Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Disember 2014

Banjir: K'tan meruncing, Kedah kian pulih

 

Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Bharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di Kedah, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.
 
Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5). 

- Bernama

Jumlah mangsa di K'tan cecah 45,467

 BLOG LANGSUNG BANJIR membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir yang berlaku.

 
7.52pm: Jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak yang didaftarkan dengan nombor 9M-NAA, mendarat di Indianapolis, Indiana, dari Los Angeles pada 6.52 petang waktu Malaysia.

Ia berdasarkan maklumat di laman penjejak penerbangan FlightRadar24.

Pesawat tersebut mendarat di Los Angeles pada jam 1.40 petang waktu Malaysia di Honolulu, Hawaii, yang menjadi tempat percutian perdana menteri.

Perdana menteri bergegas pulang dan dijangka tiba di Kelantan esok untuk menyelia operasi menyelamat.

4.10pm: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Pantai Timur menyebut kesemua lapangan terbang yang dikendalikannnya di pantai timur masih beroperasi seperti biasa.

Ia melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Terengganu.

"MAHB sedang memantau keadaan dan akan membuat pengumuman jika keadaan berubah," kata firma tersebut dalam kenyataan, seperti dilaporkan Bernama

4.10pm: Pasukan tentera menumpukan usaha menghantar bekalan makanan dan bahan api kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di Kuala Krai.

Laporan Bernama menyebut, ia melibatkan 1,000 liter minyak diesel untuk kegunaan hospital dan
bantuan makanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia akan digugurkan melalui helikopter, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed.

"Memandangkan helikopter yang menghantar bantuan tidak dapat membuat pendaratan di kawasan terjejas teruk, maka bantuan bekalan ini akan digugurkan dari udara," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

4.00pm: Sehingga jam 3 petang ini, mangsa banjir meningkat kepada 118,896. Di bawah pecahan ikut negeri:
 
NEGERI             25 DIS       26 DIS (PAGI)     3 PTG
------                ------         ----------------     -----
 
KELANTAN       34,955          32,139               45,467 
TERENGGANU   29,082         30,147               31,001
PAHANG          28,578          35,736               35,736
PERAK              5,512            5,530                 6,119
JOHOR              -                     201                    214
KEDAH                 76               157                      96   
PERLIS               263               263                    263
 
JUMLAH          98,466         104,173            118,896


3.30pm: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau telah dihubungi pejabat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk menyumbang kepada mangsa banjir Kelantan.

Selain itu, beliau turut dihubungi seorang dermawan pagi tadi, menawarkan helikopter untuk menghantar makanan ke kawasan terputus bekalan.

2.30pm: Sebanyak 10 stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air banjir.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata, stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

"Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

1pm: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Muhyiddin berkata keperluan aset berkenaan masih tidak memadai setakat ini.

"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh MKN,” katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Muhyiddin melawat pusat pemindahan banjir di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Jumlah terkini mangsa banjir setakat ini:

Negeri           26 Dis, 1pm
Kelantan          32,139
Terengganu      31,001
Pahang            35,736
Perak               6,119
Johor               214
Kedah              96 
Perlis               263
Jumlah        105,568

12.30pm: 
Johor mula dilanda banjir apabila 201 mangsa di Kluang dipindahkan pagi ini, lapor Bernama memetik MKN Johor.

12.15pm: Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan. 
 
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
 
"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya ketika dihubungi Bernama.

12.00pm: Sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan, bergerak ke Temerloh, Pahang, hari ini dengan sebuah lori lima tan dan sebuah bot bagi membantu para petugas dalam operasi menyelamat mangsa banjir. 
 
Timbalan Pengarah JPAM Negeri Sembilan Abdul Ba'ith Abdul Rahim berkata ini merupakan pasukan kedua selepas lapan anggota yang dihantar ke Kuala Lipis, Pahang pada Rabu lepas.

Kerajaan Selangor sumbang RM1 juta kepada  Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Terengganu, Pahang dan Perak.
 
11.00am: Menteri Besar, Azmin Ali berkata, kerajaan negeri membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015. 
 
"Kerajaan Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama.

9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu.

Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu.

8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir.

Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan.

8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk.

Jumaat, 14 Mac 2014

SENARAI PENUH MENTERI & TIMBALAN MENTERI KABINET BARU MALAYSIA TAHUN 2013

Senarai penuh kabinet Menteri dan Timbalan Menteri tahun 2013



PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Sabtu, 15 Februari 2014

Atlanta diselaputi salji tebal

Atlanta: Ribut salji kedua melanda selatan AS yang lazimnya bercuaca panas mengakibatkan kawasan itu diselaputi ais tebal selain beratus ribu rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.
Ribut itu - yang kemudian bergerak ke arah barat laut AS - mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 kematian termasuk tiga yang maut selepas ambulans dinaiki terbabas dan terbakar di Texas.

Hampir 3,300 penerbangan dibatalkan di seluruh negara.

Dalam amaran dikeluarkan awal pagi kelmarin, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menggelar ribut itu sebagai “bencana yang melumpuhkan dan melemahkan semua.”
FotoKENDERAAN terhenti di sebuah lebuh raya akibat salji tebal di Charlotte, Utara Carolina.

Pengkaji cuaca menjangka sesetengah tempat mungkin melihat lebih daripada 2.5 sentimeter (sm) ais manakala salji turut dijangka turun sehingga 7.6sm di Atlanta dan lebih teruk di Carolina Utara serta Selatan.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan bencana di Carolina Selatan dan beberapa bahagian Georgia membolehkan bantuan dihantar ke kawasan terbabit.

Pokok palma di Myrtle Beach, Carolina Selatan juga dilihat diselaputi lapisan ais tebal.

Bagaimanapun, kali ini penduduk Atlanta lebih bersedia dan tidak terjejas seteruk kali terakhir dilanda ribut salji pada 28 Januari lalu - apabila ribuan kanak-kanak terkandas di sekolah masing-masing sepanjang malam akibat kesesakan lalu lintas mengakibatkan ratusan pemandu meninggalkan kenderaan mereka di lebuh raya.

Sementara itu, Washington DC dijangka akan melihat sehingga 20sm salji dan 15sm di bandar New York. - AP

Rabu, 2 Oktober 2013

Rajuk


  • Idan Radzi UWAAAA... yeop ni lagi sedih... bila sebut Joe... mmg yeop mana lupa dia sebab memang yeop sorang kawan baik dia di KCT.. masa dia nyanyi lagu Hail Amir  lagu Wajah Kesayangan Hamba... mungkin yeop sorang jadi peminat dia... bangga dia berani naik pentas... masa itu yeop ingat lagi orang sorak dia... udah ler... udah lerr (sebab Joe nyanyi sedap amat)

  • Idan Radzi di KCT ni pun yeop perhatikan tak ramai SUKA yeop masuk berbual... sebab selalu yeop uar-uarkan nombor telefon yeop ... hanya neng dari Indon yang dail telefon (sesekali kekasih gelap yang call) ... orang KCT adalah sorang dua dail... sms pun tak pernah yeop jumpa... padahal dalam nota admin KCT semua tu ada... ni bila telefon dah rosak... yeop bercakap sorang-sorang.

  • Idan Radzi yang lagi yeop sedih dulu masa yeop tak buka KCT ini ramai juga orang KCT rajin temankan yeop dalam alam maya ini di FB peribadi; sekarang udah semua berlonggok di KCT ini... tak hiraukan yeop lagi... sebenarnya yeop rindu amat kat ramai orang KCT seperti Kida; Conel; Kak Kecun; Lan Brahin Tekiut tapi mereka ini tak rapat dengan KCT.

  • Idan Radzi ukhuwah sepatutnya kita eratkan apatah lagi kita kini makin dekat di alam maya... tak percaya... tenguklah nanti bila ada entri yeop akan senyaplah ruang ni... yeop memang akan merajuk jauh... dan mungkin tak akan jadi ahli KCT lagi jika semua tak suka yeop dalam kelompok KCT...bagaimana pun yeop tetap berbangga jadi orang KCT.

  • Noriza Harip Mak ai ape hal ni yeop luahan rase pulak kat cni

  • Umi Kalsom Ibrahim jangan merajuk yeop Idan Radzi...tak baik utk kesihatan....

  • Noriza Harip Mmg keme pegi kot k
    Jln short cut nk deras lalu ler lombong blik udah mlm jln pun gelap keme redah je tau2 mptor masuk dlm parit apa lg lenjun ler itu dulu skrg udah xde lombong lg gamaknya ye

  • Noriza Harip Usah ler merajuk x elok menor udah tue2 ni majuk kn

  • Idan Radzi Pecah kaca pecah gelas udah baca harap balas... yeop suka nyakat saja orang KCT bagaikan satu keluarga besar buat yeop... tapi mmg yeop nak tahu sangat perkhabaran si Kida awai KCT ujud dia selalu ada... kenapa sekarang senyap iyer... keluarga Conel pun sama... mana mereka ini... yeop cepat terasa &; ingin sangat nak mereka ini dekat di hati kita... yeop dah sediakan gerotak /jambatan untuk kita bersoreh tapi nampaknya kita hilang orang KCT kita ini...

  • Umi Kalsom Ibrahim aadoiii....mcm rasa sekolah pulak ada surat dlm laci...penulis takde nama...tu le pantunnya....hihi

  • TD Tualang Komen yeop yg lain tu aku x like...sbb x suke amat yeop jauh hati mcm tu. Klo yeop rasa jauh hati...yeop yg mulakn buka fb group ni...dan yeop juge berhak mengakhirinya.aku redho sbb aku pun dah naik lelah.

  • Umi Kalsom Ibrahim iuutt..abg 8 kenapa ni...tak faham...klu gitu saya pun nak undur diri juga lah.....bye2 semua....

  • Idan Radzi Ada dua minggu lagi kita nak berkurban... ramai waris yeop teringin nak sertai perjumpaan MaPES ... apa ceritera Qurban kita di KCT; jika yeop tak dapat balik pun yeop harap MaPES akan terus usahakan sesuatu agar ukhuwah sesama kita akan terus erat...

  • Noriza Harip Dah nk ngundur ayong baru je nk joint hu alah yek

  • Idan Radzi hahaha yeop suka nyakat saja lah... sbb terasa pula .. bila dah tua-tua ni kenapa mesti antara kita ada rasa asing... cemburu atau tetiba senyap... padahal masing-masing dah ada cucu... eh... kenapa kita tak ambil peluang di hujung usia ni agar kita dapat kembali menjadi rakan baik... mmg semua kita ada sejarah lama yg menjadi penghalang... penghalang itu kita kena buang & perjuangkan agar kita dapat ikatan kukuh...

  • Idan Radzi ada banyak perkara yeop kecewa... tapi ini yeop rasa kudrat yang sukar nak kita leraikan

  • Idan Radzi ala @Umi tu yeop tahu... hatinya dah lekat kat KCT; sebab tu yeop kejor ke mana... sebab yeop tahu dia dah lama tak klik/ketik FB yeop... dah tak masuk Aurafm lagi... penat yeop buat puisi kat situ kut dia mahu dengar...

  • Idan Radzi ed jangan risaulah... yeop kalau lama sepi di KCT ni yeop tetap sentiasa pantau KCT & tolong padamkan mana entri yang tak kena... sbb yeop tenguk ada juga perbalahan fahaman antara kita... nanti yeop pindahkan ke tempat lain.
  • Idan Radzi 123 akan yeop padam satu-satu...