Afiz jenis anak yang kurang berbual, pendiam & teliti dalam banyak hal. Permikirannya juga semakin matang. Makin pandai menilai arah hidup, tekun & berdikari.
“Kadang-kadang Afiz ke masjid Shah Alam untuk belajar, di rumah sewa kawan Afiz bising sangat”
“Mereka tak belajar ke masa nak periksa begini..”
“Mereka tak ambil kisah sangat, mungkin mereka boleh belajar cara begitu kot…, Afiz tak boleh belajar dalam keadaan bising begitu”
Selalunya jika aku berkereta dengan Afiz ke mana-mana masa itulah aku sempat berbual panjang dengannya.
Maka tiap minggu tak kira minggu peperiksaan atau minggu biasa Afiz mesti balik ke Jenaris. Terkadang tengah hari Jumaat dah sampai, terkadang malamnya. Jika ada aktiviti di hari Sabtu sahaja dia akan balik lewat; balik tetap balik biarpun semalam dua dia tidur di rumah. Terkadang jika dia ada kerja yang perlukan internet pertengahan minggu dia akan balik ke rumah. Biasanya hari Rabu. Maka itu aku nampaknya dalam masa terdekat memang akan ke TMnet untuk menambahkan takrif penggunaan internet. Terpaksa ambil pakej 24 jam. Tanpa limit. Kerap aku persoalkan tentang pakej yang aku ambil ini. Sehari 2 jam memang tidak mencukupi pun kadar sewaannya memang tak berbaloi.
Jumat malam Sabtu semalam, Afiz basah kuyup tiba di rumah.
“Lewatnya Afiz hari ini..”
“Tayar motor pancit,,,”
“Kena kat mana?,,”
“Nasib dah nak sampai dekat tol Sungai Balak”
Aku lihat dia terkecuh-kecuh mandi di bilik air atas & syolat. Sudah penghujung magrib. Aku leka dengan komputer. Rasa panas & geram dengan webmaster di Wikimapia masih terasa. Rasanya telah dua atau tiga akaun aku di sana kena sekat; Aku dapat rasakan yang empunya server atau administrator Wikimapia sebenar mereka tak kisah sangat; yang dilantik sebagai webmaster dari kalangan ahli ini yang gila kuasa. Sampaikan jalanraya, resort, tasik & banyak tempat menarik yang aku tandakan mereka padam. Padahal mengikut respon si webmaster si bedul saleh jambang tu... hanya rumah individu sahaja yang perlu dipadamkan.
Aku lebih suka konsep dua tiga tahun sudah; lebih bebas & terbuka. Senang jika mahu bergerak ke luar daerah, berpandukan Wikimapia lengkap segala. Konsep yang diguna pakai sekarang aku yakin satu ketika nanti Wikimapia akan digelakkan orang, bayangkan jika mereka yang jujur memberi maklumat. Habis dipadam, bukan mustahil akan ujud pembohongan maklumat secara terancang. Tak kan si penghulu atau Don Esslemont si bedul mat saleh jambang dari luar negara nak mengintip dari kampung ke kampung. Seperti di kampung aku sendiri, nak cari Tanah Perkuburan pun makin payah. Aku rasa telah dua tiga kali aku tandakan tetapi atas sebab geram & tunjuk kuasa si penghulu nama salah seorang webmaster yang memadan lokasi tanah perkuburan ini, pantang apa sahaja yang aku tanda habis dipadamnya. Tak ujud lagi tanah perkuburan di kampungku kini. Bayangkan jika berpandukan Wikimapia pada lewat tengah malam, silap masuk lorong terus masuk tanah perkuburan. Semua tahu Tanah Perkuburan Pedas kampung aku itu bukannya sebarangan tempat. Harap-harap penunggu Kubur Pedas akan sergah mereka ini.
Satu hari nanti pasti Wikimapia akan jadi WikiMadia. Atau tafsiran Melayunya Wikisigila. Gara gara si penghulunya yang gila kuasa. Huh!. Cubalah kita berfikir secara rasional, mana kita suka nak lihat bumbung balai poliskah atau bumbung rumah kekasih kita. Nak lihat bumbung Giant ke bumbung kedai Apak kita. Mesti kita angin kalau bumbung rumah kekasih kita yang kita tanda senang-senang mereka padamkan. Itu yang penghulu Don Esslemont & banyak lagi webmaster di Wikimapia yang tak nampak. Ah! buang masa saja layan Wikimapia ini.
Sabtu awal pagi, aku ke bengkel motor cina di Jenaris. Satu-satunya bengkel motor yang paling lama di Jenaris. Afiz membawanya sendiri ke bengkel tersebut, aku & Azim naik Avanza Mila, Anif & ibunya masih terlelap, selepas subuh mereka sambung mimpinya.
“Ayah kena ganti tayarnya, cina tu kata tayarnya dah rosak!..”
“Isk! Biar bebetul, kan ke tayarnya baru kita tukar!..”
“Belum sampai semester..!” Sekarang bulan empat, baru empat atau lima bulan, aku lihat bunganya masih banyak.
“Lu.. beli Thailand punya memang ini macam…” Aku pertikaikan juga, bila aku raba tayarnya tak apa-apa pun ianya masih okey! tak ada pun berkoyak atau besinya terjojol ke luar. Fikirkan Afiz berulang jauh risaulah pula. Saja aku nak bandingkan harga, sebab aku tukar di Sungai Chua kedai alat ganti motorsikal memang murah.
“Yang ini Thailand punya saya pun ada RM38, yang ini bagus punya RM48” Sah penipu betul cina ini, sebab aku masih ingat di Sungai Chua jauh lebih murah, di Seri Serdang pun tak semahal itu. Sejak dulu aku memang perasan, pantang tukar tiub di kedai cina ini, mesti dia komplen tayar motor aku rosak. Aku tak pernah ikut cakap dia. Itu taktik kotornya berniaga; sebab itu aku lihat telah hampir 20 tahun berniaga, tak berubah pun bengkelnya. Tayar yang dikatanya rosak itu selalunya aku guna elok saja, tak bengkak atau melompat-lompat pun kapcaiku. Bila sudah tiub asyik pancit barulah sah tayar aku tu rosak.
Tiub motorsikal zaman sekarang memang tak tahan, jangan kurang angin terhentak lobang atau bebenda berbonggol siaplah. Jika tiub zaman dulu siap boleh tampal teramatlah jimatnya. Terkadang di kampung tak ada gam, aku masih ingat guna susu getah pun dah melekat.
Sebenarnya ada satu cara jika tayar berbunga cantik tapi dah makan tiub. Cumanya tak semua kedai mahu lakukannya. Guna tiub yang dah puncit, buang kepala tiub & belah; lapikkan tayar tersebut dengan tiub yang dibelah tadi. Maknanya dua lapis tiublah. Razel & ramai rakan aku buat bagitu tahan lama tiub & tayar kita pakai. Pasti sampai botak licin tayar kita baru afdal ditukar.
“Lu tak boleh kasi lapikkah ini tayar dengan tiub pecah ini….”
“Haiya!.. mana ada orang buat..!”
“Tak apalah lu tak boleh buat, saya boleh buat, lu… ganti tayar terbaik untuk anak saya, saya akan pasang saya punya kapcai dengan tayar ini, saya buat sendiri..!” Aku mula angin & sebenarnya aku nak buka tayar pun tak reti. Ini kan lagi nak lapik semua itu.
- bersambung

Tiada ulasan:
Catat Ulasan