"Ayah! Aziq cuba minta MRSM untuk pengambilan ketiga.." Tak tahu pula aku ada pengambilan ketiga.
"Terpulanglah; tapi ayah rasa sudah agak lewat, dah dekat setengah tahun dah mereka belajar, sekarang dah bulan empat, habis tu nak masuk MRSM tu... bulan berapa?"
"...(senyap)..." Mila senyap sahaja, tapi aku masih ingat kata-kataku, jika Aziq dapat MRSM dekat mana pun aku akan hantar. Aku memang yakin dengan MRSM.
"MRSM itu memang bagus, peluang & masa depan murid lebih terbuka luas berbanding sekolah teknik yang Aziq belajar kini.." Mila senyap saja, memang selalu bila keputusan besar tentag masa depan keluarga dia suka guna telefon. "Satu lagi takutnya dapat jauh sangat kita yang kecewa..!" Tiba-tiba aku melahirkan perkataan tersebut. Kenapa!?. Aku terus meletakkan telefon.
Bukannya apa aku memikirkan jika jauh Aziq yang baru tingkatan satu bagaimana mahu berdikari jika berlaku masalah kronik bila aku berjauhan darinya. Masalah di lapangan terbang pun aku rasa gusar.
Rasanya perbincangan tentang sekolah Aziq baru sangat aku persoalkan. Dulu masa nak ke Sekolah Teknik Taiping, aku kurang setuju atas banyak faktor. Antaranya Sekolah Teknik Taiping itu sendiri bergaul dengan sekolah vokasional, pelajar vokasional tak seteruk atau ketat jadual belajarnya berbanding pelajar sekolah teknik; masalah disiplin mesti timbul, Taiping itu pula jauh dari Jenaris, takutnya Aziq akan jadi anak yatim tiap hujung minggu, siapa mahu melawatnya, kudrat aku memandu jauh-jauh pun bukan sehandal mana lagi. Jika nak balik naik bas mahu makan masa setengan hari. Tahu-tahu sajalah, KL ke Jenaris pun makan masa sejam dua. Jika balik pagi Sabtu mungkin petang baru sampai habis tu esoknya jam berapa nak balikTaiping. Kosnya pula, aku memang tak suka amat; bagaimana Aziq boleh minat ke arah itu. Elektrikal.
Aku terbayangkan Ir Derani di Fak Kejut. Ana Stor mesti tersenyum baca ini; Al kisah watak seorang Ir Derani ini. Rahsia. Bagaimana watak Prof di KEE pula?; yang berkait dengan elektrikal. Aku terbayangkan rambut mereka yang tegak-tegak ala punk. Memang aku akan kehilangan Aziq jika dia belajar di Taiping. Tetiba masalah itu selesai; Aziq dapat belajar di Sekolah Teknik Gombak. Rasanya telah lebih dua bulan kot dia di sana.
Bagaimana pun aku memang jadi mangsa tiap Ahad petang jika Aziq pulang bercuti di Jenaris; Stres amat bila terpaksa memandu dalam masa kritikal. Payah amat nak balik ke asrama. Jam 4:30 petang masih klik komputer di rumah. Dalam masa sejam mesti kena tiba di Sekolah Teknik Gombak. Risau sangat kot jalan sesak. Rasa sempat tak sempat sahaja sepanjang perjalanan. Jadual pulang ke asrama jam 6:00 petang. Memang Aziq jenis tak lekang dengan komputer. Katanya di Sekolah Teknik pun dia jadi pengawas Makmal Komputer. Aku teringat masa aku tanam temuni Aziq pun aku letak perbagai alatan komputer. Sengaja nak tenguk kesannya; bila aku dengar Atan tanam dengan garam, jarum, pensil & buku 555. Atas sebab musabab emmm! Kelakar!.
Semalam, datang lagi apa yang aku risaukan.
"Ayah sengaja nak kasi tahu, Aziq dapat MRSM di Sarawak!.." Mila telefon dari ofisnya di Damansara.
"Habis tu Mila nak hantar tak?..."
"Jauh sangatlah ayah!"
"Ayah dah kata kan... takutnya kita kecewa tak capaikan impian anak..., ayah memang tak berduit buat masa ini" Aku jangka paling awal pun JPA akan kasi duit imbuhan pencen pada bulan Jun, lagi pun bagaimana nak hantar Aziq dengan menaiki pesawat, kena tempah tiket Air Asia. Habis tu takkan aku seorang ke sana, atau Mila dengan Aziq sahaja; paling tidak kena bertiga. Anak di rumah siapa pula nak jaga, kena bermalam juga, takkan sehari boleh selesai. Perbagai persoalan mula timbul.
"Di semenanjung semua dah penuh, tak tahulah jika ada orang yang menolak!, bagaimana jika dapat di semenanjung!.."
"Mila kalau Mila ada duit, kita ada duit, kat mana pun ayah mahu hantar! di semenanjung rasanya tak sebanyak mana kosnya!" Tak terfikir pula jika Aziq itu dapat MRSM di Sabah atau Sarawak; jika Aziq telah lepas SPM rasanya tak risau sangat, ini baru nak pandai mengenal dunia remaja. 16 Tahun; boleh ke iyer!?. Merantau jauh di tempat orang. Bagaimana nak balik raya nanti. Memang emak atau ayah kena jemput naik pesawat. Itu yang terbaik. Memang itu peranannya ibu ayah menjaga keselamatan anak-anak. Tak jadi masalah tak apa; jika terjadinya perkara tak diingini dalam perjalanan tentunya sesalnya sampai bila-bila. Orang jahat banyak di lapangan terbang, kalau tak culik bebudak nanti diselitnya dadah; Apakah ini namanya fikiran negatif yang Azim selalu sebut. Dapat dari ajaran ibunya ayat fikiran negatif; tentunya. Penat.
Maka itu aku berpesan pada kekawan yang masih punyai anak-anak di bangku sekolah. Memang kena banyak menabung untuk keluarga terutama anak-anak. Jika sang suami yang bergaji rendah seperi aku; seharusnya ibunya menabung. Jika konsep berkongsi pendapatan yang aku syorkan sebelum ini tidak dapat dipenuhi. Jika masih berpegang dengan hukum-hakam agama, berdosa tanya pendapatan isteri. Haram hukumnya mengambil pendapatan isteri. Itu yang aku baca di blog golongan jins pun ulamak kini. Apakah hanya dengan air liur (keizinan suami untuk isteri berkerja) sang suami dapat bermewah dengan pendapatan lumayan isteri. Ini pernah aku baca di blog Sang Muslimah. Bolehkah muslimah ini berkongsi pendapatan. Apatah lagi mahu digabungkan pendapatan suami & isteri.
Padahal bagi aku, apa salahnya ada sikap sepakat suami isteri, berlebih kurang, berkongsi seperti rakan-rakanku yang pernah aku ceritera dalam jurnal ini. Kita kena ambil semua ajaran agama. Ada ketika kita diuji dengan kekayaan, bukan mustahil Allah Azzawajalla menurunkan rezeki yang berganda untuk seorang isteri; kerana Dia mahu menguji sang isteri. Bila isteri sudah berusaha & kayaraya pun atas keizinan suami; pun perlulah diingat rezeki yang turun itu adalah keizinan Ilahi; kenapa mahu berkira amat.
Sedangkan suami berniat sedekah untuk anak isteri dalam ketika memberikan nafkah pun dia dapat pahala. Nafkah memang satu kewajipan untuk suami terhadap anak & isteri. Maka itu cara yang Ilahi syorkan agar berniat sedekah untuk memberikan ganjaran@pahala kepada suami dalam menunaikan kewajipan. Apakah tak berganda pahalanya jika isteri membantu suami dalam perkara yang bukan wajib, apatah lagi dalam bab nafkah ini yang semua tahu makin meruncing. Kenapa berkira amat, mengungkit jika terkadang suami putus duit membeli sekampit beras, sekilo gula. Tak teringinkah mendapat pahala yang besar lagi berganda.
Hukum bersedekah pun jelas; lebih afdal bersedekah dengan keluarga terdekat. Maka itu aku amat berhadap kaum Hawa yang berkerja atas keizinan suami, berfikirlah secara berilmu, beramal & beriman. Tak salah jika tak mahu berkongsi pendapatan. Tetapi apalah salahnya duit yang memang lebih turunnya kepada isteri ditabungkan sebahagian untuk keluarga. Kenapa mesti berhabis untuk keluarga luar, kenapa berhabis untuk perkara yang tidak seharusnya. Kenapa tidak didahulukan untuk keluarga sendiri; berbalik dengan situasi aku kini; jika jumlah wang simpanan keluarga telah ratusan RM memang rasanya semuanya boleh diurus.
Tumpuan penuh kepada keluarga; lantaran setelah diijab kabul, memang telah terputus hukum wajib seorang perempuan terhadap keluarganya atau ibu ayah, adik beradiknya. Isteri memang telah menjadi tanggungan suami. Suami punyai tanggungjawab besar. Suami mana mungkin masuk ke syurga jika isteri & anak-anak tanggungannya berulit dengan dosa. Ayah & ibu seorang isteri tak lagi wajib menjaga dosa anak perempuan mereka yang telah berkahwin. Itu amat jelas.
Aku sering mendengar aduan rakan sekerja, bagaimana isterinya yang keluar berkerja saban bulan memberikan bantuan yang agak banyak untuk ibu ayah, adik beradiknya. Berlebihan dari sepatutnya mendahului rumahtangganya. Biasanya isteri hanya kasi tahu, bukan minta izin suami lantaran dia menghukumkan itu wang gajinya hak mutlak untuk dirinya, apa perlunya minta izin untuk membantu keluarga di kampung. Munasabahkah tindakan isteri ini. Sedangkan sang suami rakanku tadi, setiap bulan memang sifar dalam bab menabung, rumah kena bayar, bil, makan minum, ansuran kereta; wang gaji tak sebanyak mana langsai semuanya. Apa kata sampai ke hari tua keadaannya sama, tiada simpanan seorang suami. Papa kedana. Isteri pula harta keliling pinggang, keluarganya isteri dari miskin jadi mewah, adik beradik susah sikit pinta bantuan kakaknya. Kaya, bergaya & berlagak maharajalela. Sang suami amat kecil dilihat dari kacamata dunianya.
Memang ini kerap berlaku. Jika kita tidak sedar & bahananya isteri keluar rumah berkerja.
Langkah sebaiknya; janganlah berkira sangat, sediakan tabungan untuk anak-anak sejak dia lahir lagi. Tak kiralah suami atau isteri. Maka itu aku berpencen awal, aku nampak semua itu. Aku telah terlepas waktu untuk menabung. Sementekah itu aku tak boleh bermewah dengan wang imbuhan. Perlu tabungan anak-anak. Telah aku duga, saat kita bergelar orang tua, jika tiada pakatan suami isteri, jangan harap kita mudah menguruskan segala.
Zaman bersama lebih dari dua dekad lalu telah berakhir. Boleh dibayangkan bagaimana bila seorang isteri dalam ketika mendapat durian runtuh. Di mana dibelanjakan. Semuanya berputar & berakhirnya di usia tua. Maka jika isteri menjadi hartawan di hari tua, bukan sedikit suami yang menjadi mangsa cacian isteri. Bukan semua sang isteri teringat akan pengorbanan seorang suami. Bukan semua isteri boleh menahan egonya. Memang ini kerap terjadi di zaman tua kita. Intailah kehidupan warga emas; kita nampak kepincangan ini.
Apakah kita mahu menongkat dunia. Harta & kemewahan tak boleh berkongsi dengan suami serta keluarga. Maka peluklah dunia ini dengan egomu.. duhai Sang-sang isteri.
Cuba baca artikel ini dari blog seorang Muslimah di Internet.
Hak ibu bapa tanggungjawab anak
Suasana sambutan Hari Ibu masih panas terasa. Sepanas goreng pisang yang memang meriah diniagakan di merata tempat. Lantaran itulah saya merasa terpanggil untuk membincangkan mengenai hak seorang ibu yang menjadi tanggungjawab seorang anak. Namun, saya tidak berhajat untuk membincangkan isu ini secara global. Tumpuan saya kali ini adalah kepada hak seorang ibu daripada anak-anaknya yang telah mendirikan rumahtangga. Seperti yang acapkali saya jelaskan malah semua orang mengetahui, hak ibu yang paling utama ialah untuk ditaati. Syurga di bawah tapak kaki ibu adalah kata-kata yang memang semua maklumi. Setiap anak wajib mentaati ibu. Ibu lebih wajib ditaati berbanding ayah. Namun, bagi seorang wanita, ketaatan kepada ibu jatuh di tempat kedua kerana ketaatan kepada suami menerajui takhta.
Saya yakin, kebanyakan wanita tahu tentang tahap ketaatan yang berubah kedudukan ini. Malangnya kebanyakan lelaki masih tidak mengerti tahap ketaatan yang sebenar kepada seorang ibu atau lebih jelas lagi, tanggungjawab sebenar seorang anak lelaki kepada ibu dan ayahnya setelah si anak berumahtangga. Terlalu banyak aduan kes yang saya terima, suami mengabaikan tanggungjawab menyediakan keperluan rumahtangga kerana segala pendapatan suami digunakan untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan adik beradik yang lain. Bila isteri meminta belanja, suami akan mengherdik marahkan isteri konon isteri tidak memahami tanggungjawab suami terhadap ibu bapa dan adik beradiknya. Persoalannya, siapa yang sebenarnya tidak faham?
Realitinya, seorang lelaki… apabila telah berkahwin, keutamaan tanggungjawab adalah kepada isteri dan jika ada anak, kepada anak-anak. Sekiranya ada baki atau lebihan daripada keperluan diri sendiri, isteri dan anak-anak barulah boleh diberikan kepada ibu dan bapa. Seorang ibu tidak boleh mendesak anak lelakinya untuk menyara dirinya atau bapanya atau adik beradiknya yang lain. Jika si ibu masih mempunyai suami iaitu si bapa maka bapa yang bertanggungjawab menyara si ibu dan adik beradik yang lain. Jika si ibu telah kematian suami atau bercerai hidup dan tidak disara oleh suami, si ibu harus menyara dirinya dan anak-anak yang lain dengan kudrat dirinya sendiri. Bukannya setelah si ibu bersusah payah memelihara si anak maka sebagai balasan, si anak pula perlu menyara hidup si ibu dan adik beradik yang lain hingga mengabaikan tanggungjawab si anak yang lebih utama.
Walaupun isteri si anak bekerja dan mampu mengambil alih tugas suaminya menanggung belanja keperluan rumahtangga, kemampuan si isteri itu tidak menamatkan tanggungjawab seorang anak lelaki bernama suami sebagai kepala dan ketua di dalam rumahtangga. Perlu diingat, segala pendapatan isteri adalah hak mutlak isteri. Jika suami menginginkan hasil pendapatan isteri maka ianya adalah satu hutang yang tetap perlu dibayar walau isteri tidak menuntutnya. Jangan sesekali memberi alasan, hasil pendapatan isteri adalah hak suami kerana suami memberi izin kepada isteri untuk bekerja… sesiapa yang memegang kepada prinsip ini, sungguh terbukti betapa bodohnya diri anda. Biarpun isteri anda bekerja dengan izin anda, anda tetap perlu mendapatkan izin isteri untuk menggunakan hasil pendapatannya. Memberi izin dengan air liur kurniaan percuma dari Yang Maha Esa tidak sama dengan titik peluh yang terpaksa isteri anda keluarkan untuk memperolehi sejumlah pendapatan yang diperolehi setiap hari atau setiap ujung bulan. Mungkin kebenaran ini agak keras untuk diterima tetapi inilah yang sebenarnya.
Namun, seperti yang sering saya tegaskan, hidup berumahtangga adalah satu perkongsian. Suami berkongsi hak dengan isteri. Isteri juga wajar berkongsi hak dengan suami. Memang tidak dapat dinafikan, di dalam kehidupan serba maju kini, kebanyakan isteri perlu bekerja untuk membantu suami. fahami betul-betul….membantu suami bukan mengambil alih peranan dan tanggungjawab suami. Masalahnya, ada di kalangan suami yang mengenepikan urusan rumahtangga sendiri semata-mata memenuhi kehendak ibu bapa dan paling tragis, ada isteri yang memikul tugas suami kerana si suami menanggung keperluan kakak atau adik yang ditinggalkkan suami. saya bukan menghalang anda menolong keluarga sendiri apatah lagi menolong ibu bapa yang bersusah payah untuk anda tetapi pertolongan anda itu biarlah sesuai dan munasabah. Munasabah bererti jangan sampai anda mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.
Kalau anda berhasrat untuk membantu ibu bapa anda sepenuhnya dan hasil pendapatan anda cukup-cukup untuk tugasan itu sahaja, kenapa anda berkahwin? Semata-mata ingin melangsaikan nafsu sendiri? Tahukah anda, apabila anda mengahwini seorang wanita bererti anda mengambil peranan dan tanggungjawab menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala kebajikannya. Jangan fikir… tak apa lah… cukup aku berikan mani walau aku tak boleh berikan money!!! Ibu bapa dan adik beradik juga harus ingat dan faham hak anda setelah anak lelaki anda atau saudara lelaki anda berkahwin. Jangan sesenang hati meminta itu ini… kalau sesekali memohon bantuan masih boleh diterima. Dah kalau sepanjang masa, apatah lagi bukan untuk keperluan tetapi untuk kemewahan, memang logik kalau ada yang kena perli sebagai tak sedar diri.
Kepada ibu bapa… anda yang membentuk jati diri anak-anak anda. Jadikanlah anak-anak anda sebagai seorang yang bertanggungjawab. Jika anak lelaki, pastikan anak anda menjadi suami yang bertanggungjawab. Jika anak anda perempuan, pastikan anak anda menjadi isteri yang bertanggungjawab. Bahagia hidup anak anda bergantung kepada ketelusan anda.
****Siaran Mei 2006
- Tentunya anda boleh mencari siapa pendakwah ini. Tulisan di blognya jika kita baca memang akan membuat seorang sang isteri tambah ego & membenci suami sendiri.
Dikatakan; Keizinan suami hanyalah sama dengan air liur. Apa sangatlah penting & nilainya air liur yang diberikan percuma oleh Ilahi; itu yang ditegaskan oleh Ustazah yang bakal membela kaum isteri pun rumahtangga bermasalah. Cuba kita fikir, jika isteri berpuasa sunat tanpa izin suami (air liur) apa hukumnya puasa tersebut. Begitulah juga jika kita kembali ke asal; apa hukumnya isteri keluar rumah tanpa izin@airliur suami.
Kenapa pula ustazah ini mempertikaikan suami menggabaikan rumahtangga lantaran mahu menunaikan kewajiban; membantu emak kandungnya yang telah kematian suami (ayahnya). Apa salahnya sang isteri bersederhana & dapat melebihkan urusan kewajiban suami membantu kehidupan emak kandungnya (mertua sang isteri) yang memang susah serta perlukan bantuan. Kasih anak (suami) kepada ibu kandungnya tentulah lebih jika berbanding kasih terhadap isteri yang sering meminta perkara yang pelik-pelik.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung- jawab ke atas ibu kandungnya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
rujuk
Banyak artikel Ustazah ini jika kita baca boleh jadi kita tambah stres. Ada yang jitu ada juga yang kita payah mahu terima. Sedangkan beliau sememangnya arif & lebih dalam pengetahuan agama berbanding kita. Beliau adalah Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie.Apakah boleh kita pertikaikan saranan beliau.
"Jika suami menginginkan hasil pendapatan isteri maka ianya adalah satu hutang yang tetap perlu dibayar walau isteri tidak menuntutnya."
Bayangkan berapa banyak kita berhutang dengan isteri kita. Biarpun isteri kita kaya raya mewah & duit gajinya tak tahu nak guna apa. Inginkan bantuan isteri Ustazah ini menghukumkan ianya hutang. Maka itu jangan persoalkan duit bersama, atau kongsi bersama jika ke Mahkamah Syariah. Ini yang bakal kita tempuh jika kita mahu mendapat khidmat guaman di Mahkamah Syariah kita. Kita perlu berhadapan dengan hukuman Ustazah yang sebegini.
"Ulamak juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah."
Pesanan ini dari Ustazah di Blognya dalam hal membela isteri yang malas & tak pandai menguruskan kerja rumah; memasak di dapur terutamanya.
Maka itu jika kita mahu kawin dengan seseorang kena pastikan keluarganya; apakah memang ada pembantu rumah; jika ada rasanya kita kena dulukan ini dari membeli kereta mewah yang tentunya bayaran ansuran bulanan jauh lebih mahal dari gaji pembantu rumah. Takutnya dipersoalkan nanti kes pembantu rumah yang hukumnya WAJIB kita sediakan jika isteri enggan memasak atau mengemas rumah lantaran kita bernikah dengan isteri yang memang orang kaya tak pandai memasak.
Ini yang berlaku banyak di Mahkamah Syariah kita. Yang menjadi pakar motivasi adalah perempuan atau ustazah yang tidak jelas dalam menentukan halatuju sesebuah rumahtangga yang memang berkocak. Ramai yang berhukum dengan akal & fikiran sendiri. Terus mengergah sang suami dengan hukum-hakam tanpa bertolak ansur.Teralu berfaktakan kepada hukum-hakam yang mengelirukan; terutama dalam melaksana Khuluq; yang terkadang ianya tambah mempercepatkan proses retak menanti belah. Bukan mencari jalan damai. Huh! memang naik darah tinggi aku memikirkan ini, bila kita lantik seorang perempuan menjadi ketua. Pertimbangan mereka melampau; terjurus ke arah emosi & nafsu duniawi mereka.
Rasanya secara peribadi aku berpendapat kerajaan sekarang wajar memikirkan masalah ini; sebab itu lelaki lebih afdal menjadi ketua dalam agenda agama kita; atas dasar lelaki punyai Akal:Nafsu=9:1 berbanding wanita yang lebih bergantung dengan Nafsu:Akal=9:1, dalam memberi nasihat apatah lagi membuat keputusan. Biarpun setinggi mana pendidikan agamanya seorang perempuan. Rasanya dalam bab penetapan atau Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie... di Malaysia biarlah dilantik kalangan lelaki agar kes perceraian kita tidak menjadi terlampau tinggi.
Banyak bidang kerjaya lain sesuai untuk perempuan; seperti, perubatan, pendidikan ilmiah dunia, bukannya dalam halatuju bab perceraian & urusan kekeluargaan. Kita kena berbalik kepada rutin atau carta rumahtangga, jika di rumah suami@lekaki menjadi ketua keluarga dalam meneraju bahtera perkahwinan. Kenapa pula di Mahkamah Syariah kita pula berbeda. Bila ke kamar kaunseling Mahkamah Syariah kita siaplah, ramai sangat kaum Hawa akan meratah suami!!!.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan