Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 17 April 2009

Cabai (Singgahsana)


"Anif buat sambal belacan, ibu tengah sibuk masak ni..!"

Sekarang di rumahku telah ada pakar buat sambal belacan, Anif anakku yang ketiga, sekarang dah masuk sekolah tingkatan satu. Makin rajin turun ke dapur buat sambal belacan. Kira sambalnya boleh tahan juga. Cumanya kena cukup ramuannya. Cabai, belacan, asam & segala keperluan.

Cabai masak, jika kita ke Giant memang tekejut beruk tenguk kenaikan harganya, takkan dapat sekilo di bawah RM10, ikut keadaan semasa, biasa harga seklo sekitar belasan RM. Cabai burung, jangan pegang mahal lagi berbanding cabai masak. Nak murah kena beli cabai muda. Apa pula rasanya jika cabai muda buat sambal.

Teringat Kak Sala, dia tumbuk cabai muda dengan ikan bilis cicah tempoyak; cuma dua ramuan itu. Hus! memang sedap.

Jika anda dekat dengan EconSave pasti terasa amat murah cabai di sini. Selalunya jika aku nak buat jeruk; pasti aku akan ke EconSave. Hampir separuh atau dua pertiga murahnya. Tesco pun tak dapat nak tanding harga di Econsave. Jika tiada pasar borong mega sekitar anda; eloklah beli di pasar malam. Tenguk tempat; biasanya memang murah berbanding kedai runcit biasa.

Comments for this entry:

.........
pengailsejati | Posted on 20.4.2009 at 10:00 AM
Teringat pula sambal belacan yang dibuat oleh Abg Rem awak-awak Tekong Bot Mat Setia masa mancing kat perairan Sedili tahun lepas...Malam itu kami makan nasi panas hanya berlaukan ikan kembung segar goreng dicicah dengan sambal belacan Abg Rem...sampai terbawak mimpi la ...

Mengingau Malam
iDAN | Posted on 20.4.2009 at 11:25 AM
Bab sambal belacan ini sy sendiri pernah mengingau malam; orang sedang nyenyak dilambung mimpi; bot bergelombang bagaikan buaian; sy pula korek saki baki makanan, bersih piring sambal belacan. Huh! sedapnya kembung segar yang manis dagingnya dicicah dengan sambal belacan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan