Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 10 April 2009

Warisan 2 (Singgahsana)


Anonymous
Tanah ku melayu
Posted on 10.4.2009 10:59 AM

Jangan bicara lagi rezab Melayu. Tidak ada bezanya dgn tanah saudagar. Semuanya boleh terlepas ke lain bangsa. Jgn di ratib lagi Tanah Melayu, nama Melayu shj di geran tetapi di atas kertas kontrak nama lain bangsa. Miliknya melayu hasil dipungut lain bangsa. Gara gara mau kaya segera. Jng lagi bicara soal ketuanan Melayu, kalau Tanah Melayu digadai dan dijual ke lain bangsa. Semua Tanah Melayu dah dikubangi mereka. Akhirnya nanti pemimpin Melayu akan memimpin di sebuah negara yg mejoritinya Melayu tapi tanahnya semua dimiliki lain bangsa. Mahu kah kita. Jika tidak jgn jual tanah ke lain bangsa. Mari kita beli semula tanah yg terlepas ke lain bangsa.

YB
Seri Iskandar


YB (Dalam hati aku menyebut nama.. sebenar) Aku tengah keliru amat kini, tanah yang telah terlepas itu sekitar lima ekar lebih, sah telah milik orang luar. Bukan orang tempatan atau Bumiputra. Sedangkan sekitar 15 tahun aku kena belanja sekitar RM5,000. Aku pula bukan berduit sangat.

Aku tebus sekitar lima geran & dua geran lagi berjumlah belasan ekar pun kira korek habis duit keluarga. Habis duit ganjaran pencen takkan nak perabis & tebus semua itu. Tak ada siapa nak bantu apatah laginya ianya tanah pusaka. Nama bertindih-tindih di dalam geran. Bagaimana pun aku akan usahakan juga. Ada beberapa geran lagi yang aku rasa masih boleh diselamatkan olah akta & lanun yang menindas bangsa sendiri.

Memang YB, Mila kerja di Sime Darby tahu semua pemilik estet kelapa sawit kita. Payah nak jumpa nama Melayu, cuma pegang sahamnya orang kita kroni yang memang sudah kaya raya. Perkara ini perlu dirombak segera. Kita rakyat marhaen sekadar dapat bersuara, mereka pula ada kuasa akta tanah & duit. Memang penyudahnya kita bangsa Melayu jadi bangsa Kiamat. Kiamat tak dapat apa. Maka itu jika ada kesedaran, anak muda yang merantau; ingat-ingatlah kampung halaman. Banyak sangat aku lihat di kampung-kampung tanah terbiar & lanun bagaikan juling mata mahu merampasnya. Kita kena jaga hak kita biarlah kita berbalah sesama keluarga; tak apa air ditetak takkan putus; jangan sampai orang luar ambik tanah harta kita.

Agar ada saudara maraku yang terbaca jurnal ini dapat membantu & berfikir bersama.

Di kampung aku baru baru ini ada projek mega; usahakan tanah terbiar; tapi pra syaratnya amatlah pelik; Tak baik sebut kerajaan mana. Maka itu aku tak mahu berkompromi. Mereka main duit YB, hinggakan organisasi kerajaan pun berkompromi. Dalam syarat borang di RISDA aku baca lain tetapi dalam kontrak projek mega itu lain. Kata kakak aku yang baru melawat kampung, tanah yang diterang & tebas itu telah kembali semak. Inilah nasib orang kampung kita yang tek berduit. Dimainkan oleh kroni bangsawan & hartawan ini. Apa yang kita boleh buat YB.

Sila Klik sini kampung halamanku. Tapi banyak tempat menarik si MakSaleh Jambang telah padamkan.
Tanah yang aku ingin majukan sendiri..

Tasik Azim di mana kami rajin memancing, sayang tanah ini khabarnya milik Datuk or Dato' orang luar kampung kami. Menurut Tok Ketua Kampung mereka dapat puluhan ekar & mahu buat kilang simen di sini.

Anonymous
Ikan Temakang Paya
Posted on 10.4.2009 12:33 AM

Puak2 kita,
1. Kena selalu beringat, perkara yang sangat asas, iaitu hubungan kita dengan tanah tersebut jangan diputuskan hubungan.

2. Apabila sampai waktu kena berusaha untuk settlekan cukai. Hanya ini saja cara hubungan kita dengan tanah tersebut. Barangkali untuk kita usahakan tanah tersebut tentu sikit sukar kerana atas sebab masing2 spt tinggal jauh, sibuk mencari rezeki di tempat lain, modal dan macam2 lagi.

3. Hubungan inilah yang kena dijaga . Walaupun tanah tersebut menjadi hutan banat tetapi tidak menjadi apa kerana hubungan kita dan tanah telah disettlekan.

Memang Betul apa yang Ikan Temakang Paya katakan. Silapnya kita lantaran memberikan ruang pemerintah kita menggunakan akta yang mereka pinda itu. Denda lewat bayarnya amatlah tinggi. Aku pernah berbual masalah ini dengan Wan Limah di kampungku, dia terpaksa bergadai bergolok untuk menebus tapak rumah sendiri. Lantaran terleka. Mungkin bukan silap dia. Masalah yang aku bangkitkan sebelum ini. Dedulu tahun 1920an semua tanah kampungku itu bergeran besar, lamsum banyak lot rumah, ada yang sampai puluhan rumah dalam satu geran. Bila ketuanya sebagai contoh arwah Apak; Mat Sesh yang dulunya rajin guna duit sendiri & kemudian kutip dari setiap rumah; apabila arwah Apak tiada; maka orang kampung ambil tak kisah sahaja. Ini yang jadi tanah boleh tergadai.

Kerajaan negeri seharusnya berlaku adil, memecahkan geran besar ini ke lot masing-masing. Janganlah gunakan upahan tinggi; Aku rasa Ketua Kampung berperanan dari peringkat awal dalam pecahan lot ini. Jika seorang individu seperti aku yang redah Pejabat Tanah sendirian macam tahun lalu. Mulalah orang Pejabat Tanah Kampar itu bermain perbagai sendawara. Bila nak jumpa bos besar (tak pasti apakah Pegawai Daerah bos besar mereka.. lupa ekh!) nak minta bayar beransur, katanya bermesyuarat. Tanya pembantunya naksenang-senang nak kasi notis pula tiga bulan; kemudian mereka nak guna akta tanah perbagai untuk rampas tanah kita. Lelong. Nak tukar alamat bil pun susah bangat. Bila nak bayar melalui internet katanya tak boleh pula sebab banyak bil banyak bertunggak.

Habis tu takkan nak ke alamatkan bil itu ke rumah kosong arwah Apak. Nak hantu tolong sampaikan kepada kami.

Yang kelakarnya, aku suruh tak payahlah tulis di alamat tu nama arwah Apak yang meninggal. Kot sesat lagi bil itu. Mana tahu kot di taman saya duduk ada lagi nama Mohd Radzi; tak perlu DA perbagai (Di alamat) Huh! masih nak tuliskan juga. Padahal dah cukuplah di bil itu ada nombor geran perbagai sebagai sah itu milik keluarga kami. Masih bertegas juga kerani perempuan mahu cara dia; kita risau tak terima bil lagi.. Beberapa minggu sebelum itu saya berurusan dengan kerani lelaki senang amat berunding. Kerani lelaki ini yang jujur siap suruh saya merayu agar boleh bayar beransur. memang dia hulurkan borang untuk rayuan bayaran beransur. Huh! Denda sahaja telah beribu RM. Tanah kita macam hak mereka jadinya.

Yang aku mushkilkan jika mereka telah guna komputer. Takkan tak boleh dikesan semua tanah milik arwah Apak. Rasanya jika klik nombor kad pengenalan pun akan dapat dikesan semua. Habis tu jika aku sekarang warisnya yang mahu ambil tahu mana bil lain; selain 3 geran yang aku tebus tahun lalu teramatlah payahnya. Nampak sangat ada mainan dibelakang semua ini. Selepas bulan Mei tahun ini; aku berharap aku dapat tebus sebahagian lagi tanah arwah Apak. Masih ada lagi satu dua geran di tangan kami. Doa-doakkanlah aku berjaya menebusnya semula.

Atau ada cadangan sesiapa di sini yang kenal & arif bab tanah ini...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan