Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancing. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2009

10 lubuk jadi tumpuan peserta (Delima Merkah)


Oleh Osman Lisut

Koordinat lubuk di perairan Sedili

Karang Pak Ya - 01.48’ 30” U /104.20’ 00” T.

Karang Pantai Temala - 01.58’ 178” U /104 .09’ 096” T.

* Karang Kapal Ghani - 01.51’ 027” U /104.14’ 329” T

SEDILI: Lebih daripada 10 lubuk dan batu karang yang dihuni pelbagai spesies ikan bersaiz A menanti peserta pusingan pertama Karnival Memancing GP Joran 2009, yang mampu membuatkan kaki pancing tidak senang tidur pada 2 dan 3 Mei ini.

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, menyiarkan lokasi pertandingan iaitu Karang Pak Ya (01 degree 48’ 30” U/104 20’ 00” T) kira-kira 14 batu nautika dari Jeti LKIM Sedili. Lokasi darat terdekat ialah Tanjung Gemok 9 batu nautika dari karang berkenaan.

Lokasi kedua pertandingan ialah lubuk Pantai Temala (01 degree 58’ 178” U/104 09’ 096” T) kira-kira 4 batu nautika dari Jeti LKIM Sedili. Lokasi darat paling hampir ialah Tanjung Tebal kira-kira 2.5 batu nautika.

Kawasan ketiga ialah Karang Kapal Ghani (01 degree 51’ 027” U/104 14’ 329” T) kira-kira 8.2 batu nautika. Darat paling hampir ialah Sedili Kecil iaitu 4.2 batu nautika.

Manakala lubuk lain yang turut menjadi buruan kaki pancing ialah Batu Mereng, Karang Emas, Karang Yu, Karang Hanyut, Batu Tinggi, Kapal Karam Deris, Karang Hantu, Karang Lintang dan Karang Lubang.

Sudah pasti aruan tasik dan tenggiri menjadi sasaran peserta kerana spesies ini mampu meletakkan mereka dalam senarai penerima hadiah. Selain gerombolan ikan merah, kaci dan beberapa jenis ikan karang yang biasa ada di terumbu karang berkenaan. Ini sudah pasti memberikan satu kepuasan kepada kaki pancing tegar.

Tenggiri juga adalah sasaran terbaik memancing sebelah siang menggunakan umpan ikan selar, selayang dan tamban hidup. Kaedah memancing di pertengahan air amat sesuai untuk menewaskan spesies plagik ini.

Bagi kategori Pantai, spesies pari, kerapu, ketuka dan gerung belang adalah tangkapan yang mampu melegakan pemancing. Justeru, umpan sotong dan udang segar adalah yang terbaik untuk membuka peluang anda menjadi antara 40 pemenang di sini.

Untuk memperoleh tangkapan terbesar dan berat, peserta disaran menggunakan umpan ikan hidup dan sotong cumit memandangkan mangsa di sini amat prihatin dengan umpan yang disajikan. Bagaimanapun, umpan ikan, sotong dan udang segar di pasar juga dijamah penghuni perairan berkenaan.

Joran

Berita Harian

Rabu, 25 Julai 2007

Suara Ikan di Tasik Kejut ( Delima Merkah )


" Azim pernah tak dengar cerita Nabi Yunus AS yang di telah ikan Nun..."

" Ikan Nun itu ikan paus ke? "

" Ustazah pernah bercerita, Nabi tu lari dari kaumnnya kan ayah!, Tuhan marah & suruh ikan paus tu telan dia .."

Sejak berzaman memang sejarah ikan & manusia ini amat rapat.

" Azim tahu kenapa ikan ni mulutnya kumat-kamit macam orang bernafas saja! "

" Ikan ini dulu dia banyak cakap kan.. ayah "

" Haa aah... masa Nabi Adam turun bumi ikanlah yang paling bising.."

Ikan bagaikan pemberita antara bangsa, berita yang diceritakan oleh iblis; diihebohkan seantero dunia yang Nabi Adam AS & Hawa yang tercampak dari syurga lantaran makan buah Khuldi adalah pemburu paling ganas!!. Lalu Allah SWT melaknat ikan dengan mencabut lidahnya. Sebelum Nabi Adam AS turun ke dunia bayangkan semua ikan berlidah. Petah berkata-kata.

Jadi perlulah diingat sejarah membuktikan betapa ikan ini, banyak amat kaitan dengan manusia. Sejak zaman Nabi Adam AS lagi. Ikan juga adalah makhluk yang rapat dengan iblis yang suka menghasut manusia. Pada zaman Nabi Sulaiman AS memang semua makhluk boleh bercakap. Nabi Sulaiman AS rajin berbual-bual dengan burung-burung & perbagai binatang.

Tahukah apa yang dibual oleh ikan di Tasik Kejut???

" Jenis manusia apalah yang kita terpaksa temui, sudahlah kita majoriti berkepala besar lantaran tak cukup makan, sekarang kita terpaksa berhadapan dengan musuh manusia!.." Timah Lampam bersungut.

" Aku pun rasa telah putus harapan, ramai anak-anak aku habis dibaham si Harun Haruan, semalam depan mataku anak bungsu kesayangan ku ditelan si Bunga Flower Horn... siap aku dikejarnya! menyeringai giginya nak gigit aku.. " Tipah Talapia bersungut sedih.

Peperangan antara specias ikan di Tasik Kejut telah menjangkau bertahun-tahun. Bunuh membunuh lantaran tidak cukup makan. Tasik bagaikan medan perang siang & malam bagi warga Tasik Kejut. Sesekali cuma dapat keluarga ikan berebut-rebut makan mengalas perut dari simpati Tok Perak. Tok Perak pun kalau ada yang kasi duit bantuan. Kot ada yang bermurah hati menghulurkan duit bagi membeli pelet buat makanan. Kadang-kadang berbulan Tok Perak tak kasi makan, segenggam dua buat semua penghuni ikan. Kedekut-kedekut Tok Perak pun okeylah dia sayang dengan ikan di Tasik Kejut. Tapi dalam satu ketika dia tidak sehebat penyair iDANRADZi, tidak mahu langsung berkompromi dalam peperangan Sabtu nanti. Dengarnya dia salah seorang marsal dalam pertandingan nanti.

" Tak sangka dia gila pangkat dalam memerangi kita! " Toya Tutu bersuara.

Anak-anak udang habis ditelan si Toya Tutu. Toya Tutu ini nampak saja diam, tapi kuat makan.

" Aku pun tak faham manusia jenis apa yang taja pertandingan memancing kita ini, rata-rata kita tak rela berkorban nyawa macam si Mariam Ayam yang mereka ternak. Memang Mariam Ayam mati syahid lantaran mengorbankan diri untuk mereka beribadah. Keluarga Mariam Ayam mereka kasi makan sekenyang-kenyangnya. Mereka sembelih ikut cara agama mereka. Kita keluarga ikan liar!, mereka tak kasi makan sebaiknya. Mereka hambat. Malahan kadang-kadang air toksik yang terpaksa termuntah-muntah kita tertelan... " si Semah Sepat Ronggeng menggeleng kepala.

" Terkadang Pak Osman memang suka kasi kita makan, penyair iDANRADZi pun rajin bawa lebihan makanan di rumahnya kasi kita. Selalu hari minggu atau hari cuti dia datang dengan anak-anaknya. Aku kasihan malam itu dia kena halau dengan jaga UPM sebab nak bersantai dengan kita, aku memang rela menggadaikan nyawaku lantaran simpati penyair iDANRADZi itu terhadapku. Ada satu hari itu aku suruh semua sepupuku naik ke darat... Aku dengar ada sebahagian mereka sekarang duduk aman di rumah Atan.. penyair iDANRADZi itu memang tak nak ikan sangat.. malahan dia sayang dengan kaum kerabat kita!.. dia suka bersantai sahaja dengan kita!.. " Timah Lampam bercerita.

" Sabtu nanti kampung kita akan dihujani mata pancing, aku tak tahan hati melihat nanti ramai kalangan kita tertipu & rabek semua mulut. Aku nuntut pertarungan ini di kubur manusia nanti, bukan aku ini tak reda & tak kenal untung nasibku untuk jadi makanan mereka. Tapi aku tak puas hati sebab penaja yang anjurkan pertandingan ini memang langsung tak hiraukan kita. Malahan aku dengar mereka sanggup kutip duit lantaran ingin memusnahkan specias kita cara yang tidak bertamadun. Siap kubur mereka aku nak pasang mata pancing banyak-banyak! " Tipah Talapia bersungut sedih. Amat berat dia berenang lantaran tiada khasiat makanan baginya bergerak; Kepalanya pun makin membesar.

Sering kita dengar mereka yang mengadakan pertandingan memancing di kolam-kolam atau tasik sebesar Tasik Kejut ini akan melepaskan ikan, menternak atau memastikan ikan ini selamat dimakan. Tetapi ini tidak berlaku di Tasik Kejut. Limpahan air dari makmal yang punyai toksik & kimia terkadang bebas masuk ke Tasik ini. Memang tidak sepatutnya ada penaja yang sanggup memperjudikan nyawa manusia untuk memancing & menangkap ikan di Tasik Kejut.


si Semah Sepat Ronggeng membebel samping beronggeng. Cun.. habis Semah ini bila beronggeng.

" Betullah pelik manusia ini, tadi aku lihat Atan tu lekat-lekat poster pertandingan memancing itu, sepupu aku di rumahnya dia sayang! tapi kenapa dia sanggup hebahkan agar manusia kejam ini memerangi kita?.." Timah Lampam menggeleng-geleng sengal kepalanya yang luka dek tercalar benang pancing Abuya. Tak ada rumput rampai & samai di Tasik Kejut ini buat mengubati sakitnya. Mana nak cari Minyak Gamat dalam tasik ini, semua dibuang oleh manusia tamak yang hendak memerangi kini.

" Oii!... nasib kau ikan memang makanan manusia.. tak sedar diri lagi ke?... " Kasim Kaloi bersuara. Kasim Kaloi ni terkadang jadi pemangsa juga. Musuh dalam selimut betul .. Alaa!.. Kasim. ( Kasim Selamat dalam Filem Ibu Mertuku amat baik Kasim Kaloi ini pelik pulak perangainya )

" Entahlah manusia ini suka sangat berubah arah, ada kalangan ulama mereka sampai tidak menggalakkan pengikutnya memancing, katanya memancing samalah mendera kita, kita tertipu dengan umpanan yang lazat, tapi ada mata pancing yang merobek kita... berapa ramai kalangan saudara mara kita sumbing bibir sampai ke mati.. terlepas dari naik ke darat menderita sepanjang hayat lantaran mata kail!!! " si Semah Sepat Ronggeng membebel samping beronggeng. Cun.. habis Semah ini bila beronggeng.

" Aku pun selalu dengar fakwa tu & ulama mereka lebih suka kita ditangkap dengan menggunakan jaring, jala dan sebagainya yang tidak sampai melukakan kita.." Timah Lampam menepuk-nepuk perut putihnya yang kosong.

Satu langkah yang baik jika memang dijadikan Tasik Kejut ini tempat riadah memancing tetapi haruslah sentiasa ikan & penghuninya terpelihara bukan didera. Sentiasa dijaga dari limpahan bahan percemaran. Longkang dari makmal yang menggunakan bahan kimia pun terus ke tasik. Kenalah mengeluarkan belanja untuk membeli makanan ikan, pun bolehlah dipasang bubu & sebagainya bagi memastikan tiada ikan pemangsa. Menyemai menanam menuai memetik hasil ada caranya.

Penunggu di Tasik Kejut pastinya terkilan lantaran ikan mainannya pasti akan terpengaruh dengan umpanan. Paling dia sayang si Kajul Keli Afrika kepunyaan Tajul. Tentunya kian membesar berkilo-kilo.


Cerita Lama ...



Dialog

" Oleh kerana kau berkompromi dengan mereka, sanggup bayar duit lagi... kita putus saudara!, dua minggu jangan tegur abang kau ni.. "

" Orang Islam 3 hari tak bertegur pun dah tak boleh... nanti abg iDAN sakit ke! kot apa-apa ke.. siapa pun tak peduli nanti... siapa yang nak tanggung dosa tak bersapa! "

" Tak kisah! ini satu langkah protes!, bagaikan mogok seni.. demi penghuni ikan & lain2 makhluk di tasik itu! "



Respon 1

Anonymous
...Tasik Kejut
Posted on 26.7.2007 1:47 PM

....best gak citer ikan2 ni..


Suntingan dari internet.

KISAH NABI YUNUS
Beliau adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata: “Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata.”

Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan surga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya:

“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang lalim.’” (QS. al-Anbiya’: 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi Yunus selain Allah SWT. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahwa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya karena ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahwa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. Namun keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah SWT semata.

Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba-tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: “Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.

Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahwa beliau lari dari ketentuan Allah SWT menuju ketentuan Allah SWT yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.

Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: “Apa yang engkau inginkan?” Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: “Saya ingin untuk bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang lama?” Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: “Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang.” Nabi Yunus berkata dengan mencoba sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: “Tidakkah engkau mendahului agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?” Si nahkoda berkata: “Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia.” Yunus bertanya: “Aku akan pergi bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?” Si nahkoda menjawab: “Kami tidak menerima ongkos selain emas.” Yunus berkata: “Tidak jadi masalah.”

Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahwa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahwa Nabi Yunus melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.

Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: “Tuanku tentukan bagiku kamarku. Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar.” Si nahkoda berkata: “Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu,” sambil ia menunjuk dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahwa atap kamar akan jatuh menimpa dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: “Demikian juga hatiku yang tergantung dalam jiwaku.”

Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup kencang yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.

Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang besar yang mulai mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah SWT dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak dan berkata: “Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga karenanya angin ini bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan.”

Nabi Yunus mengetahui bahwa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahwa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka meyakini bahwa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh karena itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahwa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahwa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahwa Allah SWT tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah karena meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah SWT memberikan pelajaran kepadanya.

Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak: “Lompatlah wahai musafir yang misterius.” Tiupan angin semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum karena Allah SWT telah mengirim padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.

Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahwa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.

Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: “Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri.” (QS. Hud: 87)

Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada Allah SWT. Beliau tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahwa ia sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah SWT yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah SWT dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: “Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri.” Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak karena tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahwa kalau bukan karena tasbih yang diucapkannya niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (QS. ash-Shaffat: 139-148)

“Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang lalim.’ Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS. al-Anbiya’: 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak berarti bahwa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah SWT: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT). Ini memang benar. Sekarang, marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan karenanya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu— dalam kacamata para nabi—adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah SWT dan hukuman-Nya padanya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya dan karena itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun-tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah SWT sehingga datang perintah Allah SWT melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya niscaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah SWT berfirman:

“Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.” (QS. Yunus: 98)

Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka niscaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah SWT menghukumnya dan mengajarinya bahwa tugas seorang nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.

Lagi tentang ikan

Safarul Adab adalah perjalanan pendidikan, iaitu perjalanan Nabi Musa ke tepi sungai untuk berjumpa dengan Khidir as.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun. Maka Tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah kemari makanan itu, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini. Muridnya menjawab: Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa menceritakan tentang ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. Musa berkata: “Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khaidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu.”

(Al-Kahfi: 60-66)

Dari Forum falak-net
DNA kita sama dengan ikan buntal

.... kurang faham berkenaan kepupusan yang disebabkan oleh tahi bintang yang jatuh ke bumi 65 juta tahun lampau sedangkan buktinya memang ada di utara Semenanjung Mexico. Kenapa tidak search pada Yahoo dan cari fasal Chicxulub meteor crater. Kesan kawah ini adalah berdiameter 180 kilometer lebar di dasar Telukan Mexico menjadi bukti saintifik terpenting masa kini dan berdasarkan jumpaan unsur element carbonaceous chondrites yang amat jarang pada unsur bumi di kawasan kejadian tetapi banyak di angkasa lepas maka ia menjadi bukti yang tidak dapat disangkal lagi.

Sudah dari awal lagi saya katakan bahawa umat manusia di bumi ini merupakan hidupan baru yang diwujudkan
oleh Allah selepas pupusnya dinosaur sebab Allah Maha Kuasa menciptakan segala apa jua hidupan dari species
yang belum ada hatta walaupun ketika zaman dinosaur menghuni bumi ini. Jangan anggap dengan terpupusnya
dinosaur akibat tahi bintang itu maka semua hidupan dan manusia akan pupus sekaligus.

Anda tahu atau tidak bahawa umat manusia moden bukannya keturunan dari Afrika atau manusia separuh
beruk yang sering diperkatakan oleh saintis barat bahkan sekarang telah ada bukti besar bahawa
perbandingan DNA di antara manusia moden dengan beruk purba sangat jauh nisbahnya iaitu 1 dengan ribu juta
manakala manusia dengan chimpanzi 1 nisbah ribu tetapi yang menghairankan DNA manusia hampir kepada DNA ikan buntal!! Oleh yang demikian ternyata manusia moden tidak berketurunan dari mana-mana hidupan sebelumnya bahkan memang diciptakan secara asing oleh Allah Ta'ala!!

Percaya atau tidak bahawa sejarah tamadun manusia hanya berusia paling tua ialah 7,000 tahun yang lalu
sahaja. Ini bermakna manusia Adam dan Hawa turun dari syurga sangat mungkin pada 7,000 tahun yang silam di
mana dinosaur waktu itu sudahpun pupus (kecuali ada juga saki baki yang belum pupus yang masih menghuni
Loch Ness di Scotland antaranya!).

Jangan hairan jika kita jangka bahawa Adam dicipta dan menghuni syurga ketika zaman dinosaur. Ingatlah
setahun di syurga bersamaan dengan 365 hari X 24 jam X 1,000 tahun = 8 juta 760 ribu tahun!). Tetapi
dikatakan dinosaur pupus lebih awal lagi (65 juta tahun) dan ini bermakna beruk purba (manusia Leekey,
Neanderthal dan sebagainya) yang dianggap moyang manusia di bumi mengikut saintis barat adalah wujud
pada 2 juta tahun lalu. Kita dapat katakan bahawa usia Adam semasa di turun ke bumi mungkin sudah jauh lebih
tua dari manusia purba tadi!! Hal ini yang masih belum dikaji oleh ulama kita berkenaan berapa lama masa
sebenarnya Adam dan Hawa tinggal di syurga sebelum turun ke bumi yang diperkirakan pada tahun 5593
Sebelum Hijrah (5593 + 1412 = sudah 7005 tahun lamanya).

Untuk makluman anda, petroleum atau minyak sebenarnya sudah lama wujud terpendam di bawah tanah bergurun di bumi Arab sebelum lagi ia ditemui bahkan telah ada ketika sebelum lagi Nabi Muhammad diputerakan cuma teknologi tok-tok Arab sahaja yang belum maju hingga awal abad ke-20 (awal tahun 1900-an) berbanding
omputih (orang putih) barat! Tapi tahukah anda bahawa minyak sebenarnya memang telah lama ditemui oleh
kafilah Arab beribu-ribu tahun dahulu sebelum ia dikomersialkan pada era 1900-an hingga kini? Ada buktinya tetapi saya biarkan anda cari sendiri fakta ini, barulah boleh menjadi seorang yang bermaklumat, Insya Allah. Saya doakan. Anda mesti cuba.

Fasal species, baru-baru ini dalam Yahoo ada satu makluman berkenaan species serangga yang belum lagi
diketahui manusia setakat ini malah ia dianggap species baru. Jadi, percayalah bahawa kalimat kun
fayakun oleh Allah memang memberi erti besar bahawa tidak mustahil bahkan boleh sahaja Allah mencipta
sesuatu yang baru pada masa sekarang ini bahkan sedarkah anda bahawa Alam Semesta ini juga sentiasa
berkembang dan adalah diketahui menurut pemerhatian sekarang bahawa jumlah bintang di dalam galaksi Bima
Sakti yang dahulunya hanya dalam anggaran 100 ribu juta bintang kini meningkat hingga ke 5 hingga 50 kali
ganda. Jadi, anda patut sedar bahawa sepertimana sabda Rasul bahawa: ".....wap-wap air yang menjadi langit
sentiasa bergerak hinggalah akhir zaman" bermaksud bahawa "sentiasa bergerak" juga bererti berkembang...
katakan satu jasad bumi purba berpecah menjadi tujuh buah, dan dari tujuh ke 49 buah, 49 menjadi 343 ....

Kenapa Ikan Tidak Berlidah???

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa yang bermuka dua di dunia, maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam."

Sabda Rasulullah lagi,

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita."

Bila ditanya apa hikmahnya, maka Baginda menjawab, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya,

"Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya dan mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan di daratan." Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya."


Jumaat, 2 Februari 2001

Persediaan awal lebih terjamin (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.

Langkah paling baik lagi berkesan mengikut pengalaman Pak Nuri ialah bersedia lebih awal. Ini termasuk menyediakan peralatan pancing yang perlu dibawa disimpan dalam kotak khas walaupun tarikh untuk turun memancing masih belum tiba.

Kita mahu berkongsi pengalaman yang berlaku kepada ramai kaki pancing sering tertinggal barang keperluan memancing. Ini disebabkan kecuaian sendiri dan tergesa-gesa atau menempatkan barang pancing tidak pada satu tempat yang mudah dilihat.

Malah ada yang tertinggal di tempat letak kereta atau jeti ketika mereka memunggah barang pada waktu malam atau tergesa-gesa kerana hujan. Ada rakan dari Kuantan baru-baru ini, kehilangan peralatan memancing bernilai ribuan RM. Ini gara-gara mereka tergesa-gesa lari ke hotel dan bertawakal dengan meninggalkan perkakasan itu di kenderaan. Esoknya, semua perkakasan lesap. Hendak memancing pun tidak ada lagi semangat.

Justeru, kerana sikap tergesa-gesa inilah maka sering berlaku peralatan pancing tertinggal atau lesap.

Pengalaman beberapa orang rakan pancing membuatkan Pak Nuri ingin berkongsi untuk mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya membuat persediaan lebih awal lalu menyimpan barang keperluan yang diperlukan dalam satu tempat dan batang joran juga tidak terkecuali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada masalah lupa atas sebab-sebab tertentu atau terlalu banyak berfikir. jadi, apabila teringat saja barang yang perlu dibawa, kita perlu segera mencarinya atau membuat persediaan. Tempat paling baik untuk disimpan ialah dalam kotak khas yang akan dibawa memancing. Kotak itu elok dimasukkan terus ke dalam bonet kereta.

Seperkara lagi kita (pemancing) sering mengabaikan ketika memunggah barang adalah lebih baik barang berkenaan dihimpun dalam satu tempat yang besar daripada mengasingkannya dalam kumpulan kecil yang banyak.

Pengalaman yang dirasakan oleh sebilangan ramai kaki pancing Pak Nuri sarankan bahawa cara menyimpan barang keperluan memancing pada satu tempat dijadikan petua yang mesti diamalkan kerana beringat-ingat dulu itu satu kebaikan daripada tertinggal yang akhirnya misi atau trip dilakukan dengan penuh kekurangan peralatan atau kita terpaksa berputih mata.

Joran


Khamis, 1 Februari 2001

Pemancing latah, sawan perlu jujur (Petua)

Oleh Nuri Angkasa

ADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakan pancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketika ekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.

Rakan pancing dalam kumpulan besar atau kecil adalah saudara paling rapat antara satu sama lain walaupun itu mungkin kali pertama menyertai kumpulan berkenaan.

Ketika di laut, kita perlu bekerjasama (team work) dalam apa juga keadaan. Mengasingkan diri adalah satu sifat yang merugikan diri sendiri. Malah keadaan lebih merbahaya jika kita ditimpa kemalangan yang memerlukan bantuan kawan.

Dalam bot tidak ada ibu bapa, saudara mara, doktor atau pakar bedah untuk memberikan bantuan selain rakan pancing berada dalam kumpulan itu yang akhirnya akan memberi bantuan apabila diperlukan.

Bekerjasama dan sifat suka menolong adalah budaya kita orang Melayu. Dengan cara atau sikap ini juga kita dapat membantu atau membuat persediaan lebih awal jika pemancing perlu diberi pertolongan. Kepada ahli kumpulan yang ada penyakit latah yang tidak boleh tersentuh atau terperanjat atau ada yang mempunyai penyakit sawan; sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di laut.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu mendapat maklumat mengenai perkara ini terutama bagi rakan pancing yang baru menyertai mereka. Pak Nuri difahamkan, sering berlaku kemalangan seperti pemancing terjun ke laut apabila si latah diusik atau terperanjat. Orang yang melatah juga akan bertindak sama ada kasar, membahayakan pemancing atau diri sendiri. Justeru, ingatlah bahawa di atas bot bukan tempat untuk bergurau senda dengan si latah.

Begitu juga dengan penghidap sawan laut yang sudah tidak dapat dikawal. Justeru, menjadi tanggungjawab ahli dalam kumpulan untuk membantu dan sentiasa peka dengan keadaan ini.

Jika seseorang pemancing menghidap mana-mana penyakit itu maka berterus terang kepada rakan pancing dalam kumpulan adalah satu cara paling baik. Jangan malu untuk menyatakan keadaan sebenar sebab keadaan lebih buruk boleh berlaku jika kita berdepan dengan situasi yang datang secara mendadak dan dalam keadaan tidak bersedia.

Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya pemancing terbabit berterus terang terutama kepada pemancing yang baru menyertai kumpulan atau trip memancing supaya langkah awal dapat disediakan atau semua pemancing sudah dimaklumkan dan akan bertindak pantas jika berlaku keadaan yang tidak diingini.

Segan atau malu yang memerangkap diri sendiri terus berdepan dengan keadaan lebih buruk dan menyusahkan rakan kumpulan adalah satu perbuatan yang merugikan dan tidak wajar untuk menjadi seorang pemancing laut.

Joran

Rabu, 3 Mei 2000

Jangan memancing semasa kilat (Petua)


Nuri Angkasa

CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.

Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan ekspedisi memancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa tahun lalu.

Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan tidak lagi turun ke laut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengindahkan larangan atau petua ketika memancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.

Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir.

Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan kaki pancing supaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu langsung tidak diendahkan sebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang anak muda.

Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta guruh dan kilat, gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak mendedahkan diri bagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing yang degil itu.

Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing mereka disambar kilat. Pak Wan Dolah terpaksa melakukan rawatan daripada pengalamannya yang luas dalam menghadapi situa si begitu.

Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak langsung mahu mendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

Justeru nasihat Pak Nuri perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada keadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung.

Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua.

InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.

Joran

Khamis, 3 Februari 2000

Elak berjalan seorang diri waktu malam (Petua)

Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu memastikan keselamatan apabila berjalan malam seorang diri untuk ke lokasi memancing di tasik, sungai, paya atau lombong tinggal yang jauh dari perkampungan. Perlu diingatkan bahawa setiap perjalanan itu diintai oleh beberapa makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru, apabila memulakan perjalanan yang walaupun tidak jauh lokasinya jika kita lupa membaca ‘Bismillah’ sebelum mula melangkah meninggalkan rumah untuk berserah kepada Allah bagi mengelak apa juga gangguan.

Kadang-kadang deria rasa kita akan merasakan sesuatu yang mengiringi kita berjalan. Kita boleh merasa bagaikan ada ‘sesuatu’mengekori di belakang atau terasa ada sentuhan tangan atau dengusan nafas yang agak kuat dari arah sebelah kiri dan kanan. Kadang-kala ranting patah seperti dipijak.

Menyedari hakikat ini, anda ( kaki pancing) perlu menguatkan semangat jika menyedari anda sedang diperhatikan makhluk halus sama ada dari kalangan yang baik atau jahat.

Anda dinasihatkan supaya membaca ayat suci al-Quran terutama ayat Qursi yang terlalu banyak hikmatnya. Baca berulang kali sehingga anda dapat merasakan bahawa makhluk yang mengikuti anda sudah menghilangkan diri.

Pada hemat Pak Nuri adalah lebih baik anda sentiasa berteman walaupun seorang rakan pancing lain untuk turun memancing walaupun lokasinya dekat dan dapat dilihat cahaya lampu perkampungan. Kita tidak mengetahui bahawa di luar rumah yang dianggap selamat rupa-rupanya ada yang ‘menunggu’ untuk diajak berteman.

Walaupun dalam apa juga ikhtiar untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus anda perlu mendekati Allah dengan membaca ayat suci al-Quran dan sentiasa ingat bahawa berjalan seorang itu adalah perjalanan mati, berdua itu berteman, apabila bertiga berwaspadalah kerana antara dua ada satu yang bukan teman.

Joran

Jumaat, 7 Januari 2000

Lepaskan ikan yang tidak digemari (Petua)



Oleh Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

Yang pasti akan menjadi mangsa cemuhan ialah tekong, rakan sekumpulan, keadaan laut serta segala sebab yang boleh dikaitkan. Sehingga segala umpan yang dibawa juga dijadikan sebab atau dipersalahkan apabila kita tidak mendapat tangkapan seperti yang dihajati.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman dengan pemancing daripada pengalaman orang lama yang menjadikan laut sebagai sumber rezeki dan sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Allah.

Ada sesetengah pemancing tidak bersyukur apabila mendapat ikan kecil atau spesies ikan yang tidak dikehendaki. Mulut mereka sentiasa bercakap celupar atau memaki hamun. Malah lebih buruk lagi, mereka menghempas ikan berkenaan ke lantai bot atau mencederakan ikan berkenaan kononnya kerana rasa kecewa atau marah.

Ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya wujud di kalangan pemancing. Ini kerana apa yang kita peroleh ketika memancing adalah sudah ditentukan Allah. Jangan kita pertikaikan kehendak-Nya. Sebaliknya, lebih banyak bersabar dan bersyukur walaupun hanya dapat menaikkan seekor ikan kecil dan tidak mencapai hajat seseorang.

Allah sentiasa menguji hamba-Nya sama ada bersyukur dengan pemberian-Nya dan tidak meletakkan diri masing-masing lebih besar daripada kuasa Yang Maha Esa.

Selain itu, orang tua-tua juga sentiasa mengingatkan kepada pemancing sekiranya ikan yang kita pancing tidak sesuai dengan kehendak kita dan tidak dikehendaki cepat-cepat lepaskan semula ke laut supaya ia kembali kepada keluarga dan habitat asal.

Pak Nuri harap beberapa teguran orang tua-tua dapat kita manfaatkan bersama supaya sentiasa ingat bahawa mati, rezeki dan jodoh pertuan adalah kuasa Allah.

Joran