Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2016

Trauma sangat bila cabut gigi ni!!!.

Dr Leen…

Sy ada masalah diabetes, abg saudara sy sakit macam sy, nak jadi malang lepas cabut gigi rahangnya membengkak selang beberapa minggu meninggal dunia. Mungkin bukan sebab cabut gigi tapi itu memang ajalnya telah tiba.

Sejak remaja lagi sy takut sangat cabut gigi sebab pernah berlaku; bila sy cabut gigi pendarahan tidak berhenti sepanjang malam bangun pagi habis bantal merah banyak amat darah mengalir. Dalam mulut ada darah beku sebesar bola golf. Entah banyak manalah sy minum darah malam tu. Esoknya sy kembali ke klinik gigi rupanya masih ada serpihan gigi yang tak habis dicabut.

Soalan sy adakah cara atau bahan yang boleh reputkan gigi yang rosak tanpa mencabutnya. Maksud saya reput segera & tercabut sendiri. Trauma sangat bila cabut gigi ni!!!.


Khamis, 4 September 2014

Teh betik boleh merawat Gout



Penyakit gaut atau `gout’ (dalam Bahasa Inggeris) / arthritis adalah berpunca dari kandungan asid urik yang berlebihan di dalam tubuh badan. Pesakit gout hendaklah menjauhi atau mengurangkan pengambilan makanan seperti daging, udang, sotong, kerang, kobis , kekacang serta jagung.
Merawat Gout dengan buah betik :

Kaedah 1

Ambil betik muda dan layur/salai di atas api tanpa membelahnya kemudian letakkan kaki anda di atas betik tersebut dan gelek-gelek dengan kaki anda seperti bertunku. Insyaallah kesakitan gout akan berkurangan

Kaedah 2

Kaedah ini dikatakan amat berkesan sekali oleh kawan-kawan yang telah mengalami penyakit gout ini. Caranya ialah dengan buah betik yang matang tetapi kulit masih hijau dipotong kiub kecil, masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan masak sehingga mendidih. Masukkan daun teh seperti kita buat minuman teh biasa.

Kaedah 3
Sebiji buah betik yang telah matang tetapi masih berwarna hijau kulitnya, dipotong bahagian atasnya dan buang kesemua biji betik tersebut. Masukkan daun teh ke dalamnya dan tuang air panas seperti penyediaan teh. Tutup semula bahagian atas tadi seketika dan tuangkan untuk di minum.

Ujian klinikal yang telah dibuat oleh Profesor Lai dari Universiti bahagian farmasi di China menunjukkan kaedah ini amat baik bagi pesakit Gout, tetapi bergantung kepada kekerapan pengambilan formula ini oleh si pesakit.

Cadangan bagi pengambilan formula ini ialah dimulai dengan meminumnya setiap hari selama seminggu, sakit gout akan hilang dan selepas dua minggu , sendi yang terkena gout akan pulih seperti biasa.

Jika gout telah hilang tetapi asid urik masih tinggi lagi dalam tubuh badan, disarankan pengambilan formula ini antara 1-3 kali setiap bulan untuk mengelakkan dari penyakit ini berulang kembali.

Bagi mereka yang tidak mengalami penyakit ini pun boleh mencubanya…..Selamat mencuba !

Cara kawal sakit gout

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat ‘wajib’ yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan’ itu sebagai berpantang, membuatkan sesetengah pesakit menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka.

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout.

Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur, berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air kecil dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.

Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gout. Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:

  • Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

    Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

    Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

    Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.
  • Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.
  • Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol.
  • Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
  • Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.
  • Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  • Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.

  • Petua mengubati sakit Gout secara tradisional


     



    Apa yang menyebabkan Gout?

    Punca gout adalah disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh:
    • Peningkatan pengeluaran asid urik oleh badan.
    • Penyingkiran asid urik yang berlebihan oleh buah pinggang.
    • Peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang dimetabolismakan kepada asid urik di dalam badan.
    Daging tertentu, makanan laut, kacang kering, dan kacang adalah sangat tinggi kandungan purines. Alkohol juga boleh meningkatkan tahap asid urik dan mendakan serangan gout.

    Peningkatan tahap asid urik dalam darah boleh tersimpan di sekitar sendi dalam bentuk kristal tajam seperti jarum monosodium urate). Asid urik juga boleh berkumpul di bawah kulit sebagai tophi (ketulan yang kelihatan pada sendi), atau dalam saluran kencing seperti batu karang.


     Apakah simtomp-simtomp Gout?
    Kaki akan menjadi panas,merah, bengkak dan amat sakit.
    kaki (atau anggota badan lain seperti buku lali,pergelangan tangan,lutut ) kejang dan berubah bentuk.
    Kebiasaannya sakit akan datang secara mengejut.
    Biasanya bermula pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki.

    Faktor Risiko Gout :
    Jantina : 90% lebih kepada lelaki yang banyak mengalami gout
    Lifestyle : Orang yang gemar meminum bir/arak.
    Obesiti : Orang yang mempunyai berat lebih 66kg dari berat badan asal.
    Genetik : 1/4 adalah di sebabkan dari genetik.
    Umur : Biasanya menyerang pesakit tua. Tetapi sekarang kajian menunjukkan umur 30-50 tahun bagi lelaki. Manakala bagi perempuan pula adalah selepas menopaus.


    Selain itu, pemakanan dan lifestyle seseorang juga boleh mengakibatkan serangan gout,antaranya ialah :
    1.Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
    2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
    3. Gemar makan buah-buahan jeruk
    4. Gemar makan mee segera
    5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
    6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
    7. Gemar dan kerap minum teh kedai
    8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
    9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
    10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
    11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
    12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
    13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
    14. Terlalu kerap makan makan kari
    15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
    16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
    17. Kerap mengambil ubat pain killer
    18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
    19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.


    Makanan Yang di sarankan untuk pesakit gout :



    Petua melegakan sakit Gout secara tradisional :

    1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 

    2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

    3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.


    Apakah vitamin untuk merawat Gout?

    Keberkesanan dalam merawat gout melibatkan beberapa faktor yang berbeza di samping mengurangkan keradangan sendi dan paras asid urik. Usaha untuk merawat gout juga bermakna anda berusaha untuk menggalakkan fungsi buah pinggang, fungsi sistem imun, serta mengurangkan pengekalan air.

    Khamis, 3 Julai 2014

    Kelebihan dan kelemahan

    Kelebihan dan kelemahan setiap jenis Terapi Bekam Darah.

    Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:
    1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
    2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
    3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
    4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

    Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

    Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:

    TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)



    Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
    1) Mudah dikendalikan.
    2) Luka yang sangat kecil.
    3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
    4) Luka sangat mudah sembuh.
    5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
    6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
    7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
    8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.

    Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
    1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
    2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
    5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.

    Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
    1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
    2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
    3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
    4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
    5) Perlukan ulangan segera.

    TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU



    Kelebihan:
    1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
    2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
    3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
    4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
    5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
    6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
    7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
    8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

    Kelemahan:
    1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
    2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
    3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
    4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
    5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
    6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.

    TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH



    Kelebihan:
    1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
    2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
    3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
    4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
    5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
    6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
    7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. Wallahu'alam.

    Kelemahan:
    1) Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
    2) Masa rawatan yang panjang antara 45 min - 4 jam.
    2) Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
    3) Pendarahan berterusan antara 3 jam - 2 hari bergantung kepada pasien kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
    4) Kegatalan bergantung kepada kulit pasien.
    5) Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan.

    Sabtu, 2 November 2013

    Penyakit nyanyuk

    ASSALAMUALAIKUM. Dalam ruangan minggu ini saya ingin menceritakan keajaiban mukjizat al-Quran dan manfaat ini berlaku kepada arwah ibu saya. 

    Semasa hidupnya dia rajin membaca al-Quran dan pada usia mencecah 100 tahun semasa meninggal minggu lalu, ingatannya masih kuat. Memorinya menakjubkan kerana boleh bertutur dengan baik, tidak nyanyuk dan kenal dengan siapa dia bercakap.

    Walaupun fizikalnya lemah kerana usia lanjut namun pemikirannya tajam dan menjadi tempat rujukan bila ditimpa masalah.

    Perubahan tidak dapat dielakkan akibat proses penuaan yang boleh dilihat pada kedutan kulit, rambut beruban, sejuk badan dan sakit otot. Ramai beransur hilang ingatan selepas umur 40 tahun, kehilangan ingatan teruk dan drastik pasti bukan sebahagian penuaan normal.

    Demensia bukan penyakit. Sebaliknya, menggambarkan gejala yang mempengaruhi kebolehan pemikiran dan sosial yang cukup teruk sehingga mengganggu kerja harian. Gejala ini boleh menyebabkan perubahan personaliti, mood dan tingkah laku.

    Dalam beberapa kes, demensia boleh dirawat dan diubati. Contohnya demensia yang disebabkan oleh penyalahgunaan bahan (dadah dan alkohol), gabungan ubatan, hormon atau ketidakseimbangan vitamin.
    Banyak sebab gejala demensia wujud. Alzheimer adalah punca paling biasa bagi demensia yang progresif.
    Demensia menunjukkan terdapatnya masalah dengan sekurang-kurangnya dua fungsi otak seperti kehilangan ingatan dan proses logik fikiran terjejas atau bahasa dan tidak upaya melaksanakan beberapa aktiviti harian.
    Demensia membuat anda keliru dan tidak dapat mengingat orang dan nama. Anda mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku. Bagaimanapun, beberapa punca demensia boleh dirawat malah boleh pulih sepenuhnya.

    Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ramai pesakit demensia berjaya dipulihkan ingatan dan kembali normal kerana kesan membaca al-Quran. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan dijaga Allah daripada penyakit yang hina apabila tua.

    Dalam satu riwayat, Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa orang yang sentiasa membaca al-Quran tidak akan ditimpa penyakit nyanyuk.

    Tanda nyanyukDemensia adalah progresif. Ini bermakna otak seseorang itu menjadi lebih rosak dan kurang bekerja dari semasa ke semasa dan tanda itu cenderung berubah dan menjadi lebih teruk.

    Atas sebab ini, adalah penting berbincang dengan doktor secepat mungkin jika anda mempunyai masalah dengan ingatan anda.

    Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti, ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi.

    Rawatan modenKebanyakan demensia tidak boleh diubati. Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk demensia disebabkan vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan.
    Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan sebagai contoh, ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.

    Bagi jenis neurodegeneratif demensia, penting mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubah suai faktor risiko seperti merawat darah tinggi, kolesterol, diabetes dan berhenti merokok.

    Demensia yang tidak dapat diubat seperti Alzheimer, ubatan boleh ditetapkan bagi menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mempunyai kemurungan.

    Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi boleh mengurangkan gejala demensia. Yang paling penting dalam rawatan adalah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau orang tersayang disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan pada masa depan.

    Rawatan nyanyuk guna al-QuranDaripada penerangan di atas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain faktor usia.
    Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah normal dan merupakan kitaran hidup manusia.

    Di dalam Islam banyak diterangkan tentang proses penuaan seperti ayat di bawah:
    "Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40: 67]

    Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fizikal lemah dan tidak berdaya sebagaimana firman Allah dalam ayat di bawah:

    "Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (Ar-Rum 30:54):

    Sains menunjukkan proses penuaan dipengaruhi enzim di dalam sel badan yang setiap kali membahagi, semakin memendek.

    Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.

    Dengan membaca ayat suci al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang menggetarkan sel rosak untuk mengembalikan keseimbangan. Perubahan pada getaran ini dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya radangan dalam badan, menseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.
    Hasilnya, pengamal al-Quran kelihatan lebih muda dan bertenaga, lebih baik tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit lain berkaitan penuaan.

    "Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?" (Al-Qamar:17)

    Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit demensia akan diberi ayat berikut untuk diamal disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

    Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37.
    Surah Al-A'raaf ayat 43 hingga 56.
    Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78.
    Surah An-Naml ayat 71 hingga 93.
    Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47.
    Surah Yassin ayat 72 hingga 83.

    Cara amalan pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

    Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.

    PenutupPepatah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."

    Kepada pesakit demensia, jangan berputus asa dalam berikhtiar untuk merawat penyakit demensia.

    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Rabu, 11 September 2013

    Rawatan kanser payudara secara bukan pembedahan mengikut perspektif Pakar Onkologi Klinikal

    Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal dan Radioterapi

    Kanser payudara adalah antara masalah kesihatan yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Sebanyak 4500 kes baru di kenal pasti setiap tahun dan kemungkinan kanser payudara berlaku adalah 1 daripada 19 wanita sepanjang hayat mereka. Di Malaysia kekerapannya separuh daripada bilangan kes yang terdapat di  United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menghadapi kes kanser payudara yang semakin meningkat. Kanser payudara adalah antara punca maut (daripada kanser) yang utama di kalangan wanita. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat terdapat kekurangan dalam kadar maut baru-baru ini. Ini adalah kerana pengesanan awal serta kemajuan dalam rawatan terutama sekali dalam penggunaan kemoterapi bagi kanser tahap awal. Oleh itu memang penting untuk memulakan program bagi pengesanan awal serta memahami opsyen mengenai rawatan yang wujud demi melihat kekurangan kes maut akibat kanser payudara di Malaysia juga.  
    Secara umum, rawatan bagi kanser payudara termasuk: 
    1. Pembedahan  
    2. Radioterapi atau terapi radiasi
    3. Kemoterapi
    4. Terapi Hormon
    5. Lain-lain contohnya: Herceptin  
    Pesakit mesti sedar bahawa mereka tidak akan dirawat oleh satu orang sahaja. Penyakit ini memerlukan beberapa jenis kepakaran termasuk patologi, radiologi, pakar pembedahan dan onkologi. Pembedahan masih merupakan rawatan utama, pakar onkologi akan mengendalikan terapi seterusnya. Pesakit mula-mula menjalani  X-ray atau skan dan tisu kanser mereka akan dikaji untuk ditentukan sebarang faktor risiko tinggi sebelum jenis rawatan yang terbaik dicadangkan. Pesakit kemudian akan diberitahu tahap kanser mereka sebagai awal (tahap 1 atau 2)atau maju/lewat (tahap 3 dan 4) kanser.
    Kanser tahap awal bermakna kanser ini masih kecil dan terhad ke kawasan kecil. Kanser jenis ini senang dirawat tanpa pembedahan yang radikal. Tujuan rawatan jenis ini adalah untuk: 
    1. Membaiki kawalan setempat selepas pembedahan
    2. Meningkat kadar hidup
    3. Kurangkan kadar pulang semula kanser
    4. Menghalang kanser di payudara yang sebelah 
    Kanser tahap maju terutama tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal.   
    Memilih jenis rawatan selepas pembedahan bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk tahap kanser, umur pesakit, sama ada pesakit tersebut telah putus haid, status reseptor hormon, serta laporan keadaan tisu. Terapi kombinasi sangat penting bagi mencapai kadar pulih yang tinggi dalam kanser payudara. Jadi memberi kemoterapi, radioterapi dan/atau terapi hormon bagi penyakit tahap awal tetapi risiko tinggi boleh meningkatkan kemungkinannya pulih.   
    Di Malaysia lebih kurang 50% hingga 60% daripada jumlah pesakit yang hadiri di pusat perubatan adalah pada tahap I & II penyakit tersebut dan masih boleh di rawat. Walau bagaimanapun, lebih kurang 15-20% daripada pesakit mungkin tidak dapat dirawat jika mereka pada tahap 4 atau datang untuk rawatan lewat. Sebagai bandingan, lebih 80% daripada pesakit di United Kingdom dan Amerika Syarikat, jatuh dalam kategori dapat dirawat.  
    Sebab para pesakit datang lewat adalah kerana beberapa faktor. Ini termasuk kekurangan kesedaran mengenai penyakit ini, lewat menjalankan diagnosis, pesakit mencari terapi alternatif atau takut akan hospital atau rawatan.  
    Perkara terakhir yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat umum mengenai rawatan kanser terutama mengenai kemoterapi dan radioterapi. Mereka menggunakan istilah seperti ‘radioterapi membakar/melecur kulit’ dan kemoterapi pula ‘membunuh sel buruk dan sel baik’ (dan akhirnya membawa maut) menjadikan si pesakit terlalu waswas mengenai menerima rawatan yang baik. Publisiti yang negatif seperti ini serta kurang kesedaran dan pemahaman mengenai kanser menggalakkan si pesakit mencuba rawatan alternatif sebagai rawatan pertama. Mereka mempercayai bahawa perubatan alternatif atau herba menyebabkan kurang kesan sampingan negatif serta menawarkan kadar pulih yang baik. 
    Adalah mengejutkan bahawa sesetengah orang yang menjalankan rawatan alternatif adalah dari golongan berada dan mempunyai kebolehan mendapat maklumat terkini melalui internet serta sumber bacaan kanser yang senang diperoleh. Kumpulan ini biasanya membuat keputusan mengenai rawatan mereka berdasarkan sumber bacaan mereka serta pemahaman maklumat tersebut (atau boleh dikatakan salah faham) dan kemudian mencari rawatan alternatif yang menjanjikan rawatan tanpa kesan sampingan. Memang sedih untuk melihat kes wanita yang datang ke hospital selepas mencuba rawatan alternatif yang gagal pada tahap maju. Sebenarnya, jika mereka datang ke hospital untuk rawatan pada permulaannya dan tidak mencari rawatan alternatif, kemungkinan  besar mereka dapat dirawat. Wanita ini mengalami penderitaan yang boleh dielak dengan kanser yang membesar dan bernanah dan kemudian diberitahu oleh pengamal rawatan alternatif ini bahawa itu adalah satu perkara biasa dan adalah sebahagian daripada “proses pulih”.    
    Oleh itu adalah penting untuk memastikan kempen kesedaran kanser berfokus bagi penyaringan dan pengesanan awal tetapi juga berfokus tentang keperluan terapi yang sesuai. Pengesanan awal serta rawatan yang patut menyelamatkan nyawa dan menjimatkan wang!

    Sabtu, 6 Julai 2013

    Kencing Manis Rakyat Malaysia Tahap Merbahaya


    Kencing Manis Rakyat Malaysia Tahap Merbahaya
    Fakta-fakta di bawah mungkin dapat menarik minat anda untuk mengubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat (Data tahun 2006):

    [Image: diabetes-prevalence.jpg]


    14.9% atau 3.4 juta rakyat Malaysia mengidap kencing manis.

    Peningkatan jumlah pengidap kecing manis adalah sebanyak 80% dalam tempoh 10 tahun (1996 hingga 2006 untuk mereka yang berumur lebih dari 30 tahun).

    Jumlah penduduk terlebih gemuk meningkat dari 4.4% pada tahun 1996 kepada 14% pada tahun 2006, peningkatan sebanyak 200% dalam tempoh 10 tahun.

    Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang terlebih gemuk tertinggi di asia, gemuk menjadi salah satu masalah utama penyebab kencing manis.

    Kita makan 26 sudu gula sehari, menjadikan kita negara ke 8 tertinggi pengguna gula dunia.
    Dianggarkan seramai 13,000 pengidap masalah buah pinggang menjalani rawatan dialisis dan seramai 2,500 bakal menyertai mereka setiap tahun.

    4 dari 5 pesakit kencing manis berakhir dengan kematian akibat serangan jantung, pembunuh no 1 Malaysia.
    Setiap 2 orang yang diketahui ada kencing manis terdapat 1 orang lagi yang tidak menyedari yang dia ada kencing manis, dan tidak mendapatkan rawatan sepatutnya.

    Peningkatan kecing manis Type 2 amat ketara di kalangan kanak-kanak seawal 10 tahun, akibat dari cara makan yang tidak sihat dan malas bergerak.

    Fakta dunia:

    Setiap 10 saat 2 orang dikesan mengidap kencing manis.
    Setiap 10 saat seorang mati kerana kencing manis.
    Setiap 30 saat, akan ada anggota yang hilan akibat kencing manis.

    Mari kita ubah gaya hidup kita dengan:

    Hentikan makan air tin dan lain-lain minuman bergula tinggi.
    Hentikan dan larang anak-anak makan makanan segera.
    Makan banyak sayuran.
    Makan banyak buah-buahan.
    banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam atau beriadah untuk mengurangkan berat badan.
    Puasa sunat 2 hari seminggu.

    Maklumat dipetik dari portal persatuan pengguna P Pinang

    Diagnosis: Diabetes Berkaitan Gaya Hidup






    Petikan akhbar BH

    ————————————————————–
     Diagnosis: Diabetes berkait gaya hidup
    Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)
    ————————————————————–
    Ancaman kesihatan, punca utama kematian di Asia.

    LETUSAN epidemik obesiti di Asia memperlihatkan diabetes muncul sebagai ancaman kesihatan utama. Persoalan yang dibincangkan sekarang punca utama penyakit itu bukan disebabkan mutasi genetik atau faktor lahir dalam keluarga pesakit diabetes, sebaliknya kerana gaya hidup pesakit.

    Kroniknya diabetes menyaksikan kini ada lebih 80 juta pesakit diabetes di seluruh dunia. Hampir 50 peratus pesakit adalah dari Asia. Empat daripada lima negara utama diabetes di Asia ialah India seramai 42.3 juta pesakit, China (20.8 juta), Indonesia (8.4 juta) dan Jepun (6.8 juta). Diabetes juga menjadi punca utama kematian disebabkan strok di Asia Pasifik.

    Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1986, ada 6.3 peratus pesakit diabetes di Malaysia. Dalam kajian Jabatan Kesihatan pada 1995 pula jumlah itu meningkat kepada 7.7 peratus. Tahun berikutnya, jumlah pesakit terus meningkat kepada 8.2 peratus. Menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996, hampir 10 tahun selepas kajian pertama, jumlah pesakit diabetes meningkat kepada 11.5 peratus.

    Sehingga kini diabetes tidak berupaya disembuhkan sepenuhnya tetapi dengan pengurusan baik, kadar gula dalam darah boleh dikawal sekali gus komplikasi diabetes boleh dilewatkan. Tanpa pengurusan yang baik, diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai komplikasi yang membawa maut. Justeru, bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan pesakit diabetes adalah komplikasi makrovaskular.

    Komplikasi makrovaskular adalah kelaziman di kalangan pesakit diabetes. Ia didefinisikan sebagai kerosakan pada salur darah besar yang membawa kepada serangan strok, jantung dan peripheral vascular disease (PVD).

    Pakar Perunding Diabetes Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Rokiah Pendek, berkata walaupun diabetes dikenali juga sebagai masalah kecacatan baka, faktor gaya hidup kini menjadi punca utama penyakit itu. “Lahir dalam keluarga diabetes, kebarangkalian mendapat diabetes tinggi. Justeru, mulakan amalan hidup sihat daripada awal,” katanya.

    Dr Rokiah berkata, diabetes jenis 2 dikaitkan dengan komplikasi serius dan ia berlaku dalam masa yang panjang disebabkan tahap gula dalam darah. “Rawatan terbaik adalah menurunkan tahap gula sebelum banyak kerosakan berlaku. Jika glukos masih berada dalam angka bahaya, komplikasi akan berlaku,” katanya.

    Bagi kebanyakan pesakit, diabetes selalunya didiagnos lewat kerana simptom berkenaan kurang diambil berat. Bagi sesetengah orang mungkin simptom sukar dikesan. Bagaimanapun, apabila seseorang itu disahkan diabetes, 50 peratus komplikasi sudah ada padanya. Malah, pesakit itu sebenarnya berhadapan dengan diabetes sejak 10 tahun lalu.

    “Bagi lelaki, masalah diabetes bukan masalah benar mereka berjumpa doktor, sebaliknya mereka berbuat demikian kerana masalah dalam hubungan kelamin,” katanya. Perlu diketahui, masalah kurang nafsu dalam hubungan seks adalah satu daripada simptom diabetes.

    Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata diabetes secara umumnya tidak membunuh pesakit, sebaliknya hampir 70 peratus pesakit diabetes mati kerana komplikasi kardiovaskular. Bagi pesakit diabetes, komplikasi makrovaskular adalah empat kali lebih daripada komplikasi mikrovaskular (kerosakan salur darah kecil). Semua komplikasi boleh berlaku secara sendiri atau ‘berkawan-kawan’. Misalnya, pesakit bukan saja mengalami masalah jantung tetapi juga buah pinggang.

    “Lebih lama dia menghidap diabetes, lebih banyak komplikasi kalau ia tidak dikawal. Mungkin pada peringkat awal mereka mengalami tekanan darah tinggi dan strok, kemudian hadapimasalah kegagalan buah pinggang,” katanya. Biasanya dalam satu masa, hampir 20 peratus pesakit diabetes mengalami komplikasi membabitkan saraf mata (retinopathy), 9 peratus komplikasi saraf (neuropathy), 8 peratus buah pinggang (nephropathy) dan 50 peratus berhadapan dengan komplikasi jantung.

    “Diabetes jenis dua adalah penolakan insulin yang berkait dengan masalah kardiovaskular termasuk hyperglycemia (gula tinggi) dan hyperinsulinemia (tinggi insulin). Oleh itu, pesakit perlu bijak menguruskan diabetes,” katanya. Pengurusan diabetes yang bijak bermaksud pesakit mesti mencapai sasaran HbA1c yang ditetapkan. HbA1C adalah ujian mengukur jumlah hemoglobin glycosylated (molekul dalam sel darah merah yang melekat dengan glukos).

    Kadar normal HbA1c bagi mereka yang sihat adalah antara empat hingga 5.9 peratus. Bagaimanapun, pesakit diabetes memiliki HbA1c yang lebih tinggi. Justeru, mencapai sasaran HbA1c adalah satu cara rawatan. “Malangnya di Asia, kebanyakan pesakit tidak mencapai sasaran HbA1c. Oleh itu, bagi HbA1c yang tidak dikawal mendedahkan risiko serangan jantung, strok, buta dan kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis,” katanya.

    Selain itu, Dr Khoo berkata, komplikasi mikrovaskular pula boleh menyebabkan buta,kegagalan buah pinggang, pemotongan kaki (amputation), retinopati, nephropati dan neuropati. “Retinopati menjejaskan saluran darah kecil dalam retina. Perubahan ini mungkin tidak disedari pesakit awalnya, tetapi ia menjejaskan 74 peratus pesakit diabetes yang sudah didiagnos selama 10 tahun atau lebih,” katanya.

    Dr Khoor berkata, pesakit diabetes memerlukan pemotongan bahagian kaki bawah 25 kali lebih daripada orang lain disebabkan saraf yang tidak berfungsi dengan baik.

    INFO: Diabetes jenis 2
    1. Boleh memendekkan 10 tahun lebih awal usia pesakit
    2. Punca utama penyebab strok di Asia
    3. Setiap 10 saat, seorang mati kerana komplikasi diabetes
    4. Setiap 30 saat, seorang kehilangan kaki kerana komplikasi diabetes
    5. 151 juta pesakit pada 2000
    6. 220 juta pada 2010
    7. 300 juta pada 2025
    8. 366 juta pada 2030

    Diabetes jenis dua adalah risiko utama masalah kardiovascular (CVD). CVD boleh berlaku dalam empat lokasi  sistem peredaran darah;
    a) Jantung (masalah jantung koronari) yang membawa kepada angina (sakit dada) serangan jantung atau kematian mengejut (sudden death)
    b) Otak – (masalah cerebrovascular) yang menyebabkan strok atau disebut juga mini strok (transiet ischaemic strok) bekalan darah pada bahagian tertentu di otak terganggu seketika.
    c) Kaki (bahagian bawah atau tapak kaki) yang menyebabkan gangrene (tisu mati yang memerlukan ia dipotong.

    Bagi kes pesakit kencing manis kanak-kanak, kebanyakannya kencing manis jenis 1, tetapi dalam satu kajian di PPUM pada 1999, ada kes kanak-kanak alami diabetes jenis 2.

    Isnin, 12 November 2012

    BEKAM


    Keistimewaan BEKAM ( AL - HIJAMAH ) Dari Sudut Sains


    Hadith Pertama:
    Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
    “Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)

    Hadith Kedua:
    Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
    “Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)

    Hadith Ketiga:
    Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
    “Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)

    Hadith Keempat:
    Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
    “Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”
    Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

    Hadith Kelima:
    Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)

    Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

    Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:
    “Al-Hijamah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.


    Ilmu pengubatan hijamah/bekam warisan nabi ini ternyata dalam dunia perubatan barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim dan lebih dikenali sebagai cupping atau istilah yang semakna dengannya. Buku “The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method” yang di tulis oleh Kohler D (1990) menjelaskan betapa jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh manusia merupakan media fizik untuk menghantar suatu energi. Apabila terjadi gangguan dalam jaringan tersebut, maka metabolisme tubuh menjadi tidak seimbang dan tubuh akan merasa tidak nyaman. Bekam merupakan salah satu cara untuk mendapat kesembuhan.

    Tim Handley of the BBC ‘had conventional acupuncture and cupping therapy for a painful shoulder. He told BBC News Online: “I had four treatments and it really knocked it on the head. It was brilliant. After the first time I had it I felt absolutely fantastic. The difference was so tangible. It was wonderful.” ‘

    Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia perubatan moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:

    Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit”

     
    POIN-POIN ISTIMEWA

    Poin istimewa di atas setelah dilakukan penelitian ternyata merupakan “motor points” pada perlekatan neuromuscular (neuromuscular attachment) yang mengandungi banyak mitokondria, kaya salur darah, mengandung tinggi mioglobin, sebahagian besar selnya menggunakan metabolisme oksidatif, dan lebih banyak mengandung cell mast/basophils, lymph nodes, capillary, venule, bundle dan nerve plexus serta hujung saraf akhir, di banding dengan bukan poin istimewa. 


    Callison menyatakan: "A motor point is defined as “the most electrically excitable area of the muscle, and represents the greatest concentration of nerve endings”. Motor points are not exact anatomical points, but follow a reasonable fixed pattern of locations. These points can be identified clinically as the site where a twitch may be evoked in response to minimal electrical stimulation without producing contraction elsewhere in the muscle. Motor points are located on the skin over the muscle and correspond approximately to the level at which the nerve enters the muscle belly. This area is known as the neuromuscular junction or zone of innervation."


    Komunikasi Antara-Sel dalam Sistem Imun

    Menurut pandangan Psikoneuroimmunologi, sistem imun tidak berdiri sendiri tetapi dipengaruhi oleh sistem lain, yaitu sistem saraf dan sistem endokrin. Pengaruh ini terlaksana melalui hantaran signal antar-sel (intercell-signalling) sehingga menghasilkan komunikasi antar-sel (cell-communication). Albert membezakan empat cara komunikasi antar sel:

    Komunikasi melalui molekul signal

    1. Komunikasi melalui molekul terpapar membran
    2. Komunikasi melalui hubungan celah (gap junction)
    3. Komunikasi melalui molekul signal masih dapat dibahagi lagi bergantung pada letak sel sasaran


    PENGARUH BEKAM TERHADAP RENSPONS KETAHANAN TUBUH

    Mereka membuktikan apabila melakukan pembekaman pada satu poin, maka di kulit (kutis), jaringan bawah kulit (sub kutis), fascia dan ototnya akan terjadi kerusakan dari sel mast/basofil dan lain-lain. Akibat kerusakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatasi (pengembangan) kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang di bekam. Dilatasi kapiler juga dapat terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman. Ini menyebabkan terjadi perbaikan microcirculation salur darah. Akibatnya timbul kesan relaksasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum akan menurun tekanan darah secara stabil. Yang terpenting adalah dilepaskannya corticotrophin releasing factor (CRF), serta releaseing factors lainnya seperti adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin, dan corticosteroid. Corticosteroid ini mempunyai kesan penyembuhan peradangan serta menstabilkan permeabiliti sel.

    Sedangkan golongan histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses reparasi (perbaikan) sel dan jaringan yang rusak, serta memacu pembentukan reticulo endothelial cell (REC), yang akan meninggikan daya resistensi (daya tahan) dan imunisasi (kekebalan tubuh). Sistem imun ini terjadi melalui pembentukan interleukin (IL) dari sel kerana faktor neural, peningkatan jumlah sel T kerana peningkatan enkephalin dan endorphin yang merupakan mediator antara susunan saraf pusat dan sistem imun, subsansi P yang mempunyai fungsi parasimpatis dan sistem imun, serta peranan kelenjar pituitary dan hypothalamus anterior yang memproduksi CRF.

    Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang akan dilanjutkan pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta tractus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan bahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi nyeri. Efek lainnya adalah dilatasi salur darah kulit dan peningkatan kerja jantung.

    Pada sistem endokrin terjadi pengaruh pada sistem sentral melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem periferi langsung berefek pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesterone, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari titik yang di bekam untuk tujuan penyembuhan segala penyakit.

    Ustaz Dr Ali Muhammad Muthowi, beliau adalah Dekan Pertama Fakulti Perubatan Al-Azhar dan Pakar Radiologi dan Tumor mengatakan tentang hijamah/bekam:
    “Hijamah merupakan pengubatan yang popular dan banyak digunakan di Mesir hingga akhir-akhir ini. Ia memiliki landasan ilmiah yang cukup dikenal iaitu bahawa organ-organ dalam tubuh berhubungan dengan bagian-bagian tertentu pada kulit manusia di titik masuk saraf yang menyalurkan makanan kepada organ-organ tersebut di saraf tulang belakang. Dengan adanya hubungan ini, maka dengan rangsangan apapun yang di arahkan pada kulit mana pun pada bagian tubuh ini, akan mempengaruhi organ-organ internal yang berhubungan dengan kulit ini. Teori ini sama dengan yang digunakan untuk pengubatan jarum akupuntur China untuk mengubati penyakit-penyakit.”


    Caroline Rea menyatakan mengenai terapi acupuncture:
    “People often use acupuncture to relieve pain. Western medical researchers who have studied acupuncture believe that it may reduce pain through body chemicals that have calming effects (opioid peptides), or by affecting glands (such as the hypothalamus) that produce substances the body uses.”


    Seorang peneliti Jerman pula menyatakan:
    “Sungguh, bekam mampu memberikan hasil sepuluh kali ganda dibandingkan pengubatan dengan metod tusuk jarum China (Acupuncture)” 

    Dr Amir Muhammad Sholih (Pensyarah Undangan di Universiti Chichago, peraih penghargaan di Amerika di bidang pengubatan natural dan anggota Organisasi Alternative Medicine di Amerika) mengatakan:
    “Pengubatan dengan bekam telah dipelajari dalam kurikulum-kurikulum perubatan di Amerika. Mereka yang menjalankan pengubatan dengan bekam boleh menggunakan peta titik-titik saraf di tubuh yang biasa digunakan oleh pelaku pengubatan tusuk jarum (acupuncture) untuk mengubati penyakit yang sama. Tetapi dalam acupuncture, yang dihasilkan hanyalah rangsangan terhadap titik saraf, sedangkan dalam bekam, selain dihasilkan rangsangan pada titik saraf, juga terjadi pergerakan aliran darah dan rangsangan terhadap organ kekebalan tubuh.”

    (Artikel di Majalah berbahasa arab Al-Ahrom. Eds 218, Mei 2001M)

    Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi, bahwa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan terpadu dengan pemakaian bahan-bahan alami seperti madu, habbatussauda, herba yang bersesuaian disertai zikir mahupun doa di setiap waktu dan setiap melakukan aktiviti. Diikuti doa-doa ruqyah syar’iyyah, mengamalkan islam secara nyata sebagai alternative untuk memperbaiki respons emosional positif dan mengefektifkan coping.



    Cawan Bekam

    KESIMPULAN

    Orang barat mulai mengadakan pelbagai riset dan penelitian tentang pengubatan alternatif (thibbun nabawi) dengan hasil yang melampaui semua perkiraan, sementara kita masih menyembunyikan kepala di dalam pasir. Dunia sains perubatan moden menjadi ’tercengang’ dengan model pengubatan bekam kerana terbukti memiliki daya penyembuh segala penyakit bahkan yang tergolong dalam penyakit acute seperti penyakit jantung, ginjal, peparu, diabetes, tumor, stroke dan sebagainya. Usaha penulis ini ternyata masih memerlukan orang lain yang akan menyempurnakan kekurangannya dan meluruskan kesalahannya.

    Justeru wahai Para Ilmuan yang terhormat! jika kita ingin membicarakan bekam sebagai salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan moden dan alternatif sehingga kita memiliki landasan ilmiah yang kukuh. Apabila Quran & Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah SWT di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.

    “Sesungguhnya pada Rasulullah SAW contoh teladan yang baik untuk kamu jadikan ikutan, bagi sesiapa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, dan dia dalam keadaan baik mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzaab, ayat 21)


    Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

    Wallahua'lam

    TENANG KETIKA BERBEKAM


    Satu perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum berbekam ialah bertenang. Maksudnya, orang yang hendak dibekam mestilah dalam keadaan tenang. Sebagai jurubekam, soal ini wajar sekali diambil berat. Jurubekam hendaklah berusaha dengan teknik tersendiri untuk menenangkan perasaan dan fikiran orang yang bakal dibekam. Lazimnya, bagi orang yang pertama kali mendapatkan rawatan bekam akan merasa risau atau berdebar-debar. Denyutan jantungnya juga agak laju akibat debaran.

    Bagi orang yang pertama kali, perasaannya agak gusar atau tidak begitu stabil. Berbagai-bagai masuk dalam pemikirannya. Beliau memikirkan perkara-perkara negatif seperti sakit, pedih, hirisan pisau, atau tusukan jarum, darah mengalir, darah kental dan pelbagai lagi. Hal ini biasanya tidak berlaku lagi pada pembekaman-pembekaman selepas itu. Ini kerana, ia telah melaluinya secara langsung. Ini kerana, ia kini tahu bahawa rupanya berbekam ini tidak menyakitkan, tidak meninggalkan kesan atau luka khususnya apabila jarum atau lanset digunakan bagi melukakan kulit.

    Berdasarkan pengalaman ERAKITA membekam sejak tahun 2000 lalu, membekam seseorang ketika keadaanya belum begitu tenang wajar dielakkan. Tidak kira orang yang dibekam itu masih muda atau tua, kurus atau gemuk, badan biasa atau gagah. Apa yang penting ialah hatinya tenang dan tidak perlu terlalu risau atau takut untuk menghadapi bekam.

    Lazimnya, jika orang tersebut dibekam dalam keadaan ia masih risau atau tak tenang, ia akan mengadu merasa “pening”. Ketika itu, tubuhnya kelihatan agak pucat. Dalam keadaan itu, jurubekam harus segera menanggalkan cawan bekam dari kulit. Tanggalkan kesemuanya dan bersihkan darah di kulit jika ada. Selepas itu, tiarapkan di lantai atau di katil. Rehatkan tubuh badannya dan jika perlu, beri ia air mineral atau jika dapat, air yang bercampur gula sedikit. Kaedah ini amat berkesan untuk mengembalikan kesegaran tubuh badannya.

    Dalam beberapa minit, sekitar 10 minit-20 minit, tubuh badannya akan segar semula. Tanya samada ia bersedia untuk dibekam. Jika ia bersedia, teruskan membekam di bahagian tertentu dengan kadar bilangan cawan yang minima. Jika perlu, gunakan cawan yang agak sederhana saiznya. Berilah ia rangsangan dan motivasi agar ia lebih tenang dan yakin bahawa proses bekam adalah proses yang mudah, tidak menyakitkan dan selamat.

    Inshaa Allah, dengan cara ini, proses pembekaman akan menjadi teratur dan cantik. Lazimnya, orang yang dibekam akan akan datang semula beberapa minggu kemudian untuk mendapatkan rawatan bekam yang seterusnya. Ini kerana, beliau telah “MENIKMATI UBAT LUARBIASA’ secara semulajadi pada tubuhnya.
    Selamat mencuba

    RAWATAN 1000 KALI LEBIH MUJARAB DARI UBAT HOSPITAL?

     
     
     
     
     
     
    1 Vote

    Selepas solat Maghrib, ERAKITA menerima satu SMS dari seorang sahabat. Beliau adalah Ustaz Hamidun Abdul Rahim dari Kg Bayangan Keningau. Satu ketika dulu, beliau adalah satu universiti dengan ERAKITA di UIA di era 1990-an. Kini beliau bertugas sebagai seorang pendidik di SMK Gunsanad Keningau. SMS beliau begitu menarik perhatian ERAKITA. Mengapa? Ini kerana, bunyinya seperti berikut:
    “Alhamdulillah.. Rawatan yang 1000 kali lebih mujarab dari ubat di hospital. Sebelum ini, hal kecilpun bikin saya mudah tertekan.. Alhamdulillah, sekarang fikiran saya lebih cemerlang. Jazakallah khairan kathiro”
    Inilah luahan rasa beliau 6 jam selepas menerima rawatan bekam. Sesi bekaman dilakukan pada 9 Jun 2011. ERAKITA hanya melakukan bekaman di dua lokasi utama iaitu bahagian atas kepala dan tengkuk beliau. Bekaman darah diulangi sebanyak 4 kali di bahagian kepala dan 2 kali di bahagian tengkuk. Ketika bekaman kali kedua dilakukan di bahagian kepalanya, beliau mengakui amat selesa dan dapat merasakan betapa ringannya kepala beliau. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah merasa lega sepertimana yang dia alami ketika itu.

    Gumpalan darah pekat, hitam legam dan berketul-ketul berjaya dikeluarkan dari kepala. Bekaman yang dilakukan di bahagian kepala memerlukan kemahiran jurubekam kerana kawasan ini amat sensatif. Kulitnya tipis dan tarikan angin melalui gelas bekam harus berpada-pada. Tidak boleh terlalu kuat. Orang yang dibekam wajar ditanya apakah ia terasa selesa atau cengkaman gelas bekam terlalu ketat. Jika ketat, cengkaman gelas harus dikurangkan.

    Keseluruhannya, sesi rawatan bekam pagi itu berjalan lancar. Ia tidak memerlukan masa yang panjang. Bekaman pula tidak semestinya menggunakan banyak gelas bekam atau banyak lokasi yang dibekam. Memadailah dengan beberapa point sahaja. Bekaman darah boleh dilakukan secara berlulang-ulang antara 3-5 kali di lokasi yang sama menurut keperluan dan kesediaan orang yang dibekam.

    Alhamdulillah, bekaman berjaya menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Ustaz Hamidun merasa begitu lega dan bersyukur kerana derita bertahun-tahun yang dialaminya terutama di bahagian kepala kini menemui jalan penyelesainnya biarpun hanya beberapa jam selepas bekaman dilakukan.

    ERAKITA mendoakan agar Ustaz Hamidun diberi kesembuhan total dari sakit yang dialaminya selama ini hasil dari rawatan Bekam, suatu kaedah rawatan hebat dan menakjubkan melalui sunnah Rasulullah s.a.w.

    TEKANAN DARAH JADI NORMAL DAN STABIL

     
     
     
     
     
     
    1 Vote
    Siapa yang pernah berbekam lazimnya akan merasakan satu kepuasan dan kelegaan tubuh. Kesannya dapat dinikmati dalam kadar yang singkat. Tahun lepas, ERAKITA pernah membekam ayah mertua ERAKITA di bahagian kepala. Cuma hanya satu point sahaja. Darah kotor yang kental dan berwarna hitam legam dikeluarkan dari point yang sama. Ia dilakukan sebanyak 2 kali.

    Keesokan harinya, beliau pergi ke klinik Dr Muhammad di Pekan Petagas Kota Kinabalu. Dr tersebut merupakan kenalan lama beliau. Di sanalah beliau dan keluarga selalu mendapatkan rawatan kesihatan. Sejak beberapa tahun lampau, beliau mendapat penyakit Darah Tinggi.

    Setelah diperiksa tekanan darah, didapati bahawa tekanan darah beliau berada dalam keadaan yang normal dan memuaskan. Namun beliau tidak memberitahu Dr berkenaan bahawa beliau telah melakukan bekam darah sehari sebelumnya.

    Kejadian ini hanya diberitahu oleh beliau kepada ERAKITA setelah beberapa hari berlalu. Beliau mengakui bahawa rawatan bekam darah amat mujarab dan melegakan. Kepala terasa ringan dan tekanan darah menjadi lebih stabil. Kini beliau merupakan antara penggemar setia kepada mendapatkan rawatan bekam.
    Maha suci Allah yang telah mengurniakan nikmat yang tak ternilai ini.