Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 7 April 2009

Haji Mela (Singgahsana)


Cadangnya mahu ke Terengganu bulan depan, sekitar bulan mengambang minggu ke dua mahu mencandat sotong bersama Shukria & gengnya. Maka aku cuba menabung untuk jalan-jlan di sekitar Masjid Kristal. Masalahnya nanti aku terpaksa balik sekitar malam Sening & Afiz esoknya tentunya ada kelas di Poli, Aziq di Sekolak Teknik Gombak mungkin tak dapat pergi. Biasanya minggu pertama atau ke tiga barulah dia boleh balik kampung. Shukria pula sepatutnya buat program pada hari cuti sekolah. Apakah sotong dah habis di lautan itu.

Tetiba kereta perang aku meragam pula, tingkap belakang sebelah kiri tak boleh nak tutup, dahlah pintunya tak boleh buka sejak berzaman. Pasti kena ganti kekilinya dah berkarat. Bayangkan sejak tahun 1990 dah dekat 20 tahun usia kereta itu, memang afdal kena tukar itu & ini. Nak beli kereta baru tak sanggup lagi berhutang. Kereta perang itu masih boleh dibaiki, kalau ada sekitar RM2,000 akan cantiklah semula. Nak ketok & cat sekitar RM1,500, buat kembali penghawa dinginnya sekitar RM500 kot, kira dah boleh redah hujan & panas. Enjinnya baru tukar. Kira dah boleh pergi lumba.

Harga kereta sekarang ini susutnya tak masuk akal, kereta aku itu kalau mahu tukar baru ke kereta Proton katanya laku sekitar RM5,000 sahaja, jika mahu jual ke orang perseorangan pasti bawah dari RM3,000 macam harja kapcai sahaja. Duit yang telah berlonggok dalam sejarah kereta itu pasti dah lebih dari RM40,000. Jika aku congak secara kasa; Beli RM25,000 masuk faedah hutang piutang pasti jadi lebih dari RM30,000. Masa Mila nak jadikan modal beli kereta Wira Earoback aku kasi RM12,000. Bukankah RM40,000 lebih jadinya. Jika jual ketika Mila nak tukar kereta tempoh hari, dah tentunya hilang dalam lebih dari RM15,000. Mungkin lebih RM20,000 kira susutnya harga kereta kita bagi tempoh sepuluh tahun.

Begitulah kita berbelanja untuk kenderaan. Belum lagi kereta mewah. Sebab itu aku bising juga bila keluarga Mila beli Camry, jika lebih 5 tahun dahulu harganya RM80,000 berapa sangat lakunya bila di jual sekarang. Silap-silap akan susut harga lebih dari RM30,000 bagi tempoh sepuluh tahun.

Mekanik yang aku kenal cuma keluarga Haji Mela. PSK 3, Pusat Perdagangan Seri Kembangan. Nampaknya hari ini aku kena korek duit tabung simpanan ke Terengganu untuk baiki tingkap itu, macam mana nak parkir di luar rumah jika tingkapnya terlopong nanti jadi besen berendam pula kereta perang aku itu. Kot jadi mangsa pencuri juga satu hal.

Sekitar jam 11:00 pagi aku pasti di sana, jika sempat siap nak hantar si Anif tu pergi sekolah tengah hari nanti. Jika tidak sempat nampaknya hari ini pandai-pandailah Anif & Azim menguruskan diri mereka.

- Mana pula perginya Anif ini tak kasi tahu nak keluar ke mana; dah dekat jam !0:00 pagi ni.

.......
pengailsejati | Posted on 7.4.2009 at 10:32 AM
Tak ajak saya pun ke kedai Solihin....Lepas tu boleh la shoping kat kedai pancing aboy...
Masa Tidak Ketentuan
iDAN | Posted on 7.4.2009 at 8:28 PM
Ingatkan sampai sekitar jam 11:00, lambat lantaran kena cari anak & perbagai masalah. Sorilah ingatkan memang nak makan tengah hari dengan Fairus, tapi takutlah ganggu orang masih dalam tugasan. Tu yang melapak di kedai Aboi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan