Susah pula nak hidupkan enjin kereta perang aku ini!, baru lapan bulan baterinya. Esok ingat nak betulkan penghawa dinginnya. Ada sesiapa yang tahu di Kajang ini ada tak orang kita bagus mengecat kereta lama-lama. Nak bawa balik ke Perak rasa macam tak sampai sahaja kereta perang tu. Rasanya si Tor ada bengkel ketok mengetok kereta di Batu Gajah. Siapa ada nombor si Tor (Halim) adik kepada Kak Mah Cor Seman?
Kereta Perang ooo Kereta Perang ... kereta Pencen atau juga ke arah lain... selepas pencen!!!.
Kereta Perang ooo Kereta Perang ... kereta Pencen atau juga ke arah lain... selepas pencen!!!.
Comments for this entry:
Ikan temakang paya .
anonymous | Posted on 13.4.2009 at 11:27 AM
Kok yang diatas tu amoi Batu Gajah.Di Batu gajah sekarang macam-macam kemudahan ada... , tak macam dulu-dulu . Pejabat Pos Batu Gajah yang menonjol diantara bangunan yang lain disitu.Rekaan bangunan barunya boleh dikategori moden dan cantik .
|
Lawa Benor
iDAN | Posted on 13.4.2009 at 12:43 PM
Baru tahun lalu sy ke pej daerahnya, memang cantik betui, ingatkan nak bayor cukai tanah kat situ, rupanya kena ke pej tanah sebelahnya. Beli cacing di pekannya memang murah, balik kampung tak mancing memang rasa tak balik kampung. Cumanya mana pergi dua panggung wayang tu?. Dedulu hari minggu naik basikal ke Batu Gajah, tenguk tayangan murah (cipmenteni) & suka amat beli pisau lipat di pasar malamnya. Cipmenteninya selalu ceritera koboi yang rona merah saja, kadang-kadang ceritera hercules! Tiket masa itu sekitar RM1 atau RM1.50sen
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan