Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Kelakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelakar. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mac 2014

'Raja bomoh' kata tak puja kelapa, bubu


Pemimpin upacara perbomohan di KLIA untuk mengesan pesawat MH370 mengancam untuk mengemukakan saman ke atas pihak yang mempersoalkan kaedahnya.

Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja bomoh' dilaporkan akan mengambil tindakan itu ke atas pihak yang mendakwa kaedah perbomohannya itu bertentangan dengan syariat Islam.

Jelasnya, beliau tidak memuja barangan yang digunakan dalam upacara tersebut dan hanya menggunakan ayat suci al-Quran, lapor Utusan Malaysia.

"Penggunaan barang-barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

"Saya harap orang ramai tidak mudah tidak menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan akan diambil kepada mereka yang degil," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Ibrahim pada hari Isnin lalu mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas KLIA dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan batang buluh berkenaan sebagai satu teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.

Beliau muncul sekali lagi pada hari Rabu dan bersama tiga orang pembantu yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu pengalas, dengan diperhatikan oleh orang ramai.

Dalam upacara tersebut, salah seorang pembantunya itu menggunakan sebatang tongkat untuk membuat gaya mendayung sampan dan seorang lagi menggunakan satu bakul untuk menunjukkan gaya mencedok air.

Individu terakhir dalam barisan tersebut memegang dan menggerakkan buah kelapa di kedua-dua belah tangan.

Dalam upacara itu mereka melaungkah takbir beberapa kali.

Kaedah itu mendapat perhatian seorang selebriti rancangan TV keagamaan, Mohd Hassan Adli Yahaya yang menyifatkan aksi sedemikian seolah-olah ditiru daripada aksi dalam filem jenaka klasik 'Do Re Mi' (1966).

Mohd Hassan dalam laporan Sinar Harian menyebut, umat Islam harus disedarkan agar tidak terpedaya dengan kaedah “mengada-adakan apa yang tiada” itu.

"Apa yang lebih utama adalah menyedarkan umat Islam di Malaysia supaya jangan terpedaya denagn apa yang diperkatakan bomoh berkenaan,” katanya.

Terdahulu, perbuatan tersebut mendapat teguran bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkannya sebagai "satu kerja bodoh".

Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, panel Kajian Akidah Jakim pada November 2004 telahpun memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam.

Ahad, 9 Disember 2012

Dadidu Balas Pimai Tersingkir di Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 4 Keempat

Komen dadidu balas pimai tersingkir maharaja lawak mega 2012 minggu ke 4 keempat Siapa peserta terkeluar?

3 PESERTA TERSINGKIR SERENTAK
Setelah 4 kali membuat persembahan dan malam ini Malaysia mendapat kejutan apabila 3 kumpulan disingkirkan secara serentak.

SIAPA TERSINGKIR?
akhirnya juri Lisa Surihani telah mengumumkan 3 kumpulan yang terkeluar adalah dadidu, balas dan pimai tersingkir di maharaja lawak mega minggu ke 4.
Persembahan meraka tidak memukau perhatian para pengundi dan ini membuatkan mereka berada di kedudukan yang tercorot.


Walaubagaimana pun, tahniah merekah telah melakukan yang terbaik untuk minggu keempat. - djdanchef




Saturday, 8 December 2012

23 Kumpulan Dadidu, Balas dan Pi Mai tersingkir daripada Maharaja Lawak Mega 2012 | Minggu Pertama Penyingkiran

   Assalammualaikum, peace upon you.
3 Kumpulan tersingkir untuk Minggu Pertama Penyingkiran dalam Maharaja Lawak Mega 2012, sekali 3 kumpulan tersingkir, naseb bandung jokers upin ipin tak tersingkir heheeee^^ :p
dadidu Maharaja Lawak Mega 2012
Lawak AR Badul ini memang agak kasar & sering pekena rakan lawaknya; Mereka adalah pelawak Otai yang masih bergiat dalam seni lawak jenaka. Mereka telah mencuba dengan sungguh-sungguh tapi ada ketika komidi mereka hambar & tak dapat mencuit hati penonton. Kita perlukan ramai pelawak agar dunia hiburan kita akan tetap meriah. Mereka masih ada peminat hatta teruskan berkarya. Agar Dadidu mendapat ruang di TV pun dunia hiburan kita.
Balas Maharaja Lawak Mega 2012
Kumpulan dari Utara Tanah Air ini sering menjadi bahan bualan sebab kelakar mereka selalu membawa maksud berlapis. Mereka memang berbakat dan masih ingat komidi makcik karipap yang mereka getetek hati penonton memang menarik & lawaknya segar. Agar Kumpulan ini terus berjaya dalam gelanggang  pelawak tersohor Tanah Air.
Pi Mai Maharaja Lawak Mega 2012
Suka amat dengan Imuda & Mat Over; Imuda anak seni yang hebat menulis & melukis
Mat Over pula habat nyanyi lagu hindustan. Mereka telah cuba mencuit hari kita tapi ada pasukan lain yang lebih kelakar. Pi Mai tetap kumpulan yang harus diberikan tempat untuk muncul dalam progrem komidi di TV. Masih ramai peminat mereka. Pasti jika ada skrip yang baik mereka dapat melakon watak kelakar yang berjaya.
Siapa kumpulan pilihan anda? mungkin kita boleh kongsi bersama.