Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 7 April 2009

Haji Mela penatnya Menunggu 2 (Singgahsana)


Sepanjang hari di bengkel Haji Mela, bersama Solihin & adik-adiknya memang waktu yang amat penat menunggu. Nasiblah jupa dengan orang kampung, dia pun tak kenalkan namanya. Aku berkali-kali suruh dia klik jurnal ini agar mudah kot dapat berhubung.

Pengkalan Pegoh, katanya jalan nak ke Lahat. Rasanya aku tahu sangat tempat itu. Dia belajar di Anglo Chinese School (ACS) Ipoh, sebut ACS siapa tak tahu, sekolah tu memang bersaing dengan sekolah aku. Dia kata dia sedang buat projek ternak ikan haruan tutu. Dalam bualan kami dia teringin nak beli tanah di Perak. Telah tiga orang yang minat nak beli tanah di kampung aku, Birasku, Syed Kontraktor & Jejaka ACS ini.

Isterinya baru keluar hospital sebab anaknya lesaklah amat di dalam perut. Katanya mahu bersalin di Klinik Zaharah di Bangi. Macam isteri Maria yang baru mendapat anak ke tiga. Bila disebut Klinik Zaharah; aku teringat akan Pusat Rawatan Islam di Kajang. Bagaimana aku jadi bidan terjun ketika menyambut si Azim; memang serba serbi boleh dipersoalkan. Katanya anak pertamanya dilahirkan di Klinik Zaharah. Kira memang kadar biasa di Klinik Swasta; sekitar RM1,000 ke RM1,500 jika bersalin normal.

Dia baiki kereta kancil buat isterinya; baru sahaja dibeli, cantik kancilnya rona perak.

Petangnya pula dapat berbual dengan calon menantu Abg Rahman Sidam. Kerja di PKupm. Kecil dunia ini, ke mana pergi jika kita rajin berbual akan jumpalah orang yang kita kenal. Nasir jika tak silap namanya. Dia kenal dengan Senon; sebut sahaja Senon pasti jika pengikut jurnal ini kenal, Senon yang bakal kawin dengan Dr Sha, sebut Dr Sha mungkin ada yang perasan siapa Dr Sha itu.

Dalam bualan dengan Nasir, memang dia juga tidak menyukai akan ISO, tak pasti siapa yang rasa seronok dengan ISO. Stres memanjang jika sebut ISO. PKupm memang telah memilki ISO. Sebut ISO memang pening & memeningkan, cerita ISO sampai pagi esok pun tak puas hati ini.

Sepanjang hari dari jam 12:00 tengah hari sampailah sekitar enam petang; penat tenguk Haji Mela membuat kerja. Remeh amat nak betulkan pintu kereta perang aku itu. Dulu aku baiki di bengkelnya juga. Elok dua pintu; kini tiga pula bermasalah. Pintu yang dibaiki dulu pula dah nak meragam balik. Kereta perangku itu telah hampir 20 tahun usianya, biasalah, karat sana sini. Tenguk kepayahan nak baiki kereta lama ini rasa tak sepadan dengan upah yang Haji Mela kenakan. Tak sepadan penatnya dia baiki selama enam jam. Kemahiran yang keluara Haji Mela miliki seharusnya mendapat perhatian kerajaan; Agar satu hari nanti dia dapat ruang bengkel yang lebih luas & selesa.

Bayangkan jika kita ke pusat servis kereta Proton atau Toyota; bukan main manjanya pelanggannya. Sampai Mila sanggup duduk sana dari pagi ke petang. Mana nak bosan boleh tenguk movie dengan TV LCD skrin besarnya; siap ada minuman perbagai rasa. Jangan ceritalah bab sofa rehat & perbagainya.

Payah nak cari mekanik Melayu sebaik keluarga Haji Mela. Mereka jujur dengan kerjanya, maka itu boleh kata kebanyakan pelajar Arab di UPM menjadi pelanggan tetapnya. Lebih baik kita bantu bangsa sendiri dari bantu bangsa lain; Cumanya aku mushkil di mana kita boleh dapat bahan gantian kereta dari bangsa kita sendiri. Bayangkan jika bangsa kita punyai pemborong besar untuk alatan gantian kereta; pasti bengkel orang kita akan lebih murah & maju.

Kenapa kita harus bantu bengkel Mega; yang besar-besar belaka?, apa jadi anak bangsa kita yang baru berjinak dengan usahawan kecilan begini...

Sabtu nanti aku bercadang mahu ke bengkel Haji Mela lagi, nak baiki penghawa dingin kereta perangku; & ada beberapa alatan yang masih bermasalah. Harap-harap cita-citaku nak cat semula kereta perangku akan tercapai secepat mungkin.

.....
pengailsejati | Posted on 10.4.2009 at 7:38 AM
Bila dah siap kete perang abg idan nanti,boleh la saya tumpang kete perang abg idan kalu kita pergi memancing...
Tak jadi Hal
iDAN | Posted on 10.4.2009 at 10:02 AM
Boleh ajer!, sekarang masih pening ni, macam ada masalah wayering; pepagi cuma nasib ajer; kalau tak baik guna jumper. Payah amat nak start. Baterinya baru tukar bulan 10 tahun lalu. Baru nak masuk lapan bulan. Huh! penat juga nak guna kereta lama ni..!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan