Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

12 lelaki ditahan ketika asyik berjudi di tokong

KULAIJAYA 11 Sept. - Polis menahan 12 lelaki semasa sedang asyik berjudi dalam serbuan di sebuah tokong, di Taman Manis, dekat Kelapa Sawit, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mereka ditahan pada pukul 12.50 pagi oleh sepasukan anggota polis yang bertindak atas maklumat berkaitan perjudian berkenaan.

"Polis yang tiba di tempat itu mendapati sekumpulan lelaki berkenaan sedang berdiri mengelilingi meja dengan bermain judi mempertaruhkan wang.

"Mereka kemudian lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum akhirnya berjaya ditahan," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya di sini, hari ini.

Zulkefly berkata, polis turut merampas wang tunai RM17,358 dan 944 Dolar Singapura, dua dadu, beberapa peralatan judi, sebuah meja, lima kerusi dan sehelai kertas mahjong daripada mereka.

Beliau berkata, siasatan mendapati mereka dipercayai berjudi di situ sejak Jumaat lalu dalam perjudian jenis tong kow, chee kee pee, poh poh dan pai kaw.

Katanya mereka yang berumur 36 hingga 63 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA


ZULKEFLY Yahya (tengah) mengumumkan mengenai penahanan 12 lelaki anggota sindiket judi dan rampasan wang tunai serta peralatan judi dalam sebuan di sebuah tokong di Kelapa Sawit, Isnin lalu, pada sidang akhbar di IPD Kulaijaya hari ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

© Utusan Melayu (M) Bhd


Rabu, 21 Ogos 2013

Tadika turut jadi sasaran sebar Syiah

IPOH 21 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah yang semakin berkembang di negara ini didakwa dijalankan secara licik sehingga turut membabitkan 13 buah tadika di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selain berselindung di sebalik pusat tahfiz, sekolah agama, institusi pengajian tinggi, parti politik serta agensi kerajaan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, biarpun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1996 telah mewartakan ajaran tersebut sebagai sesat, namun usaha penguatkuasaan di bawah enakmen agama negeri belum cukup bersepadu untuk mengekangnya.

"Syiah ini tersebar sejak tadika lagi. Ada tadika dikenalpasti berselindung di sebalik nama pusat pendidikan Islam kanak-kanak terdapat di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Ada 13, berselindung di sebalik pusat-pusat tahfiz, gerakan agak licik. Sekolah-sekolah agama di Johor dan Perak juga masih ada.

"Susah untuk mengenali pengikut Syiah ini kerana mereka mempunyai senjata pegangan agama yang dipanggil taqiyah iaitu boleh berbohong. Dia akan kata saya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya yang telah melakukan kajian terhadap fahaman itu selama tiga tahun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dan sesi penerangan mengenai kefahaman dan bahaya Syiah terhadap umat Islam kepada anggota dan pegawai 2 Briged di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) di sini hari ini.

Yang turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, benteng terkuat untuk menyekat penularan fahaman Syiah ialah dengan menyedarkan masyarakat melalui pendidikan sebelum usaha penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan oleh agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) termasuk jabatan agama Islam negeri.

Selain itu katanya, umat Islam senang tertarik kepada fahaman Syiah kerana ingin mengambil langkah mudah dalam beribadah terutamanya mengerjakan solat lima waktu.

"Apabila kerajaan mengambil tindakan, mereka bergerak secara senyap. Saya amat setuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menahan individu tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar tahun 1996," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan, sekiranya mana-mana orang Islam didekati oleh pengikut Syiah, mereka tidak wajar menerimanya secara bulat-bulat, sebaliknya perlu bertanya kepada orang berilmu apatah lagi perkara itu melibatkan ajaran agama.

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah berhujah menggunakan hadis-hadis palsu yang disandarkan pada imam-imam mereka seperti meriwayatkan atas nama Abi Jaafar 'Alaihissalam', Ali 'Alaihissalam dan Husin 'Alaihissalam.

"Bagi yang faham, kalimah 'Alaihissalam itu hanya diberi kepada Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi sahaja. Selainnya, itu adalah hadis Syiah.

"Apabila Syiah Jaafariah dikatakan sesat kerana sebahagian daripada Syiah Imam 12, pengikut-pengikut ini berselindung sebagai Ahli Bait, maksudnya imam kepada keluarga Rasulullah.

"Namun, bagi mereka, keluarga Rasulullah itu hanya khusus kepada Ali, Fatimah dan anak-anak Hussin. Walhal anak-anak Rasulullah dengan Siti Khadijah juga ada Zainab, Ruqaiyah dan Ummu Kalthum, tetapi mereka tidak mengiktirafnya," kata beliau yang turut mendakwa fahaman Syiah makin berkembang di Malaysia sejak 1979.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 26 Jun 2013

KEDUTAAN JEPUN SERAH KEPADA POLIS SIASAT KEMATIAN TAHANAN

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kedutaan Jepun di sini akan menyerahkan kepada polis Malaysia untuk menyiasat kematian Nobuhiro Matsushita semasa dalam tahanan di lokap balai polis Subang Jaya USJ8, Sabtu lepas.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu. Kami tidak berhak untuk mengulas berhubung isu itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut," kata jurucakap kedutaan itu semasa dihubungi Bernama hari ini.

Beliau juga enggan memberikan butiran berhubung urusan bagi menuntut mayat itu.

Matsushita, 33, ditangkap kerana menceroboh masuk sebuah universiti di Subang dekat sini pada 2 Jun dan dijumpai tergantung dengan bajunya pada sebatang besi di lokap itu pada 8 Jun.

Semalam, Ketua Polis Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pada mulanya Matsushita diletakkan dalam lokap bersama beberapa tahanan lain tetapi dipindahkan selepas berkelakuan tidak normal dan mengganggu tahanan lain.
-- BERNAM

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

Oleh Rita Jong
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.  Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. – 26 Jun, 2013.

Selasa, 21 Mei 2013

MONA FANDEY...

PENAH DENGAR TAK CERITERA PASAL...
MONA FANDEY
ALA KISAH PASAL PEMBUNUHAN PALING NGERI DI MALAYSIA SATU MASA DULU...
AKU MULA MINAT NAK RAKAM PASAL CERITA NI..
MASA KELAS SIR NASIR LA... DIA BANGKITKAN CERITA NI.. JADI
AKU TERUS KAJI....
SEBENARNYA MONA FENDI ATAU NAMA SEBENARNYA MAZNAH BINTI ISMAIL...
IALAH SALAH SEORG SUSPEK BAGI KES PEMBUNUHAN
DATO MAZLAN IDRIS(ADUN PAHANG)
SUSPEK PERTAMA... JURAIMI HUSSIN. (YANG PAKAI KOPIAH)
SUSPEK KEDUA IALAH SUAMI MONA FANDEY... IAITU Mohd Affandi Abdul Rahman
(YANG BERMISAI)
SUSPEK KETIGA IALAH MONA FENDI.....
UNTUK PENGETAHUAN KAU ORG MONA NI FAMOUS SEBAB DIA NI DULU ARTIS... 
NI BUKTINYA....

  DAN UNTUK PENGETAHUAN KAU ORG CERITA PASAL KES NI TELAH DIFILEMKAN...
TAPI TELAH DI BANNED OLEH FINAS ATAS TUNTUTAN DARI KELUARGA MONA..
IYERLAH... KENA JAGA MARUAH DIA ORANG....
WALAU BAGAIMANA PUN CERITA NI MMG NMPK MELATOP...

MULA KITA TENGOK DULU KEADAAN MAYAT DATO MAZLAN..
YANG TELAH DIKERAT 18 BAHAGIAN...

cuba kau org bayangkan betapa kejamnya kes ni kan...
baik kita ikuti apa kisah mereka semasa perbicaraan.....
1. SUSPEK PERTAMA... JURAIMI...
        ok... Juraimi dituduh sebagai suspek pertama kerana dialah yang memulakan pembunuhan dengan mengerat kepala Datuk Mazlan...semasa di kandang mahkamah dia kata yang mereka sudah merancang pembunuhan tu sebulan sebelum kes berkenaan berlaku...semasa kejadian berlaku Juraimi diarahan oleh Affendi untuk menetak leher Datuk Mazlan mengunakan kapak..... kiranya dia nak cakap yang segalanya dirancang oleh mereka and dia hanya mengikut arahan.. lagipun dia berjaya menunjukkan bukti yang dia tiada niat untuk membunuh Datuk Mazlan.. kerana selepas pembunuhan Mona hanya bagi dia RM1500.. itupun RM 1000 untuk makanan itik and selebihnya untuk dia.... maka peguam dia pun cakap la yang upah yang diberikan kepadanya lagi sikit berbanding makanan itik peliharaan dorang...
          tambahan.. dia kata semasa melakukan pembunuhan tu dia berada dalam keadaan tidak sedar kerana telah dipukau oleh Affendi.. melalui minuman semasa latihan silat..(Affendi bersetuju dengan kenyataan itu and mengaku yang mereka suami isteri ialah bomoh) dan dia juga disokong oleh kenyataan polis yang menangkap  dia.. polis tu kata semasa pertama kali Juraimi ditangkap dia berada  dalam keadaan yang kusut-masai and bermata merah... dia di tangkap kerana disyaki sebagai penghisap dadah.. namun ujian air kencing menyatakan tidak.. selepas ditangkap dia diarahkan datang semula ke balai polis keesokan harinya kerana dia mintak izin nak bagi itik makan.. kalau membunuh Dato Mazlan dengan niat kenapa dia tak larikan diri???... malah dia datang balik ke balai polis keesokan harinya tanpa rasa bersalah and takut...
          malah masa perbicaraan dengan polis mengenai Dato Mazlan dia hanya cakap TAK tahu... tapi dia memberitahu segalanya selepas ditepuk bahu oleh Affendi.. menurut Juraimi. semasa dibalai polis Affendi menepuk bahunya dan menyuruh dia menceritakan segalanya.. barulah dia sedar bagaimana kes tu berlaku and bagitahu polis kat mana dia tanam senjata pembunuhan and mayat Dato Mazlan.....
2.SUSPEK KEDUA... AFFENDI..(suami Mona)
          lain pulak citer si Affendi ni... dia kata sebenarnya dia dan mona x penah merancang nak bunuh Dato Mazlan... dia kata duit RM500 000 dan Geran tanah yang diberikan oleh Datuk Mazlan bukan dicuri tapi sebagai bayaran Datuk Mazlan membeli....

       dia kata songkok dan tongkat ni bersakti dan dipercayai milik Sukarno satu masa duhulu... menurut dia harga dua barangan ini ialah RM2.5 juta... Dengan memakai songkok and tongkat ni together kita boleh menjadi kebal and akan dapat banyak kesaktian.... dia cakap kedatangan Datuk Mazlan kerumahnya malam itu ialah untuk mandi bunga.. kerana mereka percaya yang malam tu akan ada rezeki yang turun....
       sedang Affendi dan Mona bersiap-siap nak mandikan Dato Mazlan dengan membaringkan dia.. tiba-tiba Juraimi datang membawa kapak dan terus menetak leher Datok Mazlan... dia kata yang Juraimi bertindak seperti orang yang tidak ada pedoman siap kancing gigi... tindakan Juraimi membuatkan Affendi dan Mona tergamam and terkaku seketika... selepas ditetak tiga kali akhirnya kepala Datuk Mazlan pun tercabut... selepas tu dia kata yang Juraimi mengarahkan mereka membawa anak mereka iaitu mazdiana lari ker KL and biarkan dia menguruskan Dato Mazlan... maka mereka pun pergilah ke KL seperti yang diarahkan oleh Juraimi....
3. SUSPEK KETIGA... MONA FENDI..
         Mona pula hanya bersetuju dengan kenyataan suami nya Affendi... dia menceritakan bagaimana perasaannya disaat itu and kesal dengan perbuatan Juraimi... dia juga menyatakan buat apa dia nak ambil harta Datuk Mazlan kerana dia dan suaminya sudah kaya.. menurutnya meraka ada RM400 000 simpanan dalam bank...
          bila ditanya apa yang dia buat selepas pembunuhan.. dia bagitahu yang dia dan keluarganya termasuk anak mereka Mazdiana bermalam di Hotel sebelum pergi bermalam di rumah saudara mereka pula.. selepas tu mereka juga menyewa rumah... dia kata dia sempat membawa anaknya bershopping.. and dia kata yang anak dia suka sangat bershopping... 
            bila ditanya kenapa membawa kereta Datuk Mazlan ke KL dan menjualnya.. dia menafikan kenyataan itu dan dia kata sebenarnya kereta tu rosak and dorg bawa baiki..
             akhir sekali dia kata yang motif Juraimi membunuh Datuk Mazlan kerana cemburu hubungan Datuk Mazlan dengan Noraini....
AGAK MENARIK JUGA PERBICARAAN DORG NI...
COZ JURAIMI KATA DIA DIRASUK...
WHILE, MONA AND SUAMINYA KATA YANG JURAIMI CUBA MENGENAKAN MEREKA....
maka bila turn pendakwa raya berbicara semua mesteri terungkap....
menurut pendakwa raya sebenarnya ketiga-tiga suspek bersalah kerana meraka memang merancang bersama-sama untuk membunuh Datuk Mazlan....

PERTAMA.... pasal Juraimi yang dirasuk oleh Affendi sebenarnya satu penipuan....
kerana.. kalau Juraimi dirasuk bagaimana dia boleh mengingati adegen pembunuhan yang dijalankan. dengan terperinci... lagipun cerita dia semasa disoal jawab dengan polis and semasa perbicaraan di mahkamah terdapat beberapa percanggahan.... tambahan lagi.. dia kata yang Mona bagi dia RM1500 dan mengatakan RM1000 untuk makanan itik manakala RM 500 untuk dirinya... kalau dia dalam keadaan dipukau macam mana dia boleh mengingati perkara berkenaan dengan terperinci... siap tahu lagi RM1000 untuk itik and RM 500 untuk dia..... antara fakta yang meragukan juga .. dia kata dia ada cuba mencari Mona dan suaminya di KL selepas sepupu Datuk Mazlan ugut dia untuk buat laporan polis jika datuk Mazlan tidak pulang ke rumah..... kalau dia dirasuk macam mana pula dia boleh sedar nak cari Mona dan Suaminya di KL siap pergi tido umah kawan agi.... sebenarnya niat dia mencari Mona dan suaminya ialah untuk memastikan pembunuhan itu tidak terbongkar..... plus, peguam dia gagal menunjukkan bukti rawatan drpd doktor yg menyatakan Juraimi berada dlm keadaan tidak sedar semasa melakukan jenayah....

Kedua... pasal kenyataan Affendi juga menipu... sebab dia kata Juraimi bertindak seperti orang tidak pedoman dan bukan bertindak diatas arahan dia... kalau benar kes ni  tiada kaitan dengan mereka kenapa mereka tidak melaporkan perkara ini kepada polis... kemudian lepas pembunuhan berlaku Mona and anak mereka sempat bershopping besar lagi... mengikut bahan bukti menyatakan yang Mona berbelanja sebanyak RM200 000 selepas pembunuhan berlaku dan kebanyakkan duit yang digunakan ialah not RM1000 sama dengan duit yang dibawa oleh Datuk Mazlan semasa datang ke rumah mereka semasa malam berlakunya pembunuhan.... tambahan pula, Mona mengaku dan mempunyai bukti telah membuat pemedahan plastik selepas pembunuhan dan kereta Datuk mazlan juga dijual... kenyataan Mona yang menyatakan mereka kaya sebenarnya satu penipuan kerana mereka gagal menunjukkan  sebarang bukti yang mereka ada simpanan sebanyak RM400 000.....

Ketiga,. pendakwa raya berjaya, menunjukkan yang Juraimi ada motif pembunuhan iaitu pasangan Mona dan Affendi berjanji akan memberinya RM15 000 selepas selesai pembunuhan.... malahan alasan Juraimi memotong  Datuk Mazlan kepada 18 bahagian adalah untuk mempercepatkan proses pereputan kepada mayat.....

maka, semua juri sebulat suara menjatuhkan mereka hukuman gantung mandatori mengikut Seksen 302 dalam Kanun Keseksaan....

Khamis, 2 Ogos 2012

Rumah Aznil digeledah perompak

KUALA LUMPUR - Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Kosmo

Selasa, 28 September 2010

Namewee dicari polis?

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.

Polis: Namewee tidak ditahan atau dikehendaki

Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.

Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.

Video 'Nah' - polis rekod kenyataan Namewee

Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'.

Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan.

Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri.

"Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh.

Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.

Rosnah tak layan cabaran Namewee

Kongsi 15
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak akan melayan sebarang cabaran Wee Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video "Negarakuku" sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Rosnah berkata, Puteri Umno telah mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.
Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ia jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri Umno di Besut.
Rakyat Kelantan

Dalam perkembangan lain, Rosnah, yang juga timbalan menteri kesihatan berkata beliau akan membawa isu anak Terengganu terutamanya di kawasan utara negeri yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, supaya tidak diberikan status rakyat Kelantan.
Katanya, rundingan akan dibuat terlebih dahulu dengan pelbagai kementerian dan agensi bertanggungjawab supaya anak Terengganu yang dilahirkan di HUSM terus diberikan taraf kerakyatan Terengganu.

Kebanyakan wanita yang menghadapi masalah untuk melahirkan anak selalunya dirujuk ke HUSM kerana ia lebih dekat dengan Hospital Sultana Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, sekaligus menyebabkan anak yang lahir mendapat sijil kelahiran di Kelantan.

Perkara itu didakwa menimbulkkan pelbagai masalah terutamanya untuk mendapatkan hak keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Terengganu.

Mengenai program jelajah itu, Rosnah berkata ia telah dilaksanakan di beberapa buah negeri dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dan anggota sayap itu.

- Bernama

Ahad, 1 Mac 2009

Tragedi asmara (Ceritera)


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SUNGAI BULOH: Gelora liar seorang gadis kacukan yang cuba melepaskan nafsu bersama kekasih di dalam keretanya berakhir dengan tragedi apabila mangsa dirompak sekumpulan penjenayah sebelum dirogol beramai-ramai hingga hampir pitam.

Mangsa berusia awal 20-an sebelum itu dikatakan berdua-duaan di dalam kereta bersama ‘buah hatinya’ yang berusia 23 tahun di kawasan sunyi sekitar Sungai Buloh, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Sumber polis berkata, ketika asyik memadu kasih, muncul sekumpulan tiga lelaki yang sebelum itu asyik memerhatikan aksi ‘panas’ mereka.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit bersenjatakan parang menggertak mangsa dengan parang menyebabkan mangsa sedang berpelukan dalam keadaan separuh bogel terkejut.

“Dalam kejadian itu, mangsa dan pasangannya diugut menyerahkan barang berharga dimiliki termasuk wang dan telefon bimbit.

“Gadis terbabit yang ketika itu dalam keadaan separuh bogel dipercayai mengundang rasa ghairah lelaki terbabit mengambil kesempatan daripada peluang yang terhidang,” katanya.

Menurutnya, mereka bertindak mengikat tangan dan kaki teman lelaki mangsa sebelum meninggalkannya di tempat kejadian.

“Sejurus itu, lelaki terbabit melarikan gadis berkenaan dengan kereta ke kawasan sunyi jauh dari lokasi pertama. Sejurus sampai ke kawasan berkenaan, mereka bertindak memperkosa mangsa bergilir-gilir.

“Mangsa cuba melawan bagaimanapun diugut dicederakan dengan parang sebelum dirogol berulang kali,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai meratah mangsa, mereka mengarahkan mangsa masuk semula ke dalam kenderaan sebelum ditinggalkan di bahu jalan sekitar Sungai Buloh.

“Kejadian rogol berkumpulan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera ringan ditubuh. Mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian rompak dan rogol berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memburu kumpulan penjenayah berkenaan yang disyaki terbabit beberapa kes samun dan melarikan kenderaan mangsa sebelum ini,” katanya.

Kejadian seumpama itu pernah dilaporkan berlaku apabila seorang gadis berusia 18 tahun yang berhajat melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dalam kereta di kawasan tersorok akhirnya diculik sebelum diperkosa beramai-ramai.

Difahamkan, mangsa diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki yang menyamar anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pasangan terbabit yang menaiki sebuah kereta Honda dikatakan menuju ke arah Empangan Klang Gate di Taman Melawati, Hulu Klang.

Bagaimanapun, mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan tiga lelaki mengugut membawa pasangan berkenaan ke balai polis kerana didakwa berkelakuan sumbang.

Harian Metro