Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 18 April 2009

Astronaut Farmer (Delima Merkah)


Astronaut Farmer

Tengah ditayangkan di Astro; ianya kisah impian seorang ayah Charles Farmer untuk terbang dengan roketnya ke angkasa. Impian yang ditentang oleh kerajaan & masyarakat mengatakan beliau gila. Filem yang diterbitkan pada tahun 2007; Tayangan February 23 2007, ianya memang menarik; biarpun ceriteranya payah diterima akal. Tetapi ianya boleh dijadikan tontonan keluarga.

Ada talian indah dalam menggerakkan kasih sayang; bagaimana seorang ayah tersepit dengan impiannya & keluarga. Bagaimana percubaan pertamanya gagal & ianya menjadikan seorang isteri; Audrey terfikir untuk bersama mengejar impiannya. Ceritera ini menaikkan martabat suami yang cekal. Jika plot ceriteranya dikembangkan terutama ketika Charles berada di angkasa tentunya ianya lebih hebat. Tak puas melihat dia di angkasa.

Memang tak puas melihat filem ini di skrin TV; alangkah bagusnya jika ada sambungan filem ini. Shepard boleh menjadi heronya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan