Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 24 Januari 2007

Pautan Hati 4 Gangguan SMS ( Delima Merkah )


( Ada yang bertanya apa maksud Delima Merkah? , Saya mengategorikan kisah benar yang diolah serta ditokok-tambah agar menjadi ceritera yang menarik dengan istilah Delima Merkah )

Sedang dia asyik mengelamun, terdengar nada dering SMS. Bukan bunyi nada dering telefom bimbitnya. Dia nampak tas tangan Juriah terbuka di rak katil pengantin.

" Perlukah aku membukanya? " Desah hatinya.

" Tak baik!, jika ditahu Juriah aku membaca SMS dia, takut pula aku dituduh terlampau ambil tahu ... cuba menyekat kebebasan dia.." Suara hati dalam diri.

" Tapi bukankah dia telah mutlak jadi isteriku, salahkah aku mencemburui isteriku aku sendiri " Desah hati cemas Jamil.

" Ishh baru nikah dah ada sikap cemburu buta?.. kawallah sikit Jamil " Suara hati dalam diri memujuk.


Jamil hampir habis bercengkerama dengan usapan lembut beracun 555. Teringat akan kuali besar, periuk besar & banyak lagi pinggang mangkuk tidak bercuci. Dia terbayang wajah Syafik anak sulung Kak Julia, baru tingkatan satu tapi memang boleh diharap. Anak abg Paiman yang nombor dua si Raman biarpun baru darjah dua tapi cukup rajin dalam bab main air. Harapan Jamil jika ada berdua orang menolong ringan sikit kerja dia untuk membasuh nanti. Jam di dinding masih awal. Anak saudaranya masih ada yang tidur cuma sebahagian terdengar suara mereka di anjung menonton TV. Jamil kian melupakan SMS Juriah. Menghidupkan nyawa sebatang lagi 555.

Dia terbayang akan wajah ibunya di kampung. Wak Suminah. Orang kampung memanggil ibunya begitu. Seorang ibu yang amat baik, tak pandai nak marahkan anak. Tidak pernah bersuara meninggi. Ibunya yang mencarikan jodoh. Ibu Juriah yang kini adalah Mak Mertua, adalah kenalan lama ibunya. Jamil sememangnya tidak pernah bercinta. Juriahlah bagaikan cinta pertama dia. Dia berharap dapat memilik cinta Juriah setelah berkahwin.

" Abang sarapan sudah siap, tak mahu sarapankah? " Emmm ada ayat negatif ujungnya.

" Kejap! lepas abang tukar pakaian ini abg turun "

Ayat negatif; kerap terjadi ayat yang begitu. Seharusnya ayatnya berbunyi begini.

" Abang sarapan sudah siap, jom kita bersarapan bersama! " Bukankah sedap bunyi ayat begitu. Jika suami yang pasif memang tak jadi soal, bagaimana pula jika suami yang keegonya yang nyata tinggi pasti akan timbul pula ayat balikan yang mengeruhkan keadaan.

Bila Jamil melangkah ke ruang dapur, telah berkumpul semua keluarga mertuanya. Wak Suratman telah meneguk kopi, cucu-cucunya telah bersila menjamah juadah. Jamil duduk di sebelah Syafik. Juriah menghulurkan pinggan kepada Jamil. Jamil menyeduk lontong & mengisi kuah lode ke pinggangnya. Masih ada rendang daging kenduri semalam. Syafik di sebelahnya makan bihun goreng digaul dengan kuah kacang.

" Syafik & Raman nanti lepas sarapan tolong Paman Jamil basuh periuk kat belakang tu..! " Wak Suratman memecah kesunyian. Jamil tersengeh, jangkaannya memang tepat, anak saudara Juriah pasti akan menolong dia nanti.

" Baiklah Yaie.., tapi lepas siap semua Paman Jamil kenalah belanja kami minum ABC " Bergurau.

" Alaa... tak jadi masalah, nanti Paman mesti belanja punya " Jamil tersengeh lagi.

" Mira nak tolong boleh tak Yaie..! " Anak bungsu Julia mencelah, bualan Atoknya.

" Mira tu memang hantu ABC, bukan larat buat kerja ... nanti main air saja " Raman bersuara. Mira monyok.

" Yaie tak kisah, lagi ramai tolong lagi Paman Jamil tak penat nanti, setahu Yaie Raman yang suka main air! " Mira rasa terbela, tersenyum!.

" Mira tolong tenguk-tenguk kami pun tak apa, nak tolong basuh pun bagus juga, Paman tak kan nak tinggalkan Mira jika kami nak minum ABC nanti. " Jamil senyum kepada Mira. Juriah memerhati sahaja dari jauh.

Jamil telah habis sepinggan lontong taruh rendang & mencapai goreng sukun. Meneguk kopi O emmm sedapnya. Dia baru perasan akan Abang Paiman. Mana dia iyer!.

" Apak mana Abang Paiman? "

" Biasalah Jamil, abg ipar kau tu kalau sarapan mana boleh lekang dengan kawan dia kat kedai kopi tu! "

Kak Julia buat tak dengar sahaja. Dia masih menjamu selera sebelah emaknya. Juriah telah bangun membasuh pinggan mangkuk di singki.

Capaian Berkait

Pautan Hati 5

Pautan Hati 3

Selasa, 16 Januari 2007

Pautan Hati 3... Pakatan ( Delima Merkah )


1:41 pagi 1/17/2007

Dinihari

Jamil nampak Pak Mertuanya membeluk kapcai jenis Hondanya ke simpang rumahnya. Daun pisang nampak melambai-lambai. Depan rumah Juriah sememangnya banyak pokok pisang, ada beberapa batang pokok kelapa dan mempelam. Mentari nampak tersenyum di gigi langit. Iswara hitam yang dipandu oleh Jamil diletaknya di rendangnya pokok mempelam. Kemah Dia terus masuk ke rumah melalui pintu dapur. Biasalah bila rumah dua tingkat, jarang pintu utama di anjung rumah digunakan.

" Assalamualaikum! "

" Mualaikumsalam... baru balik dari surau ke Jamil? "

" Iyer mak!, Juriah mana mak! "

" Entah... lepas mandi dia masuk ke biliknya, tak keluar-keluar pergilah Jamil jenguk " Nampak Wak Jamiah begitu sibuk, Jamil perasan Kak Julia bersama pun ada. Isteri Abang Paiman Kak Maimun nampaknya memotong sayur bersama anak sulungnya Munirah. Semua wajah serentak memandang Jamil. Bisu tanpa suara. Dia memerhati kot nampak Wak Suratman & Abang Paiman. Tak nampak mereka.

Jamil terus ke biliknya di tingkat atas. Anak saudaranya masih bergelimpangan tidur.

" Assalamualaikum Juriah " Jamil melihat Juriah sedang mengeringkan rambut di meja solek.

Tak berapa dengar Juriah menjawab salam.

Jamil melihat ada beberapa hadiah telah terbuka. Dalam samar lampu tidur di mencapai beberapa pembalut hadiah. Nampak banyak hadiah pinggan mangkuk. Di membaca beberapa tulisan di kad hadiah. Kebanyakkannya nama perempuan, tentunya kawan Julia. Cuma ada satu kad, tulisannya tak berapa jelas, Roslah atau Roslan. Dari pembalut warna biru ada lambang hati.

" Dah sembahyang ke Juriah "

" Mengapa abang bertanya? "

Jamil tak menjawabnya. Jika jawabpun mesti akan keluar jawapan bodoh. Jamil perasan ada satu kotak muzik di meja solek, malam tadi dia perasan tak ada kotak muzik itu. Nampak macam baru. Jamil malas nak bertanya, tapi memang cantik. Dia membuka baju melayunya & mencari kemeja T. Petang semalam dia pesanan masih banyak periuk & kuali besar tidak berbasuh. Ramai kalangan rakan dia bercerita, sesetengah kampung memang periuk besar atau kuali masak mesti mereka perkenakan pengantin. Biarpun mereka kenduri, memasak secara gotong-royong, bab basuh periuk & kuali besar sering dikenakan pengantin yang membasuh.

Jamil berbaring di tilam empuk, tilam pengantin. Dia penat sebenarnya, sayogia malam tadi dia tak cukup tidur, amat mengantuk entah berapa malam dia memang lewat sangat tidur. Dia mengelamun teringat akan 555 dia, tapi pasti Juriah bising tak tahan asapnya. Tak baik pula awal pagi ada ayat yang tak elok keluar dari mulut Juriah. Jamil matikan saja ingat dia kepada 555.

Ahad nanti akan dibuat majlis kenduri kahwin di kampungnya pula. Seingat Jamil penduduk Desa Pinggiran Teluk, memang bagus bermuafakat tiap kali kenduri. Dia pun rajin bersama bergotong royong memasak & mengemas segala kelengkapan kenduri. Ketua pakatan mereka selalunya akan berpesan agar jangan ada timbul rasa tak puas tuan rumah.

" Kenduri kahwin ini memang satu kerja besar, belanjanya buka sedikit, jadi kita hendaklah berkerjasama & jangan timbul desas desus setelah habis kenduri. Tuan rumah ini adalah ibarat keluarga kita saudara mara kita... " Panjanglah nasihat ketua pakatan, selalunya seminggu sebelum kenduri kahwin sememang ada majlis pakatan selasur@balai, melantik ketua mengagihkan kerja; bahagian memasak, hidangan, penanggah, pembantu tuan rumah menyambut tetamu, membasuh & perbagai lagi. Masalah membasuh selalu sangat ketua pakatan akan mengingatkan.

" Jangan sampai ada barangan masakan kita tidak dikemas & dibasuh semua, sampaikan jadi bebanan tuan rumah. Bagi saya tak elok kita nak dera pengantin baru membasuh benda yang seberat itu, Kita beramai kalau membasuh periuk yang besar bersama sememangnya tak jadi bebanan.."

Jamil hampir terlena, hayalan dia terganggu bilamana Juriah membuka pintu & terus ke dapur. Jamil bangun & mendekati tingkap yang telah dibuka Juriah. Dia mencapai kotak 555.

- bersambung

Capaian Berkait

Pautan Hati 4

Pautan Hati 2

MMms 12, Sepanjang Hari di Wad Kecemasan Hospital Serdang ( Famili )

9:05 Malam 1/16/2007

Tiket 1163 jam 10:38 Pusat Kesihatan UPM Senin 15 Januari 2007.
( Kajian nombor 1+1+6+3 = 11 1+0+3+8= 12 12+11 = 23 2+3 = 5 ) Tiada satupun no empat. Bagus!

Bilik Konsultasi 10. Dr Dasibah ( Bukan Nama Sebenar ) @ Dr Datin.

" Apa masalah sakit iyer... Haridan.. " Sambil dia klik komputer yang sentiada menyala di mejanya. Aku duduk mengadap bertentangan dengan Dr Datin tapi nampak tertera namaku huruf besar HARIDAN MOHD RODZI.

" Dr Kassim tak ada ke hari ini iyer, tak mahu jumpa dia ke? "

" Jika nak jumpa dia tak apa saya boleh telefon dia.."

" Tak kisah, lagipun hari ini sekadar hendak buat rawatan susulan, nak periksa tekanan darah saya " Pembantunya seorang gadis cuba menarik baju lengan panjang aku. Aku sengaja memakai baju T lengan panjang ada logo UPM sebab kad namaku tertinggal di kereta Mila, di Pulau Carey. Kot dia ditanya pasal kad pintar UPM nanya aku tak dapat buat pemeriksaan tekanan darahku.

" Jangan buat macam tu, sensitif sikit Otoscope ini "

" Maaflah doktor saya tak terfikir pula baju lengan panjang saya ini ketat "

" Tak apa boleh dibuat tanpa selak baju itu, baju itu nipis sahaja "

" His tinggi sangat ni!... bila awak tahu ada sakit tekan darah ini " Nampak keramahan Dr Datin ini, orangnya memanglah cantik, jernih airmukanya. Nampak kesenangan hidupnya dari layar wajahnya. Tak dapat aku ramal berapa umurnya. Empat puluhan kot.

" Tak boleh ni... kita periksa lagi sekali, awak tenangkan diri & jangan bercakap " Puss... periksa & tenang itu orang sekarang jarang guna mestilah cakap orang putih!

" Emmm masih sama, saya kena tambah ubat ini," Dia menaip sesuatu di komputernya. " Macam mana, awak nak duduk di wad ke, atau kami tahan 4 jam di wad kecemasan kami " Nampak serius ayatnya.

Aku terdiam, aku terbayang suasana di Wad Kecemasan UPM itu; aku memang rasa trauma, pejam mata nampak kerenda dijunjung orang. Ooo tidak, memang tak mahu ke situ, biar kat hospital ramai orang!. Wad Kecemasan UPM memang amat lapang & selesa, tapi tak ada siapa masa aku ditahan tempuhari. Bilik Jururawat pula terasing di luar. Tidak!.

" Tak boleh saya duduk rumah ke doktor, kalau ditahan kat wad itu kat hospital mana? "

" Hospital Serdang "

Aku terkenang akan Fairus, dia kata Hospital Serdang memang amat lapang & selesa. Siap karpet lagi. Itu kelas dua, bagiku yang layak. Bagaimana pula kalau pensyarah & VIP ? Di kelas satu Mahu terbenam kaki kot karpetnya.

" Bahaya awak duduk kat rumah, tekanan darah macam ini perlu tahan di wad, duduk di hospital makan ubat, makanan boleh dikawala, rihat di sana " Masa itu aku lihat bacaan tekanan darah baru dalam 160 lebih ada / tu aku tak ingat biasanya sekitar 110 lebih. Siapa yang pakar tentang tekanan jantung ini mesti faham. Aku ingat kalau Dr datin lihat bacaan semasa aku sakit mengatasi 180 mesti dia lagi bising. Silap-silap dia gari bawa aku ke hospital.


Ooo tidak, memang tak mahu ke situ, biar kat hospital ramai orang!. Wad Kecemasan UPM memang amat lapang & selesa, tapi..

Bahaya duduk rumah, memangpun aku bukan jenis mahu makan berpantang macam Abg Isa. Aku ini ... apa orang kita cakap, tolak besi kayu. Semua belasah. Aku teringat Abg Isa, bila doktor kata dia telah lebih berat & lebih kolestrol, hari-hari dia timbang dirinya di makmal Tok Perak. Bila turun saja 1 kg bukan main suka dia, siap melonjak-lonjakkan tangan. Aku tenguk Abg Isa itu machoo segak lagi. Tak adalah seboroi aku. Seantero dunia dia klik di internet. Hafal belaka mana makanan ada kolestrol, mana yang kurang.

" Awak tak rasa pening-pening ke? .."

" Emmm sikit-sikit saja.. doktor! " Bila doktor sebut pening, memang secara automatik aku teringat waktu bangun tidur, punyalah hantapnya badan nak bangun. Mila kata memang aku ini malas bangun pagi, dah matahari nak terbit baru nak sembahyang subuh.

" Kalau boleh saya suka duduk rumah lagi... doktor, makan ubat sahaja di rumah " Aku mengulangi ayat tadi.. " Bukan apa saya kena menguruskan dua orang anak saya, emaknya jauh di Pulau Carey menguruskan dua orang anak lagi.. "

Dr Datin diam sahaja. Tentunya dia tak minat dengan masalah pesakit. Dia lebih minat menyembuhkan sakit.

" Tak apalah doktor, saya akan cari ikhtiar untuk menguruskan masalah peribadi itu, saya memilih ke Hospital Serdang "

" Tadi awak datang dengan siapa? "

" Seorang "

" Okeylah kalau macam itu saya hantar dengan ambulan.. "

" Tak boleh ke saya pergi sendiri doktor " Macam kritikal sangat jika naik ambulan.

" Jangan!.. kot jadi apa-apa kat perjalanan macamana "

Memang aku teringat peristiwa jiran sekampungku. Masa memandu motorsikalnya, dia terasa pening & minta izin berihat di rumah Pak Dolah di kampungku. Bila dia minta berbaring Maksu Limah berilah bantal sebagai tetamu. Tetamu yang tidak diundang itu, terus lelap & tiada nyawa. Senang sangat perginya & riuhlah sekampung. Berarak nak hantar jenazahnya ke kampung sebelah. Penangan darah tinggi.

" Awak tunggu di luar saya keluarkan surat untuk awak ke Hospital Serdang. "

Aku termenung di luar Bilik Konsultasi Dr Datin, ada kira-kira empat atau lima orang lagi menanti di luar untuk menerima rawatan. Aku tak nampakpun mereka sayogia fikiran aku meracau & berhayal. Aku terkenang Afiz yang aku hantar pagi tadi ke KFC Kajang. Jadi jam 6:30 pagi aku telah ke pejabat untuk cop jari. Kasi can Afiz tidur, penat sangat dia kerja di KFC. Hari ini ada kursus katanya, di KFC Kajang Jam 9:00 pagi - 5:00 petang. Dia kena dijemput semula untuk berkerja jam 6:00 ptg di KFC Tesko Kajang. Macamana. Pasti aku sangkut di wad Hospital Serdang, siapa nak jemput Afiz. Aku terbayang wajah Mila. Tentunyalah itu penyelesaiannya.

Sepanjang riwayat hidup aku memang aku tidak pernah bermalam di hospital. Sejak kebelakangan ini saja aku asyik ditahan di Wad Kecemasan, sudah masuk kali ketiga. Tapi sekadar sepanjang hari sahaja.

" Encik Haridan, ini suratnya, Encik pergi ikut pintu hujung sana tu, ada tangga & ada bilik pemandu di hujung bawah sana.." Pembantu Doktor mengarahkanku. Nyaris tak aku langgar pintu geluncur kaca, aku asyik mamai, kalau tak aku telah terbang ke bawah. :(. Tak payah kena bermalam di hospital yang bagiku adalah tempat yang sering Malaikat Maut keluar masuk. Macam itu ke Malaikat Maut macam cerita Death Note Dewa Maut yang jadi teman baik Raito.

Kebetulan ada pondok telefon awam bersebelahan dengan tak kurang tiga buah ambulan, telefon bimbitku sudah berapa minggu aku tak tambah nilai. Duit banyak lagi dalam akaun. Perkhidmatan tiada, beku macam itu sahaja duitnya, sudah prosedur Celcam macam itu. Nasibku begitu baik, sekali saja aku membuat panggilan ke Mila sudah dengar lagu Mawi, yang teramatnya aku dot dot dot.

" Mila kena ambil cuti petang nanti, ambil Afiz sebelum jam 5:00 di KFC Kajang, tengah pekan tu, bukan KFC Jalan Sungai Chua.."

" Ngapa pula? "

" Ayah kena tahan kat wad kot, tengah tunggu ambulan ini, nanti ayah kasi tahu kat wad mana di Hospital Serdang tu..! "

" Habis tu, budak berdua ini macamana, mereka sekolah agama petang ini "

" Terpulanglah, Mila kena fikirkanlah.. macamana " Mila anak sulung telah terbiasa pandai buat keputusan sendiri. Tegas bukan garang. Silap aku beri arahan mesti dibahasakan silap-silap keluar bahasa jawa dia. Jangan banyak perintah; Terkedu aku nanti.

Aku ke Bilik Pemandu & menghulurkan surat yang Dr Datin kasi. Aku sempat membacanya, surat rasmi, bukan memo. Tertera kes aku dikategorikan kes kemalangan & kecemasan, Kritikal. darah tinggi berhubung kait dengan jantung.

Dekat sahaja jaraknya Pusat Kesihatan UPM & hospital Serdang, takkan lebih empat kilometer mengikut ladang MARDI. Aku terus dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Serdang. Ramai sangat orang, Pesakit Kritikal bercampur aduk dengan pesakit luar.

Maka terjadilah drama bagaimana aku boleh lari keluar! ( Bukan lari keluar ahh, tapi tetiba tekanan darahku jadi normal..)

Ahad, 14 Januari 2007

MMms Episod 11 ... Kena Hantar Dengan Ambulan ( Famili )

2:37 AM 1/16/2007

1082, Nombor tiket. 9:50 Pusat Kesihatan UPM 12.1.07 Cantik tanggal itu. 12+1= 4. Empat nombor maut. Aku sendirian ke Pusat Kesihatan UPM. Ramai mahasiswa, tentunya pelajar cina yang ramai. UPM kini kian dibanjiri pelajar cina lantaran sistem merit..., yang pandai lagi cemerlang sahaja layak memasuki UPM, anak bangsaku makin tercicir!.

Aku tercari-cari Kerani Putih, tak nampakpun dia, cuma aku jumpa Zevior, dia demam.

" Macam mana kaki sekarang, terasa tak sakitnya bila berjalan " Dia baru bercuti panjang kerana kemalangan jalanraya & cedera kakinya, patahkah atau sekadar kecederaan serius tapi berbulan dia cuti sakit. Jalan tak sesegak dulu, tentunya kesan cedera tempoh hari masih ada.

" Okey, kaki saya okey..awak apahal iDAN.. sakit apa? "

" Biasalah Zevior sakit orang tua "

Tak sempat nak berbual dia telah dipanggil doktor, aku leka melihat pelajar yang ramai sangat cina, amoi & pekerja di Pusat Kesihatan UPM memang muda-muda belaka. Sistem ISO mereka begitu kemas, tempat menunggu jua amat selesa dengan kusyen mewah di ruang yang lapang.

Pintu 3 tertera nama Dr Mohd Kassim Shafi.

Pusat Kesihatan UPM menjanjikan setelah mendapat tiket; 22 minit mesti dipanggil doktor. Lebih dari jangka waktu itu boleh komplen. Jadi memang aku tidak perlu risau lama menunggu. 1082 dipanggil.

Aku menghulurkan memo Dr Chong kepada Dr Kassim. Dia membaca & memulangkan semula kepadaku. Dulu Dr Chong memfailkan memo Dr Husni, lain pula cara Dr Kassim. Dari pertuturannya pasti dia bukan orang Malaysia. Indonesia mungkin.

" Ish bapak punya tekanan darah ini terlalu tinggi " Dr Kassim tak puas hati dengan bacaan tekanan darahku, dua kali dia buat dengan alat pengesan yang baru. Tak puas hati & mengambil yang lama. Emmm masih sama 160/100 ke 170/110 lebih.. sekitar itu juga bacaannya. Setelah dua kali dia mebuat ujian.

" Saudara Haridan kena makan ubat tekanan darah tinggi.., nanti saya beri " Huh sakit apa pula ini.

" Tak adakah kaitan dengan masalah batu karang saya? "

" Masalah darah tinggi ini berasingan, bapak kena banyak menjaga makan " Isk padanlah bila kena serang sakit semacam badanku.

" Apakah makanan yang pantang saya makan "

" Barangan masin, ikan masin terutamanya, jangan makan ikan masin " Aku ini kembar P. Ramlee mesti kena makan ikan masin.

" Nanti saya beri ubat tapi Isnin nanti kena datang semula, kena buat rawatan susulan, hendak lihat perkembangan tekanan darah tinggi ini.." Huh mengadap lagi.

" Doktor masa saya diserang batu karang, perut kembung bagai nak pecah & saya sukar bernafas, dada saya amat sakit, tidakkah ini boleh merebak ke jantung & boleh melibatkan strok? " Memang melampau sakit & kembungnya, jika dicucuk jaram peniti masa kembung itu mahu pecah, mungkin boleh melantun terbang bak nenek yang terbang sayogia disumpah dengan sihir oleh Harry Plotter.

" Kebarangkalian itu memang ada, jika darah tinggi memang akan melibatkan jantung, kejap saya periksa jantung bapak " Dia meletakkan alat pacu jantung Stethoscope bagi mengesan keadaan sebenar dadaku. Letak kat neneng, sudu hati, dada...

" Memang kebarangkalian itu ada, jantung bapak memang dikesan sakit di sini. kena di buat diagnosis terapi di Hospital, klinik kita tentunya tiada kelengkapan sedemikian.." Isk kronik.

Aku tentunya terdiam, dari sakit yang sedikit bagiku cuma batu karang kian melarat-larat. Aku terkenangkan si Surya, aku tidak pernah memberitahu aku ini seorang perokok kepada doktor. Pesakit lagi Perokok memang aku pasti para doktor amat benci. Kalau aku jadi doktorpun silap-silap aku suntik ubat cepat mati kepada perokok. Doktor kejam! memang tak layakpun aku jadi doktor. Lagipun aku bukan perokok tegar. Seharian tidak merokokpun tidak menjadi masalah bagiku. Jika aku tress sangat barulah terkenang akan si Surya tu. ( Perokok jugalah itu iDAN oii )

Maka tercatatlah sejarah Jumaat 12 Januari 07 sebermulanya aku makan pil darah tinggi. Lafaz & amaran Malaikat Maut, Atacand candesartan cilexetil; Macam jampi serapah pula bunyinya. Perkataan "sartan" itu yang paling seram terpaksa aku telan. " sartan " apakah tiada nama lain, Macam bunyi syaitan pula. :)

Mengikut bacaan yang aku lihat di radas tekanan darah Otoscope sekitar 170/120 sekitar itu. Okeylah berbanding masa jumpa Dr Hassimah dulu sampai 180/130 lebih. Masa itu memang ketika ada rasa sengatan di sekitar buah pinggangku.

Senin 15.1.07 emmm... aku suka mengkaji campur semua jadi 14, empat lagilah tu..

Memandai sahaja aku mereka cerita seram ..ketakutan sendiri; Mana boleh percaya nombor iDAN oii, tak pasal jatuh kurafat nanti. Silap-silap syirik mempercayaan kekuasaan nombor berbanding Ilahi.

Jumaat itu aku tidak diberikan sijil cuti sakit. Lagipun aku rasa diriku kuat melawan sakitnya. Boleh kerja. Memang aku kagumi akan kelancaran ISO Pusat Kesihatan UPM. Tidak banyak masa yang dicurinya, piagam yang mereka gunakan banyak membantu pesakit untuk mengajar pesakit menilai waktu. Mencegah lebih baik dari dirawat. Cepat mengesan sakit, pandai menghargai masa sihat. Kesan sakit dari awal agar dia tidak merebak. Aku pernah mendengar ceramah kesihatan, masa awal kesakitan itu yang bakal menentukan kritikal atau tidaknya seseorang itu. Terutama serangan jantung, tidak boleh bertangguh biar pun seminit, bila dada terasa sakitnya cepat bertindak mencari rawatan. Langkah keselamatan awal banyak membantu diri seseorang itu dari terlantar tenat.


Apakah ini Gensha yang kerap menjejakiku...

Aku terkenang akan Afiz, dia cuti hari ini, aku berkira petang nanti mahu membawa dia & Aziq ke makmal. Kerja makmal memang tak pernah habis. Borang SKT pun masih tidak dilengkapkan. Aku tak berangan naik pentas lagi, 1999 aku pernah mendapat anugerah cemerlang peringkat Universiti; Biarpun tahun lalu aku dapat markah cemerlang peringkat fakulti ianya sudah cukup satu penghormatan buatku. KJ jabatanku yang baru KKK yang perasan prestasiku. Aku tak nafikan aku dapat membangunkan makmal yang aku ambilalih, dulunya amat teruk & kini makin anggun; Padat penghuni & limpahan pujian dari mahasiswa. Sayang telah dirampas pihak Dekan makmal yang aku bangunkan itu.

Aku jadi mangsa permindahan & terpersuk di makmal kecil ini. Makmal yang baru aku pindah kini, rasanya aku lemas lantaran ruang yang amat terhad, barangan padat kira alatan purba berlonggok di makmalku... huh malas nak fikirkan. Bab cemerlang tadi; Ramai lagi kalangan rakanku yang masih tidak naik pentas. Sejak dikenalkan SSB lagu. Berbual dengan mereka yang tak pernah dapat anugerah cemerlang ini memang akan tambah menaikkan tekanan darahku. ( ewaa dah boleh guna ayat ini ). Tekanan pekerjaan memang banyak menyebabkan pegawai jadi stress & diserang jantung. Apatah lagi risiko persekitaran kerja di kompleks kejuruteraan yang banyak membuat penyelidikan. Universiti Penyelidikan.

Pasti tidak sama risiko kerja di segi kesihatan jika berkhidmat di kaunter pembayaran, berbanding dengan makmal penyelidikan. Maka itu di setengah jabatan stafnya ada elaun kritikal lantaran sentiasa ada kebarangkalian dengan tugasan harian. Kerja kritikal & sakit kritikal. Kait mengait. Tafsirkanlah sendiri.

Emak Mila masuk wad lagi sejak Selasa lagi kot,

Skrin Sony Ericsson 9 Jan 07 12:35 Tengah Malam. Mila di Pulau Carey
As'kum, yong br bg tau, mak masuk wad lg... wad 7A.

Jumaat malam Sabtu semasa aku di makmal aku tidak membuka telefon bimbitku, tinggal di Jenaris. Aku dapat meramal kemungkinan Mila tidak pulang. Pasti dia ingin menjaga emaknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Memang aku perasan Mak Nyaie Afiz ni makin lemah. Telah bertahun kena cuci buah pinggang. Dia makin putus asa. Terkadang dia bagaikan ingin menentang sendiri sakitnya tanpa bantuan siapapun. Apatah lagi bantuan mesin yang naik jelak dia berteman. Tangannya pun telah tak tahu mana satu urat mahu disuntik bagi mencuci darahnya. Terkadang kena tebok perut lantaran terlampau kritikal.

Aku terkenang Cikgu Nanyan yang berbual panjang masalah yang sama. Cerita dia jumpa dukun jantung di Grik ada aku cerita dalam journalku. Perkakasan yang membantu menyembuhkan pesakit terkadang sekadar meneruskan hidup, pulih seperti sediakala memang tidak mungkin lagi.

Tiba di Jenaris dari makmal sekitar 11:00, kira awal sikit taku pula Mila balik awal. Biasa sekitar jam 9:00 dia telah sampai di Jenaris. Kata Anif dia tenguk TV dulu ada cerita paling dia suka. Mutiara Hati. Lepas magrib baru bersiap nak balik.

Skrin Sony Ericsson 12 Jan 07 07.57 Magrib Pulau Carey. SMS isteriku.

" As'kum. mak nyaie belum keluar & ibu cdg nk jg dia esok lg pun esok anif dah mula kelas tambahan jd mlm ni ibu x balik ya yah... lps hanif hbs kelas ibu hantar dia org balik lps tu pegi hospital utk jg mak mlm ahad tu.. ptg ahad ibu balik kajang " ( Kelas tambahan itu Mila guna Inggeris )

Bab menjaga ibu memang tak jadi masalah. Tapi bab kelas tambahan Anif. Bermakna jika setiap minggu Mila kena hantar Anif Kelas Tambahan, dalam seminggu tak akan sampai dua hari kami dapat berkumpul. Aku pun buat mesyuarat ringkas dengan Afiz & Aziq. Afiz pun kurang setuju dengan keputusan ibu. Anif jika mahu ke kelas tambahan untuk persiapan UPSR dia di sini pun bersepah ada. Cumanya di sana memang agak mahal berbanding di Teluk Panglima Garang itu. Aziq pula kata asal jumpa ibu hari Sabtu tak kisah. Jangan hari Ahad baru jumpa sudahlah katanya. Aku pula melangkau jauh. Usia makin pendik, bila lagi aku nak bersama anak-anak. Nanti Anif & Azim langsung tak rasa aku ini ayahnya. Anif pun sudah pandai keluar ayat sebegini.

" Macam ini ke Ayah Anif " Wah mana dia dapat ayat itu?. Aku sengeh melabar. Anif seorang anak yang amat lembut wataknya boleh keluar ayat itu.

Aku menyuruh Aziq telefon mementangkan keputusan mesyuarakat kami bertiga. Mestilah dia tak berani. Aku juga yang kena membentangnya. Aku pun membuat panggilan & tentunya ditentang hebat oleh Mila & aku memulangkan segalanya pada Mila. Malahan telah ada ketegasan & memberi keputusan antara kami. Lalu letak telefon.

Inilah hakikatnya, kenapa makin ramai manusia kini kian pendik umur, apa tidaknya seperti catatanku. Kemelut sana sini. Masalah kerjaya yang tidak habis. Wawasan keluarga pula bertindih; Seharian aku mendengar keluhan sana sini, seperti isteriku Mila, tak nampak mana arah, mana tujuan yang perlukan diutamakan, suami, anak-anak, kerjaya, ibu, adik beradik atau apa@siapakah?. Kitab ada memandu. Tapi kabur!. Pun dunia aku yang makin singkat ini. Di mana aku mahu ruangkan waktuku. Aku cuma ada isteri, anak-anak, kerjaya & teman-teman. Adik beradik & keluargaku sememangnya amat jauh & membuat hal masing-masing. Terkadang sahaja ada gangguan. Seluruhnya hidupku cumalah mutlak teruntuk isteri & anak-anakku, aku nampak kerjayaku tidaklah dapat membantu aku sepenuhnya. Maka itu aku izinkan isteri berkerja; Kerjayaku.. aku anggap sebagai amal jariah semata, aku buat semampunya, imbuhan tidak seberapa. Apatah kini aku jatuh sakit sekronik ini. Emmm bagaimana iyer!.

Mila balik Siang Sabtu, Anif tak jadi ambil kelas tambahan, aku sempat melawat Mak Nyaie di hospital. Malam minggu Mila jaga ibunya. Aku menjaga diri & anak-anak.

(Sakit berangkaiku makin kronik@kritikal. Terpaksa dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang. Mengapa macam itu?)

- bersambung.

Sabtu, 13 Januari 2007

MMMms 10 ... Prosedur ( Famili )


12:49 Tgh hari 1/14/2007

Awal pagi aku cuba telefon Fairus@PengailSejati, teringat ingin pergi ke Pusat Rawatan UPM bersama dengan dia. Dulupun aku ajak dia, masa dia nak temankanku Pak Wahid pula menyerah diri nak hantar aku. Tak dapat berbual, talian Maxis dia merapu. Aku aku yakin aku sihat & boleh bergerak sendiri, lagipun serangan sakit kronik tak datang lagi. Mungkinkah lantaran tamparan Rowatinex Anethol Trithione.

" 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari lebih baru selesai.. bayangkan Zali, kau congaklah berapa lama baru selesai " Zali@ Tok Perak

" Tu le pasal, aku telefon kau awal pagi masih tak bergerak "

" Aku manalah tahu, aku ingat kalau sudah buat temujanji dengan doktor tak perlulah nak ambil nombor berbaris berbagai, lagipun jururawat yang muka macam Cik Peah tu yang kata datang pukul 9:00 pagi, siap tulis di sampul surat lagi! , aku fikir telah tetap jadualnya jadi tak perlulah aku ganggu jadual pertemuan para-para doktor " Cik Peah adalah emak tiriku, isteri kedua arwah apak. Muka macam anak mami, becok mulutnya, tapi jururawat di hospital Kajang ini jauh lebih putih, cantik & muda berbanding Cik Peah, aku cuba intai namanya di kad tergantung, teramat kecik tulisannya. Tak nampak; Jika nak ISO kad nama itu memang penting!.

" Aku terfikir juga nak ambil nombor untuk kau masa hantar isteri aku kerja, tapi tak tahu bila kau nak sampai! " Isteri Tok Perak memang kerja di Hospital Kajang tapi bukan di wad yang sama, Jabatan Pembedahan Am.

" Kalau orang rumah aku kerja di wad itu tentunya dia boleh tolong "

" Akupun silap, tak dapat maklumat yang tepat, kalau aku tahu nak ambil nombor, nak berbaris semua tu, mesti aku akan datang awal, kau pun tahu rumah aku lebih kurang sepuluh minit dah sampai ke hospital tu! Cik Peah tu yang silap suruh aku datang jam 9:00 pagi "

" Emmm pukul 7:00 pagi orang dah ramai berbaris nak ambil nombor iDAN! "

" Haa ahh Atuk yang bawa cucu itu kasi tahu dia datang seawal pagi, Zali apa maksud lilitan riben di tudung kepala rona biru, & rona merah "

" Merah itu pembantu jururawat, biru itu jururawat "

" Bukankah orang rumah Zali sudah jadi Ketua Jururawat "

" Ish mana pula, ketua jururawat yang pakai pakaian seragam rona biru "

" Ooo.. jadi emak AC tu ketua jururawatlah, dah pencen kot emak AC tu.. " Aku teringat masa aku bertandang ke rumah AC Mizal zaman dedulu, perasan mak dia yang sebecok Cik Peah pakai pakaian seragam biru. Jururawat kerajaan memang terkenal dengan becok mulutnya. Tak semua.

" Habis.. tu sakit kau macam mana..? "

" Merebak!, ibarat kapcai tersumbat eksos, mestilah lari semuanya kelancaran enjin, aku ingatkan doktor terus saja buat ultrasound atau scan tapi kau tahu aku kena tunggu lagi berapa lama .. "

" Berapa lama..? "

" Sebulan lebih lagi, 15 haribulan Februari nanti baru jumpa doktor, itupun belum tentunya akan dibuat ultrasound, mungkin doktor ada sebab melewatkannya, hendak tahu kot takut aku ada sakit lain, kencing manis umpamanya. Aku sekadar dapat ubat tahan sakit, pihak hospital cuma ambil darah & air kencing, tak masuk akal nak dapat ubat tahan, nak buat ujian darah & air kencing kena buat temujanji sebelum sebulan " Huh aku teringat akan bayaran RM1, besar manalah sangat nilainya, tapi aku adalah pegawai kerajaan, jasa lebih 25 tahun terpaksa menerima layani sebegini.

" Memanglah keputusan ujian air kencing mengambil masa dua minggu di hospital tu..! "

" Mereka takut aku ada aids kot "

" Ujian aids makan masa lebih lama dari itu iDAN oii .."

Prosedur sahaja agaknya yang melambatkan semua. Bagiku jika ada kesungguhan para doktor, semasa aku di tahan di Wad Kecemasan November dulu sudah boleh diambil contoh darahku. Sebab masa itu sememangnya aku berkeadaan amat kronik, air kencing pun bercampur darah. Jika sudah berkejar ke hospital jam 3 pagi, apakah masih sakit auta namanya. Sebab itu aku kata aku nampak Malaikat Maut. Jika bersungguh-sungguh setiap para doktor kasihan & mahu bersama merasai derita sakit orang seperti aku, kenapalah tidak bertindak segera. Apatah lagi tahu yang tekanan darahku melampau. 190 lebih... aku perasan tekanan darah Mak Mertuaku telah ditahan di wad. Mak Mila memang keluar masuk wad sebab sakit buiah pinggangnya. Kenapa boleh dibiarkan aku berkiaran mencari penawar sakitku. Emmm mesti sebab para doktor tenguk aku machoo, segak lagi kot, senyum memanjang.

" Dua orang doktor telah mengesahkan aku kencing berdarah, tiga orang doktor telah mengesyaki aku punyai batu karang dalam buah pinggang, Dr Tengku di Klinik Husni sibuk bersungut & suruh aku cepat buat ultrasound; Kenapa pula Dr Chong masih bertangguh & kembali ke peringkat ujian awal "

" Mungkin dia tidak yakin dengan keputusan ujian doktor lain "

" Betul juga, mungkin itu prosedur jabatan dia, takut nanti terjadi perbagai kemungkinan bila dibedah, akan dipersalahkan pula pihak hospital... biarlah Zali aku masih boleh bertahan lagi "

Memo dua helai doktor dari Klinik Husni memang telah dilampirkan di rekod perubatanku di di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Kajang. Seharusnya ada juga memo dari pihak Wad Kecemasan Kajang & UPM bagi menguatkan kes aku di Jabatan Pembedahan AM itu. Bagi siapa yang pernah terkena serangan seperti aku mesti mengakuinya. Keperitan yang amat sangat memang amat membahayakan. Semasa pertama kali aku diserang sakit jam 1:00 pagi November 06 lalu yang dekat cumalah Hospital Kajang. Mila ada di rumah waktu itu. Rasanya kalau mahu menunggu siang mungkin telah arwah aku ketika itu. Bernafas pun semakin payah. Aku mengharapkan Mila menghantar. Mana aku tahu aku ada masalah tekanan darah & jantung. Kait mengait dengan buah pinggang. Suntik baru hilang sakitnya.


Afiz & Aziq sudah ke alam mimpi... Aziq cahayamata yang kedua.

Kali kedua aku diserang, kira-kira 6:00 petang telah terasa sakitnya, masa itu aku berpuasa sunat Khamis, aku berbuka di makmal. Kebetulan aku Afiz & Aziq mahu menggunakan komputer di makmal hari Khamis itu. Aku cuba bertahan kesakitan, lepas sahaja berbuka aku telan dua biji ubat tahan sakit, langsung tak berkesan. Eris juga risau berjam aku di bilik air. Sampai menunggu di luar bilik air. Masa itu memang perut membengkak. Tak ada apapun boleh aku lakukan di bilik air. Cuma aku risau anak-anakku takut melihat aku menahan kesakitan. Aku melindung kesakitan takut mereka risau. Bila kira sudah terlampau sakit, tidak tertahankan sakitnya; Aku bergegas ke Klinik Husni Seri Serdang, itu yang terdekat dengan UPM lagipun aku pasti Klinik Husni memang selalunya tak ramai pesakit. Aku cuma perlu suntikan tahan sakit itu sahaja.

Kali ketiga diserang, waktu yang sama 1:00 pagi di Jenaris. Afiz & Aziq sudah ke alam mimpi. Mila, Anif & Azim di Pulau Carey. Aku berani bertahan sebab aku ada segumpal ubat, telan cecair yang doktor beri, tak berkesan, telan ubat tahan sakit, bukan dua biji, bukan tiga biji. Tak berkesan juga, tidak tidur semalaman. Entah sayogia lebihan ubat kot yang buat habis rosak organ aku. Tak sampai hati nak susahkan Afiz & Aziq. Lagipun jam sudah ke arah dinihari. Sebab itu aku terfikir ke Pusat Perubatan UPM. Mahasiswa cuti ketika itu, pasti di sana sunyi, lagipun aku memang kerja hari itu. Doktor Hassimah yang mengesan aku punyai masalah tekanan darah.

Memang jadinya rekod perubatanku bertaburan. Kalau dulu semua rekod sakitku bertumpu di Klinik Husni. Tapi dalam keadaan ini aku memang tak boleh bergantung dengan seorang doktor. Perbagai boleh berlaku. Sakit tiga serangkai, buah pinggang, tekanan darah & jantung. Sekelip mata sahaja memang aku bakal dikebumikan di sisi kubur Mona Fendi. :(. Memang Mona Fendi dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, kira dalam kariah tempat tinggalku. Jantung mana ada amaran. Jika diserang sakit jantung Malaikat Maut kenyit mata sahaja, melayanglah nyawa kita.

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh tolakan pintu Fairus,

" Ada abg iDAN kat sini..! " ... " Ada pun..! "

" Saya dapat cuti hari ini, dua minggu kot!, tulang belakang patah " Macam tak sungguh-sungguh. Orang tulang belakang patah mana boleh jalan bisik aku dalam hati, tapi aku nampak dia pegang filem X-ray. Serius ke si Fairus ini.

" Kau tau Fairus, aku ingat akulah orang paling susah di dunia untuk dihubungi melalui telefon, rupanya kau lagi teruk!, mengalahkan menteri " Sungutku.

" Baru balik dari klinik UPM ( Pusat Rawatan UPM lah tu ) abg iDAN "

" Laa aku memang bercadang nak pergi dengan Fairus! "

" Kelas abg iDAN klinik UPM tu.. tak sampai sejam semuanya beres "

" Baru kau tahu!, mereka ada ISO lah Fairus, perasan tak kat pintu tertampal jika lewat dari 22 minit kita boleh komplen "

" Hari itu abg iDAN pergi berapa lama baru selesai! "

" Lama juga, lagipun aku kena tahan kag Wad Kecemasan berjam sebab tekanan darahku "

" Saya kena cepat balik!, orang rumah ke klinik ... lenggang perut :), abg iDAN pergilah cepat Kerani Putih ada kat sana dia demam " Fairus memang orang yang bersopan, tak pernah guna perkataan aku membahasakan diri. Dua hari sudah memang Kerani Putih lepak di makmalku. Aku perasan dia asyik tarik hingusnya. Komputer anak buahnya memang terburai aku kerjakan, papan utamanya tak berfungsi, sudah rapuh segala plastik di papan utamanya.

Fairus acuh tak acuh sahaja pergi, biasalah si Fairus, kalau dapat cuti. Memang tak boleh lekang nak tidur kat ketiak isterinya. Isteri Fairus tengah sarat mengandung anak sulung. Senyap suaranya mungkin masuk ke bilik dia buka Forum Pancing sebelum balik. PengailSejatilah katakan.

" Zali aku sudah lambat ni.., aku kena ke Pusat Rawatan UPM, nak serahkan memo Dr Chong ini! "

" Orang sudah balik klinik dia baru nak pergi " Sergah Tok Perak, tentunya dia penat nak layan aku berbual.

" Awal lagi ni Zali.. belum jam 10:00 pagi " ... " Lagipun aku tau Pusat Rawatan UPM itu tak akan dera aku, takkan sampai sejam pasti aku sudah boleh balik "

Aku yakin bila sebut bab sakit mesti Tok Perak terbayang wajah isterinya yang terpaksa berhadapan dengan pesakit di Hospital Kajang yang padat sepadat-padatnya.

- bersambung

MMms11

Jumaat, 12 Januari 2007

Malaikat Maut Mengintai Selalu Episod 9 ... Pembedahan Am Penyair iDANRADZi ( Famili )


( Mungkin ada pengunjung situs ini yang terlepas klik untuk mengikuti Episod Malaikat Maut Mengintai Selalu sedari awal... Sila ke ruang Archives Klik Older & ke bulan November 2006 )

3:28 AM 1/12/2007

( Siang tadi di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Kajang.)

Igauan November lalu bagaikan datang lagi 22 November 06 lalu telah dilakukan X-ray, nampaknya masih kabur & masih misteri penyakitnya.

" Sememangnya melalui X-ray kita cuma berkemungkinan dapat mengesan batu karang 30% sahaja, selebihnya kena melalui scan, atau ultrasound atau banyak lagi cara lain " Dr Chong menjelaskan kepada aku. Sambil menulis borang laporan rawatan ISO, Hospital Kajang nak ikut jejak kami kot. ISO yang memeningkan.

" Doktor bila agaknya saya boleh melalui proses scan atau ultrasound itu "

" Hari ini kami buat ujian darah & air kencing dulu, mungkin seminggu dua lagi kita akan berjumpa kembali " Jelas Dr Chong

" Tak lama sangat ke dua minggu itu doktor, saya takut diserang sakit lagi!, tambahan sekarangpun tekanan darah saya makin tinggi, tidakkah nanti boleh strok & melibatkan jantung pula " Aku memerhati radas yang menguji tekanan darahku. Wow melonjak 200 lebih bacaannya, nampak menurun sedikit demi sedikit.

" Saya harap tidak sampai begitu, nanti saya kasi ubat tahan sakit " Begitu yakin tapi memang tidak memberikan harapan bagiku.

" Isk tekanan darah En Haridan melampau tinggi ini " Nampak iras kerisauan di raut mukanya, Dr Chong nampak muda, tentunya usianya sekitar 30an, dari cop memeo tertera MBBS ( Malaya ). Mesti baru berkerja.

" Nanti saya tenguk X-ray awak "

Dia pergi ke meja sebelah, meletakkan X-ray di lampu pengesan. Ada tak kurang dari 5 doktor, muda belaka di Bilik nombor 4. Aku sudah mula rasa tenang diri. Tadinya memangnya aku kalut & stress amat. Apabila jururawat yang berlilit merah di tudung kepalanya, jururawat yang sama wajah mirip anak mami; mengatakan hari ini sekadar jumpa doktor bukan untuk buat ultrsound atau scan. Memang aku tidak menjangkakan sedemikian. Tentunya aku yang tersilap maklumat, lantaran tidak sabar ingin tahu apa sakitku yang sebenarnya melalui ultrasound atau scan. Lagipun telah dua kali aku diuji akan air kencingku; ada darah. Paling akhir semasa aku pergi ke Klinik Husni. Dia begitu yakin aku memang punyai batu karang di dalam buah pinggang. Doktor di Pusat Perubatan UPM juga mengatakan begitu. Aku ditahan di wad kecemasan Pusat Kesihatan UPM pada 22 Disember 06 tempoh hari.

Aku juga menjangkakan bilamana telah buat temujanji jam 9:00 pagi 11 Januari ini pasti tidak perlulah berbaris mengambil nombor & akan terus sahaja untuk aku melalui proses ultrasound atau scan. Rupanya anggapan aku meleset. Prosedurnya masih panjang. Setelah aku jadi pesakit gabra sendirian lagi kebingungan tanya sana tanya sini, barulah aku di berikan tiket nombor giliran. 1092. Huh nasib tidak ada angkat 4 lagi. Gerun juga dengan angka 4 itu. Tertera di tiket tersebut 9:00 pagi. Menunggu proses kedua pun hampir setengah jam. Entah berapa lama aku akan menunggu.

Aku sempat berbual panjang dengan seorang bekas perajurit. Katanya dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan bersalin. Dari ceritera pembangunan bandar Kajang hinggalah dia mengeluh panjang tentang masalah untuk mendapatkan geran di mana dia membina rumah kini, di tapak bekas lombong di belakang Sekolah Leftenan Adnan. Ada yang telah menetap lebih dari 20 tahun masih kerajaan negeri tidak kasi geran.

" Tak tahulah saya abang, tadi saya dengar berita di radio dalam kereta, kalau di Perlis, siapa juga yang ingin membangunkan hotel di sana kerajaan negeri akan kasi tanah percuma lantaran mahu menggalakkan pembangunan di Perlis "

" Kita mungkin tiada kepentingan ekonomi bagi kerajaan kita, nilai tanah di Kajang mungkin terlalu mahal "

" Tapi kita ini bukankah anak peribumi, anak watan di tanah air kita sendiri, untuk kita menumpang membina hidup dalam ruang tanah selesa pun amat payah, saya sendiri hairan bagaimana bangsa lain, contohnya kilang-kilang haram yang dimiliki kaum lain, boleh terus berkembang, boleh ditukar status darah tanah haram ke tanah tol "

" Itu adalah pengaruh duit, mereka banyak duit... semua boleh jadi "

Banyak perbualan menarik dengan abg bekas perajurit tersebut, apabila nombor tiket 1092ku menyala, aku memohon diri & masuk ke Pejabat rawatan Jabatan Pembedahan Am. Memang terkejut beruk. Sepadat-padat manusia di dalamnya. Bangku disusun pun sampaikan berlaga lutut. Yang mahu dirawat sedikit punya ramai yang mengiringi apatah lagi. Di luar, di dalam memang tidak terfikirkan olehku. Padat, padat dengan wajah kesakitan. Sakit puan, golongan istimewa, banduan, emmm perbagai jenis orang.

" Encik ke yang bawa senapang patah kat pintu itu?.. " Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang jururawat.

" Hah!.. bukan saya punya "

" Siapa yang punyai senapang iyer..! "

" Entah-entah polis yang bawa banduan tadi tak? " Sangkaku.

" Tak mungkin polis tadi ada bawa pistol sahaja " Dr Chong mencelah.

" Pak cik yang hujung sana kot " Jawap seorang doktor perempuan yang bagai sebaya Dr Chong.

Lor.. mesti pengawal keselamatan punya kes yang sakit. Biasalah bila sudah umur peringkat pencen. Nampak akan raut ketuaan pakcik jaga tersebut.

Ketika itu sudah hampir jam 1:00 tengah hari. Congaklah berapa jam aku menanti di bilik menunggu. Dari duduk sebelah gadis yang mengiringi ibunya. Lari duduk ke sebelah warganegara Indonesia, dia juga dalam bualannya sama sakit denganku. Bangun ke tandas, ke hulu ke hilir berbual dengan seorang pangkat Atok yang menghantar cucunya ke seawal 7:00 pagi. Sampailah beberapa orang sahaja diluar. Maknanya akulah kumpulan akhir menerima rawatan.

" Dari filem X-ray ini memang tak nampak batu karang dalam badan Encik Haridan "

" Bagaimana pula dengan tekanan darah saya doktor "

" Haa ahh iyer sudah ada bacaan tu " Sambil mencatatkan di rekod rawatanku " Tinggi ni.."

" Patutnya berapa iyer doktor, bukankah bergantung dengan berat badan & umur ..? "

" Berapa iyer umur Encik Haridan " Sambil membelek di kad peribadiku.

" Emmm ada tulis dalam ni.." .... " Sepatutnya sekitar 140 sahaja.."

" Maknanya saya telah pasti ada masalah tekanan darah tinggi " Aku mencari kepastian.

" Yes!, saya ingat kes tekanan darah tinggi ini saya serahkan kepada doktor panel Encik Haridan di Klinik Husni "

" Doktor... saya lebih suka kes tekanan darah saya ini diserahkan ke Pusat Kesihatan UPM, sebab Klinik Husni tu tidak dibuka 24 jam, jika kes kecemasan payah saya nanti. Pusat Kesihatan UPM saya rasa ada khidmat 24 jam "

" Baiklah saya tulis memo untuk Encik Haridan serahkan ke klinik UPM, untuk kes tekanan darah tinggi, kes batu karang ini kami yang akan ambil "

" Sepanjang minggu ini bagaimana dengan sakit dalam perut Encik Haridan? "

" Masih sakit, terutama jika saya berhenti makan ubat yang diberi oleh doktor di Pusat Kesihatan UPM, tapi tidaklah seteruk ketika tiga kali saya kena serang itu "

" Cuba pusing sikit badan Encik Haridan " Dr Chong menekan sedikit di rusuk sebelah kananku.

" Sakit tak? "

" Okey... " Apalah ini doktor, mana mungkin dalam keadaan sakit tak menyerang boleh dirasakan sakitnya. Bukannya buah pinggang itu letakkannya dikulit belakang kita.

Aku menganggap batu karang itu berada bagaikan di dalam sebiji gelas yang kecil di tengah perut boroiku, mungkin dia tidak melekat & boleh beralih, bukan mustahil ketika dia sakit disebabkan berada betul-betul menghalang pundi kencingku. Keadaan sekarang tentunya okey sebab ianya tidak menghalang kelawasan buang air kecil.

Aku baru perasan sebelah mejaku, aku lihat akan Abang yang terbaring di bangku menunggu, ketika pertama kali aku diserang sakit kronik November 06 lalu & diintai Malaikat Maut tempoh hari. Di Wad Kecemasan Hospital ini. Abang tersebut mungkin dari sakit dada melarat masalah jantung, lantaran masa menunggu terlalu lama untuk dirawat tempoh hari, cuma tekanan darah tinggi dia sahaja yang dapat dikesan. Mesti masalah kesihatannya tidak selesai hingga ke hari ini. Dia dirawat oleh seorang doktor perempuan. Hampir sebaya Dr Chong.

" Saya kasi ubat tahan sakit, hari ini kerja tak? " Dr Chong bersuara.

" Tak! "

" Saya kasi Sijil Cuti Sakit hari ini, nanti Encik Haridan buat ujian air kencing dan ujian darah "

Aku senyap, sambil memerhatikan Dr Chong menyelesaikan rekod di kad perubatan & entah apa lagi borang ISOnya. Tentunya aku rasa makin tertekan. Mahu tidaknya, belum tentunya dua minggu lagi aku akan dapat dibuat ujian terapi. Alasan doktor mesti ada, perlu dibuat perbagai ujian sebelum dibuat ultrasound atau scan segala. Takut ada sakit lain akan merebak kesan dari ujian terapi, mungkin orang yang punyai sakit kencing manis atau penyakit kronik yang lain ... lain cara ujian terapinya. Selebihnya tentunya pesakit terlalu ramai kena menantikan giliran. Agakanku sekadar menyedapkan hati sendiri.

" Okey Encik Haridan, ini memo untuk doktor UPM, ini pula Sijil Cuti Sakit untuk hari ini, Ini surat untuk ambil ubat tahan sakit, nanti di kaunter luar mereka akan ditetapkan temujanji kita lagi, jangan lupa sebelum balik buat ujian darah & air kencing "

" Terima kasih doktor "

Aku menunggu lagi di luar untuk mendapatkan kad temujanji. 15 Februari 07. Waduh.. janji Dr Chong tadi cuma selewatnya dua minggu, tapi kini lebih sebulan akan terpaksa menunggu episod sakit agar tak tenat seterusnya!. Aku terpaksa berharap jangan ada lagi intaian Malaikat Maut dalam aku bertarung sendirian dengan ugauan kesihatan dalam tempoh aku menunggu 15 Februari 07 nanti. Harapanku alangkah baiknya sakit ini akan hilang sendiri bagaikan sakit misteri. Bolehkah!?. Lagipun selama ini pun cuma andaian para-para doktor, belum nampak apa-apapun benda yang menghantui kesakitanku. Secara rasmi telah lima orang doktor aku temui. Apakah benar sakit dalam buah pinggang?. Kalau batu karang mana pengesahannya, kenapakah aku tidak terasa kesakitan ketika buang air kecil; Sindrom dari segalanya yang pasti sakitku kini kian merebak; Darah Tinggi kini sah melanda di badan. Esok lusa entah sakit apa lagilah yang datang menyergahku.


Punyai umur yang panjang itu nampaknya bagaikan cuma impian. Bersedialah untuk mati bisik Malaikat Maut. Memang itu yang selalu dirasakan bila kita diserang sakit sebegini; nyilu amat.

Perut terasa makin pedih, masuk anginlah itu lantaran tidak makan apa-apa kecuali minun air kosong sejak bangun tidur subuh tadi. Tok Perak seawal pagi telefon & berpesan, isterinya yang memang ketua jururawat di hospital ini berpesan kalau nak buat ultrasound atau scan di perut memang sebaiknya berpuasa. Seawal 10:00 malam sebaiknya berpuasa. Maka tak jadi masalah berpuasa lantaran aku selalunya puasa sunat pada hari Isnin & Khamis. Tapi telah hampir sebulan aku tak berniatpun berpuasa. Sementelah sakit inilah. Pernah aku berdegil berpuasa sunat, terentap segala usus, urat saraf segalanya. Tentunya ada yang tak kena dengan niat puasaku kot. Allah Azzawajalla menolaknya dengan ujian kesakitan. Kesakitan bagiku adalah lantaran dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

Aku ke farmasi, untuk mengambil ubat tahan sakit. Entah jenis apa tak pernah aku lihat sebelum ini. Mesti bahasa Malaikat Maut. :( . Diclofenac Sodium. Sodium ini yang aku faham adalah bahasa kimia. Telan kimia dalam perut lantaran takut mati. Tersenyum Malaikat Maut. Nampaknya aku semakin banyak mengenal bahasa Malaikat Maut semenjak November 06 lalu. Rowatinex Anethol Trithione. Macamana boleh ujud perkataan begini. Cuba aku tafsir sendiri. Rowa... roh wafat kot, tinex ... ti macam mati nex.. nex mungkin singkatan nanti dari bahasa orang putih. Roh wafat akan mati. Tak takut ke? Ish nyanyuk orang dalam kesakitan. Yang pasti ubatan yang aku telan sejak kebelakangan ini sememangnya berjenama belaka amat penat hendak menghafalnya. Olfen mepha, Magnesium Trisilicate Co., Hyoscine N-Buttylbromide. Kasmah Booty yang gedenpong pun aku terpaksa telan.

Aku terus menghidupkan kereta perangku. 1:14 tengahhari. Panas. Apatah lagi kereta perangku meragam sejak lama akan penghawa dinginnya. Tengah ngumpul duit nak membaikinya adalah saja aralnya. Pefaham sajalah zaman serba serbi perlu duit. Aku teringat Drama Jepun sembilan VCD Kon'na Koi no Hanashi ; A Story of Love,yang baru aku beli, heronya yang dipanggil Pakcik Jam ( Oyashima ) seorang jutawan [: b oleh Jingpeng anak Yorosei oleh langsung tidak percayakan cinta & persahabatan. Pelakun utama wanita Kaori Fujimura & kakaknya Misha tinggal berjiran dikelompok kemiskinan bersama Yorosei. Yorosei ditinggalkan isterinya Tashima yang percayakan kekayaan adalah kebahagiaan. Kaori pula jatuh cinta dengan Pakcik Jam. Tenguk kelembutan watak Kaori aku pun akan jatuh cinta. Encik Jam merahsiakan sakitnya punyai sakit barah hanya dijangkakan boleh hidup lagi enam bulan sahaja. Watak Yorosei yang miskin, percayakan nilai cinta & persahabatan daripada duit amat menonjol dalam drama ini.. ah! jauhnya aku mengelamun.


Matsushima Nanako sebagai Kaori Fujimura

Aku terbayang wajah Afiz yang kepenatan didera KFC, Aziq sekolah hari ini, aku terbayang keanggunan Avanza kemek milik Mila. Jika dia yang menghantarku tentunya aku tidak akan disalai begini, tapi ada baiknya jika bersalai dalam kereta yang tanpa penghawa dingin bagaikan berada di dalam bilik sauna. Sauna percuma. Terimalah seadanya pemberian Ilahi, panjatkan kesyukuran biarpun kita berada dalam serba serbi kekurangan. Aku teringat bagaimana Afiz kepanasan semasa bersauna denganku di Century Mahkota Hotel Melaka. Nampak wajah Anif & Azim di layar kerinduanku. Mereka jauh. Amat jauh rasanya waktu sebegini, Entah apa yang mereka lakukan di Pulau Carey bersama dengan ibu mereka.

Nampaknya memang aku akan terusan berperang sendirian dengan kesakitan ini. Aku mengharapkan dengan kekuatan diri sendiri kini, apa tidaknya sebulan lagi pun tak tahu ceritanya bagaimana. Terpaksa ikut sahaja jadual yang diberikan oleh pihak hospital. Jadual & prosedur orang awam. 15 Februari 07 berulang lagi tanggal itu di kotak ingatanku. Sayogia iaku ngin tahu keputusan darah & air kencing pun amatlah terlalu lamanya. Teramat lama. Terima sahajalah. Aku sekadar bergantung dengan pil tahan sakit kini. Selepas sebulan pun belum tentu segalanya jelas, sementelah hampir tiga bulan pun masih kabur apakah sakitnya. Menjelang bulan Februari tentunya ada tindakan positif dari Jabatan Pembedahan Am Kajang.

Terkadang aku ingin menceritakan derita sakit dalam diri ini tapi tak pasti kepada siapa.

Esok aku perlu ke Pusat Kesihatan UPM lagi. Huh! @#|~|!~

Situs berkait

http://en.wikipedia.org/wiki/Konna_Koi_no_Hanashi

Untitled
anonymous | Posted on 12.1.2007 at 6:00 AM
saudara idan...salah seorang sahabat saya ..perempuan..juga ada mengidap penyakit spt saudara...saya rasa lah..masalah yang sama. Sebab dia kena jalani apa yang saudara jalani. Doktor syak ada batu karang dlm buah pinggang. Lepas scan dan buat ultrasound, doktor di HUSM KB kata, takde apa dalam buah pinggang dia...then doktor nak ambik tisu buah pinggang dia yang mana..sahabat itu masih lagi berfikir samada utk sign surat kebenaran atau tidak..sebabnya doktor sendiri tak jamin samada dapat pastikan sakitnya itu. Dan kesan sampingan dari tebukan di pinggang jika ambil tisu juga tiada jaminan dari doktor. hmmm..bersabar lah.. setiap penyakit pasti ada ubatnya. -shera fr friendster-
Payah Juga
idanradzi | Posted on 12.1.2007 at 11:00 PM
Shera terima kasih lantaran membaca catatan sy dalam journal ini... Agar sahabat Shera akan beroleh kesihatan yang tambah baik, Payah juga membuat pilihan berapa agaknya umur kawan Shera tu?, jika masih muda remaja sy rasa kekuatan badan dapat menampung jika di ambik tisu buah pinggang itu... baik dia t/tangan surat kebenaran itu.... andai macam sy memang lagilah tambah kritikal. Semalam sy berjumpa dengan doktor di UPM, sah sakit sy kian merebak ke sakit darah tinggi & doktor tersebut terlepas cakap jantung sy pun mula dikesan kian bermasalah... Kini sy telah telan ubat darah tingi, bagaimana nak ditebuk & perbagai lagi. Jika sy ditempat kawan Shera tu Memandangkan faktor umur bagi sy mungkin menolak sahaja itupun bergantung perbincangan dengan isteri & anak-anak. Memang boleh dipanjangkan nyawa kita, tapi kesan seterusnya pasti menyusahkan mereka... faham sahaja jika ditakdirkan buah pinggang tidak berfungsi.
memang payah yek
anonymous | Posted on 15.1.2007 at 6:02 AM
idan.. kawan saya tu umo 39 tahun..sejak 2002 lagi dah kena sakit tu.. kalao sakit dia serang.. memang tak boleh buat apa. Pain killer pun dah tak boleh jalan. Kawan saya ni kerja sendiri..tukang jahit. Masih bujang. Risiko kalo proceed amik tisu buah pinggang tu.. memungkinkan dia tak boleh menjahit selama setahun.. mungkin lebih. Punca rezeki dia hanya itu sahaja..semuanya buat dia dalam dilema.. Sama2 kita doa moga idan..mahupun sahabat saya tu sihat... insyaAllah. Amin

Rabu, 10 Januari 2007

KFC Tesco Kajang ( Siri Famili )

http://www.tesco.com.my/page.cfm?name=storeKajang
Lot PT 37820 & 11196, Mukim Kajang Saujana Impian, Kajang, Selangor, Malaysia.


Malam tadi aku & Aziq terpaksa menunggu Afiz hingga hampir lewat 2:00 pagi. Kasihan Afiz dia baru cuba menimba pengalaman untuk berkerja. Tapi lantaran pengurusan KFC yang nyata amat tidak mesra & prihatin pekerja, menjadikan perkerjanya silih berganti. Asyik berhenti. Ada kalangan pekerja sementara hanya sanggup kerja tidak sampai sebulan, malahan tak boleh tahan lebih lama berkerja mengadu, katanya majikannya amat garang & tidak bertimbang rasa.

Tadipun Afiz kata ada juruwang yang meninggalkan sahaja kaunter! Berhenti mendadak.

Aku terfikir mesti ada sesuatu yang tak kena.

Afiz menjadi mangsa, seperti malam tadi, aku sendiri hilang sabar melihat keegoan pengurusannya. Kenapa tidak pandai menjaga hati pekerja. Apakah lantaran pencuci tidak datang semua pekerja didera berkerja sampai lewat jam 2:00 pagi. 80% pekerja malam tadi orang pendatang. Bolehlah didera begitu, bagaimana pula dengan orang tempatan. Bagaimana kalau malam tadi ada ramai pekerja perempuan. Ayah menunggu di luar, semua pintu utama terkunci sampai lewat 2:00 pagi baru dibenarkan pulang. Sesuaikankah tindakan begitu. TESCO yang amat besar & gah seantero duniapun telah tutup semua lampunya. KFC yang sekecil itu boleh tinggal sebuah sahaja kedai yang masih menyala lampunya.

Tidakkah terfikir akan arahan berkerja lebih masa bagi mereka yang syif lain, tanpa memberatkan pekerja yang telah bertugas selama lapan jam di sebelah malam... jika terjadi permasalahan begitu. Afiz selalu masuk kerja jam 11:00 pagi munasabahkah balik jam 2:00 pagi.

Afiz yang hanya berpengalaman lebih kurang 6 jam di kaunter terpaksa menjadi juruwang hampir lapan jam lantaran menampung pekerja bahagian juruwang yang saban ketika tidak kekal lama; Kemudian kena buat kerja mengemas pula. Lewat jam 12:00 kena lap lantai.

" Pening ayah sudahlah hari pertama bertanggungjawab menjadi juruwang, bukan sekadar juruwang, kena sediakan semua makanan yang orang pesan sendirian, pembantu belakang yang lambat, kita yang kena marah... kena lap lantai pula "

" Semua kerja ada cabaran Afiz, nanti seminggu dua Afiz akan rasa selesa "

" Tadi kurang RM9, terpaksa guna duit sendiri, gaji sudahlah banyak mana "

" Tak apalah hari pertama "

Dikerah tenaganya mengelap lantai, mengemas dapur... lewat jam 1:00 pagi. Katanya denda kepada semua pekerja lantaran pencucinya & rakan tidak datang. Apakah dendanya dibayar, ada gandaankah, atau sekadar RM3.00 sejam.

Jika semua pekerja ditahan untuk pulang sampai hampir 2:00 pagi tidakkan ini akan cuma membebankan KFC. Itu satu hal; Apakah pekerja terlarat buat segala, apatah bagi pekerja sambilan seperti Afiz yang baru amat cuba menimba pengalaman. Tentunya satu kejutan kena pulang selewat itu.

Takut nanti bila Afiz mendapat kerja lain, akan dapat merasakan betapa teruknya pengurusan KFC. Bukan lagi teruk malahan bagaikan satu penderaan.

Aku sendiri tidak kenal siapa pengurusnya ataupun sekadar penolong pengurus, tapi terserempak di muka pintu hampir jam 2:00 pagi. Langsung dia tidak meminta maaf lantaran memaksa aku menunggu Afiz hampir dua jam di luar. Ketika jam 1:30 pagi aku nampak mereka berkumpul depan ruang KFC. Semua rakan Afiz perasan aku memberi isyarat agar cepat minta pulang. Mengikut jadual kerja balik 12:00 malam. Kenapa sampai 2 jam lewat. KFC tutup jam 11:00 malam. Aku terfikir pengurus apakah ini. Langsung tidak memberi salam pengurus yang tertembung aku; Mana perginya adat orang kita. Bagaimana pula kalau ada lagi pekerja lain yang suami atau keluarganya menunggu selama itu. Nak bertanya pintu semua berkunci. Jika ada telefon bimbit okeylah.

Dalam kereta Afiz yang mengatakan pengurus mengarahkan semua balik serentak lantaran tak mahu ganggu pengawal keselamatan TESCO untuk membuka kunci. Lantaran hampir jam 2:00 pagi semua pintu utama telah terkunci. Di perjalanan keluar TESCO aku cuba nak menghentikan kereta pengurus. Afiz yang kasi tahu yang bertembung di depan pintu tadi adalah pengurus. Aku cuma cam di memandu kereta warna merah, tak sempat hendak mengecam pletnya. Sekadar ingin bertanya apa sebenarnya masalah pengurusan KFC itu. Bukan main lagi dia memecut laju. Biarpun berkali-kali aku mainkan lampu memberi isyarat agar berhenti.

Afiz terus mengeluh letih & tidak puas hati dia kena lap lantai sendirian.

" Cubalah bertahan Afiz, tak tahan dengan kerenah pengurusan berhenti sahaja "

" Esok.. biarlah Afiz naik motor sahaja..."

" Malam-malam Afiz kalau balik jam 1:00 atau 2:00 pagi kan ke bahaya, Afiz itu masih dalam jagaan ayah, lainlah Afiz sudah 18 tahun, ada kawan sama bekerja... Bulan depan sudah 18 tahun, cubalah pinta kerja lain "

Malam Kedua Afiz dikerah balik lewat

Malam ke dua Afiz dikerah lagi balik lewat. Masalah yang sama bahagian yang dipertanggungjawabkan mencuci & mengemas barangan lari pulang awal. Tapi pengurus yang geladangan tak berani lagi menghalang Afiz balik sampai jam 2:00 pagi. Mungkin dia perasan aku naik angin semalam. Aku sebagai ayah menanti di luar dengan perbagai kemungkinan. Memang tercabar kesabaran seorang aku melihat kerenah pengurusan yang sebegitu. Di satu pihak langsung tiada timbangrasa & keprihatinan. Afiz pula terlalu ingin menimba pengalaman. Aku pula serba salah, apakah urusan kerja anak perlu campur tangan.

" Afiz kena lap lantai seorang diri lagi ke hari ini? "

" Haa ahh ayah, payah kerja macam ini..."

" Yang patut mengelap semua lantai itu orang tempatan atau orang pendatang "

" Orang kita "

Ramai orang dari entah Nepal atau Tibet atau pelarian Hai Hoon yang kerja di KFC itu. Sebijik macam cina. Kerja masak di dapur. Emmm mana syolatnya entah agama apa. Afiz mengadu.

" Kita bersabar dulu Afiz, Afiz buat kerja setakad terdaya, jangan paksa diri. Jika Pengurus itu langsung tidak hormat masa kita, tak hormat diri kita kenapa mesti kita nak hormat arahan dia. Jadual kerja Afiz dari Jam 4:00 ptg ke jam 12:00 malam. Kerja lebih masa dia tak boleh paksa. Jika dia bayar kita berganda tak apa..." Aku terkenang bilamana Pengurus tersebut tertembung di pintu melihat aku 2 jam menunggu Afiz langsung tidak memberi salam. Jauh sekali sekali senyum atau minta maaf lantaran terlalu lewat aku terpaksa menunggu. Tambah panas rasa hatiku, bilamana Afiz sendirian mengelap lantai yang bukannya kerja dia.

" Tulah pasal, Afiz tadi enam jam berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggang di kaunter depan sebagai juruwang, menyediakan semua juadah menu ... tiba-tiba budak yang patutnya dalam kumpulan mengemas di meja pelanggang juga lantai selepas tutup...pulang awal!, Afiz yang kena ambil alih; Enam jam jadi juruwang & 2 jam kena berhempas pulas seorang diri mengemas di meja pelanggang.. sudah tu kena kemas kena lap semua bila KFC tutup..." Memang aku lihat Afiz tak bermaya. Jam telah hampir ke 1:00 pagi.

" Melampau pengurus tu... ayahpun rasa tak patut dia nak dera Afiz macam itu.. "

" Dengarnya diapun nak berhenti... "

" Memanglah Afiz, pengurus yang begitu memang pengurus yang bermasalah, memang dia akan lompat sana lompat sini. Tak pandai nak mengurus "

" Setakad nak cari pencuci Endonpun bersepah nak kerja, apa masalah dia!. Apakah KFC itu tak berduit nak kontrakkan mereka jika orang tempatan bermasalah sangat nak jadi pencuci.

" Afiz tak kisah ayah nak jadi pencuci, kerja begitupun Afiz hari-hari buat kat rumah, apa hinanya jadi pencuci. Juruwang di KFC itu bagi Afiz tak jadi masalah, Afiz boleh buat... tapi Afiz tak suka pengurus yang melampau begitu.. tak pandai nak agihkan kerja "

" Tadi ada tak duit tak cukup... terkurang silap kasi kat pelanggan! "

" Okey.. tak satu senpun kurang!, ada sekali Afiz tersilap kasi kat kakak itu, dia pulangkan kembali. "

" Berapa? "

" Tak sampai seringgit pun tiga puluh sen... Afiz keliru bila orang kasi duit satu sen banyak sangat "

" Emmm itu biasa, baru dua hari di kaunter bayaran.. Afiz sudah kira mahir buat silap sekecil itu.."

" Itulah pasal, Afiz hairan kenapa boleh susut RM9 semalam... takkan Afiz silap galak kali. Seingat Afiz .. Afiz tak ada pun kasi RM9 kat orang! ... kalau kita congak jika Afiz tak pernah kasi baki RM9, jadi takkan Afiz buat lima kesalahan ( sekali dengan duit RM5, empat kali dengan duit RM1 ) "

" Haa ahh kan .. Afiz... kalau semua itu duit RM1.. sampai sembilan kali buat kesalahan.."

" Entahlah ayah.. Afiz rasa bagaikan nak undur ke waktu awal .. nak tahu bila Afiz buat silap.."

" Emmm itu kena panggil Doraemoon ... pinjam mesin perakam waktu semlam.."

" Haa ahh kan.. ayah, boleh kita ketuk tangan siapa yang tak kasihan kita tersilap kasi wang.."

" Masalahnya Afiz, ayah tenguk tadi di TESCO, semua juruwang tutup akaun sendiri, kira duit sendiri; Kenapa KFC pula pengurus yang kira duit... bukan kita nak pertikaikan kot dia tidak jujur, tapi itu sepatutnya. Afiz yang jaga duit, mesin kira duit Afiz yang tekan. Kenapa pula Afiz tak boleh tahu jumlah duit kutipan Afiz. Kan ke resit, bilnya semua ada." Malam tadi aku dengan Aziq sengaja balik saat TESCO ditutup 12:00 malam. Nak cari roti murah!.

Aziq diam sahaja dengar perbualan kami.

" Entahlah ayah..! " Afiz adalah pelajar yang memang sejak sekolah kebangsaan lagi pandai Matematik. Cuma Matematik Tambahan sahaja yang agak lemah.

Memang mengarut betul KFC ini.

" Pelik kan ayah, TESCO yang besarpun boleh semua pekerja balik awal, tutup jam 12:00 malam, 12:30 malam dah semua pulang.. KFC tutup jam 11:00 pun tak boleh balik sebelum jam 12:00 malam... "

" Tu ler pasal, TESCO ada juga orang buat roti, panggang ayam, susyi lagi, ikan basah.. macam-macam!.. mereka ada sistem Afiz! "

" Sabtu nanti Afiz nak cutilah ayah..! "

" Tanyalah pengurus itu dulu jangan pula nak memonteng..! "

Aku kembali ke rumah dengan perbagai fikiran yang amat penat. Amat penat lagi Afiz. Aziq sampai saja rebah kat tilam malas... Senyap.

Hari seterusnya

Aku dapat SMS yang pelik dari Afiz

" Ayah .. Afiz bosanlah kerja di KFC ini.."

Aku memang panik dan bertalu bertanya dengan SMS. Cuba telefon Afiz tak angkat. Apa pula masalah Afiz kali ini. Katanya pengurus yang geladangan itu marah-marah Afiz. Aku teringin juga nak tahu kenapa. Tapi fikir-fikir tak elok pula aku nak campur tangan masalah kerja anak-anak. Tapi kalau Afiz di pihak benar, pengurus pula tak pandai berinteraksi dengan pekerja ada elok dibahasakan juga. Makin dibiar makin akan melampau, lagipun bukan seorang dua lari dari kerja & mengadu kepada Afiz tak tahan dengan kerenah pengurus. Apa jenis pengurus yang begini. Langsung tiada kasihan ke kepada remaja anak bangsa sendiri ingin menimba pengalaman berkerja. Apakah dia suka remaja melepak & jadi Mat Rempit. Sudah minat berkerja mencari wang & pengalaman berkerja dari melepak bagiku sudah amat baik, kita seharusnya membantu mereka bukan mendera mereka.

Aku kenal Afiz seorang anak yang begitu rajin di rumah, kemas membuat kerja rumah, patuh dengan arahan ibu & ayah.

" Afiz... tahan sabar itu... kalau perlu pulang awal hari ini, tepat jam 12:00 malam Afiz minta sahaja pulang awal, jika pengurus itu menghalang katakan ayah ada di luar menunggu Afiz, cakap sahaja kita ada hal! Jadual kerja Afiz hari inipun hingga jam 12:00 malam sahaja, jangan dera diri itu, Jika perlu ayah jumpa pengurus.. kasi tahu "

Aku ingin tahu tahu juga cerita sebenar dari pihak ke dua. Apakah memang anak remaja seperti Afiz yang amat manja & tak boleh buat kerja kuat. Atau memang pengurus KFC yang hendak berhenti itu yang bermasalah. Lagipun Afiz tahun depan sudah lapan belas tahun. Berapa hari sangat lagi. Dia boleh cuba memohon di Giant atau di TESCO. Bagaimana ketahanan dia.

Selang beberapa jam Afiz SMS aku.

" Okey dah ayah, Afiz dah ngadu kat lagi seorang Pengurus & Pengurus yang marah Afiz tak tentu pasal tadi dah pohon maaf " Memang Pengurus KFC ini asyik berubah & bertukar. Padanlah Afiz mengadu, katanya dia tak buat salahpun, pengurus itu yang persoalkan masalah menu yang afiz kasi kepada pelanggan. Tak tentu hujung pangkal asyik marah terusan marah pekerja.

Pengurus bermasalah ini tidak datang lagi kerja. Yang pasti Afiz hampir seminggu jadi mangsa dia.

Aidiladha

Afiz masih berkerja, lepas syolat sunat raya dia bergegas ke KFC, katanya balik lewat.

" Teringin nak tenguk bunga apai di Putrjaya macam 31 Ogos baru ni " Desah Afiz.

" Afiz balik lewat, tak apalah tahun ini kita duduk rumah sahaja "

Tak sangka Afiz minta balik awal, jam 11:00 malam dia sudah keluar, tapi pesanan melalui Anif tak sampai. Hampir sejam Afiz menanti di luar. Aku pula tak berapa sihat, selepas memancing di kompleks lama, terseliuh di kaki membuatkan akan terpaksa sebahyang duduk. Lutut sebelah kiri tak boleh pakai, tak dapat dibengkokkan. Masa aku keluar memancing dengan Aziq, Anif ramai keluarga Mila dari Meru datang bertandang.

" Tak dapat gandaanpun gaji Afiz hari ini " Sungut Afiz

" Apa alasan mereka Afiz "

" Perayaan kecil.."

" Macam-macamlah KFC ini, ayah sampaikan malas nak fikirkan, masalah kerja Afiz, selagi terdaya Afiz buatlah apa yang patut, masuk sahaja Januari Afiz carilah kerja lain kalau tak berdaya "

" Pekerja cina yang dia kasi cuti pada raya ... nak cari kerja lain nanti ceritanya sama juga .."

" Pengurusnya memang tak pandai jaga hati pekerja, itu pasal asyik bertukar pekerja, cina nak buat apa cuti hari raya kita, patutnya kasilah pekerja Melayu "

" Tu lah pasal, Afiz pun tak faham KFC ini "

" Tadi ada susut duit tak? .."

" Tak ada, lagipun Afiz tak lama jaga kaunter bayaran dalam dua jam sahaja, kemudian Afiz banyak buat kerja kemaskan meja depan, orangpun tak ramai hari raya ini " Ada dua orang lagi juruwang masuk kerja, entah kekal lama entah tidak.

" Ke Putrajaya berapa minit dari sini.."

" Ngapa pula tanya nak tenguk bunga api ke.. dalam 15 minit boleh sampai " Jam sudah lebih 12:15 tengah malam .. " Emm kita dah lewat, kalau ada sambutan kat Putrajaya pun sudah selesai... jom kita makan minum kat kedai mamak saja "

Tak banyak sambutan tahun baru kat sini, mungkin bertembung hari raya, jadi tak elok juga ada pesta tari-menari & hiburan yang mengasyikkan. Aku jeling wajah hampa Afiz lebih-lebih lagi penatnya Afiz. Di restoren mamak di Prima Saujana , Afiz tak selera nak makan, segala jenis roti habis. Aku memesan mi goreng; ish memang tak sesedap mana berbanding Restoren Jenaris dekat rumahku.

Afiz nampak terus bersemangat kerja, biar bagaimana teruknya pengurusan, biar makin bertukar orang berkerja. Harapanku agar Afiz terus belajar mengatasi masalah sendiri, terus berani membetulkan keadaan kerjanya.

10:15 MLM 1/13/2007

Hari ini Afiz begitu yakin dengan kerjayanya, malahan dia kini telah menjadi salah seorang pekerja yang menunjukajar rakan sekerja. Jadual kerja pun kian menampakkan keteraturan. Sikap beberapa pengurus makin prihatin. Masih ada pengurus yang amat ralat; seperti melakukan pembaziran. Kenapa mesti kita mengikut peraturan barat. Membazir, membuang baki ayam goreng yang kata Afiz terkadang sampai lebih 40 ketul semata-mata prosedur. Dalam masa yang sama Afiz susut RM10 kena ganti; ada ayam lebih dibuang ke bakul sampah padahal ianya baru digoreng. Tentunya akan terubat hati Afiz jika sesut sebanyak itu diberikan sebagai buah tangan barang beberapa ketul ayam dari dibuang.

Masa Afiz susut RM10 itu pun boleh dipertikaikan sebab mesin duit guna bersama, Afiz yang pulang lewat yang jadi mangsa. Akaun tidak ditutup ketika Afiz ambilalih mesin wang yang susut itu. Sebelum Afiz ambilalih mesin wang itu sememang pekerja baru yang kerap melakukan masalah susut duit menggunakannya terkadang sampaikan RM20. Itulah rekod paling banyak Afiz susut duit.

Ada pengurus yang memahami erti pembaziran, apabila KFC ditutup dibenarkan pekerja makan barangan jualan yang masih berbaki. Agar tidak membazir. Dia memang tidak membenarkan pekerja membawa pulang, tetapi faham sahajalah kalau sampai berbaki 40 ketul lebih ayam. Muntahkan darah namanya jika boleh habis semua. Orang yang kuat makanpun dua ketul sudah senak perut. Afiz juga telah mendapat gaji pertama, cumanya memang tiada penyata gaji terperinci. Afiz sekadar dapat mencongak sendiri.

Masalah tempat syolat & keluar untuk sembahyang Jumaat nampaknya masih kabur, memang diizinkan keluar tetapi dengan kadar waktu setengah jam, masjid yang jauh mana mungkin sempat. Mila campur tangan dalam masalah ini, aku yang menyarankan Afiz menyuruh ibunya telefon KFC. Aku ini memang selalu baran & buta komunikasi. Jika tersinggung saja percakapan seseorang memang aku cepat melenting, kononnya nak menegakkan yang hak, darah muda merebak ke usia tua. Kelemahan aku begitu. Tapi aku yakin akulah manusia paling fleksibel jika seseorang itu pandai menilai erti kemanusiaan.

Seperti kata Zaman dalam blognya... memang aku yang lahir 26hb Januari ... terlampau mementingkan .. & memperjuangkan keadilan.


Kenal Diri Anda Melalui Tarikh Lahir Anda

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8


Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: jangan serius sangat baca benda ni..

http://sharuzzaman.blogspot.com/

Artikel berkait

Kebanjiran Warga Asing, Sesuatu Yang Patut Dirisaukan
Posted on Friday, November 03 @ 19:29:14 MYT

Edwin Micheal

Dua insiden dedah sikap biadab pendatang asing sewaktu menggunakan perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang pada pagi Syawal lalu, perasaan saya sebagai warga negara Malaysia benar-benar tercabar.

Kebanjiran beratus-ratus pendatang asing yang menuju ke pulau pada pagi itu cukup luar biasa. Saya pasti setiap rakyat Malaysia yang berada di atas feri ketika itu tentu terasa begitu kerdil dan terpulau di bumi sendiri.

Dua insiden yang mempamerkan betapa biadapnya pendatang asing.

Insiden pertama: Sekumpulan sembilan hingga 12 lelaki asing tanpa segan silu menangkap gambar beberapa gadis Melayu tempatan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Kemudian, dengan selamba seorang lelaki dalam kumpulan tersebut bangun dan cuba membuka zip seluarnya, tetapi apabila yang lain mula bertepuk sorak dan menjerit-jerit, lelaki itu kemudian duduk dengan semacam satu perasaan kemegahan. Tiada seorang pun yang berani menegur perbuatan mereka.

Insiden kedua : Seorang lelaki asing yang saya percaya dari Nepal hendak baring di atas kerusi panjang di dalam feri itu. Dengan biadab dia menghalau seorang ibu dan tiga anaknya bangun dari situ.

Wanita berkenaan yang nyata tidak berkeupayaan melawan kebiadapan lelaki berkenaan terpaksa bangun dan berdiri bersama anak-anaknya.

Entah di mana silapnya, di bumi sendiri sudah mula terasa dipulaukan oleh bangsa lain. Mengapa harus wujud keadaan sedemikian?

Kiranya mereka yang berkenaan bersuara mengatakan bahawa insiden ini hanyalah suatu kisah yang terpencil dan tidak perlu diperbesarkan, maka suatu hari nanti kemungkinan untuk kita merempat di tanah air sendiri begitu tinggi.

Saya tidak dapat menerima wujudnya keadaan sedemikian ketika kerajaan bersungguh-sungguh mengatasi masalah pendatang asing.

Jika kerajaan mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada pelajar lepasan SPM maka mengapa kerajaan sukar untuk melaksanakan satu sistem yang membolehkan penagih dadah yang dibebaskan dari pusat pemulihan diserap masuk ke sektor yang menghadapi kekurangan buruh.

Pengalaman melihat sendiri keangkuhan bangsa asing di bumi Malaysia ini menyedarkan betapa kedaulatan dan maruah negara mudah dicarik oleh bangsa asing.

Mengapa kita harus diperlekeh di tanah air sendiri? Pelaksanaan hukuman sebat terhadap pendatang asing tanpa izin harus disokong.

Apakah berbaloi apabila pendatang asing tanpa izin ini disogokkan dengan segala macam kemudahan yang selesa apabila ditahan. Siap makan dan minum tiga kali sehari.

Perlukan kos penghantaran pulang juga ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan duit rakyat?

Jika mengambil kira kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, terdapat 1,850,063 pendatang asing di Malaysia dan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa jumlah anggota polis seramai 90,000 orang tidak cukup untuk menyekat jenayah pendatang asing, maka ada sebabnya untuk kita risau.

Sukar untuk bayangkan andainya 1.8 juta pendatang asing ini berhimpun dan mengadakan perhimpunan raksasa menuntut hak mereka suatu hari nanti.

Mengawal kebanjiran pendatang asing

Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

KEBANJIRAN pekerja asing yang kini dianggarkan berjumlah lebih 1.8 juta sehingga Mac lalu membuktikan negara kita makmur dari segi ekonomi sehingga menjadi tumpuan pencari rezeki.

Bagaimanapun, jumlah itu adalah yang memasuki negara ini secara sah dan memiliki permit tetapi dianggarkan mereka yang masuk secara haram, terutama dari Indonesia mencecah lebih sejuta orang.

Perangkaan ini belum termasuk lebih 50,000 warga China, terutama wanita mudanya yang datang melancong ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi menyalahgunakannya untuk bekerja secara haram sebagai pelayan pelanggan (GRO) mahupun pelacur.

Jumlah pekerja asing ini akan bertambah lagi mulai 1 Ogos lalu apabila pembekuan pengambilan pekerja Bangladesh sejak 1998 kerana pelbagai masalah sosial yang ditimbulkan dibenarkan diambil semula dengan syarat mengikuti kursus induksi dan berdaftar dengan agensi pekerjaan yang dilantik dan diiktiraf kedua-dua negara.

Pastinya, masalah yang berlaku dulu mungkin boleh berulang kembali. Walaupun kerajaan bertegas melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan operasi berterusan sejak beberapa tahun lalu tetapi jumlah pendatang asing masih tidak menunjukkan pengurangan sebaliknya jumlahnya semakin meningkat.

Berdasarkan statistik, masih terdapat 800,000 pendatang asing tanpa izin yang masih bebas di negara ini.

Mereka ini boleh dilihat di mana-mana di negara kita dari Perlis hinggalah ke Sabah dan bekerja dalam pelbagai sektor bagi memenuhi keperluan tenaga buruh negara dalam sektor pertanian, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

Kenaikan harga komoditi sejak kebelakangan ini seperti getah menyebabkan mereka bertumpu pula ke ladang getah untuk bekerja sebagai penoreh dan ia secara tidak langsung mewujudkan satu lagi koloni baru di kawasan luar bandar atau kampung di negara ini.

Apabila mereka ini ramai, timbul pelbagai masalah sosial dan jenayah. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja berita jenayah dimuatkan membabitkan warga asing sama ada pembunuhan, rogol, rompak, pergaduhan, samun, penyeludupan dan sebagainya.

Mereka seolah-olah berasakan negara ini tempat mereka sendiri dengan bebas melakukan apa yang mereka suka tanpa mempedulikan undang-undang sedia ada.

Malah yang paling menyedihkan, mereka ini secara 'halus' mula mengambil alih perniagaan yang dulunya diceburi orang kita.

Sebagai contoh di Pasar Borong Selayang, peniaga tempatan mula tersisih dengan kehadiran ramai peniaga Myanmar, begitu juga di Chow Kit, kini dikuasai peniaga Indonesia. Pastinya suatu hari nanti kita terpaksa membeli barangan keperluan asas daripada mereka.

Ini belum lagi membabitkan pemalsuan MyKad yang hangat diperkatakan apabila ada pendatang yang memiliki kad itu daripada sindiket.

Mengikut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, bilangan pekerja asing sehingga Mac lalu ialah 1,850,063 dengan warga Indonesia mencatat jumlah paling ramai.

Beliau berkata, jumlah pekerja Indonesia yang mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dalam negara ialah 1,215,036 orang diikuti warga Nepal 200,220 dan India 139,716.

Pekerja asing lain ialah Myanmar (92,020), Vietnam (85,835), Bangladesh (58,878), Filipina (22,080), Pakistan (15,021), Thailand (7,282), Sri Lanka (5,076), Kemboja (6,637) dan lain-lain (2,262).

Jumlah itu belum lagi termasuk warga Afrika yang banyak berkeliaran di sekitar ibu kota dan dipercayai mereka ini banyak terbabit menjual jam tiruan dan black money untuk mencari pendapatan.

Dalam pada itu, ada juga majikan warga tempatan yang dilabel sebagai pengkhianat atau pembelot kerana mengupah atau menggaji pendatang asing terbabit semata-mata ingin menjimatkan kos dan untung berlebihan.

Setakat Mac tahun ini, seramai 63 majikan dikenakan denda dengan jumlah keseluruhan RM1.05 juta.

Jumlah itu adalah daripada 186 majikan, pelindung dan penghuni yang didakwa di mahkamah sejak 1 Ogos 2002, iaitu selepas pindaan Akta Imigresen 1959/63 berkuat kuasa, manakala 85 kes lagi masih dalam perbicaraan.

Tindakan majikan terbabit yang berpaksikan keuntungan boleh mengundang padah kepada survival komposisi bangsa Malaysia pada masa akan datang.

Kini sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan lebih sistematik dalam menangani kebanjiran pekerja atau pendatang asing tanpa izin ini.

Jangan kita membiarkan rakyat menghadapi dilema dan kesukaran menempuh kehidupan yang tidak selesa di tanah air sendiri.

Tindakan membuka pintu seluas-luasnya kepada pendatang asing yang tidak memahami bahasa, budaya dan agama wajar dihadkan.

Usaha menanganinya perlu konsisten dan kerjasama semua agensi penguatkuasaan sangat diperlukan.

Diharap masalah kebanjiran pekerja dan pendatang asing tanpa izin ini tidak menjadi masalah utama pada masa depan ketika negara menjadi negara maju pada 2020.

Harian Metro

Capaian Berkait

KFC ii