Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 12 April 2009

Sajak di Berita Harian (Singgahsana)


Aku asyik lupa sahaja untuk membeli akhbar Berita Harian keluaran hari Sabtu. Sesiapa yang ada membelinya setiap hari Sabtu, mungkin boleh mengumpulkan sajak di hari tersebut. Aku banyak juga mengutip sajak di alam maya. Dalam situs Berita Harian. Jika kita perasan Penyair ini...

DI MANA SYUKURMU?

Tuhan kurniakan lidah
agar supaya berkata-kata yang indah-indah
tapi kau justeru gunakan untuk menabur fitnah.

Tuhan anugerahkan mata
agar supaya melihat bukti-bukti kekuasaan-Nya
tapi kau gunakan untuk mengintip keaiban manusia.

Tuhan berikan akal fikiran
agar supaya mencari ilmu pengetahuan
tapi kau gunakan untuk perkara yang bukan-bukan.

Di mana syukurmu
segala apa yang Tuhan berikan
kau gunakan untuk mengenyangkan nafsu
untuk sesuatu yang sia-sia?

MOHD ADID AB RAHMAN
Selandar, Melaka.

Sebelum ini aku kerap mebaca puisi di Melayu.com. Aku dulu rajin ke situs tersebut. Sudah lama sangat tak klik ke sana. Selalunya aku berkarya di sana barulah aku amati atau jika bersesuaian ianyaku hantar ke media arus perdana. Sdr Adid pernah kasi respon puisiku di sana. Aku harap jika Sdr Adid membaca catatan ini; aku mahu sampaikan salam sastera & persahabatan buat dia; agar dia terusan giat berkarya & menjadi Penyair terkenal. Aku suka membaca hasil karya beliau.

Aku sedang mengumpul semula karya aku yang tidak terbit di akhbar. Amat payah mahu menembusi meja editor di Mingguan Malaysia; Mungkin mutu puisiku amat sifar buat utusan. Maka itu aku banyak menghantar karya di Berita Harian, di sini rasanya lebih perbagai & mudah menerima puisiku. Dulunya di Berita Minggu. Harapanku akan terbit juga karyaku di mana-mana akhbar sepanjang tahun ini. Berita Harian juga harus mencari penaja agar karya di sana boleh dibukukan; cerpen & sajaknya. Jika pun tiada sebarang imbuhan atau pertandingan ianya menjadi khazanah sastera buat himpunan bangsa di tamadun akan datang. Aku membaca juga akan lambakan novel cinta di pasaran kini. Bahasa di dalamnya terkadang amat rojak & tidak terpelihara. DBP seharusnya memberi teguran hasil sastera yang sebegini; takutnya nanti bahasa kita menjadi cacamarba.

Doakanlah karyaku kembali megar.

sajak
anonymous | Posted on 15.4.2009 at 9:26 AM
assalamualaikum... semuga ada kelapangan begini kau boleh mempertajamkan bakat yang ada. Lamadah tak kelihatan sajak kau keluar dalam akbar, kalau ada anak saya cepat beritau. Pak cik Idan pandai bersajak..

Jadi Suri Rumah
iDAN | Posted on 15.4.2009 at 9:41 AM
Jadi suri rumah ini penatlah amat, tak menang tangan & kurang datang ilham bertandang mungkin sudah balik kampung nanti; banyak masa terluang & akan rajin berkarya. Ada juga hantar karya sajak di Berita Harian untuk hari Sabtu; tak pasti apakah diterima. Di Mingguan Malaysia itu agak payah nak lepas sebab penulis yang di sana kira mampan belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan