Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 21 April 2009

Makin tipisnya Ozon bumi kita (Singgahsana)


"Jika encik tak ada insuran, kami hanya boleh buat insuran dengan tanpa NPB (non claim bonus), kecuali encik bawa salinan insuran tahun lalu..." Kata kerani di Pejabat Kajang.

"Insuran dah naik kan..., kalau dapat 15% pun banyak tu jumlahnya.." Salinan polisi insuran kapcai Afis ini entah mana kami letakkan.

"Encik pergi ke lorong belakang, mereka boleh tolong encik untuk semak insuran mana encik guna tahun lalu" Aku pun terkedek-kedek dalam kepanasan mengikut lorong belakang menuju ke Ballion Kajang. Nampak dua wakil insuran; satu nama pelik jarang ku dengar, satu lagi Kunia.

Ada gadis bermata galak sendirian di pejabatnya yang agak sederhana besar. Dia cuba semak melalui plet kapcai Afiz. Bukan Kurnia Insuran, tiada nombor pendaftaran kapcai Afiz di Database mereka. Dia cuba pula dail ke wakil insuran Pacific & Orient Insuran;

"Selalunya ramai pengguna ambil insuran di sini.." Dia tembak sahaja, tetapi katanya orang yang bertugas pergi makan tengahhari. Aku melihat jam replika di tanganku 1:35 tengahhari; padanlah semua ofis kosong.

"Tak apalah dik lepas jam 2:00 nanti dia saya datang semula, ofis tutup jam berapa?"...

"5:30 petang..." Emmm! Pejabat Pos tutup jam 5:00 petang jika tak silap, okeylah masih banyak masa.

Aku pun menapak ke Bangunan Datuk Nazir; punyalah payah nak seberang jalan. Kajang masih sesak. Kereta bergeraktak putus di jalanraya. Entah dari mana datangnya. Aku parkir sebelah dewan besar; nak masuk ke Bangunan Datuk Nasir macam pelik sahaja kaunter tiketnya.

Sampai di kereta perangku; tak boleh pulak dihidupkan enjinnya. Adoi! aku terbayangkan wajah Solihin. Bateri kering baru beli; masalah apa pula ini. Aku teringat Azim pernah bilang ketika kereta aku meragam dua tiga minggu lalu. Dua tiga kali dia main suiznya boleh bergerak enjin cumanya dia tak pandai tekan pedal minyak. Aku tarik MP3 Modulator; kot dia kuat tarik bateri. Emmm! dua tiga kali cuba baru hidup enjinnya. Nasib baik, syukur adanya. Kalau tidak bagaimana aku nak menapak balik. Aku telah keluar peluh kena sakat dek kereta perang; panas teramat cuaca kini.

Aku menuju ke Jalan Reko; sebab masa aku ambil pakej Combo & sewa talian suara RM10 di Giant; adik yang isikan borang kata; aku boleh ambik telefon tanpa wayar (cordless phone) di TMnet Jalan Reko. Sambil memandu dengan deruan penghawa dingin yang makin sejuk; kereta perangku meluncuri Jalan Reko, hingga ke hujung. Tak kan sampai ke Terminal Bas Kajang kot. Aku cuma nampak ada kedai komputer pasang bena Streamyx. Aku berpatah balik & singgah di kedai tersebut. Sekitar Taman Hijau, nak parkir pun ada india berumur minta duit; mungkin nak tunggang mabuk duit tak cukup kot!.

"Mana ada pejabat TMnet di Jalan Reko ini encik..!" Kata salah pekerja cina yang aku lihat agak ramai berkerja membaiki komputer di kedai tersebut.

"Habis tu kalau pelanggan awak daftar Streamyx bagaimana nak ambil telefon tanpa wayar tu!"

"Biasanya kami uruskan di TM Point depan McD Kajang tu..." Beda sangat khidmat orang cina & orang kita Melayu. Aku ikut kata orang kita berniaga, redah satu Jalan Reko mana ada Tm Point. Di internet pun tak kata ada.

"Sebaris dengan Kedai Buku Czip Lee Kajang ke..."

"Yes!... tapi Kedai Buku Czip Lee Kajang tu sebelah kanan, TM Point tu sebelah kiri; betul-betul berhadapan dengan McD.."

Emmm! kereta perang menyakat lagi, mesti ada yang tak kena. Payah amat nak hidupkan enjin ketika panas begitu. Wakti pagi senang pula. Sekali pulas saja suiznya dah mengaum. Inilah musibahnya pakai kereta lama. Aku patah balik ke bandar Kajang menuju McD Jalan Tun Abdul Aziz jika tak silap. Biasalah sesak & payah dapat parkir. Bila masuk ke ofisnya ramai stafnya aku perasan kenal belaka. Bila aku tanya di kaunter pertanyaan. Katanya pakej Combo itu telah boleh diakses, tapi pakej sewa talian suara... berbual tanpa limit tu masih belum boleh digunakan.

Satu lagi masalah egen di Giant tak isikan borang pakej tersebut. Kena ambil nombor & tunggu lagi untuk masukkan ke sistem komputer mereka. Huh! ingatkan mereka dah buat semua. Nasiblah aku tak berbual panjang di telefon kalau tidak melambunglah bilnya. Telefon tanpa wayar pun katanya paling awal pda awal bulan Mei baru ada; habis stok kata pegawai kaunter yang segak berambut ketak-ketak. Aku sempat bertanya apa jadi pejabat lama mereka belakang Balai Polis Kajang itu. Telah jadi stor.

Aku pergi pula ke Kedai alat ganti kereta Sin Gee Hin, Jalan Raja Haroun. Masalah bateri kereta perang yang baru guna sejak bulan Oktober tahun lalu; dah kondem. Huh! berbelit ceriteranya. Masa aku hantar dua minggu lalu, katanya Khamis minggu lalu siap. Dia tak tukar dia akan cuba caj dulu. Dia cuma kasi kad suruh aku telefon. Siap dia tulis namaku bukan main besar pada bateri tersebut. Bila aku datang hari, tanya surat perbagai. Macam tak mahu kasi semula bateri tersebut saja. Aku pun taklah teringin sangat bateri yang dah kondem; cumanya masih ada gerenti. Saja nak tanya apakah boleh diguna lagi. Aku kenal rapat dengan adik kepada taukey di kedai Sin Gee Hin ini yang buka cawangan di Seri Serdang; dah semakin maju kedainya. Dari satu pintu dah sewa dua pintu.

Aku teringat masa aku beli bateri Avanza Mila di kedai Sin Gee Hin Kajang ini. BIla aku tanya pekerja harga bateri Avanza itu sekitar RM150 kebetulan aku ternampak adiknya ada dalam kedai tersebut; ada meyuarat di Kajang katanya. Minta tawar harga. Aku dapat sekitar RM100. Huh! RM50 beda dalam sekelip mata. Begitulah kalau kita beli dengan taukey yang kita kenal & taukey yang tak kenal. Asyik kena paw. Ada juga masalah orang cina berniaga.

Rasanya kalau ada adik taukey kedai Sin Gee Hin Kajang ini. Rasanya aku tak dipermainkan. Aku kena datang Jumaat nanti. Itu pun aku tak pasti; silap-silap telah hilang bateri itu.

Bila aku ke wakil Kurnia Ansuran; dah dekat jam 4:00 petang. Ansuran motor naik melambung; Dulu jika tak silap aku nilaikan kapcai Afiz RM3,000 tak sampai RM200 ansurannya. RM100 awal sahaja. Memang sah dulunya Afiz guna Pacific & Orient Insuran. Tahun lalu memang kosong NCBnya. Parti Pertama. Sekarang NCB 15% dengan nilaian RM2,500 lebih dari RM200 insurannya. Ish! kaya betullah syarikat insuran. Kenapa kerajaan tak kawal tentang insuran kapcai ini. Sudahlah bukan main payah nak jaga keselamatan dalam kes kecurian kapcai di zaman kini. Insurannya pula bukan main mahal. Bagaimana dengan insuran kereta mewah?. Nak dapat sampai 50% NCBnya entah berapa tahun lagi.

Cuaca semakin panas, aku bagaikan nak pitam berjalan di kesesakkan jalanraya. Memang benar ozon kita makin tipis; Panaslah amat. Duit pun tambah panas mengalir. Kereta perang asyik menyakat; meter suhunya hampir ke penghujung; panasnya. Nampaknya gaji bulan ini kena mengadap Solihin di Bengkel ayahnya Haji Mela. Agar bateri kering baru ini tidak kondem.

Aku sempat berbual dengan taukey kedai borong biskut depan Billion;

"Haiya taukey; cuaca banyak panas sekarang ini.."

"Betulla.. malam-malam pula hujan banyak lebat..!"

"Saya ada sakit darah tinggi taukey, panas macam ini banyak pening oii! rasa mahu pitam!.."

"Saya pula ada darah rendah...! tak pernah makan ubat!...."

"Bagus macam itu taukey, ubat doktor banyak bahaya; darah rendah kurang bahaya banding sakit saya darah tinggi; darah rendah senang saja ubatnya taukey!... taukey banyak makan jus buah; & daging... kasi blander oren sunkish pun darah taukey boleh naik! elok jangan mulakan makan ubat doktor banyak masalah; tenguk saya tiga hari tak makan banyak susah mahu bangun... tangkap kepala; pening..!" Sejak seminggu ini aku serng pening-pening sebab malas makan ubat!. Apatah lagi jika tidur tak cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan