Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Tabung Haji umum bonus 8 peratus


 
Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012.
  
Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta.
  
"Inilah hadiah ulang tahun terbaik daripada Tabung Haji bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di Tabung
Haji," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan bonus Jubli Emas itu, di ibunegara hari ini.
  
Beliau berkara kedudukan kewangan Tabung Haji yang positif dan kukuh serta lebihan wang rizab yang telah dikumpul selama tujuh lalu, membolehkan Tabung Haji memberi hadiah istimewa ini kepada pendeposit.
  
Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
 
- Bernama
 
iDAN:
 
Mereka yang berkerja jangan tak menabung; buat potongan Tabung Haji paling tidak kita telah berniat nak pergi Haji. Tanpa potongan harapkan nak simpan duit ke Tabung Haji rasanya payah. Jika buat potongan top-top duit simpanan kita akan bertambah. Tinggi bonus ni sebab telah ditolak zakat simpanan 2%. Tak cukup duit boleh korek semula.
 
 

Rabu, 23 Mac 2011

Ganjaran penuh




Oleh Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim
2011/03/23

Penjawat awam pilih bersara awal diberi imbuhan sekali gus: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma.

"Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan.

Berita Harian

iDAN

Aku pernah menulis masalah ini, sebaiknya begitu kenapa mesti nak simpan ganjaran perkerja sedang mereka telah lama berkhidmat; Agama kita pun menyarankan agar kita membayar upah seseorang itu sebelum kering peluhnya. Perlu diingat setelah bersara pendapatan harian akan hilang sekitar 2/3. Bagaimana Pesara nak menempuh hari tua mereka.

Rabu, 17 Jun 2009

Kenangan D' Pelajar (Singgahsana)


Anonymous
Posted on 16.6.2009 3:50 PM
Posted from 26 Mac 09 (Singgahsana)

Cik iDAN
Salam. Terima kasih lah ingat 'kat kami ni, Ina Jos, Uda. semoga Cik iDAN gembira di luar sana. Ada masa boleh jumpa raya2 ke kan, Ina tinggal 'kat Hussien Onn je... K la Cik iDAN, Ina ada kelas lg, ambik free course kerajaan tuk Cisco CCNA. K, bye Cik iDAN.


Payah amat rasanya mahu melupakan keintiman aku dengan kumpulan pelajar yang ini. Sebab masa inilah rasanya kemunjak kerjayaku. Kumpulan pelajar ini yang amat rapat denganku. Masa mereka di tahun pertama; makmal aku masih di bangunan bawah KKK. Aku ambil alih kerjaya Abg Nor yang berpencen. Atas pilihan peribadi ketika itu Mantan Dekan Fakulti Profesor Madya Ir.Dr. Azmi b. Dato’Yahya yang memberi pilihan aku untuk berkerja di KKK. Samalah ceritanya ketika pilihan kedua terakhir aku berkhidmat dengan Unit IT atas pilihan sendfiri dengan keizinan Dekan kini Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar.

Kumpulan Ina, Mat CC, Jos Uda & ramai lagi yang rapat denganku juga telah melonjakkan nama aku dalam kajian penilaian staf teknikal. Sedangkan kumpulan Ina & geng ini memdapat layanan paling minima dengan komputer yang telah terlalu lama. Dengan prasarana yang amat tergugah. Apa tidaknya baru sahaja mahu berkembang baik makmalku langkah fakulti mengumpulkan kebanyakan perkhidmatan ICT di di Unit IT, membuatkan pelajar ini membawa diri masing-masing. Membuat projek tahun akhir dengan cara sendiri, bergantunglah jika ada kemudahan di makmal.

Kumpulan pelajar ini juga terpaksa mencari bahan internet di makmal lebih canggit di Unit IT, kumpulan pelajar ini juga dapat melihat zaman kejatuhan kerjayaku dengan aku tercampak di makmal kecik dengan sepahan barangan lama yang tak pasti milik siapa. Hinggalah makmal kecil aku itu dirampas & aku terpasti membuat keputusan drastik opsyen pencen pilihan. Bukan hanya faktor kerjaya tetapi juga kerana faktor kesihatan.

KJ ketika itu amat menghormatiku Mohammad Khazani Abdullah (PROF. DR.) yang meletakkan aku ke mercu kerjaya yang aku sukai, surat pengesahan yang aku membuat kerjaya teknikal di bidang ICT ada dalam fail sulitku, mengikut kata Kak Sal dia masih ingat menaipnya, salinan buatku terbuang ketika EAC & pemunggahan barangan. Sebaik sahaja dia mendapat Prof Dr Khazani membawa diri dengan kerjayanya di luar.

Agar Ina, Mat CC, Jos, Uda & geng pelajar KKK tak lupa Yan akan menjadi pasti akan@keluarga baikku. Jika tak aral tentunya kumpulan pelajar ini akan konvo sekitar tahun ini. Tentunya aku amat terkilan tak dapat mencurahkan bakti sepenuhnya buat kumpulan ini. Apatah lagi adik-adik bungsu di bawah mereka amat jauh terasing hubungan mereka denganku. Rasanya terlalu banyak lagi yang dapat aku bantu untuk mereka. Pun aku juga amat banyak inginkan pengalaman & pengetahuan kumpulan pelajar ini yang memang amat pintar & terpilih belaka. Aku belajar ICT pun dari golongan mereka terdahulu.

Tegur-tegurlah aku jika terjumpa; tentunya pelajar yang ramai mudah mengenali aku; berbanding aku yang semakin tua & mamai ingatan. Jangan jadi bagai Gxlxi pelajar sebelumnya bila telah berjaya teramat sombongnya terserempak dalam lif pun pandang ke lain. Tak ada ruginya jika kita mengeratkan talian silatulrahim sesaa kita. Semoga kalian semuaterus berjaya dalam kehidupan medatang. Pun sentiasa dilindungi Allah Azzawajalla. Manalah tahu kot satu ketika kita boleh berbisan, berbiras atau sebagainya. Dunia ini tak sebesar mana.

Doakan juga agar aku terus berjaya dalam kerjaya terkini. Penyair sepenuh masa.

Selasa, 28 April 2009

Penyair sepenuh Masa (Singgahsana)


Aku telah mula menghantar karya kebanyakannya puisi ke akhbar. Tak tahulah bila ianya akan tersiar; sebahagian dari karya lama yang tidak tersiar & sebahagian karya terkini. Perubahan besar telah berlaku bagi akhbar Berita Harian, ruangan Sajak kini ditukar kepada ruangan Puisi yang diterbitkan di Berita Harian pada hari Sabtu; Tidak lagi di Berita Minggu setiap Ahad bagai dulu.

Mingguan Malaysia seperti selalunya masih mengekalkan cara tradisional. Setiap hari Ahad mesti ada ruangan sastera Cerpen & Puisi. Tentunya ramai menyukai Mingguan Malaysia dalam segi saiznya. Bayangkan jika kita mahu membuat lapik untuk berkelah atau sebagainya. Pasti semua memilih Utusan Malaysia. Agar penerbitnya tidak berkira-kira mengikut jejak Berita Harian. Kecillah amat tak luas & meriah rasanya.

Masalah isian beritanya bagi aku terpulanglah kepada kita; tak salah jika kita membaca akhbar semua visi. Janganlah lantaran pertelingkahan politik kita menolak banyak akhbar. Sedangkan akhbarlah satu-satu wadah media massa yang dapat membina ilmu & mengembangkan pengetahuan kita.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, Kosmos & banyak lagi akhbar terbit tiap hari, capailah semua jika mendapat peluang membacanya. Agar kita tidak menjadi masyarakat jumud membaca.

Sejak aku menjadi Penyair sepenuh masa, aku banyak menulis jurnal & melayari internet. Maka banyak minda aku tertumpu dengan bahan di internet. Ada satu kehilangan yang amat ketara; aku tidak dapat berbual dengan kekawan bagai dulu. Melalui bualan selalunya dapat bertukar minda. Banyak masalah kekawan sebenarnya dapat membantu aku dalam menilai kehidupan. Terasa amat kosong hidup ini tanpa bualan & khabar dari kekawan.

Tadi aku buka telefon bimbit talian DiGi, & SMS Eris, nampaknya dia pun tak perasan SMS aku, lambat baru dijawabnya. Jika dulu Eris ini memang kembar telefon bimbit; tak sampai sedetik pasti dijawabnya. Jawapan SMSnya kali ini juga agak pelik lantaran mungkin terkilan kot aku memang tak kasi berita langsung buat kekawan sejak sebuan lalu. Sementelah telah lama tentunya aku tidak ketemu dia; mungkin dia dah lupa pun wajah aku.

Aku memang ada dua talian telefonku; selain telefon rumah. Ada DiGi & 013; tapi minta maaflah aku bukan jenis orang sentiasa hidupkan talian telefon bimbit. Kot nak guna sahaja aku hidupkan. Sebab aku nak jumpa Eris pun lantaran nak minta bantuan dia tentang masalah pencen yang belum selesai. Mahu pergi ke pejabat cukai pendapatan. Nak naik kapcai ke sana aku tak pasti sangat tempatnya. Nak bawa kereta perang pula, masih tak yakin akan taraf keupayaannya. Sesekali amat payah nak mengidupkan enjinnya. Nak guna Avanza Mila, bilalah dapatnya. Sibuk memanjang Mila kini, balik pun dah malam-malam. Ikut anginnya. Terkadang jam 6:15 ptg dah terpocol di muka pintu. Cepat pula. Lagipun aku & Eris macam dengan Asraf juga, selalu berurusan ke mana juga mesti akan bersama.

013 itu yang paling lama aku gunapakai. Tapi bak kata PengailSejati.

"Ada dua talian pun nak buat apa, jika payah amat nak terima panggilan!"

Macam ini sajalah...Semua SMS aku baca belaka, jika aku buka talian memang berduyun SMS masuk: Takkan aku padam terus talian bimbit tu, dalam seminggu mesti aku buka juga. Seperkara lagi jika rajin bukan jurnalku; pasti mudah mengesanku. Terutama jurnalku di easyjournal; itu yang paling rajin kubuka. Boleh kata tiap hari aku akan membukanya. Selain jurnal aku rajin juga buka e-mel idanradzi di yahoo.

Sesekali bosan sangat buka TAGGED. Semua itu wadah untuk berkomunikasi. Mahu tak mahu sahaja mendekati Penyair iDANRADZi ini.

Jumaat, 24 April 2009

iMEJ amat lembab diakses (Delima Merkah)
Telah lebih dari sedekad aku menggunakan Photobucket.com untuk memuatturunkan semua imej dalam jurnal ini. Nampak sejak kebelakangan ini imej di server Photobucket.com teramatlah lembab untuk diakses. Tak tahulah di luar negara.

Aku telah pun melanggan Streamyx lebih dari tiga tahun, buat masa ini untuk mendapatkan khidmat paling murah ialah pakej Combo. Tetapi kelajuannya lebih perlahan berbanding pakej RM44 & RM66. Jika inginkan lebih kelayuan terpaksalah menambah kos sewaan bulanan.

Sungguh beruntung mereka yang dapat talian internet percuma di ofis & mana-mana persekitaran yang pengguna membenarkan mengakses akaunnya secara percuma. Selalunya mereka yang berjirankan pengguna yang menggunakan router tanpa wayar akan mendapat khidmat percuma ini. Itu pun kalau jirannya membuat konfigurasi secara automatik.

Semalam aku ke ofis Salleh untuk mengambil surat rasmi yang masih diposkan ke alamat ofis lamaku. Nampaknya aku masih kena ke Lembaga Hasil, ingatkan surat rasmi perlepasan cukai telah pun diluluskan. Huh! kerja sebagai buruh bawahan pun terlalu banyak protokol untuk mendapat ganjaran pencen. Bertindih-tindih perkara yang mesti diselesaikan. Aku teringat Pak Wahid yang kena denda semata-mata tidak menghantar borang tafsirannya saban tahun. Denda satu hal, cukainya pula mesti tak boleh lari. Sementelah itu bagi mereka yang sedang bertugas jangan abaikan borang cukai pendapatan ini. Terutama borang EC jangan ditabur merata.

Sebut denda atau sama; Teringat akan saman-saman parkir motorsikal Afiz dari Majlis Bandaran Shah Alam; bukan satu dua; silap letak kapcai di kota kini pun kena denda sampai RM100 bagi satu kesalahan. Terlalulah mahalnya, sedangkan parkir motorsikal banyak manalah ada tersedia di pusat bandar; jika kita ke MyDin Kajang sebagai contoh, adalah selorong dua yang disediakan agak terpencil; nak letak di petak sebenar pun takut kena curi. Sedangkan jika kita perhatikan trend orang kini semakin mahu berjimat & semakin ramai yang memakai motorsikal untuk berulang alik ke tempat kerja atau membeli belah di bandar. Ada baiknya seperti di Mines Seri Kembangan ada tersedia parkir motorsikal berbayar. Ianya lebih selesa & lebih selamat dari masalah kecurian.

Parkir: Ini satu bidang kerjaya jika diagihkan untuk rakyat marhaen menguruskannya. Janganlah jadi macam di KL ada parkir untuk orang awam sahaja pasti satu bangsa itu sahaja yang memonopolinya. Perkara ini patut dibetulkan. Jika di mana-mana bandar besar, pusat membelah belah besar ada parkir berbayar untuk motorsikal rasanya masalah kecurian akan berkurangan. Janganlah pula melampau pekan kecil, atau TESCO yang terpenci; pun mahu dikenakan bayaran. Bayangkan jika nak ke pasar beli sayur & ikan yang mengambil masa tak sejam pun pun terpaksa bayar parkir motorsikal; tentunya akan menyakitkan hati atau mendera rakyat marhaen.

Itu yang berlaku di Taman Seri Serdang, rata-rata ramai pelajar yang berkunjung ke sana, urusan mereka pun bukanlah lama sangat; sekadar singgah makan sekejap, bukan ada pawagam untuk menonton atau kompleks besar untuk melepak; parkir kereta tetap dikenakan. Bagaimanalah masalah mereka yang menyewa di tingkat atas rumah kedai tu iyer!. Berbanding bandar Seri Kembangan yang bebas dari bayaran parkir; Semua tahu kaum apa yang majoriti di Seri Kemabangan itu. Memang ini perlu dibetulkan.

Isnin, 13 April 2009

Komputer Kena Boom (Singgahsana)


Sekitar sepuluh tahun lalu aku rajin bercitcat di MIRC. UPM semasa itu tidak pernah melarang pelayar internet untuk menggunakan MIRC. Sekarang tak boleh lagi. Sebenarnya MIRC banyak baiknya & banyak juga buruknya. Biasalah internet memng ada baik ada buruknya. Sebagai contoh jika kita mahu muatturun data dengan MIRC ianya begitu pantas & tanpa limit. Konsep penggunaan ianya juga macam YM, cumanya lebih ringkas & jika mahu mencari rakan di interet lebih mudah & tanpa hadnya. Jika dulu untuk bertukar nick juga boleh secara spontan, tak payah nak daftar akaun atau perbagai pra syarat.

Maka itu dengan MIRC yang terlampau fleksibel juga kerap disalah gunakan oleh mereka yang kaki godam. Dulu aku ada simpan segala, nak boom komputer orang, nak hack, nak masukan virus, semua boleh. Di samping juga aku ada perisian yang dapat melindungi komputer aku dari kena goda, kena boom, atau perbagai lagi dajal penggodam di internet ini. MIRC memang memudahkan kita jadi penggodam.

Sekarang semua itu telah aku buang & lupakan. Kerja dajal begitu rasanya amat tidak bermoral.

Sekonyong-konyong minggu lalu komputerku kena boom dari penggodam di alam maya ini. Melalui situs Wikimapia; tak sangka pula ada lagi mereka yang buat kerja dajal ini. Penggodam ini sebenarnya adalah mereka yang suka mencuba perkara baru tetapi menyusahkan orang lain. Ibarat orang yang suka menyusahkan & tak arif dengan kerja berfaedah dalam hidupnya. Terkadang sengaja nak tunjuk handal tetapi telah silap menggunakan ICT berdosa & berhutang waktu dengan orang lain.

Boom tersebut memang boleh membuatkan windows kita rosak terus, selalunya kita terpaksa scan dengan anti birus yang handal sebagai penyelesaian ringkas. Buat masa ini aku cadangkan guna BDC, kerana ianya amat mudah membunuh birus Trojan yang selalunya dikirim melalui Boom, ruang citcat sepert YM atau MIRC. Unit IT tempat aku berkerja ada BDC tetapi Cik Ima kata ianya berlesen & tidak boleh diberikan atau diedarkan percuma. Sebelum aku ke Unit IT aku telah lama menggunakan BDC yang diberikan oleh Razel KKK, dia dapat daripada rakan Master pelajarnya dari Endon. BDCnya sama saja degan Unit IT, cumanya Unit IT menggunakan windows BartPE sebagai bootdisknya.

Rabu, 8 April 2009

Pura Cendana (Kerjaya)

Entah berapa malam aku tak boleh tidur, mataku makin lebam hitam, cengkunglah amat. Terbayang akan wajah Kak Rubina (bukan nama sebenar)

"Minggu depan saya tak mahu tenguk lagi wajah awak di jabatan ini!" Berderau darahku. Tak sangka kemelut begini sampai menjadi perbalahan. Apakah kuasa KJ sampai boleh memindahkan siapa sahaja. Tanpa memikirkan empunya diri relakah, setujukah, selesakah?. Apa guna aku conteng borang kajian. Tanya itu ini. Persekitaran kerja anda selesakah?. Bidang kerjaya kini sesuaikah?.

"Saya boleh jaga pekerja saya yang ada PhD, saya boleh jaga perkerja saya yang pangkat Prof, malahan saya mampu menguruskan jabatan ini dengan cemerlang, tapi saya tak sanggup menjaga buruh seperti awak!, awak tahu telah tiga malam saya tak boleh tidur!.. memikirkan soal awak!!" Isk! aku ini geladangan benar di sisi KJ rupanya.

"Apa salah saya Kak Rubina..!"

"Sapa Kak Rubina...?, tenguk tu awak panggil KJ awak macam itu, itu tandanya awak tak hormatkan saya...! Awak tanya salah awak..., orang buat gotong royong awak tak datang, ada mesyuarat awak tak hadir, tenguk barangan awak bersepahan, saya tak suka motto tu.. Makmakku Rumahku.."

"Aaa.aaaa...Dr..." Aku mula tergagap-gagap.

"Masa saya terima jawatan KJ memang ada orang suruh saya cari jalan bagaimana nak keluarkan awak dari jabatan ini!"

(Rasanya telah berkali-kali aku tulis riwayat ini, memang ianya lkat di hati ini.)

"Gotong royong ke buang barangan rakyat, mesyuarat tu sah ke hanya panggil melalui e-mel, mana minitnya; mana surat rasminya; barangan bersepahan itu barangan jabatan belaka, saya memang baiki komputer; satu fakulti ngadu hal dengan saya...bersepahlah semua" Aku rasa aku perlu menjawab sebab prinsip aku jelas; aku rasa aku di pihak benar; lagi pun aku makan gaji; kerja dengan kerajaan bagiku kerja makan gaji. KJ sekadar majikan yang ada kuasa, dia bukan pemegang hak atau empunya organisasi. Berkhidmat untuk Rakyat bagiku lebih utama.

Jika dia benar aku ikut arahannya, jika dia silap bertindak aku takkan tunduk. Apakah hak kita tiap kali gotong royong membuang segala gerobok yang cantik boleh digunakan lagi; meja baru diangkat tak tentuan patah riuk. Kerusi sengek, buruk sikit baling sana sini; kaya sangatkah kerajaan kita. Aku nampak banyak amat pembaziran bila gotong royong. Barangan dibuang tidak beretika; semata-mata nakkan ruang untuk penyelidikan buat golongan kejar status ini; Maka itu aku boikot gotong royong. Nak buang ada etika perlupusan. Atau kenapa tak ikut cara baik sedekahkan untuk mana-mana surau, tadika atau sekolah. Banyak cara yang aku rasanya baik. Bukan sebarangan timbang kilo macam besi buruk. Semborono betul.

Bab e-mel yang dibangkitkan. Aku bukan jenis staf yang suka buka e-mel fakulti, banyak amat virus. Aku lebih suka buka e-mel di yahoo ada filter untuk virus. Jika mereka yang arif tentang aku pasti hantar ke yahoo e-melku. Jika ada orang mengingatkan aku tentang mesyuarat aku pergilah. Ini KJ jenis apa, sehari dua nak mesyuarat baru hantar e-mel. Awal pagi pulak tu. Tahu-tahu aku sampai makmal mesyuarat sudah habis. Memang aku tak suka sistem e-mel ini. Dedulu lagi baik surat rasmi mesyuarat. Lagi pun aku ini siapa; bukan orang penting pun. Alasanlah tu!!!.

Banyak lagilah perkara timbul masa perbalahan itu. Tapi bab siapa yang mahu aku nyah dari fakulti itu memang jadi topik kuburan. Jahat sangat aku ini. Kita jumpa di sana. Habis semua diungkit dari A sampai Z. Aku tahu ada rakanku si Daniel Besar (Bukan nama sebenar) duduk di luar makmal, dia takut aku bertarik rambut dengan Kak Rubina.

Satu yang aku angin sangat adalah penilaian pensyarah. Sudahlah kena datang hari cuti; datang-datang kelas tak ada. Dibatalkan ikut sedap pensyarah. Memang aku kasi tiga kali peluang, jika aku datang tiga kali kelas asyik dibatalkan. Minta maaflah aku takkan buat penilaian tersebut. Itu juga jadi mitos yang amat digeruni pensyarah. Markah kosong & sampul surat aku conteng siap tarikhnya, jamnya, tempatnya aku datang sebagaimana jadual di sampul surat. Salahkah aku. Aku bukan jenis bodek nak dail nombor hp pensyarah tanya kenapa kelas tak jadi, bila akan ditukar, di mana Huh!?. Kena fahamlah, siapa yang dapat penilaian@markah adik oii!. Aku ini sah digelar buruh dapat apa, nak naik setakah pun dah 29 tahun kerja takah itu juga; gaji masih skim darjah enam. Kejam betul LCE aku pun tak dinilaikan. MCEku lagilah ditolak tapi. Sebab degil aku ke?, bagiku bukan degil tapi ini prinsip & martabat diri.

Aku pula bukan duduk dekat, nak buat tuntutan (klim) punyalah banyak protokol. Borang bukan satu dua kena sertakan. Aku tak pernah pun nak buat klim. Rasanya aku telah adil bertindak begitu, lantaran dah diberi peluang tiga kali. Kenapalah tak kasi jadual yang tepat lagi jitu. Silap siapa? kan... bagus cara sekarang buat saja akses terus di internet.

Telah lebih sedekad aku kerja di bidang ICT. Memang gajiku sekadar gaji seorang buruh upahan, tetapi sejak dari KKK tahun 1997 lagi aku jaga sendirian sebuah makmal komputer. Aku tak minta sesen pun imbuhan yang aku buat bagi kerja teknikal. Cuma sejak kebelakangan ini sejak Dr Thomas yang rapat denganku tahu tentang kerjaku, dia yang beriya-iya suruh aku klim lebih masa. Boleh bawa anak-anak makan KFC desaknya.

Aku memang jenis rapat dengan pelajar PhD & Master sejak berzaman. Duduk sampai dinihari dengan mereka. Kadang-kadang sampai cerah hari. Semua tahu bagaimana aku ini berkerja, sampai hantu jembalang yang ugut arwah Nasha pun kenal baik dengan aku. Saban hari datang ke makmal nak berkawan...!. Si Zul dari Acheh sampai demam tertembung dengan jembalang berbadan gelap sasa ini. Jaga UPM geleng kepala bila aku lambai jam 3:00 atau 4:00 pagi. Atas cadangan Dr Thomas; Aku buatlah klim sampai sekitar jam 9:00 malam. Memang selalu macam, sekitar tiga atau empat jam sehari. Padahal aku balik awal pagi, dinihari waktu ayam dah mula berkokok. Tidur sejam dua perah kapcai semula, mata dah jadi mata jampok!. Sejak tahun 1997 di KKK.. Huh! memang gila betul. Padanlah Mila meragam.

Bab buat tuntutan itu juga jadi kecoh, tak sampai tiga tahun aku buat tuntutan Kak Rubina kecoh sampai ke Bendahari. Kasihan En. Husaini jadi mangsa lantaran aku ikut kata borang, Ketua Unit telah cukup sebagai pengesahan. Kak Rubina mahukan lebih dari itu; nak juga tanda tangan dia, kelulusan dia. Huh! macamlah duit dia yang keluar. Dari poket dia. Macamlah aku ini penipu besar sengaja klim tak tentu pasal. Lalu sejak itu aku serik nak klim lebih masa lagi. Sedekah sajalah waktu untuk fakulti. Aku kira itu akaun kubur!; di kubur nanti aku nak tuntut juga jika layaklah. Bukan buat aku tapi buat anak-anak & keluarga yang biarkan sendirian di rumah. Isk! mengenang sejarah perbalahan begitu, sungguh rasanya bagaikan gempa bumi, bagaikan roboh semua dinding & gunung menghempap diri. Memang banyak malam aku tak boleh tidur.

Masa itu tak ada opsyen pencen awal, aku merisik jua sampai ke Pendaftar, tidak jelas & mungkin tak ada syarat macam sekarang. Memang aku terkilan amat, aku bagai diperbudakkan begitu. Bila buat salah sikit saja, jasa jaman dedulu hilang semua.

Kekinian konfliks dengan KKK menjadikan aku manusia sebenar. Satu fenomena. Ancaman dari kumpulan Jins aku sahut. Tetapi perjuangan aku tak selesai di sini. Satu demi satu aku mahu melihat bagaimana KKK yang menanyakan bidang kerjaya aku. Ada beberapa orang aku mahu melihat pergerakan kehidupan mereka.

Khabar terbaru aku dengar ada pelajar luar negara KKK bunuh diri, betulkah?. Aku rapat dengan ramai pelajar, aku banyak menerima aduan dari mereka. Di KKK ada yang sampai dua semester pelajar master tak jadi apa-apa pun. Ramai juga yang mengadu; pensyarah di fakulti terlampau mementingkan status. Dapat peluang duit lebih cabut ke lain organisasi; dia orang lain tak terima khidmatnya patah balik ke fakulti. Siapa mereka ini yang gajinya belasan RM. Siapa orang ini yang sengaja mendera anak bangsa sendiri. Apakah di fakulti ini sahaja fakulti lain juga bagaimana?. Seharusnya ada respon dari pelajar ini di mana-mana media, atau jurnal begini.

Sampaikan Pak Jupri dari Acheh bertukar Universiti lain semuanya aku tahu sebab musababnya. Lantaran golongan inilah; yang bijak pandai sedut duit rakyat. Lompat ke sana lompat ke sini. Belasan ribu RM sebulan disedutnya. Khidmat jujur & ikhlasnya mereka ini di mana. Bebaru ini sampai Van Forensik ssat ke ke fakulti. Jangan sampai nila setitik ini menjadi barah dalam daging.

Bila aku terbuang dari KKK lantaran makmal aku mahu dijadikan OU, makmal nak ditukar ke tempat penyelidikan. Aku pasrah; aku perasan mereka ada rotan, maka akar lama ini terbuang; tetapi hakikatnya aku tak sanggup lagi jadi bola. Sementelah perlu diingat bola ini jangan kata bola biasa. Istilahnya bola itu perbagai. Mungkin bola sepak, bola besi, kot Dragon ball bagaimana?. Jika dia melantun ke takdir & khudrat Ilahi. Dia Nan Esa memerhati bagaimana kita bermain bola di padang dunia ini.

Kita intip-intiplah nanti. Iyer! melalui jurnal ini!.

- Jika mahu tahu tentang kerjaya iDAN sila klik Older jika nampak tajuk & (Kerjaya) itu tentang kenangan kerja lalu.

Dah Masuk Hari ke berapa iyer (Singgahsana)


Penyair iDANRADZi telah berpencen sejak 26 Mac; bulan lalu... dah masuk minggu ke berapa ini iyer!. Duit ganjaran pencen tak masuk lagi; tak sabar nak balik kampung ni!.

Ada sesiapa nak sponsor ganti bumbung @rumah pusaka gue ..ni?.

Desa Tualang, Kota Bharu Perak.. aku akan jadi wargamu semula!!!.


hari yang ke 16
eris | Posted on 8.4.2009 at 4:40 PM
suka duka dah 16 hari idan penyair menghilangkan diri. memang terasa sunyi. dengar katanya tengah menghabiskan duit baiki kereta perang yang penuh dgn nostalgiknya.
Jika ia pandai berkata
iDAN | Posted on 9.4.2009 at 9:29 AM
Cadangnya memang nak baiki sebaik mungkin kereta perang tu. Memang ianya penuh dengan nostaigik. Sejak berjaman teringin amat nak jadikan ianya nampak sedap dipandang. Cuma itu harta yang ada. Tak mampu lagi nak berhutang; jual pun ianya tak laku mana. Macam harga kapcai saja. Jika masih tiada barangan kesayangan lagi di sana memang sy tak akan jejak lagi ke fakulti. Tapi di sanalah tempat mencari rezeki satu ketika pasti kena jenguk juga. Orang tua-tua pernah berkata tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain. Sesekali jika hari Jumaat kita kena pergi bersama juga ke Jalan Pasar tu!.
.....
pengailsejati | Posted on 9.4.2009 at 10:30 AM
16 hari juga la saya dan eris tidak berkunjung ke Padang untuk makan tengahari di sana sejak abg idan berpencen...

Selasa, 31 Mac 2009

Dol (Singgahsana)





dol
iDAN
Posted on 28.3.2009 0:44 AM

Sapa orgnya iDAN? Perogol bersiri tu?
Ada macam2 versi la....


Rasanya aku akan menulis tentang ini.. nanti!!!

Warga Kejut pasti telah tahu siapa bila Van Forensik datang. Tak adillah kita war-warkan nama si empunya diri di jurnal ini lantaran ianya baru peringkat siasatan, belum pun bersabit lagi. Biarlah warga dalaman nan tahu. Mana tahu mereka ini bercinta & memang berjanji untuk diijab kabul. Bukan kes rogol, sebab ianya telah 3 bulan berlalu, aku nulis pasal tu sebab tak puas hati dengan tindakan fakulti saban ketika asyik melindungi perkara begini. Sampai bila.

Semalam pun aku dengan ada pelajar Arab KKK bunuh diri, apakah benar?. Kenapa terlampau banyak konfliksss di fakulti kejut ini?.

Aku memang makin jauh dengan persekitaran sana!.

Selasa, 3 Mac 2009

Sayornara Parti (Singgahsana)

Terima Kasih Ustaz Halim lantaran baru sebentar tadi dia mengadakan Jamuan Perpisahan (Sayornara Parti) buat aku yang akan bercuti sekitar dua minggu lagi. Dia, Fairuz & aku mengadakan jamuan di Gerai Ali Roti Canai.

Memang payah untuk aku dapat makan semeja dengan Ustaz Halim; sejak dia menjawat jawatan tertinggi kini, sibuklah amat...! sukar ada masa terluang untuk bersarapan bersama. Rasanya mungkin ini kali terakhir dapar makan semeja dengan dia.

Jika congakanku sekitar 20, 23 atau 24 hb bulan ini adalah hari terakhir aku berkerja dengan UPM. Selebihnya mungkin aku akan datang sekejap. Urusan pencen, hutang piutang atau pada 15 hb selang dua bulan aku akan ke PKupm untuk mengambil ubat.

Jika dulu aku terlalu mahukan masa itu aku tarik-tarik supaya ianya pendek agar aku cepat berehat di rumah. Nampaknya kini aku membiarkan sahaja masa berlalu. Apatah lagi UPM nyata berhutang 52 hari denganku. Tidak mahu bertolak ansur atas alasan aku tidak mengisi borang...22 hari hilang. Pun kedaifan kefahaman staf yang bertanggungjawab dalam bab cuti bilamana diadakan sistem ecuti; cuti melalui internet... 30 hari luput. Membuatkan 52 hari itu ghaib. Lalu aku kekinian terpaksa menjadi Halimunan. Terpaksa berkerja dalam bercuti.

Isnin, 2 Mac 2009

K'jaan pada Cuepacs: Jangan timbulkan kekacauan (Ceritera)


Mar 4, 09 5:05pm
Kerajaan mengingatkan Cuepacs supaya tidak menjejaskan keharmonian perindustrian kerana perkara itu boleh memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam memberitahu Bernama hari ini bahawa Cuepacs, sebagai badan induk yang mewakili kakitangan awam, sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam tindakannya.

Beliau mengulas pengumuman Presiden Cuepacs Omar Osman minggu lalu bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam akan memboikot kerja lebih masa sebagai bantahan terhadap kelewatan semakan gaji mereka.

"Dengan memboikot kerja lebih masa, ia sama seperti kerja ikut peraturan, sejenis tindakan perindustrian," katanya.

Ismail berkata ini merupakan sesuatu yang Cuepacs tidak wajar lakukan, terutamanya tatkala kerajaan berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi, dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai projek demi manfaat rakyat.

"Kami mengharapkan Cuepacs memberikan sokongan kepada kerajaan," katanya.

Ismail berkata kerajaan amat bertimbang rasa dan sentiasa mengutamakan kebajikan kakitangannya.

Beliau berharap anggota Cuepacs dapat mencontohi rakan mereka di sektor swasta yang memberikan sokongan padu kepada majikan mereka, ketika berdepan kegawatan ekonomi sekarang.

Ismail memberikan jaminan bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk berunding dan memenuhi keperluan kakitangannya.

Sementara itu sumber daripada Cuepacs memberitahu Bernama bahawa pandangan presiden itu tidak dikongsi oleh pegawai bawahannya.

"Anggota terbabit sedar tindakan memboikot kerja lebih masa tidak membawa kebaikan kepada mereka kerana ia akan mengurangkan pendapatan mereka dan mereka mahu mengelakkan perkara seperti itu terutama pada waktu sukar sekarang ini," katanya.

MalaysiaKini

50,000 kakitangan awam ancam tak kerja lebih masa
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
Cuepacs mahu sumbangan golongan terbabit diiktiraf

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam peringkat rendah tidak mahu bekerja lebih masa dan akan membuat kerja sambilan jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memberi kenaikan pangkat sebelum 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kakitangan terbabit kecewa kerana tidak dinaikkan pangkat walaupun kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih 25 tahun.

"Mereka tidak mahu membuat kerja lebih masa, hanya mahu kerja dari jam 8 pagi dan balik 5 petang. Tamat waktu bekerja, mereka akan pulang. Ini bukan ugutan tetapi sedih kerana tiada sebarang perhatian.

"Cuepacs meminta JPA memberi perhatian kepada golongan ini. Jangan lupakan mereka. Sumbangan kakitangan awam peringkat rendah juga penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di negara ini.

"Hampir keseluruhan mereka dalam kategori ini bekerja melebihi 25 tahun tetapi tidak mendapat sebarang kenaikan pangkat. Kita melihat ini sungguh tidak wajar," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan bersama kakitangan rendah awam peringkat Negeri Perak dan membincangkan pelbagai perkara, termasuk isu kenaikan pangkat dan gaji.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam, berkata lebih 13 juta pekerja sektor awam dan swasta dijangka dapat melakukan kerja sambilan apabila peraturan baru mengenai dasar berkenaan disiapkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Rabu lalu, kira-kira 28,000 juruteknik di negara ini yang bernaung di bawah Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) merayu JPA supaya menaikkan gred mereka memandangkan kesatuan itu sudah lebih 20 tahun memperjuangkan isu berkenaan.

Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 19 Mac ini bagi membincangkan beberapa isu membabitkan masa depan anggota sektor awam.

"Antaranya, kita akan membincangkan isu skim cepat kaya, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola). Kita juga akan membangkitkan isu kenaikan pangkat membabitkan kakitangan awam peringkat rendah.

"Cuepacs tidak mahu golongan ini dipinggirkan dan memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana kumpulan ini juga turut menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Berita Harian

iDAN Menulis:

Tindakan mogok buat Kerja Lebihan masa bagiku tidaklah rasional jika tanpa tindakan susulan. Lantaran masalah ini telah berlanjutan lebih dari 25 tahu. Hingga kini aku terpaksa memilih persaraan awal lantaran tidak tahan stes dengan permasalah ini. Bagi mereka yang tiada sakit kronik seperti aku teruskan berjuang. Tahun ini sahaja bukan seorang dua kalangan sahabat senasib denganku meninggal dunia belum sempat berpencen. Apa semua ini?.

Saudara Omar ini sebenarnya adalah sahabat baik aku, masa dia bujang, aku masih ingat kami sering menjadi penyokong bola pasukan fakulti masing-masing. Masa itu Ladang amat kuat & sering menjadi juara. Pasukan fakultiku Fakulti Kejut sering sekadar naib juara.

Sdr Omar juga banyak berjanji kepada aku, tetapi lantaran orang perantaraan kami mangkor semuanya jadi terhalang & jumud.

Sejarah kenaikan pangkat Sdr Omar, (kami sering panggil dia dengan gelaran Bagindo sahaja) semuanya kami tahu. Paling kami sedih kenapa sejak dulu semasa dia bukan di Cuepacs jawatan untuk kenaikan kakitangan awam bawahan naik pangkat dijumudkan. Antaranya, Kerani Rendah, Juruteknik Rendah, Pembantu Makmal Rendah & banyak lagi jawatan yang menjadi tangga kenaikan pekerja bawahan habis dijumudkan. Apakah ini ada kepentingan individu bagi mereka yang menjumudkan tanpa memikirkan mereka telah mematahkan pun merobohkan tangga kenaikan pangkat staf sokongan bawahan.

Sudahlah dijumudkan; mereka yang berada di jawatan bawahan, seperti Buruh, Budak Pejabat atau Pelayan Pejabat, Pelayan Makmal, Pencuci, Tukang Masak & banyak lagi jawatan langsung diketepikan peluang kenaikan pangkat. Jika pun ada yang dinaikan adalah atas rekemen bos yang prihatin, atau belajar semula, ada kabel & perbagai cara yang tidak berpandukan KPSL. Kenaikan terpinggir.

Sebagai contoh ketika ada jawatan Kerani Rendah, mana-mana Pelayan Pejabat yang berkhidmat lebih dari enam tahun layak dipertimbangkan kenaikan pangkat biar pun tida SRP. Maka bilamana semuanya dirangkum menjadi Pembantu Am Rendah segalanya menjadi caca marba.

Bertambah teruk bilamana tanpa berbincang dengan golongan pekerja bawahan diujudkan pula jawatan Pembantu Am Pejabat. Mengetepikan semua pengalaman Pelayan Makmal, Pembantu Am Rendah di makmal, Tukang Masak & banyak lagi jawatan yang tidak lagi diambil kira kemahiran mereka; semuanya dirangkumkan jadi Pembantu Am Pejabat. Seharusnya mereka yang ada pengalaman teknikal di makmal janganlah dirangkumkan menjadi Pembantu Am Pejabat. Ianya lebih sesuai diujudkan jawatan lain Pembantu Am Makmal umpamanya.

Aku pernah menyuarakan ini dalam Warkah Untuk PM tahun lalu. Malahan salinan respon yang baik dari JPM ada aku lampirkan ke e-mel Bagindo di Cuepacs. Ianya langsung tidak mendapat respon Bagindo.

Dalam masa yang sama JPM ada mengirimkan e-mel kepada aku tentang mereka mengujudkan jawatan Pembantu Tadbir Rendah di JPM, seramai seratus orang. Jika dulu ujud jawatan Kerani sekarang ditukar nama Pembantu Tadbir. Maka saya berandaian Pembantu Tadbir Rendah samalah dengan Kerani Rendah. Secara lojiknya mana-mana Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat lebih dari enam tahun layak dipertimbangkan untuk dinaikan ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah. Jika memang kerajaan prihatin akan nasib Pembantu Am Pejabat yang berkhidmat lebih dari 25 tahun. Jika memang KPSL itu mahu dilaksanakan.

Perkara ini bukan sekali dua aku bangkitkan dalam jurnal aku ini. Timbul isu kini, apakah sesuai mereka yang dulunya berkerja di makmal yang kemahiran teknikalnya di makmal dinaikkan ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah. Tentulah tidak bertepatan dengan kemahiran mereka. Maka itu aku pernah mencadangkan agar ujudkan juga jawatan Pembantu Am Makmal; kemudian ujudkan lagi satu jawatan seakan sama dengan Juruteknik Rendah atau Pembantu Makmal Rendah. Jika tak suka jawatan itu yang telah dijumudkan bolehlah direka nama lain. Demi memikirkan kenaikan mereka staf sokongan bawahan yang hinggakan ke tua nasibnya tak terbela.

Lagi menyakitkan jika mereka yang terperangkap di jawatan bawahan ini punyai SRP, SPM & perbagai lagi kemahiran; yang setara dengan jawatan yang lebih baik & lebih tinggi. Janganlah dijadikan alasan kekurangan hubungan baik individu, tidak pandai individu membodek dengan orang atasan menjadikan pekerja malang ini lebih terpinggir.

Ingatlah kita semua makan gaji; siapa yang diamanahkan menjaga kebajikan perkerja bawahan ini, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya... sampai si individu sakit kronik; Hidup amat sementara pasti di akhirah nanti mereka terinanya ini akan menuntut hak mereka; di dunia mereka gagal di sana nanti segalanya terjawab. Takutnya nanti mereka berada di atasan ini akan muflis.

Sementelah seharian kita berkhidmat bukan untuk mencari pendapatan buat diri sendiri tetapi adalah tuntutan keluarga. Jika terinayanya seorang pekerja bermakna kita menginaya keluarga mereka. Keluarga ini yang bakal menuntut hak mereka di akhirat kelak.

Paling aku takut mereka yang di taraf atasan, bangsawan, hartawan ini senang lenang di dunia dalam masa yang sama memijak golongan bawahan ini tanpa memberikan hak mereka, mengimbangi kebajikan mereka; Pasti majikan begini akan digayang di akhirat nanti. Begitu juga mereka yang menjadi AJK Kesatuan Kakitangan Am, jangan sampai yuran bulanan yang dikutip tidak dihalalkan oleh golongan terhimpit ini. Padahnya amat besar.

Perlu amat diingat... Doa orang yang teraniaya amatlah makbul!.

Rabu, 25 Februari 2009

Makan Gaji 2 (Kerjaya)


Sistem Saraan Baru (SSB) telah ditukar kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Ini ceritera untuk staf kerajaan. Bukan ceritera untuk mereka yang makan gai di swasta. Bagi siapa yang pernah menempuh SSB & SSM ini termasuk aku sendiri; tentunya ada sahaja perasaan yang tak puas hati terhadap sistem ini. Kenapa?

Salah satu antaranya ialah penilaian yang diberikan. Banyak skop yang dinilai. Mungkin ada yang kita setuju & ada juga yang kita tak setuju. Ketua Jabatan (KJ) tak selalu jumpa kita jadi bagaimana dia dapat menilai kita dari jauh.

"Ish! dah dapat 86% pun masih tidak berpuas hati?" 85% bagi kami di sini sudah dikira Cemerlang Fakulti. Jika nak naik pentas Cemerlang UPM selalunya mesti 90% ke atas.

"Bukan masalah markah itu abg iDAN, tapi ada sebahagian penilaiannya saya rasa saya harus dapat lebih dari itu!"

"Habis itu kenapa setuju untuk tanda tangan, buat macam si Ramli, dia tak tanda tangan biar mengadap Dekan sekali pun" Ramli bukan nama sebenar.

"Malas nak cari pasallah abg iDAN, orang lain yang markah lebih rendah dari saya pun dah tanda tangan!"

Sering isu ini timbul tiap awal tahun bilamana berhadapan dengan KJ tentang permarkahan SSM ini. Bagaikan nak perang besar, ada staf yang serang majikan lantaran terasa tidak puas hati. Paling sensasi ramai pula tersenyum lebar bukan setahun dua dapat 100%. Mak datuk jika telah 100% yang pasti staf ini telah semartabat Malaikat. Memang boleh dipersoalkan jika 100% sebab penilaian ini dipecahkan perbagai bidang, bukan kerjaya semata. Sumbangan luarnya, sukannya, identiti dirinya... emmm! jika namanya kita ini manusia mungkin sempurna segalanya.

Kes aku pula lain, aku masih dinilai oleh KKK, jadi tak sempat Unit IT mahu menilaikan aku.

"Saya dah tanda tangan, kirim salam saja kepada KJ, nak taruh 20% markah pun tak apa, saya dah nak pencen!"

Aku menyerahkan borang SKT kepada Setiausaha (SU) KJ KKK. SU KKK hanya sempat senyum. Memang pun tak sampai sebulan lagi aku akan bercuti & terus pencen. Kad pencen pun telah aku terima.


(Aku masih merenung panjang akan sisa masa depanku, semalam Aziq mempersoalkan tentang kerjayaku, Azim pun masih tak boleh terima yang ayahnya akan berpencen. Mila pula macam dulu, memang aku tidak yakin akan tindakan dia, Mahkamah Syariah masih dekat di hatinya, jangan silap kata-kata atau silap langkah)

- bersambung

Selasa, 24 Februari 2009

Makan Gaji (Kerjaya)


Ada kalangan kita lupa diri yang bila kita jadi staf kerajaan, kita sebenarnya seorang yang makan gaji. Ada yang jadi ketua asyik bertindak bagaikan Jabatan yang kita ditugaskan bagaikan milik sendiri. Ada yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah rakyat tetapi engkar, korapsi asyik makan rasuah & perbagai ragam yang sifar kesedaran.

Sifar kesedaran; antaranya asyik bodek, asyik merasakan akulah yang terbaik; jika ada anugerah kalau boleh mahu tiap tahun naik pentas. Mengadu domba, selalu menjaga tepi kain orang, menjadi pengintip ketua dalam masa yang sama suka menangguk di air keruh. Mementingkan diri sendiri atau kroni.

Pembaziran. Selalu kita lihat ketua kita membuang barangan rakyat. Pantang nampak barangan kerajaan lusuh sikit; siap tempah lori, bayar pengangkutan untuk membuang barangan hak milik kerajaan dengan cara tidak beretika. Cuba kita lihat di sekeliling kita, dekat bawah tangga nampak kerusi yang masih kukuh cuma sarung kusyennya yang lusuh. Jika kita baiki, tukar sarungnya, sudah pasti ianya amat elok lagi. Tidak bolehkah ianya kita lelong dari buang begitu sahaja. Dijual kepada staf sendiri, bukan timbang kilo. Dilupuskan secara beretika bukan buang sebarangan.

Meja yang masih kukuh bila berpindah jangan haraplah ianya akan selamat. Kenapa tidak beli meja yang kukuh boleh dipindah randah jika memang makmal atau ofis yang dibangunkan tidak tetap. Patah, pecah, almari baik kayu atau besi entah berapa banyak kita buangkan begitu sahaja. Kenapa tidak kita jual kepada pembeli perabot terpakai. Ianya elok lagi tetapi demi mahu menjaga status, maka perabot ini jadi mangsa. Paling banyak kita lihat keliling kita; betapa banyak perabot yang seharusnya diletakkan dalam dewan terdedah dengan cuaca luar. Lama kelamaan jadi lusuh & menyakitkan mata memandang. Kenapa tidak dihadiahkan kepada awam, dewan atau tadika umpamanya sebelumnya ianya lusuh.

Belilah perabot yang sesuai untuk di luar bukan sebarangan meletakkan perabot yang seharusnya diletakkan di dewan tertutup; terbiar di luar. Itu namanya membazir.

Kita lupa kita makan gaji, maka itu tak sayangkan barangan kerajaan, bukan seperti sayang barangan sendiri.

Rabu, 31 Disember 2008

Karpersky Anti Virus (Kerjaya)



Pening amat mahu muat turun pembunuh birus terkini dari server Karpersky. Telah hampir empat jam aku menunggu masih terkedek-kedek tak siap². Yang ralatnya ketika 99% tetiba sahaja servernya tidak memberi respon. Aku tak terfikir pula untuk mencari server lain. Selalunya guna yang percuma di internet. Bila guna yang asli jadi perbagai pula masalahnya.

Nasiblah ada Hafizi yang pakar ICT, cuba muat turun pembunuh birus yang terkini. Nampaknya macam okey. Setengah jam telah 73%. Harap-harap aku akan dapat mengemaskinikan anti birus ini menjelang masa sasaran 4:30 ptg.

Maka itu jika dedulu aku suka guna Norton 5.0, Norton lama, amat mudah menggunakannya tidak berat malahan paten birus terkini mudah sahaja di muat turun. Cuma sayangnya ianya hanya boleh digunakan untuk Windows ME & ver terdahulu. WindowsXP tidak menampung perisian Norton 5.0.

Norton memang boleh kita crack lesennya. Tapi sejauh mana kita mahu setaraf dengan lanun cetak rompak. Punyalah payah pereka anti birus ini. Kita senang² belasah imbuhan penat lelah orang. Sekarang Karpersky sekitar RM70, tidaklah semahal mana. Selalunya jika kita tambah sekitar RM10 kita dapat lesen untuk kegunaan tiga buah komputer. Tidaklah semahal mana.

Banyak lagi anti birus yang boleh kita cuba, seperti McAfee, Avira, Panda, AVG, Parallels Plesk dan banyak lagi yang jarang kita dengar. Bagiku semuanya amat memberatkan komputer. Maka itu aku lebih suka guna, Boot Disk anti birus, seperti BDC atau Hiren Boot. Tetanyalah kekawan jika dia menyimpan dua jenis anti birus ini, atau pun apa juga jenis anti birus yang tidak sampai memberatkan komputer.

Posted on 31.12.2008 at 3:06 PM

Selasa, 9 September 2008

Opsyen Bersara (Singgahsana)


08.08.08 Buat keputusan untuk bersara.

08.09.08 Hantar surat untuk opsyen bersara. Berkuat kuasa 15 September 2008.
Semuanya telah tersurat. Telah pun ditandatangani Dekan akan surat@notis bersara. Tunggu apa jawapan pendaftar. Hak Persaraan Pilihan Sendiri adalah hak pekerja yang telah pun cukup syarat seperti aku.

8 Bulan lagi barulah boleh duduk berpencen di rumah...
Harap-harap aku punyai cuti yang banyak! supaya dapat lebh awal sedari menunggu lapan bulan.
Sekitar Mei 2009 aku akan melupakan dunia perkerjaan makan gaji. Ingin kerja sendiri! Berjaya atau tidak bukan masalahnya. Yang penting aku kini telah punyai kampung halaman; Desa Tualang bagaikan melambai aku kembali. Kembali dengan bayangan pohon ara, melihat merbah makan buah mempoyan.

Bagaikan langit & bumi suasana persekitaran Jenaris & Desa Tualang. Bayangkan jika di Jenaris mahu keluar rumah pun amatlah payah. Jalan di depan rumah telah bagaikan bandar. Ada sahaja kenderaan yang lalu. Padahal lorong rumahku bukannya jalan utama. Tiada privasi.

Di Jenaris malam-malam anak-anak Abg Rosli asyik lepak di kaki lima kedai depan rumaku. Rakan anak Kak Zah asyik hisap rokok tak pasti berapa umurnya. India di Jenaris hanya seorang dua yang rajin senyum. Hampir separuh jiran se blokku adalah kaum India. Mana ada ukhwahnya. Lampu jalan di Jenaris terus terang sepanjang malam, sekarang di sisi Jenaris ada Prima Saujana yang kedai mamaknya bertaburan dibuka 24 jam.

Jika di Desa Tualang anak-anak muda bual-bual di verenda masjid. Atau duduk saja di rumah. Mana ada masa melepak sepanjang malam & saban hari. Lampu jalan di kampung amat suram di kelilingi oleh kelkatu dengan desingan cengkerik.


Jumaat, 9 Mei 2008

Kerjaya: Warkah Untuk PM

Bertalu-talu telefon bimbitku berdering. Kebetulan aku buka telefon bimbitku. Semua yang mengenali aku telah tahu perangaiku. Hanya membuka telefon bimbit jika aku mahu menggunanya. Maka itu isteri aku pun selalu meracau tiap kali mahu menghubungi aku. Entah kenapa aku amat benci dengan deringan telefon.

Lebih aneh nombor rahsiaku pun ada orang yang tidak dikenali menghubungi. Siapa? siapa yang memberi nombor ini...

Bila aku lihat ada tiga panggilan tidak berjawab aku terus dail. Memang terkejut amat aku, Pengarah K & K UPM, mahu berjumpa aku esok Selasa jam 9:00 pagi. Puas aku cari maklumat ingin tahu kenapa aku dipanggil. Aku hanya dapat melihat gambar di internet akan wajah Pengarah tersebut. Tingkat empat setahu aku Naib Canselor sahaja di sana

"Mila kena gosokkan baju ayah... esok ayah kena jumpa orang besar-besar.." Aku berselimut tebal demam bukan main kuat sejak semalam.

"Apa halnya"

"Entahlah Mila tapi kalau ikut laman web yang ayah baca pengarah itu yang akan jawab segala komplen tentang UPM"

"Mesti adalah yang orang komplen tentang ayah.."

Aku terdiam & malas mahu berfikir banyak, apatah lagi dalam keadaan demam yang terlalu keras. Biasalah orang kena sakit darah tinggi, buah pinggang & terbaru diabetes jangan runsingkan sangat hati. Baik fikir yang baik-baik. Nak buat apa memberatkan keadaan.

Selasa Pagi:

Aku menerima panggilan dari Delila SU Pengarah K & K, masa itu aku baru terjaga dari terlelap sebab demam aku masih tak kebah. Jika kekawan biasa mahu jumpa aku; pasti aku tak akan pergi. Bila terbayangkan bilik pengarah teruja juga aku ingin melihatnya. Pasti ada perkara yang penting amat jika tidak tak kan pula beriya-iya sangat mahu ketemu aku.

Aku terpaksa memandu kereta perangku lantaran tak larat memerah kapcai. Ngam-ngam aku sampai di waktu yang dijanjikan. 9:00 pagi. Setelah berlumba bagaikan formula one di jalanan.

Warkah Untuk PM emmm..! itu isu rupanya. Bila aku amati semula akan ayat aku tulis warkah untuk PM itu sememangnya agak kasar & amat tidak berkias. Rasa malu pun ada lantaran aku tidak pun menganggap serius amat isu yang aku utarakan.

Memanglah aku pernah membuat memorandum tentang masalah kerjaya kami tetapi ditepis seadanya oleh pihak pendaftar. Senang saja jawapan dari mereka. Kami tidak ada kelulusan jadi tak layak dinaikkan taraf jawatan kami. Pengalaman kerja memang langsung tidak diambil kira. Maka itu ramai sahabatku terpaksa membawa nasib keluar. Aku teringat Saufie menjadi tenaga pengajar di Giat Mara. Subuh menjadi Juruteknik di syarikat Swasta. Syafik ambil opsyen awal tumpukan kerja di bengkelnya. Din langsung tak dapat terima hakikat sakit jiwa di kampung, Jamal pun sama katanya terpaksa mendapatkan rawatan mental di Hospital Bahagia. Ramai yang berhenti lantaran memang amat sifar kebajikan bagi golongan N1 dulunya ramai dari kalangan Pelayan Makmal. Entahlah dari hari ke sehari aku makin kehilangan kawan.

Memanglah jika berjumpa rakan lamaku, mereka akan tergelak besar melihat betapa setianya aku dengan UPM. Paling aku rasa sakit & terhimpit bilamana Mila selalu perli aku tentang kerjayaku. Bukannya apa di syarikat dia berkerja rakan kerjanya dulu sekadar budak pejabat sekarang telah menjadi Pegawai Kanan bukan sekadar Kerani... tak sampai pun dua puluh tahun berkerja.

Lain padang lain belalang, mungkin aku memang manusia yang mahal rezekinya. Aku sekadar dapat menyedapkan hati sendiri.


Selasa, 6 Mei 2008

Internet Terlampau Lembab di UPM


Birus terlalu banyak, Abg Azmi baru sahaja format PCnya. Katanya tetiba datang dari server. Nak salahkan siapa. Pepandailah menjaga PC sendiri

Rasanya anti birus yang paling baik buat masa ini ialah KasperSky

Cubalah muat turun birus ini. Jika berduit beli saja di LowYat dalam sekitar RM90.

Aku pula demam sejak balik dari Melaka, punyalah keras demamnya. Nak tulis puisi pun beku segala ilham. Dua minggu lebih tidur tak tentuan, batu pula tak henti-henti. Tak sempat nak habiskan kisah Mambang Masjid Kristal. Terlampau sakitnya.

Harap-harap aku cepat sembuh. 14 hb nanti akan buat ujian darah lagi. di PK UPM.

Rabu, 23 Januari 2008

Talian di UPM amat teruk (Singgahsana)


Putus asa rasanya nak buka internet. Melampau teruk & terinsut insut. Jauh sekali dapat buka blog, e-mel yahoo pun tak dapat klik!.

Selasa, 10 Januari 2006

Permergian Allahyarham Hamdan


Alfatihah...Takziah ! buat Kak iZAN... serangan jantung kehadrat suamimu memang amat mengejutkan aku, Bilamana Sahak telefonku, bagaikan tak percaya. Sebak di dada memang tak dapat ditahan; terbayang Azreen yg memang dah bagaikan keluarga makmal ini, telah jadi anak yatim.

Teringat akan kenangan bersama arwah semasa lampu black out; kami terkurung dalam desah lebatnya hujan. Teringat semasa aku membaiki pc untuk anak2nya; dia beriya-iya memberi upah sedangkan aku memang tak selesa menerima upah. Kak iZAN dan arwah tidak pernah bertandang ke rumahku sebelum ini; ntah bagaimana terbuka hati arwah membawa keluarganya bertandang semasa majlis kesyukuran berkhatan anak2ku di Jenaris semasa cuti sekolah baru ini.

Allahyarham adalah seorang ayah nan intim dgn keluarga. Waktu cuti memang selalu berlima sekeluarga bersandai. Allahyarham juga memang dikenali dengan staf yg tekun berkerja. Pemergian Hamdan memang amat terasa kehilangannya... terutama buat Kak iZAN sekeluarga.

Pemergian Hamdan satu amaran, betapa usia kita memang bukan milik kita. Bila-bila masa kita akan menempuh kematian; 44 tahun memang terlalu awal menerima panggilan Ilahi, tapi DIA lebih sayangkan Hamdan maka memang terlalu awal menyahut panggilan beliau, semoga roh Allahyarham Hamdan akan tetap aman pun di sisi mereka nan beriman.

Kak iZAN bersabarlah! semoga tetap tabah untuk meneruskan hidup bersama 3 orang cahayamata. Alam akhirat insyAllah kita berkumpul lagi mengisi kenangan pun ukhwah sejati.

Sabtu, 30 April 2005

Berapa Sangat ( Kerjaya 7 )


"Berapalah sangat, mereka sudahlah bergaji besar, kita nan bergaji seribu dua ni pun mahu disekat-sekat akan klim yang tak seberapa! " Ayat dari seseorang!.

Percayakah? ada kalangan juruteknik di UPM klim tuntutan lebih masa sebulan melebihi gaji seorang pensyarah?. Rata-rata seorang Juruteknik atau Pembantu Makmal akan klim melebihi RM700 mengikut keperluan & tempat bekerja. Dalam setahun sahaja akan melebihi RM15,000. Emmm! bagi aku rasanya tak salah lantaran kerja makan gaji ini sebanyak manalah ganjarannya. Maka dengan adanya wang lebihmasa tentunya akan dapat jugak meringankan beban tuntutan sara hidup nan makin bertambah.