Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.
Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.
Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.
Idan Radzi mungkinkah angkara kekanda... yag terkadang tak pandai
bergurau... ingatkan nak menyakat... tapi tetiba ianya jadi medan
sengketa... mana perginya adinda TD ini?
Tok Ma minang pon x gune kalau org dah merajuk.. kalau merajuk x lama nanti kita pujuk setia kawan yg ada terus kita pupuk pendamkan dulu rindu bio jadi jeruk
Idan Radzi kiranya kekanda yang bersalah ... kususun jari sepuluh apa
sudilah kiranya maafkan kekanda... buang yang keruh ambil yang jernih...
mmg ada ketika kekanda ini kuat cemburunya... bilamana rasa
dipinggirkan... meracaulah begitu... sabtu ini nampak dah ada
agendanya... si anif mengeluh bosan di STTJ sana tak dapatlah nak baca
KCT ini... mohon maaf...
Idan Radzi @Tok Ma telefon yeop dah
okey kut... tapi yeop sepanjang hari ini di Seremban... bebila senggang
jangan serik nak dail talian yeop...
Kamaruddin Abdullah Bagus lah siapa yg memaafkan dan siapa yg memohon
maaf.....ini ada lah satu kemenangan bagi kedua belah pihak...moga x
kanjai.
Rohani Ismail Semoge TD bisa mengerti... Di Laman jni ramai yg menanti Mengharapkan dia kembali Agar laman ini kembali berseri..
Tok Ma dusana menunggu disini menanti pergi yg x mungkin akan kembali perasaan TD hamba mengerti dengan pujukan x jalan lagi nak acu pistol tangan digari suruh TD bersama kembali
Idan Radzi rasanya kena copy paste semua entri ini ke FB TD Tualang
barulah ed tu dapat baca... sbb entri di KCT kemungkinan tak dapat dia
baca lagi sbb cer check keahlian KCT mmg TD tiada lagi dengan Kumpulan
KCT kita ini.
Kamal Ahamad KamalSesunguhnya
orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleih dan merendahkan diri
kepada tuhan (Allah) mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga, mereak
kekal didalamnya..-HUd ;23
Elok dikaji semula peranan Editor yang mengamalkan sikap 'Kronisme' atau menyekat perkembangan Sastera Melayu Tanah Air. Sebagai contoh terbaik; masalah ini amat ketara dengan sikap bermuka-muka Editor Puan Salbiah Ani setiap kali soalan yang sama dikemukakan terhadap beliau.
2. Dalam banyak ruangan Forum para Penulis dan Penyair Tanah Air ramai berasa kecewa dengan sikap beliau yang amat nyata sepanjang tempoh beliau bertugas hanya mementing kelompok dan citarasa beliau dalam memilih karya yang bermutu untuk diterbitkan di BH (puisi/sajak terutamanya)
3. Sebagai contoh jawapan beliau ketika diajukan sampai bila beliau mahu bersikap 'Kronisme' terhadap penggiat Sastera Melayu Tanah Air. Cer lihat jawapan beliau yang berulang kali dalam banyak Seminar dan Diskusi Sastera dan Media baru-baru ini. Dengan ego beliau menjawab.
"Editor Sastera, Berita Harian, Salbiah Ani, ketika diminta mengulas pemilihan karya bagi terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu menjelaskan baik pengarang berjenama mahupun pendatang baru diberi peluang kerana penekanan adalah kepada mesej bukan pada status.
Terus terang saya katakan bukan status penulis yang mempengaruhi pemilihan karya untuk terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu. Karya penulis berjenama seperti Dr Fatimah Busu juga pernah saya tolak. Saya juga tidak mengamalkan kronisme. Silap jika penulis baru mengatakan mereka tidak diberi peluang,? katanya. (Dari Petikan Akhbar BH)
4. "Karya penulis berjenama seperti Dr Fatimah Busu juga pernah saya tolak." Ayat/jawapan ini menampakkan keegoan beliau terhadap Penulis Mapan apatah lagi Penulis Picisan yang lain. Sebagai bukti yang nyata sejak saya sakit kronik terpaksa bersara dan menjadi Penyair Sepenuh Masa; setiapn minggu saya terusan menghantar karya puisi ke meja beliau sejak lebih dari 4 (empat) tahun lalu hingga kini; tak satu pun karya saya terpilih untuk disiarkan. Yang menjadi tanda tanya bila telah setahun lebih karya tersebut tersimpan di meja beliau; saya tarik hak penerbitan dan menghantar ke penerbitan yang lain; ianya diterima dengan baik malahan Majalah Dewan Sastera (DS) juga dapat menerima serta menerbitkan karya saya yang dihantar ke editor BH ini.
5. Saya tidak pernah mahu memusuhi beliau dan BH tetapi jika kita perhatikan karya Sasterawan Negara pun tak ada "ruangan khas" di BH ini apatah lagi ruangan untuk Penulis Picisan. Sebaiknya bidang sastera ini mendapat tempat di hati semua masyarakat atas sokongan semua Media Massa Arus Perdana. Berilah ruangan khas untuk Penulis Mapan (tak mestinya di hari minggu) pun sediakan jua ruangan penulis pelapis mendapat tempat. Puan Salbiah Ani tidak baik berbangga menolak karya Puan Fatimah Busu pengarang yang saya hormati; jika ianya memang karya tidak sesuai tak perlulah diuar-uarkan. Ini mengaibkan kerja seni Puan Fatimah Busu. Status beliau sebagai penilai sastera Tanah Air atau Editor Sastera sebaiknya pihak BH elok kaji semula.
6. Sebagai pencinta Sastera Melayu; sebelum saya mati saya ingin melihat perkara sebegini tidak sampai mencantas karyawan pelapis untuk berkarya di BH. Tak apalah saya akan berputih mata tak dapat melihat karya saya terbit di BH sebab bagaikan digam sampai ke akhir hayat tetapi berilah penilaian saksama terhadap semua karya penulis Tanah Air. Saya ingin melihat ruangan sastera di BH berkembang baik bagai yang diamalkan oleh DS juga Mingguan Malaysia, Harian Metro malahan akhbar tabloid yang lain yang lebih beragam karya yang diterbitkan. Agar Sastera Melayu dapat memertabatkan bangsa kita Melayu.
Sila uar-uarkan kepada pencinta Sastera Melayu yang lain. Wassalam.
Editor sastera akhbar dan majalah beri petua serta berkongsi pengalaman
KESUKARAN mendapatkan cerpen dan puisi bermutu dengan larik bahasa
indah baik daripada pendatang baru, penulis muda mahupun veteran bukan
saja dihadapi akhbar, tetapi juga majalah yang mempunyai halaman kreatif
dibangkitkan pada Sesi Bersama Editor pada Dialog Penulis Muda.
Dialog di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Upsi), Tanjung Malim, baru-baru ini, turut mendedahkan tindakan
sesetengah pengarang muda dan veteran yang menghantar belasan karya
serentak untuk dinilai dalam kerakusan melihat karya disiarkan.
Dialog Penulis Muda anjuran Pelajar Kursus Reka Bentuk
Pengajaran Bahasa Melayu (BMP 3063) dan Persatuan Penulis Budiman
(Budiman) itu, turut menjadi medan berkongsi pengalaman dua editor
sastera tanah air dalam menangani asam garam berurusan dengan pengarang
kreatif, sambil menurunkan ‘petua’ dan cara menghantar karya.
Secara tidak langsung, kira-kira 50 peserta sesi itu, dapat belajar
daripada kesilapan pengarang sebelum mereka dan mengetahui batas
sempadan dalam proses penghantaran karya, selain dapat menghilangkan
keraguan terhadap isu ‘belakang tabir’ berkaitan penyiaran karya
terbabit.
Editor Sastera Berita Harian,
Salbiah Ani, menekankan peluang dan
ruang penyiaran karya di halaman Kreatif Sabtu dan Sanggar Kreatif Ahad
adalah sama baik kepada pengarang mapan dan baru selagi mutu karya
dijaga.
“Peluang adalah sama kerana kayu ukur penyiaran adalah mutu karya
tanpa mengira sama ada pengarang itu veteran atau muda, pernah memenangi
pelbagai hadiah sastera atau pendatang baru dalam dunia penulisan tanah
air.
“Ini kerana ada sebahagian pengarang yang pernah memenangi hadiah
sastera, tetapi disebabkan faktor usia dan hal tertentu, gagal
memperlihatkan kehebatan yang pernah dipamerkan sebelum ini sehingga
karya mereka apabila dibaca dapat dirasakan hambar dan ‘mengejutkan’,”
katanya pada sesi yang dipengerusikan penyair, Ghazali Din atau lebih
dikenali sebagai Ihsan Noorzali.
Salbiah turut mendedahkan ada Penerima Anugerah Penulisan Sea yang
menghantarkan cerpen kepada Berita Harian dan Berita Minggu, tetapi
terpaksa ditolak kerana isu semasa dalam karya gagal diadun dengan baik
sehingga karya menjadi hambar dan tidak mencerminkan wibawa pengarang.
“Saya berharap penulis dapat bersabar untuk melihat karya disiarkan
dan tidak boleh mengharapkan penyiaran pada kadar segera kerana terlalu
ramai pengkarya menghantar nukilan masing-masing selain masa standard
penyiaran untuk akhbar dan majalah ialah enam bulan.
“Jika penulis berasa karya itu wajar disiarkan secepat mungkin,
mereka boleh menghantar e-mel untuk menarik balik. Kami bersikap
profesional dalam hal ini memandangkan ruang yang ada memang terbatas,
tetapi jumlah yang menghantar karya terlalu ramai,” katanya pada sesi
yang turut dihadiri Penasihat Program yang juga Pensyarah Upsi, Arif
Mohamad.
Ketika menjawab pertanyaan tema karya yang menjadi pilihan, Salbiah
menjelaskan Kreatif Sabtu dan Sanggar Sastera mencadangkan penulis agar
menampilkan karya yang berlegar kepada isu semasa, tetapi perlu diadun
dengan baik agar tampak menarik untuk dibaca.
“Tema sedemikian menjadi keutamaan bagi membuktikan bahawa pengarang
kreatif hidup di alam realiti dan bukan di awang-awangan seperti yang
sering dilabelkan masyarakat sejak sekian lama, selain tema agama boleh
diketengahkan, tetapi bukan dalam gaya khutbah.
“Saya banyak menerima cerpen bertema cinta dan saya berharap ia
diadun dengan perkara lain seperti yang pernah dilakukan Amiza Khusyri
Yusof lewat Salju Jabal Musa dan disiarkan dalam Berita Minggu bertarikh
25 April 2004 sehingga tampil luar biasa dan saya akan mengingati
cerpen terbabit sehingga ke akhir hayat,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan penulis baru untuk tidak terlalu gopoh
melihat karya mereka tersiar di media sehingga mengambil tindakan
melanggar etika penulisan dengan melakukan pencerobohan karya sehingga
ada yang sanggup memplagiat karya pengarang lain.
“Penulis yang ‘tertangkap’ menciplak karya pengarang lain, pintu
media akan tertutup rapat. Penulis juga jangan sesekali mengugut editor
kerana hakikatnya mereka menjalankan tugas secara profesional. Jangan
sesekali melobi agar karya disiarkan kerana silap hari bulan perkara
sebaliknya berlaku,” katanya.
Salbiah turut berkongsi pengalamannya apabila ada penulis yang
mengadu dengan pihak atasan kerana karya tidak disiarkan dan pengalaman
sama turut dilontarkan Editor Kanan Unit Sastera, Bahagian Majalah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Rozninah Abd Azib.
“Penulis terbabit menghantar surat kepada Pengarah Penerbitan
menyebabkan saya dipanggil ke bilik ketua dan apabilabeliau melihat
sendiri sejumlah karya penulis terbabit, penolakan saya dipersetujui.
“Moral daripada pengalaman ini adalah seandainya sesebuah karya itu
bagus, pihak kami akan menerbitkannya tanpa perlu menunggu penulis
terbabit menghantar surat aduan atau mengambil langkah mengugut,”
katanya yang juga Editor Dewan Sastera.
Rozninah turut mengingatkan penulis baru untuk menjaga ketertiban
dalam surat penyerahan karya dan tidak menggunakan ayat berbentuk ugutan
kepada editor untuk melihat karya mereka mendapat tempatan dalam
majalah dan akhbar.
“Ada penulis muda yang menghantar karya dengan menyelitkan amaran
bahawa sekiranya karya tidak diterbitkan dalam tiga bulan, ia akan
dihantar ke penerbitan lain dan kami tidak kisah sekiranya penulis mahu
berbuat demikian,” katanya.
Beliau turut mendedahkan masalah yang selalu dicetuskan oleh penulis
muda, iaitu mabuk dengan bahasa puitis sehingga apabila menghasilkan
karya yang sepatutnya puitis, tetapi menampilkan perlambangan yang
tersasar.
“Sajak yang baik mestilah yang boleh difahami, ada kekuatan
tersendiri dan falsafah. Dalam konteks karya kreatif berunsurkan agama
pula, jangan menggunakan terlalu banyak istilah bahasa Arab sehingga
editor terpaksa membuka kamus setiap perkataan dan pembaca juga tidak
memahaminya,” jelasnya.
Seperti Salbiah, Rozninah juga berharap mereka yang berhasrat
menghantar karya agar membeli majalah atau akhbar sasaran mereka bagi
mendapatkan gambaran karya pilihan editor dan mematuhi segala syarat
penerbit selain tidak sesekali menghantar karya yang sama ke penerbitan
berlainan.
- Kenapa mahu mengaitkan dengan Puan Rozninah, setahu kami beliau amat berwibawa dalam menjalankan tugasan.
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤