“Ayah bangun sembahyang subuh!” Suara Azim mengejutkan aku, cepat dia dibangunkan oleh ibunya. Maka sempatlah dia mengejutkan aku.
Aku duduk sebentar di gigi katil, peningnya kepala masih tak dapat menstabilkan diri. Mereka yang kena serangan sakit darah tinggi pasti tahu, bagaimana payahnya mahu berdepan dengan suasana dinihari. Teramatlah payahnya untuk bangun sepantas zaman muda-muda lalu. Aku bangun menuju ke bilik air untuk bersugi & mengambil wuduk. Aku mengintai jam di dinding dapur. 6:25 pagi. Masih awal Azim mengejut aku. Mungkin dia teringat pesanan aku, kalau boleh kejut ayah awal, takkan ayah tambah stres dengan suara laser ibu. Ibunya Azim selalu kejutkan aku penghujung waktu.
“Ayah!, tak nak sembahyang subuh ke?… dah nak habis waktu ni..!” Itu ayat awalan jika ibunya mengejutkan aku. Dituruti ayat sampingan yang memang amat penat nak dengar. Belum lagi keluar cakap jawanya bilamana tengok Anif merengkuk tidur.
Sudah tak menjadi hairan sangat dengan suara nyaring ibunya pepagi. Dia marahkan ayahnya anak-anak pasti jadi mangsa. Anif & aku memang sering lambat tidur malam. Aku tak psti Anif godek apa di komputernya; aku pula selepas dengan tayangan di saluran Zee, akan tengok pula kalau ada tayangan gambar menarik, dua tiga pagi baru boleh terlelap. Memang masalah jika ada Astro. Macam-macam ada buat macam-macam sakit timbul, mengantuknya, payah nak subuhnya, tidur siangnya. Huh! Memang largho'!
Bab isteri mengejut tidur pun boleh buat kita tambah naik tekanan darah tingginya; belum lagi bab ajak makan. Cuba kita perhatikan ayatan ini.
“Ayah! tak nak makan ke?…, makanan dah siap ni!..” Selalu sebut yang negatif dulu. Maka orang lelaki yang ego akan jawab pula begini. “Tak nak!, awak makanlah dulu!” Buruklah amat ukhwahnya.
Aku pernah tulis bab ini dalam jurnal terdahalu, ianya asyik berulang lantaran memang ianya payah kita buang dalam bualan kita seharian.
“Kalau ayah tak nak balik kampung minggu ini, Mila nak balik dengan anak-anak!” Itu ayat pinta izin atau ayat mengugut. Memang sering berlaku bualan yang meminta kesabaran dari pihak suami. Rasanya semua para suami isteri pernah berhadapan dengan situasi begini. Maka itu Nabil selalu sebut ayat ini; “Lu fikirlah sendiri!” Bagaimana kita mahu mengolah ayat terhadap suami. Suami pun kenalah bijak berbahasa untuk memberi ayat jawapan kepada isteri. Begitulah sebaliknya isteri berpadan dengan suami yang selalu cakap negatif. Sabar-sabarkanlah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan