Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 4 April 2009

Lelaki terpedaya ‘niat baik’ tiga warga Afrika (Ceritera)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat swasta tidak menyangka niat tiga lelaki warga Afrika yang bersungguh-sungguh membantu apabila motosikalnya pancit, sebenarnya satu muslihat untuk menyamunnya.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang kelmarin, mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun dikatakan dalam perjalanan untuk berjumpa rakan sebelum tayar motosikalnya pancit di sebuah stesen minyak di Plaza Sungai Emas, di sini.

Ketika kejadian, mangsa mendakwa kumpulan Awang Hitam itu muncul ketika dia sedang memeriksa motosikalnya dan suspek berpura-pura ingin membantu.

Mangsa yang percaya kumpulan itu ikhlas mahu membantu terperanjat apabila seorang daripada mereka tiba-tiba mencekiknya sebelum merampas barang berharga miliknya.

Menurut sumber, dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan berjumpa rakannya di sebuah kompleks beli-belah di sini, dikatakan terpaksa berhenti di stesen minyak berkenaan apabila motosikal ditunggangnya pancit.

“Beberapa minit kemudian, tiga lelaki warga Afrika terbabit menghampiri mangsa sebelum seorang daripada mereka menawarkan bantuan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, kumpulan lelaki itu dikatakan bijak bermain ‘wayang’ apabila menawarkan bantuan seolah-olah prihatin dengan mangsa.

“Ketika itu, seorang daripada mereka memaklumkan rakannya boleh membaiki tayar motosikal mangsa yang pancit itu sebelum mengambil telefon bimbit mangsa konon untuk menghubungi rakannya itu.

“Dalam masa sama, mereka turut mengarahkan mangsa mengalihkan motosikalnya ke tepi jalan,” katanya.

Katanya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila seorang daripada mereka bertindak mencekik lehernya dan mengambil barang berharganya, termasuk dompet serta telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jinjang, dekat sini.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan