

bersambung.................... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:45 PM
Bunian (Part 9)

allahyarham ayah saya telah meminta ayah gadis itu memberi minum sebahagian air yang tertinggal tadi dan terus dituruti oleh ayah gadis berkenaan.kelihatannya gadis itu meminum dengan lahap air itu yelah mungkin sebab terlalu haus kot.

kelihatan gadis itu sangat letih akibat dirasuk oleh makhluk ntah dari planet dan alam mana tadi .mukanya kelihatan masih pucat keletihan.

selepas melihat keadaan menjadi tenang wak rahim yang dalam keadaan menurun telah bertanya kepada ayah saya"apa hajat cucu datang kemari"

ayah saya menjawab"mcm biasalah nak berurut"

"baiklah tolong kirim salam saya kepada sarung saya"kata wak rahim pendek

tidak semena mena wak rahim jatuh pengsan bergegar rumahnya sebaik tubuhnya menghempas kelantai.

beberapa saat kemudia tubuh wak rahim yang pengsan itu terlihat bergerak gerak dan duduk perlhan lahan. kelihatan wak rahim mula bersuara seperti biasa.

nadanya lembut tidak seperti ketika dirasuk oleh sakanya tadi, keras dan garau.diwajahnya kelihatan agak keletihan.

keluarga 5 beranak tadi mula meminta diri .ketika bersalam kelihatan ditangan ayah gadis itu ada sampul surat yang dilipat. mungkin itu duit pengeras kot untuk wak rahim .

kemudian selepas mengucapkan terima kasih dan mengucap salam kepada kami semua dia terus berlalu pergi kebawah rumah meninggalkan kami.dibawah rumah terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan dan mula bergerak meniggalkan kami.

memandangkan hari semakin malam wak rahim terus mengurut ayah saya.ketika urutan dibuat mereka membincangkan perkara perkara yang amat membosankan saya berkenaan sawah, ladang, kebun, ternakan dan lain lain yang amat membosankan saya.

saya yang kebosanan menguap sambil menggeliat tanda memprotes dan sudah mengantuk.arwah ayah saya yang melihat kelakuan saya menjeling tajam kearah saya.saya tahu jelingan itu menandakan beliau kurang berkenan denan sikap saya yang agak biadap tadi.saya menikuskan diri walau saya benar benar bosan dengan situasi itu.

sehinggalah satu ketika ayah saya bertanya kepada wak rahim"him, aku heranlah rumah aku kebelakangannie mcm mcm perkara pelik berlaku "

wak rahim menjawab"nanti jap"

bersambung.................. Author: koujo    Time: 16-7-2012 04:48 PM
bro.. PM saya Uni mana..? berminat nak tahu.. dan nak ke sana.. Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:56 PM
Bunian (Part 10)

saya tidak memahami jawapan wak rahim itu apa yang nak dinanti jawab jerlah.takkan nak nanti pagi kot baru nak jawab.yang lebih saya tak gemar tu wak rahim terus membuka topik lain yang takder pun apa apa yang berkenaan dengan topik yang ayah saya bukak tadi.

lebih malang lagi bila dia bukak topik nak buat bilik air baru tapi takder duit.betul meluat saya ketika itu.yang lebih malang ayah saya melayan seperti beliau pun terlupa apa yang ditanyakan nya tadi.

eeeeiiiiiiii meluatnya saya..........

kalau para forumer sendiri merasa bosan membaca pemerian saya dalam hal ini cubalah para forumer sendiri fikir betapa bosannya saya ketika itu seperti soalan yang tiada diberi jawapan

ketika rancak mereka bercerita wak rahim tiba tiba terdiam seketika. tetapi tangannya terus ligat mengurut ayah saya .kelihatan kepalanya sedang mengangguk angguk tanda menyetujui sesuatu, sedangkan orang yang yang bercakap dengan dia tidak kelihatan.

saya hanya tersenyum melihat dirinya yang sedemikian rupa terkenang saya kepada diri saya yang sedang mengiyakan cakap cikgu saya disekolah.

selepas seketika beliau berkata kepada ayah saya

"pehal banyak sangat bunian kat rumah kau, sekeluarga lagi"

saya tergamam mendengar kata katanya teringat saya kisah mimpi saya selepas saya menanam benih pohon ara dulu.

"dari mana asalnya?"tanya ayah saya pendek

wak rahim menjawab"ntahlah tapi asalnya dari pokok ara yang baru ditanam di singki rumah kau"

"benda tu benda baik takder apalah"sambung wak rahim

ketika wak rahim berkata matanya menjeling tajam kearah saya seolah olah dia tahu saya lah punca masalah itu .lebih malang lagi ayah saya ikut menjeling tajam saya .apa yang mampu saya lakukan menunduk seperti orang yang telah melakukan kesalahan besar.tapi memang dah buat salah pun tu sebab menikus jer lagak saya diwaktu tu.

bersambung................. Author: super_mario    Time: 16-7-2012 04:59 PM
Bunian (Part 11)

kemudian mereka beralih kepada topik semasa mereka sawah, ladang, kebun ternakan dan lain lain.saya tidak dapat menumpukan apa yang mereka ceritakan dihati saya mesti abah marah ni nanti balik itu jer ada dalam pemikiran saya.

jelingan tajam ayah saya tidak henti henti melihat gerakan saya yang memang tak bergerak.

selepas selesai mengurut ayah saya meminta diri untuk balik. ditengah jalan ayah bersuara."syam kau buat apa nie"

"buat apa pulak abah"saya buat buat tak mengerti

"buat buat tanya pulak"ayah saya menyindir

"abah harap kau selesaikan masalah yang kau dah buat nie jangan buat masalah lagi"sambung ayah saya

"ish buat apa pulak takkan lah pokok ara kecik tu pun kita nak tanam tak boleh dan takkan pulak abah nak dengar kata kata jin wak rahim tu"saya cuba mempertahankan diri

dengan selamba ayah menjawab"kau kata dnegan mak kau pokok herba mcm ner boleh jadi kayu ara bila masa pokok kayu ara jadi herba"bertalu talu soalan ayah itu sampai ketelinga saya

saya terdiam ........

ayah berkata lagi"dah lah kau ambik pandai pandailah kau pulang abah harap semuanya selesai"

saya terus mendiamkan diri.........

ayah saya menyambung khutbahnya lagi"sebenarnya jin nie pun banyak kelebihan yang kita boleh guna. mereka tau dan nampak apa yang ghaib tak mcm kita, tapi jangan pulak kita nie pakai semua , kenalah tapis tapis kot dah sampai depa cakap sehingga kita boleh bergaduh ker tak payah lah kita dengar"ujar ayah dnegan saya

saya dapat satu point untuk kenakan ayah saya lalu berkata"dah tu yang abah dengar kata jin wak rahim tu dah tu tuduh kita pehal"sambil ketawa

abah tersenyum melihat gelagat saya yang nakal itu. lalu berkata sambil tertawa kecil"masih nak nafikan walau dah terbukti rupanya anak bujang abah nie yer"

kami ketawa bersama sama diatas motor buruk abah dan enjin motor abah yang separa semput itu memecahkan keheningan malam jam 1100 malam itu

bersambung..................... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 05:01 PM

    bro.. PM saya Uni mana..? berminat nak tahu.. dan nak ke sana..
    koujo Post at 16-7-2012 16:48


wokehhh!!! Author: super_mario    Time: 16-7-2012 05:05 PM
Bunian (Part 12)

pada keesokan harinya saya telah mengambil pokok ara itu dan membawa keparit depan rumah. saya mengucapkan salam kepada pokok ara itu,

saya berkata kepada pokok ara itu seolah olah dia boleh mendengar kata kata saya "tok dari mana datok datang disitulah datok kembali cucu dah taknak datok tumpang rumah cucu lagi harap datuk boleh pulang ketempat asal datuk"

kemudian saya mencabut pokok ara yang panjang setengah jengkal itu lalu melemparkan keparit jalan

pada suatu malam selepas isyak saya duduk berehat seorang diri diatas sofa termenung sendirian teringatkan pelbagai peristiwa kecuali sekolah yang amat membosankan terutama ustaz ustaz yang garang mcm singa hehehhhe.

sedang saya termenung saya merasa mengantuk yang amat sangat dan merapatkan sandaran saya keatas sofa dan kaki saya lunjurkan keatas meja serasa selesa yang amat sangat.kalaulah ayah nampak cara saya ini mesti beliau marah. seringkali beliau kata meja yang dibelinya itu bukan tempat untuk letak kaki.tapi mcm biasa makin dilarang makin seronok utnuk dibuat lagi lagi abah dibawah mana mungkin naik keatas melihat perihal saya ini.

akibat mengantuk yang amat sangat saya terlelap .diantara lelap dan jaga saya serasa didatangi orang tua yang pernah saya mimpikan dulu.wajahnya tenang rupanya indah putih berseri seri hasil dari tidak putusnya wudhuk mereka yang menjaga air wudhuk .

saya seolah terpegun melihatnya.melihatkan saya yang terpegun beliau lantas mengucap salam kepada saya .saya pun menjawab salam nya .

beliau berkata dengan senyuman kepada saya."datuk datang ni nak maklum kat cucu datuk dan keluarga akan pindah dari rumah cucu ni.terima kasih datuk ucap kerana kesudian cucu menerima kehadiran datuk sekeluarga dirumah cucu nie."

saya hanya tergamam sahaja mendengar kata katanya

beliau menyambung"sebelum datuk nak pergi ni datuk nak pesan pada cucu rajin rajinlah baca al quran jangan malas malas lagi lagi lepas maghrib tu jangan lepas maghrib pergi tengok tv"

memang betul pun kata dia. lepas maghrib hobi saya tengok citer cina. lagi lagi kot drama cina kung fu. memang saya minat betul. habis solat maghrib terus bukak tv. kadang kadang solat pun teringat citer kung fu. mcm ketagih dengan drama cina nie.

beliau berkata lagi"cubalah lihat abah cucu tu kan bagus tiap masa sengang baca al quran rumah kita ni kalau tak dihiasi al quran rumah tu macam kubur,kalau cucu rajin baca al quran dikubur nanti al quran akan menerangi kubur kita dan diakhirat kelak kalau kita nak dilemparkan kedalam neraka al quran akan menahan kita dari dilempar dalam neraka dan al quran juga akan menemani kita kesyurga"terangnya panjang lebar

bersambung......... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 05:07 PM
Bunian (Part 13)

"cucu kan sekolah agama takkan tak tahu"katanya lagi seolah menyindir

beliau terus memberi nasihat kepada saya seperti seorang datuk memberi nasihat kepada cucu kesayangannya.banyak nasihat yang menyuruh saya berbuat baik dalam hidup ni dan jangan buat jahat.

habis nasihat diberikan beliau berkata"satu lagi yang datuk nak pesan batu yang cucu dapat dulu kat halaman rumah yang cucu simpan dalam laci mesin jahit tu batu yang tak baik buanglah jangan disimpan"

"ingat pesan datuk, keluarga datuk kirim salam kepada cucu sekeluarga dan jangan lupa berkirim salam datuk pada orang tua cucu"

selepas itu saya melihat dia berlalu pergi dan saya terjaga dari tidur. saya kehairanan yang amat sangat kerana kejadian itu berlaku antara tidur dengan jaga. bak kata orang tidur ayam.yang lebih heran mcm ada bau wangi semacam minyak attar di ruang tamu itu.meremang bulu roma saya dan saya pun berlari kedapur melihat ibu dan ayah saya bercerita. saya join sekaki .perkara itu saya tak ceritakan kepada kedua orang tua saya.kalau saya cerita dengna mak pasti kena marah punya.

semenjak peristiwa itu rumah kami kembali seperti sedia kala.

itulah kisah saya dengan bunian yang memang tak seram pun.

sebenarnya orang bunian ni adalah dikalangan jin juga.malah ustaz ismail kamus pun ada menyatakan hal ini dalam ceramah ceramahnya.janganlah terpedaya yang mengatakan mereka itu adalah kalangan orang kayanganlah dan dewa dewi lah sesungguhnya itu semua adalah tidak benar sama sekali.

sebenarnya jin ini sangat cemburu dengan rupa kita sebagai manusia,mereka kalau boleh ingin menyerupai kewujudan kita ini,hal ini kerana mereka ini dijadikan dari unsur api yang boleh dan mudah berubah ubah

berbanding dengan manusia yang susah berubah ubah sebab terdiri dari unsur air api angin dan tanah

unsur air dan tanah membuatkan manusia sukar berubah ubah

sebagai contoh jika jin membuat sesuatu maksiat mereka akan serta merta berubah menjadi bentuk yang kurang baik mengikut rupa roh mereka yang kurang baik akibat perbuatan jahat yang mereka lakukan,kemungkinan tanduk akan keluar dari kepala mereka dan berbagai bagai lagi rupa mereka yang indah akan menjadi buruk

berbanding manusia hanya air muka mereka sahaja berubah sedikit menjadi keruh akibat kejahatan dan kefasikan yang mereka lakukan

bersambung..................... Author: super_mario    Time: 16-7-2012 05:08 PM
Bunian (Last Part)

sebab itulah jin sebenarnya sangat sangat mengimpikan menjadi manusia.mereka kebanyakan nya akan kuat beramal ibadat dan bagi mereka yang bukan islam mereka akan mempunyai amalan amalan ilmu mereka sendiri supaya rupa mereka menjadi seperti manusia

bagi yang telah dapat berupa manusia mereka akan tetap beramal beribadat dengan tekun supaya mereka tetap berjasadkan manusia

cubalah kita fikir sejenak jin yang belum berupa manusia teringin nak berupa manusia dan yang dah berupa manusia bersyukur kerana berubah menjadi rupa manusia tetapi mengapa kita yang sudah lahir sebagai manusia tidak pernah bersyukur kepada tuhan yang melahirkan diri kita ini sebagai manusia

malah sebaliknya kita menggunakan kelebihan itu untuk melakukan maksiat, yelah buat maksiat bukan jasad boleh berubah pun tumbuh tanduk ker tumbuh ekor ker bukan orang tahu

tapi kita lupa hati kita akan jadi kelam akibat maksiat itu

adakah perlu kita dijadikan tuhan sebagi jin, kemudian merintih dengna tuhan untuk dijadikan manusia, baru kita reti bersyukur kehadratullah

benarlah sepertimana yang tuhan firman sangat sedikit dikalangan hambaku yang bersyukur

disini bukan saya nak kutuk sesapa tapi saya hanya ingin menasihati diri saya dan diharap para forumer dapatlah berkongsi sama nasihat saya kepada diri saya ini.

bukan nak kata orang lain, tapi diri saya dulu ingin saya nasihati, sebab secara peribadi dan secara jujur takder satupun nasihat yang diberikan oleh orang tua tu saya buat, kecuali yang sudah sedia ada yang saya buat

mungkin benarlah nikmat ini hanya akan dikatakan nikmat setelah kita hilang nikmat tersebut .

banyakkanlah amal ibadat dalam hidup ini sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada allah yang telah akan dan sedang mengurniakan rahmat nya kepada kita

berkenaan kisah jin yang boleh berubah rupa ini akibat perbuatan maksiat mereka dan ibadat mereka ini saya rujuk dari beberapa paranormal dan ustaz. ada sebagian bersetuju dan ada sebahagian tidak bersetuju dan saya tak minta anda percaya atau tak, cuma sebagai manusia apalah kata kita boleh menghormati pendapat satu sama lain dengan tidak merendahkan pendapat satu sama lain

dan diharap kita dapat sama sama petik pengajaran yang berguna dari kisah saya ini

tamat Author: nicuya    Time: 16-7-2012 06:42 PM
yes..abih maraton...best cite mu ni..ade lesson lg..keep up dude! Author: super_mario    Time: 17-7-2012 09:47 AM
Kisah Ke-6 : Kaki Gunung Ledang (Asahan) - kisah benar

Kisah berlaku semasa kitaorg ada program selepas peperiksaan SRP . Sekolah kitaorg ada menganjurkan program selepas SRP pada pelajar2nya. Program ni ala-ala PLKN sekarang ni , dgn aktiviti lasak , berkawad , survival training , tempur tanpa senjata dan macam2 lagi la. Memang best la program macam ni , cuma kepenatan je la. Bayangkan , kawad dah jadi macam makanan kitaorg je masa tu.... pagi , tengahari terik , sampai la kepetang .Walau pun sekolah kitaorg bukan sekolah tentera , tapi berkawad wajib pada setiap hari sabtu berserta dgn latihan fizikal macam askar tu. Sekolah kitaorg setiap tahun menganjurkan pertandingan kawad kaki , tapi bukan setakat yg biasa tu... tapi kawad yg buat corak2 pun ada. Susah beb... naik kira step.

Ok , balik kepada cerita perkhemahan tadi , kitaorg nyer batch ramai...dalam 200 org. So , kitaorg conquer la semua tempat perkhemahan tu. Sebenarnya tempat tu lapang sasar tentera , sebab tu berlambak kelongsong peluru kat situ. kat tempat tu ada tasik tadahan , takde la besar sangat... air dari gunung ledang terus masuk tasik ni . Kitaorg mandi kat sini la . Tapi askar yg jaga kitaorg dah bagi warning " Korang jgn lepas dari tanda2 kayu yg ada terpacak dalam air , bahaya !!! " . kitaorg tak faham sebenarnya kenapa , cuma fikir mungkin sebab dalam. Rupanya ada kisah disebalik pacakan kayu tersebut.

Kisahnya begini , sebulan sebelum kami ada sekumpulan kadet tentera laut berkhemah di tempat yg sama. Ada org kampung telah menasihatkan kepa kumpulan ini supaya berhati2 di tempat tersebut sebab dah banyak berlaku kejadian2 pelik sebelum ini. Ada seorang komandan berbangsa Cina dgn angkuh berkata dia tak heran dgn semua tu . Dia akan jaga budak2 dia dgn baik. Mereka telah berlatih di dalam tasik tersebut dan ternyata tiada apa2 berlaku . Takdirnya pada satu hari , sekumpulan kadet telah mandi-manda di kawasan yg bertanda tadi (MAsa tu belum ditandakan lagi) . sedang mereka seronok bermandi-manda , tiba2 salah seorang dari mereka terkapai2 meminta tolong . Sebagai seorang kadet tentera laut , ramai yg mencuba menyelamatkan rakan mereka tersebut , tapi gagal. Mereka juga mencampakkan pelampung bertali dan ditarik beramai2 sekitar 7 org. Tapi yg peliknya , 7 org tersebut seolah ditarik kembali. Akhirnya kadet tersebut lemas . Setelah lemas , mayatnya terlepas seperti tiada apa yg tersangkut .semenjak hari itu , kawasan tersebut ditandakan. Kitaorg yg tahu kisah ni , tak berani utk pergi jauh... cuma mandi di tepi saja. LAgipun aku tak tau berenang...

Di tempat ni pun ada kisah lain yg lebih merisaukan kitaorg , kisahnya macam ni. Satu kumpulan telah berkhemah , di tempat yg sama. Bila aku tak pasti , tapi salah seorang daripada mereka telah hilang dari kawasan perkhemahan. Sebenarnya kawasan ni sempadan antara Johor , melaka dan negeri sembilan menurut kata askar yg menjaga kami. setelah hilang , mereka cuba mencari di sekitar kawasan perkhemahan. Tapi tak jumpa. Lalu mereka meminta pertolongan dari org kampung untuk mencari dan masih tak dijumpai. Seterusnya mereka membuat laporan polis tentang kehilangan salah seorang dari kumpulan mereka. Satu unit mencari diarahkan mencari , dibantu anjing pengesan , anggota tentera , org kampung . Setelah beberapa lama mencari , lebih kurang 2 hari u tanpa apa2 tanda org hilang ni boleh dijumpai . Maka dgn itu , ada yg mencadangkan supaya khidmat bomoh digunakan . mereka bersetuju. Seorang bomoh dipanggil utk membantu. pada pandangan bomoh tersebut , org tersebut masih ada lagi di kawsan tersebut , masih hidup.... tetapi disembunyikan . Bomoh tersebut telah melakukan kaedah2 mencari , akhirnya kedengaran suara org hilang memanggil2 . Sah ! tu suara org hilang tersebut menurut ahli kumpulan tersebut. Cuma arah suara itu datang yg menjadi tanda tanya , ianya datang dari sebatang pokok yg tinggi. rupanya org hilang selama ni tinggal di atas pokok. Menurutnya , dia telah dijemput oleh seseorang singgah ke istananya , disediakan bilik , makanan macam yg kita biasa dengar... kawasan yg disebutkan hanya beberapa meter saja dari tapak perkhemahan membuat kami agak berhati2...

Kisah yg kami alami pulak macam ni , satu petang tu kami dalam berempat pergi ke tepi tasik utk tangkap ikan menggunakan serampang . Masa tu suasana terang lagi dalam kol 5 lebih kot . dapat la beberapa ekor masa tu. Sedang kami sibuk mencari ikan , hujan turun renyai2 dan suasana bertukar agak gelap. Tapi kami teruskan jugak aktiviti tanpa menghiraukan basah dan keadan kelam tersebut. Tiba-tiba terdengar laungan dari hujung tasik "OOoooooooo" , kami semua terkejut ....dlm hari sapa pulak main Oooo Ooo ni ? Kawan aku ni pun menyahut la balik Ooooo... dan sahutan tersebut berbalas.... mereka berbalas-balas. aku tak sedap hati... Tiba2 di hujung tasik keluar sekumpulan manusia , ada mak ,bapak anak kecik 2 3 org. Lega hati aku , org rupanya. Tapi yg peliknya , mereka tak melalui jalan darat sebaliknya terus masuk ke dalam tasik cuma nampak paras kepala... kitaorg terkejut " Manusia ke apa ni ? " Masa tu dah dekat maghrib , dalam keadaan tertanya2 tu aku mencadangkan supaya semua balik... apalagi CABOTTSSSSS !!!! Mungkin dia suruh kita balik kot....

Satu lagi berlaku pada aku sorang je , masa tu tengahari . Aku gatal gi mancing sorang2 kat hujung tasik . Cuba sana takde layan , cuba sini takde layan.... sampai la ke hujung tasik tu. dekat dgn tempat yg kitaorg nampak org masuk air hari tu.Masa mancing tu sempat tengok dalam tasik , Fuhhh dalam.... gelap je bawah dia .Sampai kat hujung tasik tu , WOW !!! cantik nyer tempat ni..... Kawasan tu ada pulau kecik , tempat pertemuan dua sungai kat pulau ada pokok cantik , dalam air ada rumput halus2.... dalam aku memerhati tu . Aku rasa semacam ,meremang bulu roma aku.... semakin lama perhati semakin seram perasaan aku.....bila aku rasa macam tu , aku terus campak pancing , lari tak cukup tanah sebab masa tu aku sensorang je kat situ... Sampai sekarang aku boleh ingat rupa kawasan tu... heee seram...
Author: wallflower   

    ~~ingatkan collection game super mario yg seram. rupanya nama TT super mario. hhehe.
    @kikyou


    aku masuk sini sebab tersalah faham seperti kamu jua.eh,kamu ni mn kikyou kah? Author: adikadik   
Reply 5# super_mario


    TT. UM en? yang nilam puri ke KL. yang kat KL xde pon cter2 mistik cmni? :O Author: tarabas1976    Time: 19-7-2012 12:05 PM

    aku masuk sini sebab tersalah faham seperti kamu jua.eh,kamu ni mn kikyou kah?
    wallflower Post at 19-7-2012 02:38



    Aku pun ingat ini adalah citer seram yang terjadi akibat terlalu banyak bermain super mario Author: @kikyou   

    aku masuk sini sebab tersalah faham seperti kamu jua.eh,kamu ni mn kikyou kah?
    wallflower



   a aa saya MN kepada kikyou. nama pun sama cuma ada tanda'@' je. hehe Author: edoraixora    Time: 23-7-2012 02:51 PM
kisah 1 tu macam penah bace jer....tpi x ingat kt mana

OT: cari versi baru ni kkdg menkonpiuskn, dh byk kali jmpe post x sequence... Author:

best gak citer2 dlm topik ni... mula baca tajuk topik mati2 ingat game super mario berhantu...heheheh
mcm cik es ko ni. haha Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:16 PM
Salam..

Kisah ke -7 : puaka matang and the gang......yang sebenarnya mereka ni lebih kepada ifrit atau hantu raya....

Kisah kali ini adalah puaka matang. sebenarnya matang ini adalah satu tempat tinggal beberapa kumpulan lelembut(makhluk halus)yang amat ramai. mereka ini tinggal berkaum kaum ada dari kalangan hantu raya, bunian dan penjaga harta karun.........

jadi sesapa yang gila tarik harta karun tu boleh lah try kat sini k tapi saya ingatkan satu perkara sehingga sekarang belum ada yang berjaya menarik harta karun apa bila jin penjaga harta karun itu meminta tumbal manusia sebagai ganti untuk mendapatkan harta karun tu.

bagi saya kot kita ikut cakap depa pun kita siapkan tumbal manusia sekalipun mereka tetap takkan berikan harta karun itu kepada kita ........

ini kerana memang kerja depa ni memang nak nyesatkan manusia je.........jadi berhati hatilah dengan tipu daya dan godaan mereka yang sentiasa menggoda.

malah tempat ini juga seringkali dijadikan tempat menyerahkan korban binatang kepada makhluk halus... begitulah perbuatan perbuatan khurafat beberapa manusia yang mengaku mentauhidkan tuhan tapi dalam satu masa mereka mensyirikkan tuhan

malah arwah datuk kepada teman saya seringkali mengorbankan kambing kendit iaitu kambing yang terdapat warna di sekeliling perut untuk keris besi picitnya yang digunakan untuk memuja bagi tujuan kekayaan...dan bangkai kambing yang di korbankan itu akan diletakkan di kawasan matang... hanya darahnya sahaja diambil... dan darah itu kemudiannya akan diletakkan dalam mangkuk putih... dan diletakkan kedua bilah keris besi picit itu di atas mangkuk.. dan ditutup dengan kain hitam.. pada keesokan paginya mengkuk yang berisi darah itu akan kering ...

sebab itu terus terang saya katakan terlalu berat untuk saya menceritakan secara tepat dan terperinci tempat kejadian kerana bimbang wujud manusia yang akan mengambil kesempatan utnuk melakukan perbuatan perbuatan yang jelas bertentangan dengna syariat islam....

malah saya terpaksa mengedit beberapa kali tulisan saya kali ini untuk merahsiakan tempat kejadian sebenar untuk kisah kali ini....

untuk kisah yang agak panjang ini saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian

1-puaka matang(pengenalan)
a)puaka matang mengambil korban
b)urus jenazah ditengah malam(kisah ini diceritakan oleh orang kepada saya)
c)disesatkan puaka matang(kisah ini pun diceritakan orang kepada saya)
d)puaka matang meminta barang(kisah saya sendiri)

2-bertempur dengan puaka matang

3-puaka matang mengganas lagi

Bersambung.....



Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:17 PM
kisah ini sebenarnya kebanyakannya adalah kisah teman saya sendiri. dan kebanyakan kisah ini saya tidak terlibat . berkenaan dengan teman saya ini beliau pernah masuk dalam sebuah majalah berkenaan perkara misteri berkenaan dengan kisah keris. nama dia saya letak nama samaran jelah kat sini. untuk menjaga keberadaan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia diharap anda dapat mengambil pengajaran dan sempadan dalam kisah yang akan saya ceritakan kelak.

ini adalah antara kisah kisah berat dan benar yang akan saya ceritakan...........

panjangnya intro.........

ok kita mulakan sekarang
pengenalan puaka matang
a)puaka matang mengambil korban

disuatu pagi selesai pak minhat solat subuh dia pergi menjengah kedapur. kelihatan isterinya semah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. memang dah jadi kebiasaan semah setiap subuh dia akan bangun awal dan sesudah solat dia akan membangunkan pak minhat dan anak anak untuk solat subuh...

manakala dirinya akan sibuk di dapur......melihat semah di dapur pak minhat menyapa semah........

"maknye hari ni masak apa...."

"takde apa pun pak nye takat rebus ubi je..."

jawab semah pendek......

pak minhat termenung panjang . kenyamanan subuh jelas dirasai oleh pak minhat.....

"pak nye minggu depan anak pak leman lebai nak menikah .........."

belum habis semah berkata tiba tiba semah menjerit. Pak Minhat amat terkejut mendengar jeritan siisteri lalu berlari kepada isterinya...kelihatan isterinya berguling guling dilantai. pak minhat terus menangkap tubuh isterinya dan meriba isterinya. kelihatan muka isterinya sedang menanggung kesakitan. mulutnya berbuih. dan leher isterinya kelihatan lebam ........

pak minhat menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila melihat keadaan isterinya....tidak berapa lama kemudian mata semah terjegil tertutup rapat, badan yang mengejang mulai kendur dan semah meninggal kan dunia buat selamanya...pak minhat hanya mampu meraung menangis melihat keadaan isterinya yang pergi secara tiba tiba....sebenarnya itu bukan kali pertama berlaku di kawasan matang telah banyak kejadian yang sama berlaku di matang dimana mangsa akan berguling guling kemudian mulut berbuih , mata terbeliak tubuh mengejang dan jadi arwah....satu ciri ciri yang sama apabila puaka matang mengambil korban...

oleh kerana hampir setiap tahun kejadian ini berlaku beberapa orang bijak pandai dlaam hal ini telah dipanggil untuk mengamankan kembali kawasan ini...

al hamdulillah atas usaha mereka dan dengan izin tuhan jua semenjak itu masalah ini tiada lagi. malah hal hal ini sudah seperti dilupakan oleh jenerasi terkemudian....

sebenarnya kejadian diatas ini hanyalah kisah yang berlaku sekitar tahun 1910an ketika awal pembukaan kawasan matang yang keras..

sekarang dah takder lagi kejadian mcm tulagi... namun sekalipun puaka matang tidak meminta korban walau pun begitu tetap ada berbagai kejadian seram yang sentiasa menyelubungi kawasan matang... sehinggalah teman saya sempat bertempur dengan puaka matang semenjak itu kisah seram matang seperti hanya dalam sejarah yang dilupakan oleh jenerasi terkemudian. malah sekarang ini kisah misteri ini makin hilang dikalangan jenerasi muda.

kisah pertarungan teman saya dengan puaka matang akan saya kisahkan kemudiannya......

pengenalan puaka matang
b)urus jenazah ditengah malam

kisah ini berlaku sekitar awal tahun 80an

Bersambung.... Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:19 PM
zaki(nama samaran)adalah seorang penduduk kampung yang telah dilahirkan dari kecil sehingga remaja yang tinggal menetap di kawasan tersebut.seperti anak bujang yang lain setiap malam menjadi kegemarannya untuk menghabiskan waktu malam berjumpa teman teman dikedai kopi.hal ini memang dah jadi mcm satu tradisi penduduk kampung dan sebagai hiburan mereka selepas penat bekerja disiang hari.

lagi lagilah orang bujang sepertinya yang takde anak bini dan masih tinggal dengan orang tua. tapi nak cakap orang bujang mcm ni orang dah bercucu pun tidak ketinggalan untuk bergebang kat kedai kopi diwaktu malam hari.kadang kadang siap bawa cucu mereka melepak kat kedai kopi lagi sebagai didikan awal untuk meneruskan gaya kelangsungan hidup kampung mereka....

kesimpulannya beginilah cara orang kampung sekitar era 80an menghabiskan masa diwaktu malam hari selepas habis penat bekerja disiang hari. mungkin betul kedai kopi adalah satu tempat penting dalam memasyarakatkan orang kampung dari dulu hingga kini dan mungkin selamnya. mcm bunyi cogankata politiik lak yer...............

kita tinggalkan politik kita sambung kisah ini.....

pada suatu malam zaki pulang dari kedai kopi di tempat biasa dikunjunginya.... seperti biasa beliau yang kaki ngeteh ini akan melalui jalan matang yang dikatanya sebagai jalan short cut. lebih senang nak sebut dalam bahasa kita jalan potonglah.

walaupun jarak antara rumah dan kedai kopi kegemarannya bersidai mengjangkau hampir 5 km tapi itu bukanlah penghalang untuk dia turun kekedai kopi tersebut untuk bersama sama dengan teman teman menyaksikan sukan gusti kegemarannya di kedai kopi tersebut.waktu tu zaman vhs lagi......

sebuah perakam video jangkau harga lebih rm 1000 bukan semua orang mampu membeli benda tu.jadi kedai kopi yang ada benda tu akan jadi tumpuan orang ramai ketika itu. dan video gusti akan jadi tumpuan ramai ketika itu.seperti malam malam biasa beliau akan melalui jalan itu dengan berbasikal. al maklumlah waktu tu belum ramai lagi orang yang memiliki motorsikal.walaupun ramai orang telah menasihati zaki dan menakutkan dia dengan kisah seram jalan matang ini beliau tetap tidak mempercayainya. ini kerana beliau telah lama melalui jalan itu tanpa diganggu oleh apa apa pun.....

sehinggalah pada malam itu zaki dengan berbasikal tuanya merentasi malam melalui jalan matang itu.suara gesekan rantai basikalnya berbunyi agak kuat menemaninya sepanjang perjalanan. suara bunyi rantai basikalnya yang jelas menandakan beliau ini memang pemalas untuk memberikan minyak kepada rantai basikalnya......

beberapa kali beliau menguap panjang kerana mengantuk dibuai angin ditengah malam dan dihujani embun jantan. setiap kali beliau menguap pasti beliau akan menggeliat untuk menghilangkan keletihan mengayuh basikal tuanya disamping untuk menguatkan keazamannya untuk tiba kerumah. kadang kadang agak membosankan mengayuh basikal diwaktu malam hari tapi kepuasan duduk bergebang di kedai kopi sudah cukup untuk membayar kebosanan ketika itu.

malam itu bulan mengambang penuh ....

dengan cahaya bulan yang samar memudahkan beliau melihat apa apa yang ada disekelilingnya.walau pun beliau telah selalu melalui jalan itu tapi pada malam ini beliau agak sedikit seriau dan takut.ntah lah mengapa mungkin ada sesuatu yang akan berlaku agaknya..

dalam perjalannanya beliau teringat cerita cerita seram yang sentiasa di ceritakan kepadanya oleh jiran jirannya berkenaan dnegna jalan matang itu....

memmang malam ini agak berlainan sungguh berbanding malam malam lain fikirnya sendiri...

namun dengan pengalamannya yang telah lama dan selalu melalui jalan itu beliau buat tak kisah dengan kegusaran dijiwanya. baginya itu semua adalah pemainan jiwa....

ketika beliau mengayuh basikal beliau terlihat ramai orang yang sedang berjalan kaki bertentangan arah dengan beliau.

semakin lama semakin hampri dengan mereka itu dan apa bila zaki telah benar benar melalui kumpulan orang berjalan kaki beilau terus meloncat turun dari basikalnya dengan tergesa gesa...

mau taknya apabila sedang menyaksikan kumpulan orang tersebut sedang membawa jenazah untuk dikuburkan.waktu tu takde van jenazah dan jenazah akan dibawa dengan cara dipikul beramai ramai dan bergantian.tak mcm zaman ni dah ada van jenazah dan jenazah sebelum dikebumikan akan dibawa naik van.

zaki berdiri lurus disamping basikalnya dengan tujuan untuk mentakzimkan jenazah tersebut...........

kalaulah tak sebab waktu tu malam hari dan beliau sedang benar benar letih dan ngantuk nescaya beliau akan ikut mereka sama sama untuk menguburkan jenazah tersebut. tapi oleh sebab malam pun dah tengah malam maka zaki hanya berdiri sahajalah untuk mentakzimkan arwah yang sedang dibawa.

sememangnya dah jadi tradisi orang orang kampung hal hal kemasyarakatan seperti kenduri kendara dan kematian akan diuruskan secara gotong royong. malah sesiapa yang tidak ikut serta akan dianggap kera sumbang......zaki agak terkilan kerana tidak mampu ikut serta sama bersama sama mereka yang lalu dihadapannya untuk sama sama membawa jenazah kekubur

melihatkan kumpulan itu telah berlalu pergi zaki pun menaiki basikalnya kembali. beliau terfikir beberapa perkara berkenaan perkara tersebut antara yang difikirkan nya sudah pastilah

1-sapa meninggal
2-nape semua orang yang berselisih dengannya tak sorang pun dia kenal
3-nape semua orang itu senyap dan seperti terburu buru membawa jenazah tersebut
4-berhampiran jalan tu mana ada rumah orang
5-dah tak boleh tunggu siang ke nak kuburkan jenazah tengah malam pun jadi
6-berbagai bagai lagi soalan bermain dibenak zaki..........

bulu roma diseluruh tubuh zaki mula meremang. zaki menoleh kebelakang . ternyata yang ada hanyalah jalan lurus yang telah dilaluinya. rombongan yang baru melaluinya hilang tanpa sebarang jejak kesan.

zaki amat ketakutan. baru disedarnya yang di lihatnya tadi bukan orang tapi............

zaki hilang kawalan imbangan keatas basikalnya. beliau jatuh tersembam kebumi. kesakitan dirasakan diseluruh tubuhnya. namun kesakitan itu tidak dihiraukannya. baginya ketakutan keatas dirinya mengatasi segalanya.

beliau bangun dengan tergesa gesa cuba untuk menaiki basikal tuanya lagi. namun malang tak berbau sekali lagi beliau jatuh kerana gagal mengimbangi basikalnya.zaki terus bangun dan melemparkan basikalnya ketepi jalan. beliau lari tak cukup tanah. menjerit jerit meminta pertolongan.

Bersambung.... Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:20 PM
selepas kejadian itu zaki telah mengalami demam selama seminggu penuh. dan semenjak kejadian itu aktiviti malam zaki kekedai kopi pun tidak di teruskan lagi.........

kejadian ini berlaku sebelum kisah pertempuran dengan puaka matang yang akan saya kisahkan kelak...........pengenalan puaka matang

c)disesatkan puaka matang

kisah ini berlaku kepada samad(nama samaran) dan berlaku sekitar tahun yang sama dengan zaki juga.

pada suatu hari samad telah dijemput oleh saudaranya yang tinggal beberapa batu dari rumahnya untuk menghadiri kenduri arwah.

memandangkan kenduri arwah akan diadakan selepas isyak sebelum maghrib lagi samad telah pergi bertandan kerumah saudaranya itu.

selepas habis kenduri beliau telah pulang kerumah. ditengah jalan dengan menaiki basikal tuanya samad menerangi kegelapan malam dengan lampu suluh. dengan perlahan lahan samad mengayuh basikalnya. dan sesekali beliau menyanyi kecil untuk menghilangkan ketakutannya.


samad memang dah terlebih arif sapa tak kenal keseraman jalan matang ini. memang menyeramkan. dan memang mendebarkan jika melalui kawasan itu . banyak tanah terbiar dikawasan itu. tanpa rumah orang dan sesekali banyak lembu terikat ditepi jalan.

kalaulah malam itu sudah tengah malam memang sah samad takkan melalui jalan itu punya namun mengenangkan malam masih muda samad melalui jalan itu juga . ini kerana jalan itu adalah jalan pintas yang paling cepat samad dapat sampai kerumahnya.

di benak nya tergambar anak dan isterinya dirumah sudha pasti sedang menantikannya utnuk membawa nasi ambeng yang menjadi berkat untuk dimakan bersama keluarganya.

ketika samad menaiki basikalnya beliau berhenti secara mengejut. ini kerana beliau agak kehairanan bagaimana jalan yang selalu dilalui pada siang hari disitu yang lurus boleh menjadi jalan belok kekanan dan lebih menghairankan bagaimana dihadapannya boleh ada parit yang merentangi jalan.

tanpa mengesyaki apa apa samad membelokkan basikalnya kekanan dan terus mengikuti jalan itu.

tiba tiba samad baru tersedar beliau telah berada dalam rimbunan rumput.

samad melihat semula jalan yang dilalui nya sebentar tadi. hairan jalan yang dilihatnya belok kekanan hilang yang ada hanya jalan lurus sahaja. malah parit yang merentangi jalannya tadi pun tiada juga.

sebaliknya yang lebih menghairankan bagaimana beliau boleh masuk kekebun yang semak ditepi jalan itu sedangkan kebun itu mempunyai parit dihadapan dan tidak bertiti

samad telah menduga pemandangannya telah dikaburkan oleh makhluk halus .

samad yang amat ketakutan terus berlari dan jatuh dalam parit. beliau bertungkuslumus naik ketepi parit dan meneruskan lariannya untuk pulang kerumah.

berkenaan dua kisah diatas saya tak dapat menceritakan secara detail ini kerana bukan saya yang melalui kisah tersebut dan saya hanya diceritakan oleh orang lain.

namun demikian saya akan cuba menceritakan kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri dikawasan itu. dalam tajuk selanjutnya kisah saya ini berlaku selepas kisah bertarung dengan puaka matang. berbanding dua kisah sebelumnya berlaku sebelum kisah bertarung dengan puaka matang.

mungkin kisah kedua ini agak sukar difahami kerana tiada peta kot ada peta memang mudah difahami kot........

pengenalan puaka matang
d)puaka matang meminta barang

kisah ini berlaku kepada diri saya sendiri tapi tak delah seram sangat. kisah ini bermula pada suatu malam. selepas mendengar terdapat banyak sangat kisah kisah misteri di kawasan matang saya telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri kawasan tersebut.

kalau nak cerita takut memanglah takut sebab itu adalah kawasan yang memang terkenal dihuni ramai lelembut. namun demikian apabila saya telah jelas kawasan tersebut telah berjaya di neutralkan oleh teman saya dengan separuh berani saya telah mengambil keputusan ini.

mcmner kawan sy neutralkan bab tu nanti sy akan ceritakan dalam kisah bertempur dengan puaka matang.

senang cakap saja nak menempahlah.untuk menjayakan projek ini saya telah mengajak seorang teman saya untuk sama sama melakukan perkara tersebut.

pada suatu malam selepas isyak saya telah kerumah sorang teman saya bernama fauzi. senang cakap malam tu saya bertandang kerumah fauzi hingga samapai tengah malam.

ketika waktu samapai tengah malam saya telah mengajak fauzi kesatu tempat. pada mulanya fauzi enggan namun selepas saya mendesak beliau dengan berat hatinya telah mengikut kemahuan saya.

dengan malasnya beliau telah membawa motorsikal buruknya keluar dari rumah. saya yang sudah sedia menanti di halaman rumahnya terus membonceng motorsikal buruknya untuk menuju ke matang. namun lokasi tempat tujuan masih saya rahsiakan darinya.

ketika diatas motorsikalnya beliau bertanya dengan saya"syam kita nak kemana ni....?"soalnya kepada saya....

"alah kau ikut jelah nanti kau taulah yang penting kalau aku cakap belok kau belok kalau aku diam kau terus je....."saya menjawab namun yang pasti jawapan saya pasti menambah kemusykilannya.....

fauzi yang memang dah ngantuk malas nak melayan karenah saya itu.memang senagaja saya menyembunyikan lokasi tersebut sebab kot saya bagi tau awal awal memang dia pasti enggan untuk pergi bersama saya ke matang di tengah malam.....

saya seperti penunjuk arah bagi pelumba rally paris dhaka sentiasa memberi arahan kepadanya untuk belok dan jalan terus. kadang kadang saya buat lawak dengan mengarahkannya untuk buat belokan sebanyak 90darjah.....

tapi oleh kerana dia yang memang dah di selubungi kengantukan yang melampau lawakan saya itu tidak membuatkan dia ketawa atau tersenyum sekalipun. kot senyum pun bukan saya nampak sebab saya hanya pembonceng dibelakang dia....

sampai keselekoh masuk ke jalan matang saya menyuruh fauzi belok....

fauzi tergamam dan terus memberhentikan motorsikalnya...ternyata arahan saya supaya belok kejalan matang itu telah mematikan kantuknya dan beliau jadi sangsi dan serba salah...

dia berkata kepada saya "syam kau ni dah kena rasuk ke? kau tau tak ini jalan nak masuk ke matang? kau ni sihat tak ini kan tengah malam........"

saya menjawab "aku tau ........... alah kau belok je......."

fauzi terus berkata "syam tempat ni bukan ke abang yuspa dah bagi tau keras......?"

saya membalas"alah abang yuspa kan dah lembutkan kawasanni beberapa tahun lepas....."

fauzi serbasalah dan mematikan enjin motorsikalnya....

saya pula terus mendesak beliau untuk belok....

"fauzi kau jangan risau bukanke beberapa petang lepas kita telah lalu kawasanni takde apa pun berlaku kat kita ini kita cuba jelah ditengah malam apa kaan jadi kita akan sama sama saksikan sekurang kurang kau boleh jadi saksi kepada apa yang kita akan jumpa..........."

saya cuba meyakinkan fauzi....

Bersambung... Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:21 PM
fauzi kelihatan tidak dikuasai rasa mengantuk lagi sebaliknya ia agak terkejut kerana saya mendorong ia sampai ketempat tersebut....fauzi terus termenung sejenak...

tiba tiba ia bersuara.....

"ok gak idea kau tu meh kita redah matang malam ini......."

sebaik fauzi berkata sedemikian fauzi lantas menghidupkan enjin motorsikal buruknya dan masuk kematang . malam itu suara enjin motorsikal fauzi memecah keheningan malam kesunyian dan kedamaian penghuni matang...

sampai ditengah perjalanan jalan matang dari sayup sayup jauh kelihatan seekor burung hantu sedang berdiri ditengah jalan. lampu motorsikal buruknya menerangi tubuh burung hantu itu....

fauzi berkata kepada saya "syam kau nampak tak benda kat depan kita tu?"soal fauzi kepada saya....

"aku nampak kau langgar je......... bujur lalu melintang patah...."jawab saya bersahaja....

fauzi pun memulas minyak motorsikalnya dan motorsikal bergerak laju kearah burung hantu yang sedang menanti kami ditengah jalan....

ketika motorsikal fauzi menghampiri burung hantu itu tiba tiba enjin motorsikal fauzi mati secara mendadak dan kami berhenti sehampir 2 meter dari burung hantu itu...dalam jarak tersebut jelas kelihatan burung hantu itu setinggi dada orang dewasa berdiri. burung hantu itu merenung kearah kami dan seketika kemudian burung hantu itu terbang kearah kami.

saya dan fauzi sama sama menundukkan kepala supaya burung hantu yang terbang itu tidak melanggar kami. selepas burung hantu itu melepasi kepala kami kami terus menoleh kearah burung hantu itu terbang dibelakang kami. dengan gaya pemburu yang handal burung hantu itu pergi terbang meninggalkan kami ditelan kegelapan malam...

saya terus melompat turun dari motorsikal fauzi dan diikuti fauzi yang turun dari motorsikalnya beliau cuba membelek motorsikalnya dalam gelap. kadang kadang rasa gelihati pun ada dihati saya. bukan apa sedangkan dalam cerah pun kot dia ni disuruh baikkan motorsikal tak boleh baik inikan pula dalam gelap.

saya mengeluarkan lampu suluh kecil dari poket seluar saya dan menghidupkan lampu suluh itu....

melihatkan cahaya lampu suluh saya fauzi terus berkata kepada saya.

"bak mai lampu suluh tu aku nak tengok apa hal motor ni....."

saya menyerahkan lampu suluh itu kepadanya.fauzi menyuluh plug motornya dan cuba mencabut plug motornya.memang kami telah diberitahu selalunya kalau para lelembut berkemampuan matikan enjin puncanya adalah dari plug motor...

sedang fauzi sibuk membelek plug motornya saya memandang sekitar kawasan tersebut. sesuatu menarik perhatian saya. setangkai bunga lalang yang tunduk kearah jalan. saya terus pergi kearah bunga lalang itu lalu mencabut bunga lalang itu. kemudian saya melihat sekeliling. ternyata kegelapan malam menghalang pemandangan saya.

selepas mencabut bunga lalang itu saya pergi kearah fauzi....

"macam ner dah ok ke?"soal saya bersahaja kepada nya lalu meletakkan bunga lalang itu kedalam bakul motorsikalnya....

"ntahlah aku pun tak pasti plug ni baru semalam aku tukar takkan dah buat hal...."jawabnya bersahaja. memang saya pun tau sebab semalam petang baru je dia ajak saya pergi servis motor dia tu..

fauzi pun cuba berkali kali menghidupkan enjin motorsikalnya namun gagal.kadang kadang kesian gak tengok dia termengah mengah menghidupkan enjin motornya ahak ahak ahak.......

meliatkan kegagalannya saya berkata kepada fauzi.......

"kau pergi ke tepi biar aku uruskan........."

fauzi pun menjauhkan diri dari motornya.dan saya pun membaca sesuatu dan menghembuskan kearah enjin motorsikal fauzi..

"dah cuba hidupkan" arah saya kepada fauzi...

fauzi menghampiri motorsikalnya dari gerakan yang agak malas saya rasa dia mungkin tidak yakin dan anggap saya seperti mempermainkannya. dengan malasnya dia menghidupkan motorsikalnya....

"vrom ......vrommm........."enjin motorsikalnya memecahkan keheningan malam.......

"syam teror kau apa kau jampi enjin aku ni tadi?"soal fauzi kepada saya....

saya terus membonceng motornya dan bertanya kepadanya. dia pula menyerahkan kembali lampu suluh yang masih ditangannya dan saya terus memasukkan lampu suluh itu kepoket seluar saya.

tanpa membuang masa fauzi terus menggerakkan motorsikalnya meninggalkan jalan matang....

dalam perjalanan saya bertanya kepadanya.......

"kau nak tau serapah yang panjang ke atau yang pendek?"

fauzi menjawab..........

"yang pendek boleh yang panjang lagi boleh dah tentu yang panjang lagi power....."

saya pun berkata..........

"marang kerapu kepunden parang sekeper...... itu yang pendek yang panjang kau taknak tau ke?"

fauzi terdiam seketika mungkin perasan saya mempermainkan dia kot?

"yang panjang pulak mcm ner?"soalnya kepada saya

tergelak kecil saya takkanlah dia tak tau saya tengah bergurau dengan jampi serapah yang merapu rapu.namun demikian saya tetap menjawab........

"yang panjanglak bunyinya mcmni..............marang kerapu merapu rapu makan ikan kerapu kepunden parang sekeper pak mamat parang kontot pak amat parang panjang mak lampir pakai selipar......."

jawab saya bersahaja..........

fauzi diam ...........mungkin dia malas nak layan karenah saya ........

saya pun berkata kepada nya kembali......

"aku baca ayat al kursi dan hembus kat enjin kau..........al hamdulillah menjadi kot tak alamat kita kena nyorong malam ni..."

fauzi hanya diam dan seketika kemudian dia berkata kepada saya

"syam kau rasa tadi tu burung hantu ke..?"

saya menjawab.......

"ntahlah takkan burung hantu mcm tu punya tinggi sampai tahap dada kita berdiri kot ....?"

fauzi mengiyakan saya......

"haah.... lah syam takkan besar tu tapi tengok mcm takde pape pun kat kawasan tu langsung tak seramlah"

saya menjawab.....

"iyalah langsung tak seram tapi kot kau suruh dok satu malam kat situ seram tak agaknya?"

fauzi menjawab sambil ketawa dengan loghat indon yang ditiru dari drama indon yang selalu ditonton di tv..........

"ampun pak........hahahhahaha.........."

kami berdua ketawa..........

malam itu kami kembali kerumah fauzi dan dari rumah fauzi saya kembali pulang kerumah saya.........

secara peribadi saya katakan tempat tu takdelah menyeramkan sangat tapi ntahlah kita tempah kot kita terserempak tak pastilah seram tak?

.................................................. ........................

pada keesokan tengahari selepas saya solat zuhur fauzi datang kerumah saya........

kebetulan diwaktu itu saya berada di bawah rumah sedang berehat rehat...

"assalamualaikum"

......fauzi mengucap salam selepas melihat saya. terburu buru dia turun dari motor dia...

"waalaikum salam.. apahal kau ni dari mana nak kemana tinggi rumput dari padi..."saya menjawab salam sambil berseloroh cuba membuat lawak jenaka...

namun dengan muka serius fauzi bertanya...

Bersambung... Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:26 PM
"malam tadi kau letak apa dalam bakul motor aku?"

"bunga lalang........"

saya menjawab pendek......

fauzi menepuk kepalanya dengan tangan kanannya. sepertinya dia tak berpuashati dengan jawapan saya. dengan geram dia bertanya lagi kepada saya......

"........eeeiiiiiiii........aku taulah tapi apa benda tu?......"

saya menjawab dengan bertanya kembali kepadanya.....

"naper........?"

fauzi menerangkan kepada saya.......

"kau tau tak malam tadi ikut cerita atuk aku satu malam aku ngigau....."

fauzi mendiamkan diri seketika.......

saya terus khusuk mendengar ceritanya lalu berkata......

"dah tu apa jadi teruskan lah citer kau...."

fauzi meneruskan kata katanya...

"siangnya atuk aku suruh kembalikan balik apa yang aku ambil malam tadi...."

saya berkata pula kepadanya...

"aku bukan nak tau yang tu tapi aku nak tau apa yang kau ngigaukan........"

fauzi memulakan cerita.......

"malam waktu aku tidur aku mimpi aku balik ke matang... lepas tu aku jumpa seorang perempuan yang amat buruk rupanya dia minta barang yang kau amik dari sana dia nak aku pulangkan secepat mungkin........."

saya terdiam seketika dan bertanya kepadanya.....

"mana bunga lalang malam tadi tu.......?"

fauzi menjawab........

"aku dah pulangkan dah kat sana aku baru balik dari sana"

saya degnan bersahaja berkata...

"kalau mcm tu semuanya dah selesai dah tak payahlah runsing runsing lagi...."


fauzi terpingga pingga dengan apa yang saya katakan...

tengahari itu kami bersembang perkara perkara lain yang langsung tiada kaitan dengan hal hal matang . setiap kali fauzi nak mengungkit hal matang saya akan cuba menukar topik al maklumlah saya sedar kesalahan saya ... kalau terus citer bab bab matang ni mau kena sembur punya dengan dia ..

malah perkara perkara yang berbaur misteri pun saya jauhkan dari dibincangkan yang kami bincangkan pasal hal ehwal kampung politik negara dan politik antara bangsa hehehehehe.........

kadang kadang mcm rasa ahli politik lak yer............

tamat .....

nak rehat jap tenet bikin tension kalau nak bagi komen silakan lepas ni saya akan sambung kepada bertempur dengan puaka matang dimana teman saya yang akan terlibat dalam hal tersebut

saya dekat dekat terlibat tapi tak telibat....... nantilah saya tepekkan kisah tersebut dah tulis tinggal tepek je.....


2-bertempur dengan puaka matang

pada suatu malam saya pergi kerumah abang yuspa .......

kelihatan angin abang yuspa tidak begitu baik....

wajah nya jelas kelihatan tidak berpuashati dan sedang kemarahan....

saya telah bertanya kepadanya...

"lain macam je bang malam ni........?"

dia menjawab dengan nada yang agak marah........

"mau tak lainnya aku bengang betullah dengan puaka matang ni ada ke patut aku yang selama ni tak nyusahkan depa sedap sedap

je depa mainkan ahli keluarga aku"

saya terkedu mendengar istilah "puaka matang" dan terus terang dalam hidup saya itulah kali pertama saya mendengar istilah

"puaka matang". oleh kerana pelik dengan istilah itu saya bertanya balik kepadanya....

"puaka matang itu buat apa......."

abang yuspa menjawab......

"subuh dua hari lepas ayah aku pergi solat subuh kat masjid. waktu dia balik tiba tiba dia rasa ada sesuatu melanggar tubuh

dia dah tu dia jatuh dari motor tapi benda yang melanggar tubuhnya tak kelihatan........sampai sekarang orang tua aku masih

dok atas katil tak larat bangun,makan pun bersuap lagi........"

saya bertanya lagi......

"mana abang tau puaka matang punya hal.....?"

yuspa pun menceritkan kepada saya berkenaan puaka matang supaya lebih jelas lagi siapa puaka matang itu. dari dia lah sayabaru tahu situasi matang itu. malah selepas itu saya banyak bertanya berkenaan kawasan matang itu dari orang tua kawasantersebut dan 3 cerita awal yang saya kemukakan sebelum ini adalah saya dapat dan saya sahkan dari beberapa orang tua kawasan tersebut.....

namun demikian seperti yang telah saya sebut sebelum ini kisah matang ini semakin dilupakan malah jenerasi muda sekarang ini benar benar telah melupakan kisah puaka matang ini malah kawasan matang adalah salah satu kawasan yang amat digemari oleh mat motor untuk test kelajuan motor masing masing........

kita kembali kepada kisah abang yuspa dan saya.......melihatkan abang yuspa yang sedang agak marah saya pun mengapi apikan dia dengan berkata......

"memang patut abang yuspa kerjakan puaka matang tu biar dia tau sikit kita manusia ni lebih hebat dari mereka tu...."

kata saya cuba meracunnya....kami diam seketika kemudian saya smabung kata kata saya kembali....

"kasi ajar je puaka matang yang kurang ajar tu cubalah abang fikir pernahke abang sekeluarga kacau mereka tapi pehal lak

mereka kacau ayah abang tu...."

"memang tak patut betul puaka kurang ajar tu...."

sambung saya lagi.....

abang yuspa yang tengah marah hanya mampu mengiyakan kata kata saya . ternyata racun api yang saya sebarkan kepada nya telah

melarat dalam jiwanya.....

tiba tiba ia berkata.......

"syam kau temankan aku kerjakan puaka matang tu....."

saya pula bertanya.....

"siang ke malam......?"

abang yuspa menjawab.......

"dah tentu malam siang ada apa......"

saya menjawab.........

"bukan saya taknak tapi masalahnya ayah saya tak bagi saya keluar malam"

satu jawapan yang amta tak munasabah dan munasarawak mau taknya yang saya dok hadap dia waktu tu bukan hampir tengah malam ke......?yang sebenarnya saya malas nak risikokan diri saya lebih lebih lagi selepas dia menceritakan kisah kebejatan dan keangkeran puaka matang tu lagi lah saya cuba elakkan diri.....sapa nak susah beb.......

tapi saya seperti bernasib baik kerana dia seperti tak menyedari waktu tu waktu tengah malam hehehehhehe.........tiba tiba abang yuspa berkata kepada saya.........

"tak pelah nanti aku minta main adik aku temankan aku......"

peh lega betul saya bila abang yuspa cakap mcm tu. kadang kadang malu gak tadi awal awal bukan main mengapi apikan lagi sampai masa awak yang lari.......

hehehehehe................

malam itu hampir satu malam kami hanya bercerita kisah puaka matang ... pendek kata lah kot betul orang tua kata kot sebutnama kat belakang orang alamat orang tu tersedak saya rasa jenuh satu malam puaka matang tersedak akibat kami tak henti henti sebut dan cerita kisah mereka.........

.................................................. ........................

pada petang esoknya yuspa pergi berjumpa adiknya main dirumah ayah nya.....sebaik berjumpa adiknya main yuspa berkata.........

"main malamni ikut abang pergi jalan jalan ye......"

"nak kemana lak bang nak tengok orang berubat ke.......?"

main bertanya.........melihatkan main yang terlalu banyak tanya yuspa dengan nada tak puas hati berkata kepada main........

"alah kau ikut je jangan banyak songeh, lagi satu jangan bagi tau sesapa projek kita tengah malam ni kau cakap je dengan

ayah malam ni kau tidur rumah abang......."

"ok lah bang nanti saya bagi tau ayah maalm ni saya nak tidur rumah abang ... pastikan malam ni projek bagus punya ye......"

main meminta jaminan........memang dah jadi kebiasaan apabila abang yuspa ingin mengubat orang beliau akan mengajak main untuk menemankan dirinya...secara kebetulan main ni pun memang suka bersama sama dengan abang yuspa .........tapi lah kot main taulah malam tu dia nak kena temankan ke matang alamat mati idup balik dia enggan sebab main pun bukan tak reti matang tu tempat apa........

sebenarnya selama saya mengenal yuspa dia ni bukanlah dukun atau bomoh hanya dia ni kira ada sedikit kepandaian mengubatorang dan dari kepandaiannya itu ia gunakan untuk mengubat beberapa saudara mara yang terdekat ....baginya dia memang tak berminat untuk mempunyai kerjaya dukun atau bomoh kerjaya nya sebagai kakitangan jabatan kesihatan sudah cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga........mendengar permintaan jaminan dari main yuspa hanya menjawab.........

"jangan risau gerenti bagus punya sampai mati akan jadi pengalaman berharga kepada kau............."

petang itu selepas yuspa menyampaikan hajatnya kepada adiknya main beliau terus kembali kerumah dan melakukan beberapa persediaan awal untuk berhadapan dengan pertempuran yang tak pasti di malam hari .........namun tiada siapa pun yang tau projek mereka malam itu hanya mereka berdua je yang tau....dan mereka sendiripun tidak tau nasib mereka selepas malam itu hanya allah yang tau....

.................................................. ........................

pada malam yang dijanjikan antara yuspa dan main mereka pun bertemu dirumah yuspa.....selepas solat isyak dan makan malam kedua beradik itu duduk diruang tamu.........main bertanya yuspa.......

"akang malam ni kita nak kemana......?"

yuspa menjawab.......

"nantilah tengah malam aku bawak kau ke satu tempat... tapi ingat jangan bagi tau kat ayah......."

main berkata........

"baiklah akang kot itu yang akang nak saya akan rahsia kan dari ayah kemana kita akan pergi malam ni........."

yuspa diam sambil melihat adiknya yang berusia 14 tahun itu.....

kadang kadang difikirkan lawak juga bagaimana adiknya itu boleh gempal dan mengalami absesiti sedangkan mereka 9 beradik lain boleh dikategorikan sebagai kurus.....yuspa terkenang 9 adik beradiknya yang lain....mungkin sebab main ini anak bongsu dan anak ragil dalam bahasa jawa gelaran

bagi anak bongsu dan anak kesayangan keluarga membuatkan dia kurang beraktiviti sehingga mengakibatkan berat badannya naik menlonjak......


Bersambung..... Author: super_mario    Time: 26-7-2012 12:29 PM

yelah ketika dulu keluarga mereka boleh dikatakan antara keluarga yang susah. yuspa terpaksa membantu ayahnya bekerja untuk mencari penghidupan keluarga.. berbanding dengan main yang lahir kedunia keluarga mereka boleh dikatakan agak senang dan dia hanya menghabiskan masa hidupnya dengna belajar sahaja..........lamunan yuspa itu terhenti apabila adiknya itu bertanya.......

"akang apa yang akang menungkan tu............"

yuspa tersentak seketika itu......beliau berkata......

"tak de apa apa cuma aku heran mengapa kau ni sihat sangat jangan sampai nanti perempuan tak lari tengok bentuk badan kau dahlah"

mendengar jawapan yuspa adiknya tidak menjawab dan memasamkan muka.........air muka adiknya memberikan isyarat yang jelas jkepada yuspa bahawa guaruannya itu agak keterlaluan........yuspa berkata sambil memujuk

"akang gurau je janganlah ambik dihati kau"

main tersenyum mendengar penjelasan pendek abangnya....kedua beradik itu bersembang mesra sementara menantikan waktu tengah malam..............

.................................................. .................................................. .......................

suasana kampung amat sepi apabila menjelang tengah malam.... kegelapan menyelubungi malam yang kian pekat...embun mula menitis dibumi.. atap zink mula basah di selimuti embun jantan.. sesekali terdengar bunyi motorsikal dan kereta namun terlalu jarang sekali sebagai isayarat tengah malam... burung hantu sesekali berbunyi dengan bunyi yang amat menakutkan..kalau ikut kata orang tua pabila burung hantu berbunyi alamat ada orang yang hendak berhijrah dari dunia fana kepada duniabaqa... tapi ntahlah seringkali juga burung hantu menyanyikan lagu malam namun tiada pula orang yang meninggal pada keesokan paginya...

sesekali terdengar bunyi tayar getah kuat mencengkam jalan tar, bunyi yang dihasilkan dari jip polis yang meronda di malam hari menjaga keamanan kampung.. mungkin juga cuba mencegah penyeludupan gudang garam rokok seludup yang amat terkenal daridulu hingga kini.. mungkin juga pergi kesatu satu balai lain untuk urusan negara yang rakyat marhaen tidak mengetahui..

tegasnya suasana maalam didesa amat tenang namun desbalik ketenangan itu dibelakang kenyamanan itu manusia seperti kita sering terpedaya dengan kenyamanan itu ..petunjuk yang jelas tengah malam apabila dua jarum jam jelas menutup satu sama lain dan sama sama mengarah keatas..

bunyi jam antik dirumah yuspa membunyikan 12 kali dentingan tanda paling jelas waktu tengah malam sudah menjelang...mendengar bunyi itu yuspa berkata dengan main....

"dah sampai masanya kita gerak sekarang...."

main dengan gembira terus berkata...

"baiklah yong tunggu kat bawah rumah"yong tu maknanya saya dalam bahasa jawa daaaaaa....heheheh...sambil baca citer kita belajar bahasa jawa jugaklah .........main terus meluru kebawah rumah dan tercegat ditepi motor yuspa..

"mah akang nak keluar jap dengan main..."

yuspa berkata dengan nada yang agak kuat kepada isterinya yang sedang menidurkan anak anaknya..

mendengar suara suaminya imah pun keluar dari bilik dan pergi menemui suaminya. sebaik melihat suaminya yang sedang inginkeluar isterinya berkata kepada suaminya...

"malam malam ni nak kemana bang......."

yuspa menjawab ringkas dengan nada mengarah tapi lembut sewajarnya seperti sisuami sedang menyuruh isteri

"tutup dan jangan lupa kunci pintu.."

jawapan yang tidak menjawab soalan imah membuatkan imah hanya berdiam diri... imah memang telah maklum dengan sikap suaminya ini yang seringkali enggan menceritakan kemana yuspa ingin pergi.. walau begitu naluri perempuan imah membuatkan dirinya tidak pernah berputus asa untuk terus bertanya suaminya kemana suaminya ingin pergi..namun selama perkahwinan tidak pernah terlintas dihati imah yuspa akan mencuranginya..sebab dia tahu sikap yuspa jika benar dia ada hubungan dengan perempuan lain yuspa akan berterus terang dengan dirinya..

sikap berterus terang yuspa ini ada kalanya tidak boleh tidak membuat kan mereka suami isteri berperang malah imah masih ingat lagi akibat terlalu marah ia pernah melibaskan parang dan mengacukan parang itu kepada yuspa .. namun demikian apabila ,,difikirkan seperti menyesal ia..
__________________

sebab bukan ia tak faham yuspa ni kategori hangat hangat tahi ayam dan seringkali berubah fikiran ... buktinya dah beratus

kali yuspa berkata ingin nikah lagi tapi sampai sekarang takde pulak dia bermadu...kadang kadang dilihatnya yuspa inibersikap seperti ayam betina bertelur sebiji riuh sekampung...

"ha.... apa yang kau mengelamun tu tutup lah pintu aku nak keluar ni sempat lagi kau berangan ye, apa yang kau angankan ?

kot kot kau ni tengah angan kan rupa madu kau ke?"

imah menjawab dengan nada acuh tak acuh.......malas imah nak layan kegatalan suaminya yang semakin miang ...makin dilayanmakin tambah kegeliannya mendengar gurauan suaminya.

"yelah saya kan nak hantar akang ke pintu ni......"

malah saya sendiri pernah dinasihati oleh yuspa kalau kelak saya berkahwin setiap hari cuba didik isteri tu bakal terimamadu bukan pe katanya kot kelak betul kita nikah lagi dia tak terkejut. ntahlah saya rasa forumer boleh cuba idea dia ni yang kurang bernas lagi bermutu ni kot..........main yang sedang setia menunggu di bawah rumah melihat gelagat abangnya itu...dilihatnya langkah abangnya tidak ubah seperti seekor harimau mencari mangsa al maklumlah abangnya ini memeang pendekar silat cimandi asli dan bersama dua lagi abangnya yang lain pernah membelasah 30 orang dalam pertempuran malam minggu di pekan sabak.peristiwa ni berlaku sekitar tahun 80an di mana yuspa bersama dua orang adiknya telah membelasah geng kuda kepang yang sedang mabuk air tebu terbalik senang cakap araklah......malah yuspa ini pernah masuk dalam majalah yang berkaitan misteri malangnya saya sudah lupa tajuk majalahnya; Sebaik sampai ke motorsikalnya beg dibahu yuspa diletakkan kedalam raga motor dengan separuh melompat yuspa memaiki motorsikalnya. enjin motor dihiupkan dengan sekali
tendang sahaja..bunyi motorsikalnya mengoyak kedamian malam . yuspa mengarah adiknya..

"modok ......."

arahnya pendek.......

tanpa membuang masa main melompat dibelakang abangnya duduk di belakang abangnya. dari langkah main jelas kelihatan mainsangat gembira mengikuti abangnya . pasti malam ini dia akan dapat pengalaman baru dan berharga dlaam hidupnya ......yuspa hanya mendiamkan diri motorsikalnya dihalakan kehalaman rumah dan mula meniki bukit kecil untuk ke jalan utama..sesekali main menyanyi kecil menjelaskan lagi kegembiraan mengikuti abang tersayang . main hanya membiarkan sahaja adiknya

melakukan apa yang dikehendaki...motorsikal bergerak perlahan dijalan utama...sampai satu selekoh kekiri yang pertama yuspa membelokkan motorsikalnya..masukkejalan dalam...main masih menyanyi kecil .motorsikal bergerak laju dimalam hari.. sekali lagi mereka bertemu selekoh kekiri.... yuspa membelokkan motorsikalnya dan

terus bergerak laju............