Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 2 April 2009

Johor: Spesies burung botak makin pupus (Delima Merkah)

Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

Penebangan pokok punca haiwan gemar bersarang tinggi hilang habitat

BATU PAHAT: Penebangan pokok tinggi berhampiran muara sungai untuk tujuan pembangunan dikenal pasti antara punca utama habitat burung botak (Leptotilos Javanicus) kini semakin berkurangan.

Spesies burung semakin pupus di dunia itu dikatakan gemar memilih pokok yang tingginya lebih 30 meter untuk bersarang.

Namun, penebangan yang tidak terkawal menyebabkan burung itu semakin kehilangan tempat untuk membiak dan dikhuatiri akan mempercepatkan kepupusannya.

Pakar kepelbagaian biologi Johor, Vincent Chow, berkata usaha untuk mengekalkan habitat burung berkenaan perlu dilaksanakan dengan menguatkuasakan larangan menebang pokok tinggi terutamanya di muara sungai atau berhampiran kawasan berair.

Beliau berkata, ketika ini hanya beberapa kawasan menjadi tempat persinggahan burung botak untuk bersarang iaitu di Parit Jawa, Muar; berhampiran Taman Emas, Batu Pahat dan di selatan Pontian.

"Kita tidak boleh membiarkan pokok tinggi di muara sungai atau yang berdekatan dengan takungan air seperti paya ditebang sesuka hati kerana kita khuatir perbuatan itu akan membantu mempercepatkan kepupusan spesies burung botak.

"Ketika ini, tidak banyak tempat sesuai untuk burung itu bersarang di negeri ini dan usaha harus kita jalankan untuk memastikan tempat sedia ada di tiga lokasi itu tidak diusik," katanya.

Vincent berkata, hasil pemerhatiannya sejak beberapa tahun lalu dianggarkan 50 burung botak bersarang di beberapa pokok pulai yang tingginya lebih 30 meter berhampiran Taman Emas, di sini.

Beliau berkata, selain Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), agensi kerajaan lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan habitat burung botak tidak dirosakkan akibat pembangunan.

"Usaha kita mengekalkan habitat burung botak itu bukan saja dapat membantu menghalang kepupusannya tetapi boleh membantu industri pelancongan kita.

"Kehadiran burung botak membina sarang seperti di kawasan berhampiran Taman Emas itu sebenarnya berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong terutamanya penggemar burung. Namun, kawasan sekitar harus diselenggara dengan baik seperti memastikan saliran atau takungan air tidak terbiar dan berbau busuk," katanya.

Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan