Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 1 April 2009

Simpanan Tetap Bersama (Singgahsana)


Bagi yang masih berkerja. Adalah diingatkan agar menabung di hari tua. Bagi yang masih bujang, eloklah jangan membazirkan sangat duit tu. Pakailah kenderaan yang sederhana harganya. Berjimatlah sebaiknya, jika perlu pakai kapcai, pakailah dulu. Kereta di Malaysia terlampau mahal. Tak masuk akal kerana nak pakai kereta baru berhutang sampai lebih dari lima tahun. Begitu juga orang bujang janganlah sampai nak berumah tangga mengambil pinjaman di mana-mana bank. Amat membebankan. Paling bagus buat potongan ke Tabung Haji, tahu-tahu simpanan sudah banyak, di Tabung Haji susah sikit mahu keluar, jika bank lain siap ada kad, asyik jolok sahaja.

Pesanan bagi mereka yang berumahtangga; sudah tiba masanya semua pihak sedar, baik lelaki mahu pun perempuan. Jika mahu hari tua anda terjamin, buatlah simpanan bersama. Gabungkan pendapatan suami & isteri; Jangan sesekali memisahkan pendapatan bulanan. Ianya pasti akan menjadi kudis & akan merobohkan rumahtangga di hari tua nanti. Bilamana satu pihak sahaja yang mampu menabung satu pihak lagi papa kedana. Semua dilambakkan ke rumahtangga. Baik suami atau isteri selalu lupa diri, pasang perangkap di hari tua. Bayangkan jika anda tak punya apa suami atau isteri anda orang kaya. Pasti pandangan dia terhadap kita menjadi amat kecil.

Dalam agama tiada hukum hakam begini, tetapi kita harus ingat; bila berpisah agama akan menyarankan kita membahagikan samarata pencarian bersama. Apa maknanya pencarian bersama, jika suami atau isteri telah buat harta sendiri. Tidak seimbang dalam agihan mata pencarian. Masing-masing keluar rumah dengan niat mencari rezeki tetap zaman kini selalunya pihak isteri sering lupa. Ada yang terlalu ego sampaikan mengatakan keizinan suami membenarkan isteri keluar rumah sekadar air liur. Jangan harap dengan air liur itu suami mahu merasai pendapat yang isteri terima.

Cubalah seorang isteri berpuasa sunat tanpa air liur (keizinan suami) sahkah puasa tersebut?. Itu yang para isteri sering lupa tentang nilai air liur suami.

Aku melihat masalah ini memang manjadi barah dalam rumahtangga. Bayangkan isteri zaman kini sanggup melancung sendirian ke luar negara, tinggalkan suami dan anak-anak di rumah lantaran banyak sangat duit. Sedang Islam tidak mendidik kita sedemikian. Susah senang dalam rumahtangga seharusnya dirasai bersama. Begitu juga bilamana isteri mendapat pendapatan lebih dari suami, ke hulu ke hilir dengan kereta mewah, dengan telefon terkini, pakaian yang mahal & berjenama, suami sampai pencen sekadar naik kapcai, pakai seadanya; Suami yang membeli rumah, suami yang menyara makan minum, suami yang bayar bil itu & ini akhirnya suami tak punya apa ketika tua. Isteri menolong sekadarnya malahan bila berbalah akan mengungkit segala; Isteri hartanya keliling pinggang & sering mengungut akan meninggal suami; jangan silap sedikit pun. Lantaran telah mampu hidup sendiri dengan harta yang dikumpul yang dirasakan milik sendiri. Menolak hukum Ilahi ianya milik bersama.

Ada juga suami yang asyik dengan hobinya bermain golf, memancing, berdangdut di kelab malam, ketagih merokok, gila mencantik kereta, isteri di rumah nak main congkak pun tak sempat, nak bergincu mahal pun tak merasa. Asyik dengan kerja rumah yang tak pernah sudah, membesarkan anak sendirian. Bila dah tua suami kawin lagi; makin intim dengan isteri muda. Asyik lupa bila nak jenguk isteri tua. Kenapa tidak seimbangkan hobi anda, jika anda berbelanja berdangdut habis RM50 katakan, kenapa tidak peruntukan RM50 itu untuk mengembirakan hati isteri. Jika anda bermain golf sebulan sahaja habis RM1,000 kenapa tidak imbangkan RM1,000 untuk melancung bersama keluarga.

Aku mengatakan ini lantaran aku sudah tua, itu yang berlaku kepada rakan-rakanku, keluargaku, masyarakat sekelilingku. Makin kita tua makin cinta itu pudar lantaran kita yang mencorakkan lukisan cinta dalam ruamhtangga kita. Aku nampak ini bilamana aku memang tak semewahnya kini; bagaimana mahu baiki rumah pusakaku di kampung, bilamana duitnya masih tidak terkumpul.

Aku melihat mereka yang menggabungkan pendapatan bersama jika masing-masing berkerja, hidup rukun damai, penuh muafakat, tak nampak pun sang suami orang susah pun sebaliknya. Tabung bersama sama rata, buat isteri pun buat anak-anak. Biasanya keluarga yang hanya suami yang mencari nafkah tidaklah menjadikan masalah ini getir. Isteri yang keluar rumah & tidak jelas niatnya mencari nafkah yang sering berlaku masalah ini. Silapnya di mana. Egonya siapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan