Fuh, seminggu tak sempat kemaskini. Jumaat lepas
aku ke KL lagi selama lima hari. Balik Kelantan semula badan aku tak
berapa sihat sekaligus mengganggu sikit mood nak kemaskini blog eheh. Baru
hari ni semangat tu datang balik. Jadi sebagai pemangkin semangat aku nak
cerita satu kisah misteri tentang Villa Nabila.
Sebenarnya
dah dua kali aku muat naik pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak
berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku
nak buat entri yang sama, tapi dengan maklumat yang baru aku dapat
tentang asal-usul kisah Villa Nabila. Dulu aku dapat menangkap gambar
‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak
sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan, buat lawatan ke sana
sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.
Kalau
tanya aku memang aku tak dapat nak terangkan kat mana lokasi sebenar
Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas
bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat
forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya
terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah
tak ada), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas,
siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok
gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu
aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana
Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu papan tanda ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan
ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau
tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.
Kitorang
sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke
villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parkir tepi jalan kat
kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi
lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu
Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar
yang aku dapat tangkap ni.
Apa
pendapat korang? Manipulasi gambar sebab goyang? Pada mulanya aku pun
fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’
tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Mega Piksel ke atas
boleh menangkap gambar entiti. Sebab apa, aku pun tak tau. Kamera yang
aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470
dengan resolusi 12 Megapixels.
Baru-baru
ni aku muat naik gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai
yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu
adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus
Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari
yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi.
Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak
cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.
Banyak
cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak
dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik
kisah yang paling akhir sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya
satu per satu.
Versi #1
– Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa
ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak
diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal
mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu
mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah
untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh
dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2
– Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari,
banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut
dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3
– Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan
kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4
– Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada
satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada
dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek
kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta
yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi
yang seterusnya.
Versi #5
– Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri
seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa
tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang
adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah
dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan
adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah
mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami
tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu
mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain
selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang
samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan
sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut
dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan
versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke
jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu
gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit
tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah
bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu
sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa
tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang
berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa
tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri
yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita
tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi
cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 -
Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut
cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa
Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan,
kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut
hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat
bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi
menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Macam
biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang
menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku
dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu
yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi
bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang.
Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok.
Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat
kawasan hutan.
Walaupun
gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru
terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam
gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni.
Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat
tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan
yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa
tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk
kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari
radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap
keberanian masing-masing.
Apa-apa
pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa
Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi
ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di
sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di
kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan
struktur bangunan yang berlainan.
takutnya dengar
BalasPadamteringat lagi masa pergi kereta mati enjin tetiba...
BalasPadamTerima kasih dengan perkongsian ni. Cuma perkataan muat turun tu rasanya kena tukar ke 'muat naik' (upload)..
BalasPadamdengar kata ad budak hilang
BalasPadamBaru dpt berita spupu dri perak,btanyakn tentang villa nie.katanya,ada org masuk Xkluar2 iyeaker
BalasPadamyelah...
BalasPadammemang seram..
mangsa yang hilang berada di bwah tangga villa.
BalasPadamMungkin wujud kebenaran kalau dikaji dengan lbih mendalam..
BalasPadamseramnya
BalasPadam