Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 21 April 2009

Pantai Sepat masih suci (Delima Merkah)


INGIN menikmati percutian di perkampungan nelayan? Pantai Sepat, kira-kira 20 kilometer (km) dari Kuantan mungkin jawapannya.

Masih suci daripada pembangunan, pengunjung pasti terpesona dengan kilauan pasir pantai memutih, persisiran landai dan kerikil halus di sepanjang gigi air.

Pepohon nyiur dan rimbunan rhu meliang-liuk apabila dihembus bayu laut menjadikan suasana begitu asyik dan mendamaikan.

Jangan lepaskan peluang berguling di tepian pantai atau bermain air. Pastinya dapat menghilangkan lesu dan menyegarkan badan.

Selera anda untuk menikmati hidangan di bawa pasti terbuka luas. Bagi yang tidak membawa bekalan, banyak gerai menyediakan pelbagai jenis masakan panas.

Bagi pengunjung luar, jangan lupa singgah di perkampungan nelayan bagi melihat binaan tradisional yang masih menjadi warisan mereka.

Anak-anak pasti teruja melihat kumpulan kerbau dan spesies burung di paya yang jarang dilihat.

Hayatilah keseronokan di kampung, bebas berlarian di laman luas tanpa gangguan.

Pengunjung yang melewati pantai di waktu petang berpeluang melihat aktiviti nelayan membawa pulang hasil tangkapan.

Bagi remaja berkumpulan, mereka boleh mengadakan aktiviti perkhemahan di kawasan khas yang disediakan.

Keluarga juga boleh bermalam dengan memasang khemah dan membuat unggun api dan bergembira dengan dingin malam berbumbungkan langit.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan