Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 25 Julai 2013

Puisi


Selasa, 23 Julai 2013

Desa Tualang...




Sukar nak jumpa insan yang suka mengeratkan ukhuwah sesama kita. Tak kiralah dalam keluarga atau kerjaya atau politik atau FB begini. Ada pasangan suaminya ramah sentiasa suka berkawan jujur. Islam bersaudara cumanya kita suka berbalah & ambil kesempatan bagai Enau di dalam Belukar nak lepaskan PUCUK masing-masing.

2. Suka nak menonjol diri akulah terhebat keluarga akulah yang handal buat segala, waris akulah mampu buat segala. Sampai mengguris hati orang lain yang teringin menabur bakti barang sedikit; ini nama kronisme. Sebagai contoh si Polan dah cipta satu taman indah tapi si Anu kasi sabotaj ghaiblah taman itu; si Polan dah cipta kapcai hebat pakai bateri tak perlu guna minyak si Anu sanggup ada kuasa tak kasi lesen juak rekaan ini; musnah rekaan si Polan sbab si Anu & kroninya memang jual kapcai guna minyak... Bila minyak mahal tak mampu nak beli sebab muflis sampai sama-sama kembali naik basikal tua.

3. Ini sering berlaku di keliling kita; tak awak JAHAT aku akan jadi AMAT JAHAT; perkara begini kena dibetulkan. Siapa ada kuasa kenalah guna kuasa untuk melindung bukan memusnahkan.

4. Contoh terdekat di KCT beberapa tahun sudah aku & anak aku syok amat ngail di tasik indah tapak lombong tak jauh dari Kubur Pedas. Orang kata pantang letak umpan pelbagai ikan makan pancing. Agaknya jika "ikan main" mahu kuak ikan barau nampak air.

5. Selang beberapa bulan aku balik kampung TERUJA amat anak-anak aku nak pergi ke tasik yang sama. Apa jadahnya dah berpagar siap ada lambang masuk kena tempak. Bila dirisik milik orang luar, penjajah haram... siap korek lagi tasik untuk jual pasir. Airnya jadi keruh semua ikan mati. Duit menjadi TUHAN. Sedangkan sebelum tasik inilah pastinya punca lauk orang kampung. Kita kena TERJAH KK sepatutnya dia mesti tahu. Kalau di perkampungan orang asli patutnya penjajah ini Tok Batin arahkan anak buahnya sumpit. Kan gitu.

6. Memang ada akta tanah tapi lojiklah... sempadan laut pun ada hadnya; bukan boleh main korek minyak di TEPI pantai negeri orang... tak sampai 1 km dari tanah perkuburan nenek moyang kita di pagar orang luar!...esok lusa bila hari raya nak ziarah kubur waris kita kena pakai RAKIT. Perkara ini aku dah mengadu sampai ke JPM aku dah cadangkan paling tidak 10 km dari KCT baru boleh penjajah luar buat pembangunan. Orang KCT ada yang jutawan biarlah mereka bangunkan tanah tumpah darah nenek moyang mereka. Jika tidak aku sanggup PERANG SABIL.... hahaha mati aku sorang orang KCT tak mahu dengar cadangan tenging aku ini.

  • Tepung Gomak Ibarat kalau menarik rambut dari tepung kena berhati hati..rambut idak putuih dan agar tepung tidak berselepor....
  • Zainal Rashid Setuju..
  • Idan Radzi last-last orng JPM telefon sy dia kata.. "Idan jangan fikirkan sangat masalah orang KCT tu... kita fikirkan dulu tanah awak yg telah tergadai tu!"
  • Idan Radzi ini kesah benar ... masa Pak lah jadi PM dia faham masalah yang sy kemukakan sbb sy kata pernah orang kampung kena tetak kepala oleh kaum cina sbb menjaring ikan di tapak lombong mereka...
  • Tepung Gomak aper makne nye tu gamaknyer ye?
  • Idan Radzi sy kata ini TAK BETUL... nenek moyang kami yg teroka KCT memang sekitar kampunglah mereka cari lauk...
  • Zainal Rashid Bangsa asing di Malaysia ni makin biadap bang..
  • Idan Radzi iyer mereka tahu sy jenis tak RETI malu main terjah saja... sampa Pak lah ada hantar e-mel kat sy... akhirnya mereka kasi dua peg. dari JPM naik pajero terjah pejabat dearah & tanah kampor...
  • Tepung Gomak habih ape kesudah nye?
  • Zainal Rashid Penguatkuasa hanya bertuhankan RM, bang...
  • Idan Radzi sebenarnya bergantung kepada kita juga.. siapa yg ada kuasa kena kekang betul-betul tak kita BN atau PR kembalikan hak tanah sbb ikat akta tanah Rizab Melayu... boleh disewa boleh dipajak ke lombong tapi selepas habis tempoh kembalikan kepada orang Melayu... kes kampung kita orang Melayu tu ada kuasa politik
  • Idan Radzi ini tak baik... kasi semula kepada orang asal... waris mereka masih ada...

  • Idan Radzi Rizab Melayu pemberian British kepada orang MELAYU SEBELUM kita merdeka lagi... benda kita betulkan...


  • Tepung Gomak Bukan bangsa asing yang biadap ...yang diataih ni ler segala puncanyer..Rasuah...penyalahgunaan kuasa...tengok tanah kat kiri kanan lebuhraya ke Bemban dari Kpg. Seri Jaya hingga ke Kpg. Pisang...siapa yang pagor kawasan kat situ...malaih nak cerita...siap sign board lagi..tengok siapa di dalam ahli lembaga pengarah nyer...nyongin ler orang tempatan...tanah tanah bekas lombong semua udah ade bernama...bila pembangunan mengasak disekeliling..kampung yang ade akan pupuih...mintak mintak tak akan berlaku...

  • Idan Radzi kerajaan telah pinda akta tanah sekitar tahun 1960an buat pemilik tanah Rizab Melayu ini banyak dilelong... sedangkan ianya cer baca... 1914 telah diperkenalkan...

  • Tepung Gomak itu mentara yang tua tua ade..bile dah tak mandang nanti..siapa yang nak kira kan...itu jam ..ayam mati kelaparan dikepuk..itik mati kehausan di kolam....ikan mati keracunan di lombong...

  • Idan Radzi kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar

  • Idan Radzi Siapa yang rapat dengan menteri besor.. mestilah Pengawai Daerah... siapa rapat dengan Pengawai Daerah... Tok Penghulu kut.. siapa yang rapat dengan Tok Penghulu.. KK?.. benda ni kait mengait... patutnya jangan sampai TIREH & kampung kita sampai tergadai.

  • Idan Radzi apa megahnya kita jadi warga KCT nak uar-uarkan akulah anak jati KCT... akulah waris si anu.. di pernah jadi KK di KCT tapi tak sampai seratus METER tanah Perkuburan Melayu... BUSUK cina ternah ayam itik... sampai masuk TV KCT dilanda sakit SELSEMA BURUNG... habis burung PUNAI MATI... hahaha... ini bukan dongeng yeop oii! (bunyi macam salahkan KK... nanti KK tumbuk sy pulak!...tapi setahu sy semua kita salah... apa... takkan ada benda ini bangkit di Persatuan Penduduk KCT) cer beri pencerahan sikit...

  • Idan Radzi Bapak memperjuangkan Kemerdekaan adalah orang KCT... darah tu mengalir dalam tubuh sy... sbb tu agaknya masalah ni sampai ke PM dari anak buahnya... (hahaha dah macam kisah di atas tapi sy memang terjah benda ni)
  • Idan Radzi Tolonglah selamatkan KCT... sbb sy dengor kilang simen tu... orang kita cuma jadi KULI kat sana orang Elit bergaji besor semua orang luar...

  • Idan Radzi pengakhirnya sy dah pernah cerita.. Peg Daerah LARI tak berani jumpa orang JPM di wakilkan Penolongnya... Perempuan buka macam heroin hindustan... dia cadangkan sy mana tanah yg tergadai pakai peguam luar; kalau biro bantuan guaman kerajaan sy tetap TEWAS sbb akta tanah pindaan 60an yg sy ceritera tadi... & kasi jalan bagaimana nak cari status tanah di Ipoh mana yg masih tak jumpa no geran yg bertukar tu...

  • Idan Radzi ini kes tanah tak berjual... kes tanah dah berjual yg dulunya Rizab Melayu... masih menjadi misteri... waris kena selongkar SEBAB sekarang di Mukim Teja Majlis Daerah & Tanah Kampar yg ambil alih... semua tanah yg baru bertukar nombor geran... adalah Pajakan Negeri; maksudnya ada kemungkinan tanah Rizab Melayu ni telah bertukar status bila pewarisnya tak menuntut.. Pajakan Negeri itu adalah pajak selama 99 tahun. Jika waris KCT ada jadi Peg Daerah mesti tahu ceritera sebenarnya.. Maklumat sy mungkin tak tepat.
  •  Maksudnya dua generasi atau tiga sahaja berhak.... lepas tu kena serah kepada kerajaan negeri .. inilah nilai tanah di Mukim Teja. (maknanya ianya perlu ada kuasa politik yg boleh merubahnya harapkan nak merayu sorang-sorang minta maap)

  • Idan Radzi kita belum terlambat lagi sbb masih belum dibangunkan sebahagian tanah sekitar KCT Bakap & lain-lain... yg ada kita kena kekalkan.. jika ada lorong kasi tahu rakan jangan makan sendiri... jangan main teroka dengan cara tak sah... ikut cara yg betul pakat-pakat; macam yeop kata geran 21... yeop dah uar-uarkan kenapa warga KCT buat deee saja... ini masalah kita. (jika yeop berduit yeop boleh terjah sendiri... doakan yeop jadi jutawan... pun jutawan yg ada kenapa tak sayang tanah tumpah darah sendiri... ini isu besar yg kena kita SEDARkan)

  • Idan Radzi "Bangsa asing di Malaysia ni makin biadap bang" ada ketika memang BENAR sebab mereka ada kuasa duit; yeop tak tahu cerita sebenar... tapi khabarnya macam kes tetak kepala tu yeop mendapat tahu lepas cina tu tetak kepala... dia memang terus ke balai polis... dia gunakan kuasa polis untuk melindungi diri atas alasan orang KCT ceroboh kawasan/kolam dia... kita cuma dapat mampu simpati & berjahit kepalalah si kena tetak...

    Kita tak berfikir secara lain; patutnya tak berlaku insiden begini sbb kolam tu asalnya memang kawasan kita kg kita KCT kita bukan dijajah orang luar!

  • Idan Radzi kita tak berduit macam kaum cina kalau tak yeop akan dirikan Mine 2 di KCT tu... kasi bebas orang KCT berniaga... lebih besar dari Mines di Seri Kembangan... nampak tak benda tu.

  • Idan Radzi Jangan kata yg masuk kolam tu tak betul... sepatutnya kita kata cina tu biadap samseng senang-senang nak tetak orang.. ingat darah warga KCT tu boleh dibayar dengan duit ke?

  • Idan Radzi kalau pun orang KCT jaring ikan nak jual atau sebagainya... tak ada cara lain ke cara nak halang? BIADAP!.

    Idan Radzi baik yeop ambil anak balik sian Azim kena jerebu... penat nak fikir di KCT!... perkara ni memang sampai ke meja PM dulu (Pak Lah) ... rasanya PM sekarang baca kes ini... fail tu mana dibuang... Mukim Teja memang NAZAK...