Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 14 April 2009

Masih ada yang Sayang 2 (Singgahsana)


Aku, Afiz & Azim makan di Restoran Jenaris, Azim & Afiz makan roti telor, aku pula makan dua keping roti canai kosong, Entah bila telah naik 80sen sekeping, aku perasan Jenaris paling lewat naikkan harga roti canai. Jenaris ini sebenar masih ditaraf Desa. Desa Sri Jenaris.

Tekanan darah tingi aku naik kot, di restoran mamak itu, aku masih bersungut. Aku memang dah biasa dengan mamak di sini. Kebetulan anak taukeynya si Baha dulu sekelas dengan Afiz. Kakaknya macam Baha juga agak gempal memang mulutnya ramah.

“Kedainya memang macam tu Pak Cik, ramai orang komplen, jika tukar tuib sahaja mesti asyik kena tukar tayar.”Kakak Baha perasan apa yang aku runsingkan.

“Kalau tayar dah botak taklah kita bersungut, ini bunganya tebal lagi, kita nak buat sendiri tak reti” Tak mahir tu satu hal, alatan nak buat kerja bengkel kena beli, nak tuil tayar keluar bukan boleh dengan pemutar skrew, silap-silap terkoyak tayar. Ada penuilnya yang khas.

Aku teringat Abg Noor KKK, masa berulang dari Seremban ke UPM. Sentiasa ada tuib pengganti. Semua alatan kecemasan lengkap di motorsikalnya. Semasa dia kemalangan orang tolong juga hantar dia ke hospital, tetapi habis alatannya hilang. Apa cerita Abg Noor telah lama berpencen. Paling akhir aku jumpa dia dua tahun lalu atau tahun lalu kot ketika dia menerima menantu kedua jika tak silap.

“Masa Afiz pancit kapcai tu, bagaimana Afiz buat, Afiz sorong saja ke?…”

“Ada orang berhenti, ajar buat macam mana?.”

“Melayu ke cina, tua ke muda orangnya”

“Orang kita Melayu sebaya ayah kot!”

“Kalau tayar depan pancit Afiz kena duduk penjuru belakang tempat duduk Afiz tu, kalau belakang duduk penjuru depan tempat duduk tekan stering, insyaAllah tayar takkan rosak” lagipun Afiz cekeding; tayar pun jenis besar, tak lojik tayar tu boleh rosak.

“Haaa ahh! Memang macam itu yang Pakcik itu ajar!, baik sangat orangnya ayah, siap dia suruh Afiz tunggu tepi jalan kejap dia pergi tenguk kedai motor dekat jalan ke Econsave tu, kot buka lagi, tapi kedai dah tutup sebab hujan lebat sangat masa tu!”

Payah nak jumpa orang sebaik itu, aku teringat ketika aku pancit kapcai lamaku, Yamaha Sport di Lebuhraya Seremban, aku sorong dalam kepanasan. Tengah hari terik. Yang berhenti cuma cina & India. Orang kita Melayu berdesup macam nak langgar aku adalah. Paling bagus si Benggali sebelah pagar Lebuhraya dekat Seri Kembangan; Nak tolong angkatkan motor menyeberang pagar. Hebat tak hebat, aku tak dapat bayangkan bagaimana; mampukah kami berdua ngangkat motor, melunjakkan ia merentas pagar.

Aku mengucapkan terima kasih Singh & malas orang berhenti... cara terbaik belasah saja tunggang kapcai pancit.

“Dia lindungi motor Afiz sampai simpang Jenaris, katanya dia tinggal di Sungai Jelok..”

Terharu juga aku mendengar kebaikan Pakcik ini, memang dalam hujan lebat bahaya memandu di lebuhraya, apatah lagi jika terkedek-kedek di bahu jalan. Semoga Ilahi akan membalas jasa baik Pakcik ini.

Semasa aku ambil tayar Afiz di bengkel cina tersebut, dia pandang tak pandang sahaja. Silaplah dia asyik nak paw orang cara begitu. Sekarang sekitar Jenaris sudah banyak bengkel motorsikal.

Sebenarnya masa aku pakai kapcai Yamaha Sport pun aku pernah buka enjin dengan cina yang sama, habis duit sekitar RM400 tapi tak sampai tiga bulan; dah tak meragam enjinnya. Asyik makan plug. Maknanya kita ini macam pelanduk selalu lupa jerat, sedangkan jerat tak pernah lupakan pelanduk.

Mekanik motor paling bagus sekitar Kajang ialah Sim Motor belakang Arked Mara Kajang; sayangnya ianya telah tutup. Dia dah tua tak larat lagi nak baiki motorsikal. Aku kenal dia telah lebih 20 tahun. Kemudian Choy Motor Jalan Sungai Chua; pun sudah tutup berpindah ke lain tempat.

Tak pasti sekarang ini, di mana Mekanik motor yang mahir & jujur.

......
pengailsejati | Posted on 14.4.2009 at 7:29 AM
Ust Halim pandai repair motor abg idan...Kalu ada masa jemput la datang sini...Mana la tau kot-kot Ust Halim boleh bantu...Sambil tu boleh kita borak-borak panjang...Rindu nak dengar celoteh abg idan...
Sama Abg Isa
iDAN | Posted on 14.4.2009 at 11:22 AM
Ustaz Halim tu dah kira sama dgn Abg Isa, bila dapat tertinggi manalah mahu main minyak & bukak enjin semua tu. Macam Abg Isa dapat kanan mana nak baiki monitor atau TV lagi. Dulu sy & Yassin memang rajin godek2 TV di makmalnya. Yassin pula dah berpindah...Dah tinggal kenangan semuanya.

apak ucin dipekan sari.
anonymous | Posted on 14.4.2009 at 3:49 PM
Kisah mereka laung reformasi. Laungkan revolusi- revolusi jalan-jalan raya sesak pekat tersekat orang banyak berarak aku garu-garu dahi, aku tidak mengerti aku hanya mahu cari rezeki. mereka jerit inflasi teriak-teriakkan subsidi tol di lebuh raya minyak untuk gadis scooter dan kapcai lama. aku usap-usap lantin basikal tua dan selipar jepun yang lusuh cabuk tapaknya aku hanya mahu sikit beras dan ikan yang jarang-jarang turun harga... Mereka melalak korupsi tempik-tempikkan hipokrasi mahu kira isi kotak undi lambang undi pilih mana satu mahu tukar pak-pak menteri satu yang aku tidak mengerti, bolehkah pak menteri yang baru itu nanti memberi aku sesuap nasi?

bosan tak ade org mcm abg idan
anonymous | Posted on 15.4.2009 at 8:29 PM
hmm abg idan rase nyer baru jer bersama abg idan ...tapi dah abg idan dah nak pencen.... tadi jumpa kak ana....dia ckp ape citer abg ko tu ader ko nampak dia jenguk2 sini ... time terpk dah takde org berbual tentang kehidupan yg cermin kan keikhlasan membantu...thank you abg idan ...abg idan byk tolong saya hanya Allah yg membalas budi baik abg idan...
Pasti ada Pengganti
iDAN | Posted on 16.4.2009 at 9:55 AM
Sejarah merayu ingin membantu kekawan rasanya tak tertelan dada menahan sebaknya. Bukan sekali dua saya merayu mahu terus berkerja; tetapi mereka mahu tempatkan saya di meja Budak Pejabat. Itulah taraf yang mereka beri untuk sy. Terlalu banyak lagi rasanya sy boleh membantu; teringat PC Ana Stor yang slow amat, Abg Mail Kunji yang tak cukup rem, Pc Abg Sarifudin yang kena pop up. Birus yang serang pejabat Kak Sal & kerani kecik Sawo matang. Speaker untuk Leez, Nuriah, Network slow untuk Mail Kecik. Nak turunkan banyak ilmu lagi untuk Kerani Putih, nak bantu makmal Saleh Paling sedih Ext HD Azahana digodam si Nik rasanya sy boleh cuba keluarkan datanya; harap harap Hafizi dapat bantu dia tukar plate belakang tu. Sungguh terlalu banyak lagi kerja belum selesai. Trojan terlalu banyak di Fak Kejut tu.. Rasanya semua staf harus pandai guna BDC belash trojan itu. Tak sempat nak muatturun SPA untuk Ana... iskh! memang sy hari-hari terkenangkan kekawan di sana. Harapan sy masih ramai bakal mengganti dalam kerja ICT yang memang tak akan selesai. Selalu AAAA kata; Jangan risau fasal pengganti; pasti pengganti yang bakal kita terima jauh lebih baik dari orang yang bermasalah; termasuklah staf seperti sy ini yang amat dibenci golongan atasan di fakulti sana. Hanya segelintir rakan rapat sedarjat sahaja yg memahami kepelikan perangai sy ini. Kata kata AAAA itu lekat di hati ini sejak tahun 80an lagi. Geng Jins dia yang teramat mahu sy cepat beredar dari fakulti. Tentunya golongan mereka gumbira kini.
yang baru takkan sama dengan yg lama

anonymous | Posted on 16.4.2009 at 12:06 PM
patah tumbuh hilang berganti...yang berganti tak kunjung tiba.itu yang saya nanti2kan smp hari ini...bila abg idan di sini rasa semangat utk bekerja..bekerja dengan org lama ni banyak ilmu boleh dipelajari..saling2 kita tukar ilmu...cuma untuk kekalkan ilmu tersebut bergantung pada kerja yang datang...smlm saya tgk firdaus guna BDC utk removekan virus dlm lab...memang berdesup virus tu hilang..nampak sangat virus tersebut dari indon..satu geng dengan brontok...abg idan pernah ajak saya guna BDC..cuma sy tak praktikkan lagi utk tugasan yg mendatang...insya-allah saya akan gunakan ilmu yg abg idan ajar tu sebaiknya...setiap kerja yg kita buat jika terbaik org akan percaya pada kita dan takkan komplen...itu sebab org suka bila abg idan byk membantu repair pc mereka...tiada rungutan...tiada alasan utk buat...syabas abg idan...saya mmg respek etika kerja abg idan bab repair pc tu...sng2 nanti dtg la lab nih lagi...ader 2 surat utk abg idan

Kasi Fairus
iDAN | Posted on 16.4.2009 at 2:20 PM
Fidaus tu guna BartPE tak, rasanya cara Cik Ima guna lagi berkesan. Elok buat salinan BDC dari Firdaus tu. Tanya dia cam mana nak update. Jika ada kekawan pandai guna Hiren Boot lagi bagus; ianya elok juga untuk scan banyak birus. Sebenarnya lagi banyak kita tahu antiVirus lagi bagus... Banyak ilmu boleh kita korek melalui pelajar master & PhD; terutama di KKK. Ilmu mereka yang banyak membantu sy ketika berkerja. Dua pucuk surat tu elok kasi dengan Fairus; ingat nak ambik barangan di stor dia dalam masa terdekat. Masih ada beberapa kotak menyemak stor dia. Boleh ambil surat tu sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan