Thalatha lalu aku mendapati akaun aku di CIMB agak banyak baki wangnya; aku mengandaikan UPM telah kasi semua ganjaranku atau gajiku yang tinggal sebulan setengah di sana. Maka itu aku begitu ghairah mahu membaiki kereta perangku. Tetapi hari ini tetiba duit yang berjumlah lebih dari empat ribu RM itu ghaib.
"Jumlah pengeluaran melebihi dari baki akaun anda.." Lebih kurang begitulah ayat yang tertera di mesi n ATM CIMB tersebut. Pening juga aku, aku harapkan duit baki yang lebih dari ribuan RM tersebut, untuk mengembalikan nostalgik kereta perangku. Macam mana pula tetiba wang tersebut ghaib. Nasiblah aku tidak berjanji dengan pengecat kereta untuk menghantar ianya dalam masa terdekat ini; aku cuma berjanji dengan adik Solihan sahaja untuk baiki penyaman udara kereta perangku.
Isunya sekarang, duit siapa yang masuk ke akaun aku, memang semua wang gaji, pencen, ganjaran pencen aku menggunakan akaun CIMB. Bank lain kira simpanan sampingan sahaja. Apakah pihak bank berhak mengambil duit kita tanpa berbincang atau sebarang panggilan telefon. Jika tersilap memasukkan duit orang ke akuan aku kenapa tidak berceritera. Apa kata jika Thalatha lalu aku terpakai duit tersebut. Kan nahas, silap-silap ada yang ketuk pintu mengugut nak duitnya mereka semula. Kena samseng macam Ah Long; bagaimana. Kot aku dibelasahnya aku jika tersebut telah digunapakai, isk! boleh melibatkan ajal maut.
Apa iyer! dalam akta simpanan jika kita tersilap masukkan duit ke akaun orang. Sememangnya ianya boleh dikesan masuk ke akaun sesiapa. Atas kelalaian kita duit tersebut hilang; kes aku hanya sekitar ribuan RM, apa kata jika ratusan ribu RM. Atau jutaan wow!. Aku teringat akan Pak Wahid yang terpakai duit yang sedemikan di ASNnya. Dia perabis kasi kekawan pinjam, hinggakan pihak ASN menyinaraihitamkan namanya; Akaunnya dibeku & tak boleh melabur lagi. Selagi tak jelaskan duit yang telah digunapakai. Aku tak pasti apakah dia diambil tindakan mahkamah.
Jika orang klon kad kredit pula bagaimana?. Siapa yang membayar ganti rugi. Sebabnya penyimpan memang tidak beesalah dalam kes kad kredit klon.
Pernah juga Mizi KKA berceritera kepadaku; tetiba akaunnya masuk sejumlah duit sekitar RM20,000. Tak tahu dari mana puncanya. Dia tak berani nak guna duit tersebut; lalu dia ke bank untuk mempastikan duit itu milik siapa. Pihak bank dapat mengenal pasti ada Apek tersilap masuk akaun, tertulis akan nombor akaun Mizi KKA. Apek tersebut pun tak mengadu lagi tentang kesilapannya; mungkin jenis Apek kaya; Pihak bank memindahkan semula kepada tuan empunya duit; si Apek kaya tadi. Mizi tak dapat apa-apalah. Taukey itu pun tak ucapkan terima kasih; lantaran semuanya berlaku di belakang tabir. Sedangkan dia nyaris kehilangan wangnya.
Dalam kes aku, aku mahu juga kepastian, sebabnya, jika UPM atau JPA yang kasi; secara lojik pasti ada slip atau penyatanya. Manalah tahu kot memang itu duit aku slipnya merayap entah ke mana. Aku tak pasti sebab aku juga pernah melabur sekim di internet. Memang nombor akaun aku tertera dalam situs perlaburan tersebut di internet. Tapi PIN nombor mana pernah aku kasi dengan siapa pun. Aku berangan juga kot tetiba pelaburan aku itu membiak pasti sarat akaun aku. Isunya kenapa pihak bank senang-senang buat permindahan tunai tanpa pengetahuan aku. Nak nyakat orang pencen ke?. Cis!. Yang pasti duit aku hanya ada sekadarnya. Nasib baik aku tidak terpakai duit pelik yang tetiba masuk ke akaunku.
Sekitar tujuh jam aku di Bengkel Haji Mela; Satu yang naifnya Pusat Perdagangan Seri Kembangan ialah tiadanya gerai atau restoran makanan orang Islam di sana. Banyak restoran cina belaka. Jadi aku terpaksa makan buah atau roti sepanjang hari, Bagaikan hidup di negara asing. Aku jumpa sebuah cafe India, aku lihat ramai orang Melayu makan di situ; huh! aku cubalah menjamu selera di situ. Oi! payahnya nak telan; rasa tak kena saja masakannya. Nak loya pun ada. Itu pun aku makan mee maggi goreng.
Dalam masa yang sama, ada keluarga India yang salah seorang anggotanya bersimen badannya. Minta derma untuk buat pembedahan katanya; kemudian dia juga nak makan mee maggi goreng seperti aku makan. Aku tak kisah sangat sebab aku fikir takkan lah mahal sangat makan di kaki lima, apatah lagi dengan hujan lebat ribut ketika itu. Bila aku mahu membayar; rasa ikhlas aku bagaikan tergugah; dua pinggan mee maggi goreng, satu gelas Milo Ais, India itu tak minum apa pun. Cuma tiga menu sahaja RM16.70 sen Waah! jatuh berapa sepinggan Maggi, segelas Milo ais. Padan muka aku kononnya simpati dengan si india itu. Kena sebijik. Aku mengeluh juga dalam hujan deburan hujan... Biarlah itu rezeki dia, aku terbayangkan duit CIMB yang banyak itu; jika aku keluar Thalatha lalu duit RM4,000 lebih itu. Hush!.
Aku tunjukkan juga pada Solihin slip duit aku yang tetiba hilang itu. Dia kata.
"Tak baiklah abg iDAN, yang pasti kita tak masukkan duit ke dalam akaun kita, duit oranglah itu. Jangan nanya diri sendiri nanti kot kita jatuh berhutang guna duit orang" Aku diam sahaja.
Magrib dalam hujan lebat: Kereta perangku telah turun salji, sejuk bukan main. Kira berbaloilah aku baiki penghawa dinginnya. Vipernya masih aku tak tukar jadi tak berani nak laju. Kelam amat jalan di Putrajaya. Empat-empat pintu dah okey!. Bateri yang baru pakai sekitar lapan bulan terpaksa ganti baru. Aku beli beteri kering; RM160 di Bengkel Haji Mela. Jenama popular juga, macam popularnya jenama yang aku guna dulu. Harap-harap melebihi gerenti. Gerenti bateri lalu entah di mana...! Jika dibuang Mila takkan nak bergaduh kot. Ngam ngam sahaja duit yang aku bawa. Secukupnya tidaklah sampai berhutang dengan Solihin, cahayamata harapan Haji Mela.
Nampaknya nak mengecat kereta kena tunggu dulu; lantaran bajetku disakat oleh CIMB. Iskh!.
iDAN: Ada banyak ceritera menarik yang dapat aku kutipi dari pelanggan Haji Mela ketika tujuh jam di bengkelnya, impianku agar Bengkel Haji Mela akan bertambah maju; nampaknya mungkin menjadi kenyataan. Dia berkira-kira mahu berpindah ke lokasi lagi luas & strategik. Harap-harap Ilahi akan mengabulkan doa & impian Haji Mela. Pun dengar khabarnya mungkin dia nak buat kenduri menyambut menantu serentak akan tiga anak terunanya.
Posted on 11.4.2009 at 12:06 AM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan