Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Cara Atasi masalah aircond, bateri dan enjin

_______________________________
Masalah Aircond Tak Sejuk
_______________________________
Apa yang perlu dibuat.. First...Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih-buih itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..

Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircond kat tapak tangan..
  • Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.kalau Kompressor korang dah rosak, ada licking perlu diganti. Selalunya piping aircond ni sangat -sangat sensitif .. bocor sikit aje pon dah .... tak sedap..
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.
_______________________________
Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati
_______________________________
a) Masalah distributor
  • Korang kena check distributor pada enjin, kadang-kadang api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi tak hidup gak sebab motor dalam distributeo tak dapat hasilkan elektrik ke plug.. Kalau korang nak tukar, korang kena beli satu set distributor sebijik .. Boleh cari di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak

kemungkinan bocor pam, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan.. kadang tu fuel filter dah lama tak tukar tu kemungkinan jugak tersumbat..yang ni pun kena tukar gak..
c) Masalah Suis Ignition
  • Suis ignition starter boleh jadi jugak. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air atau memang dah nak rosak. So kena diganti juga..
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk-sengguk di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.
e) Masalah Computer Box
  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh pokai poket korang..nak kena mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik- sebijik. Aku sarankan korang tukar sebiji-sebiji lagi puas hati. Kalau korang nak hanta repair pun..harga lebih kurang sama mahalnya.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak. asyik mati tengah jalan aje..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.
_______________________________
Masalah Bateri Kereta Selalu Kong..
_______________________________
Penjagaan Bateri Sel Basah
perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali cheking balik air bateri (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam)
Periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang..
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lagi bagus...jika warna hitam di tengah-tengah...dan putih di bahagian tepi indicator tuh maksud dia charging...so kene charge la.... merah or putih sahaja...bateri sudah kong ..tu kena ganti baru..
  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang-kadang air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas
Masalah Alternator
· Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun stil sama. mesti altenetor rosak tak boleh cas bateri..Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boleh.
Suis
  • Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang-kadang jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang tak sedar yang korang tak tutup suis, secara tak disedari kereta korang akan makan bateri dengan cepat .
Aksesori
· Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel-chanel, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat kong. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balancekan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pergi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macam mana.
Peningnya bila kereta banyak rosak..

Masalah itu tak kan hilang selagi kita tak bijak untuk menanganinya..jadi terpulang ..Yang pastinya kena buat satu- satu dulu..

10 sebab enjin tak boleh hidup!








Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.

1. BATERI

Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.

pic: probebatteries.co.za

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.
2. Gear LEVER bukan pada P

pic: becarcare.com

Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi.


3. Minyak petrol tak sampai

Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.

4. Steering lock!!
Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!

5. Spark plug bermasalah
Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.

6. Ignition coil bermasalah
Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.

7. Starter bermasalah.
Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.

8. Timing belt bermasalah.
Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.

9. Aircond compressor jammed
Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.

10. ECU bermasalah.
ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!

Bonus!

Push start button/immobilizer user!

Untuk yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu dan kemudia start la macam biasa.

Kalau dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.

Masalah Alternator Kereta

 
Pertanyaan yang diajukan
encik Cool said...nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!
Jawapan kami
Thanks pada encik Cool bertanya.. Sebenarnya rasanya saya bukan orangnya yang sesuai untuk jawab pertanyaan ni… Cuma saya dapat berikan sedikit pandangan berkaitan masalah tersebut..
Kat sini saya rasa ada kemungkinan
1) Masalah Bateri tidak mampu menyimpan voltan lagi
2) Masalah alternator tidak boleh mengecas semula bateri 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Masalah Alternator Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun still sama. mesti altenator rosak tak boleh cas bateri..
Bateri
Tugas Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak
Alternator
Tugas alternator adalah sebagai electrical energy storage untuk mengecas semula bateri untuk enjin terus bergerak.. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas.
Alternator ini berfungsi bersama sama dengan bateri untuk menghasilkan eleterik ketika enjin dihidupkan.
-Hasil yang dihasilkan oleh alternator adalah tegangan AC
-Yang kemudian ditukar/diubah menjadi tegangan DC.
OK... Selalunya alternator kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak. 
Tanda-tanda awal alternator problem
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)
Cara nak periksa alternator tu kong atau masih Ok.
-Hidupkan enjin ..
-Biarkan running dalam 1-2 minit.
-Off kan kesemua radio, aircond, lampu
-Buka hood depan, Cabut kepala bateri
-Kalau enjin masih hidup, alternator ok lagi..
-Kalau dalam beberapa minit selepas cabut enjin kereta tu mati, alternator dah nak rosak lah tu 

Multimeter
-Boleh guna multimeter checking pada bateri ..
-Hidupkan enjin kereta
-Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC)
-Sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri).
-Alternator yang baik mesti menunjukkan sekurang-kurangnya Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. 
-Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah.  

Volt Meter
-Volt meter ni sesetengah kenderaan ( kereta-kereta lama) memang dah ada pasang meter nih sesetengah kenderaan tak ada...
-Kalau boleh.. Seelok-eloknya pasangkanlah Volt meter
-Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni.. So dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
-Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt. 
-Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki 
-Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala.. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..
 Indicator Light
Kena sentiasa peka tanda lampu penunjuk dekat dashboard kereta... 
-Kalau lampu charge warning lamp indicator (gambar bateri) merah menyala tu memang ada problem lah tu...Jika lampu indicator menyala  kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge.
-Ni yang susah adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Tau-tau jer kereta mati tengah jalan..

Sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... mungkin  dah tiba masanya untuk servis alternator
Biasanya cuma tukarkan karbon brush ajer ataupun adjust bersihkan sikit karbon brush sikit... alternator anda akan bertugas seperti sediakala ... Alternator yang diselenggara dengan baik boleh mencecah bertahun-tahun malah puluhan tahun tanpa ada masalah...Tapi kalau korang nak tukar baru atau recond. ade mahal sikit harganya...Kalau ambil alternator kedai potong pulak ikut nasib.
 ***Ada beberapa jenis kategori alternator kalau nak tukar seketul..
1. Alternator Recon Malaysia
2. Alternator Recon Japan
3. Alternator Original
Seharusnya kalau beli alternator ni kita kena tanya warranty berapa lama.. Jangan ambil kalau tak ada jaminan warranty..

Komponen Alternator yang biasanya rosak..
Buka alternator dan hantar pegi kedai yang boleh buat repair service alternator dan stater motor.. nanti dia buka dan cerai-cerai kan alternator tu.. pastu dia cuci  alternator pastu mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush, rectifier diodes atau ic ragulator..
1. Carbon Brush dah haus.... 
Kalau carbon brush starter tu dah haus...enjin masih boleh hidup, tapi susah sikit... sampai masa...dia takmau hidup terus... Kena jugak tukar carbon brush....Benda ni ada sesetengah kedai je yang sanggup tukar carbon brush kebanyakkannya akan suruh tukar seketul.... kalau kita nak suruh tukar carbon brush pun dia akan cakap harga mahal..sama macam beli recon punya..... 
Sebenarnya kalau kita buat sendiri tukar carbon brush je sepasang.murah je....
Kos carbon brush dalam lingkungan RM15 sahaja...kan jimat duit.. Cari kat kedai alatganti kereta atau hardware yang jual mesin.
2. Rectifier Diod dah kaput
Rectifier Diode= Tugasnya untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan diode lebih dari satu diode yang disambungkan disebut sebagai rectifier.. Diode tu yang convert jadi arus DC.Kadang kala satu diode ni dah kaput dan perlu di tukar ..
 
Nak tau macamner diode tu kaput boleh periksa mengunakan ohmmeter .. hubungankan pada terminal Positif(+) dengan terminal Positif(+) lain kemudian terminal negatif (-) dengan terminal negatif (-) lain...kena buat satu persatu.. jika tidak terdapat hubungan rectifier maka diode harus di ganti....Diode ni nak kena solder kalau nak tukar...
 

Selain itu Check ohmmeter pada stator coil dan juga grounding dan juga Check ohmmeter pada rotor coil dan juga grounding sama ada  terdapat hubungan rectifier
3. IC ragulator (Cut-off) sudah rosak. 
IC ragulator (intergrated Circuit) = Tugas IC nih tak nak 
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
dan mengontrol nilai output voltage iaitu 13-14V dia akan maintain voltage yang bersesuaian dengan spesifikasi kereta . 

contohnya
"Jika regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan"
kalau IC nih rosak. terus tukar baru.....

Khamis, 23 Mei 2013

PENJAGAAN GEAR BOX KERETA


Tips Penjagaan Gear Box

Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.

Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’. Laraskan paras clutch supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenal pasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”. Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5, kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan "overdrive button" pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik dan steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang di‘recommend’kan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.

Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangka hayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangka hayat clutch plate. Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian.

Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON) (kecuali Perdana V6 = RM 22000).

ATF DX3 10w Type 111D

OCOMA DX3 is a premium quality fluid blended to meet DX III specifications, or when GM approval No. F30378 is required.This product is a high viscosity index fluid containing superior additive technology which provides exceptional thermal stability as well as oxidation resistance and sludge control.

APPLICATION OCOMA DX3 should be used wherever Dexron III is specified and is suitable for all General Motors four-speed automatic transmissions. It may also be used as a power steering fluid and in hydraulic systems particularly where high temperatures are encountered. This product is also approved for use where Allison C-4 fluid is recommended.

SPECIFICATIONOCOMA DX3 meets or exceeds the following specifications:
  • GENERAL MOTORS DX III
  • NISSANMATC C
  • TOYOTA T
  • MAZDA M-III
  • FORD MERCON
  • ALLISON C-4
  • CATERPILLAR TO-2
  • SPERRY VICKERS HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
  • DENISON HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
  • SUNDSTRAND HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
PACKAGING200 Litre, 60 Litre, 20 Litre drums
TYPICAL CHARACTERISTICSCHARACTERISTICS DX3 ATF
Kinematic viscosity at 40°C, mm 2/s (cSt)34.08
Kinematic viscosity at 100°C, mm 2/s (cSt)7.19
Pour point, °C-45
Viscosity index180
ColourRED


NOTE: Due to continual product research and development, the information contained herein is subject to change without notice.Values stated are average values only, and may vary due to manufacturing tolerances.

- take good care of your transmission and it will take good care of you. ATF is cheap to change, I change mine diligently every 20,000km or 1 year, whichever sooner,


 iDAN:

Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja Gear Box Auto Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km baru tukar minyak gear box auto ini; kes kami: sy tak pasti bila perlu ditukar sbb pihak Toyota tak letak sticker atau ingatkan kami; sedangkan sejak beli kami tak pernah pun buat servis di luar atau tukar minyak gear di luar sentiasa di Pusat Servise Toyota di Balakong Selangor tu.. nak jadi kes, bila nak ianya rosaklah. Kemungkinankah pomen di Pusat Servis Toyota terlepas pandang bab tukar minyak gear ini?. Tak ikut spek di buku panduan yang sentiasa kami kasi tiap kali pergi buat servis. Atau memang ketahanan gear box Toyota Avanza sekitar 7 tahun sahaja. (?)

Bila SUDAH meragam sy beli minyak gear keluaran Toyota buatan Japan.. pertama kali tukar dengan pomen sendiri. Pomen di Raja sebelah rumah sy. Mak datok sudah hitam berkeladak giler tak lagi macam minyak gear.

Sy guna minyak yang siap tertulis  Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari tapi masih tak stabil; terpaksa juga berkejar ke Pusat Servis Balakong katanya minyak yang sy guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai DX3 (kod spare part sama 08886DX3 di resit Pusat Servis Toyota)  Bila hantar servis pihak Toyota pomen Toyota buang minyak yang sy beli yang baru pakai sehari ditukar baru (sekitar RM100 itu habis terbuang).... hahaha Masalah masih tidak berubah. Ada ketika gear auto Avanza kami sangkut... hanya masuk gear satu atau gear dua tak boleh masuk gear tiga... mengaum...

Terpaksa sy tukar gear box auto Avanza di luar sebab pihak Pusat Servis Toyota mahukan kos ganti yang baru RM20K tanpa boleh runding. Sy tukar di luar guna gear box recon sekitar RM3K.

Ada sesiapa di sini tahu apa ke bendanya minyak gear auto bagi Avanza yang sesuai?.

Toyota Type T-IV ini konon katanya hanya sesuai untuk Vios tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di tin yang saya beli tiada tertulis pun untuk kereta Toyota jenis apa...   Kod Spare Part sama 08886 di tin minyak gear sy beli pun di resit pihak Pusat Servis Toyota yang guna 08886DX3... Toyota ni betoi betoi buat sy poning.

Sy tanya Pak Google & ; temui URL di Endon juga pomen di sana  kebanyakan mengguna Type T-IV keluaran Toyota untuk Avanza. 

Jangan terkejut harga Gear Box Auro Avanza yang baru RM20K di Pusat Servis Toyota. Jika buat di luar potong atau recon sekitar RM3K. Sepatuynya kerajaan ambil tahu sikitlah masalah Pusat Servis Toyota yang kenakan cas giler mahal ini.




Ini minyak hitam Avanza yang selalu sy guna... salahkah?

Jurus Jitu Merawat Mobil Matik

Liek Toyota Surabaya – Merawat Mobil Matik. Mobil matik sekarang banyak dijumpai di kota besar seperti Surabaya yang sering mengalami kemacetan, pengemudi akan merasakan kemudahan dengan mengendarai mobil matik. Teknologi mobil bertransmisi matik dikembangkan agar dapat memberikan kenyamanan dalam pengunaannya.

All New Avanza Veloz Transmisi Matik | Dealer Resmi Toyota Surabaya
Banyak orang beranggapan bahwa merawat mobil matik akan lebih banyak pengeluaran dibandingkan dengan mobil manual. Hal itu bisa terjadi karena merawat mobil matik lebih banyak memerlukan perawatan karena perangkatnya yang lebih kompleks.
Pemilik mobil matik dapat menghemat pengeluaran dalam merawat mobil matik dengan cara mengikuti jurus jitu merawat mobil matik sebagai berikut :
  • Lakukan penggantian Automatic Transmission Fluid (ATF) atau oli transmisi otomatis secara rutin. Automatic Transmission Fluid berfungsi sebagai pelumas dan berperan untuk meneruskan daya gerak mesin. Kebanyakan pemilik mobil mengabaikan atau lupa dalam mengganti oli transmisi otomatis sehingga dapat mengakibatkan kerusakaan pada sistem transmisi matik. Mobil matik yang menggunakan oli transmisi otomatis tipe T IV, penggantiannya dilakukan saat 100 ribu km atau 80 ribu km untuk mobil matik yang menggunakan oli transmisi tipe yang lain.
  • Membaca buku manual tentang sistem transmisi matik. Buku manual mobil biasanya mencantumkan informasi tentang cara merawat mobil matik atau manual dan informasi tentang garansi mobil (warranty book).
  • Teknik penggunaan transmisi matik. Penggunaan mobil matik berbeda dengan mobil manual sehingga pengemudi harus mengenal tuas pada transmisi matik dengan baik, ada beberapa kebiasaan yang harus diperhatikan yaitu pada saat berhenti lama atau parkir maka sebaiknya tuas digeser ke posisi P. Kebiasaan ini kadang tidak dilakukan pada pengemudi yang belum terbiasa dengan mobil matik. Hal ini dapat juga merusak pada transmisi mobil matik.
Yang terpenting, pemilik mobil matik harus segera memeriksakan mobil matiknya dengan membawa ke bengkel resmi seperti bengkel resmi Toyota Surabaya sehingga dapat diketahui kerusakaannya agar tidak menjadi kerusakan yang lebih parah. Langkah-langkah di atas dapat membantu agar pengemudi dapat menghemat dalam merawat mobil matik.

Is Toyota ATF-WS compatible with Toyota T-IV fluid?

View Slide Show
Answer:

Answer:

Toyota ATF-WS (World Standard) Automatic Transmission Fluid used in certain 2004-2008 vehicles is NOT compatible with Toyota T-IV or Dexron ATF. WS ATF was introduced to reduce maintenance costs and increase the mileage between scheduled maintenance checks. The recommended maintenance interval for INSPECTION is 100,000 miles; ATF-WS does NOT require any flushing or changing during the life of the vehicle.