Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 4 April 2009

Suamiku binatang (Ceritera)


Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Tergamak dia memperlakukan saya seperti binatang...saya dibelasah dengan teruk, termasuk dipijak perut hingga menyebabkan rahim pecah hanya kerana tidak bersetuju dia kahwin lain,” kata pemandu van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Saripah, 51.

Wanita beranak lima dan sudah bercerai itu mendakwa bekas suaminya turut melakukan pelbagai penderaan tanpa perikemanusiaan terhadapnya.

Penderaan itu termasuk menjerut lehernya dengan wayar telefon rumah, tangan digari dengan mulut disumbat kain, kepala ditekan dalam kolah air dan anggota badan dipijak menggunakan kasut kawad.

“Dia juga kerap membelasah saya seperti ahli gusti di televisyen apabila menghempas kepala saya ke lantai dan dinding rumah.

“Kemuncak penderaan paling teruk ialah dia memijak perut saya beberapa kali sebelum menghentak menggunakan lutut,” katanya tersedu mengimbau kejadian awal penderitaannya pada 1999.

Kecederaan teruk akibat perutnya dipijak akhirnya menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim yang rosak di Hospital Teluk Intan.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro semalam, Saripah yang berasal dari Teluk Intan, Perak, turut menunjukkan jari kelengkeng kanannya hampir cacat kerana diketuk bekas suami menggunakan batu-bata.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka bekas suami tiba-tiba berlaku ganas apabila hasrat berkahwin lain tidak dipersetujui.

“Saya bercakap dengan baik walaupun hubungannya ketika itu sudah terbongkar dan meminta dia beristighfar serta mengingati tanggungjawab terhadap kelima-lima anak perempuan kami.

“Dia menengking dengan mengatakan akan tetap berkahwin dengan kekasihnya dan terus memukul saya. Sejak kejadian itu, saya terus-menerus menjadi mangsa deraannya.

“Apa yang menghairankan saya, walaupun lebih 20 laporan polis, termasuk di Bukit Aman dibuat sejak kali pertama didera pada 1999, hingga kini masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika ditemui ketika membuat aduan di Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno di sini.

Mereka bercerai pada 2000, tetapi Saripah mendakwa masih diganggu bekas suami menerusi pelbagai ancaman.

“Saya hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya dan berharap kes saya disiasat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketika dihubungi berkata dia belum berjumpa dengan pengadu kerana ketika ini berada di Bukit Selambau membantu jentera Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil.

“Saya hanya tahu pengadu menemui pegawai saya di pejabat sekretariat Kampung Attap, Kuala Lumpur. Namun, failnya sudah dibuka untuk siasatan. Jika benar ia berlaku, sekretariat akan ketengahkan kes ini untuk disalurkan kepada pejabat Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

“Saya yakin KPN telus dan jika terbukti bekas suami pengadu bersalah, dia tidak akan terlepas daripada tindakan,” katanya.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan