Ada ketikanya kita perlukan waktu untuk diri sendiri, jangan dijolok sarang tebuan kot manjadi hubungan yang retak menjadi belah. Ada pihak yang perlu mengalah supaya keadaan keruh tidak bertambah keruh.
Pasrah anonymous | Posted on 14.4.2009 at 9:41 AM 1. Didalam hubungan kita kena pasrah . Terima hubungan tersebut seadanya tanpa banyak meminta- minta benda yang tidak mampu dipenuhi. 2. Ada mutiara kata yang lebih kurang hanya tanah yang dapat menutup mulut manusia . 3. Mereka -mereka ini tidak akan puas hati dan sangat suka melihat orang lain jatuh tersungkur dan sangat suka mengaibkan orang lain.Cubalah layan macam biasa,janganlah membalas. 4. Didunia ini tidak apa jika kita bukan menjadi sebutan, asalkan dilangit kita tidak dilupakan . 5 . Para isteri hendaklah sedaya upaya menjaga Maruah diri dan begitu juga sebaliknya kerana sekali tersilap sampai bila -bila orang akan mentertawakan dan jadi sebutan sepanjang zaman. |
Ada sentuhan iDAN | Posted on 14.4.2009 at 11:36 AM Tak sangka tetiba dapat berforum dengan Ikan Temakang Paya. Dari tulisan sdr sy dah dapat rasanya Ikan Temakang Paya ini seorang yang kreatif, sensitif & banyak membaca. Agar kita dapat berkongsi pengalaman. 1. Seharusnya kita banyak memberi dari meminta, tetapi jika amati dalam hubungan masa kini, mereka yang baik sering jadi mangsa.2 Bila sesuatu keaiban memang sangat suka kita war-warkan tanpa kita fikir yang empunya diri & mahu memaafkan. 3 Askar & sokongan golongan ini memang kuat & ramai. Maka itu ada ketikanya kita terpaksa berhijrah jika tidak mampu lagi diaibkan, sebab kita pun manusia lemah serba kekurangan segala.4. Biarlah kita jadi kerdil di mata masyarakat agar Dia yang Esa lebih mengenali kita. 5. Selalunya keruntuhan rumah tangga sememangnya ada hasutan syaitan yang suka manusia diaibkan supaya kita lupa diri. Nasibahnya kita sendiri menderita dunia & akhirat. Maka itu kita kena sentiasa memagari diri dengan iman. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan