Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 19 April 2009

10 lubuk jadi tumpuan peserta (Delima Merkah)


Oleh Osman Lisut

Koordinat lubuk di perairan Sedili

Karang Pak Ya - 01.48’ 30” U /104.20’ 00” T.

Karang Pantai Temala - 01.58’ 178” U /104 .09’ 096” T.

* Karang Kapal Ghani - 01.51’ 027” U /104.14’ 329” T

SEDILI: Lebih daripada 10 lubuk dan batu karang yang dihuni pelbagai spesies ikan bersaiz A menanti peserta pusingan pertama Karnival Memancing GP Joran 2009, yang mampu membuatkan kaki pancing tidak senang tidur pada 2 dan 3 Mei ini.

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, menyiarkan lokasi pertandingan iaitu Karang Pak Ya (01 degree 48’ 30” U/104 20’ 00” T) kira-kira 14 batu nautika dari Jeti LKIM Sedili. Lokasi darat terdekat ialah Tanjung Gemok 9 batu nautika dari karang berkenaan.

Lokasi kedua pertandingan ialah lubuk Pantai Temala (01 degree 58’ 178” U/104 09’ 096” T) kira-kira 4 batu nautika dari Jeti LKIM Sedili. Lokasi darat paling hampir ialah Tanjung Tebal kira-kira 2.5 batu nautika.

Kawasan ketiga ialah Karang Kapal Ghani (01 degree 51’ 027” U/104 14’ 329” T) kira-kira 8.2 batu nautika. Darat paling hampir ialah Sedili Kecil iaitu 4.2 batu nautika.

Manakala lubuk lain yang turut menjadi buruan kaki pancing ialah Batu Mereng, Karang Emas, Karang Yu, Karang Hanyut, Batu Tinggi, Kapal Karam Deris, Karang Hantu, Karang Lintang dan Karang Lubang.

Sudah pasti aruan tasik dan tenggiri menjadi sasaran peserta kerana spesies ini mampu meletakkan mereka dalam senarai penerima hadiah. Selain gerombolan ikan merah, kaci dan beberapa jenis ikan karang yang biasa ada di terumbu karang berkenaan. Ini sudah pasti memberikan satu kepuasan kepada kaki pancing tegar.

Tenggiri juga adalah sasaran terbaik memancing sebelah siang menggunakan umpan ikan selar, selayang dan tamban hidup. Kaedah memancing di pertengahan air amat sesuai untuk menewaskan spesies plagik ini.

Bagi kategori Pantai, spesies pari, kerapu, ketuka dan gerung belang adalah tangkapan yang mampu melegakan pemancing. Justeru, umpan sotong dan udang segar adalah yang terbaik untuk membuka peluang anda menjadi antara 40 pemenang di sini.

Untuk memperoleh tangkapan terbesar dan berat, peserta disaran menggunakan umpan ikan hidup dan sotong cumit memandangkan mangsa di sini amat prihatin dengan umpan yang disajikan. Bagaimanapun, umpan ikan, sotong dan udang segar di pasar juga dijamah penghuni perairan berkenaan.

Joran

Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan