Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2009: Disebabkan isu pilih kasih, bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim 7 (AF7). Biarpun tuduhan tersebut adakalanya keterlaluan, ia masih tidak mematahkan semangat barisan tenaga pengajar itu untuk terus mencurahkan ilmu mereka kepada pelajar yang masih bertahan.
Sungguhpun begitu, adakalanya sinar wajah tenaga pengajar itu menampakkan kekecewaan kerana tidak berupaya menjelaskan apa yang sebenarnya dilalui oleh mereka dalam akademi bersama kesemua anak didik mereka.
Peminat hanya membuat penilaian menerusi apa yang mereka lihat dari kaca TV dan pentas semata-mata tanpa tahu seteruk mana tugas seseorang tenaga pengajar yang cuba memberikan layanan serta tumpuan sama rata.
Bagi mendapatkan pengesahan lanjut tentang isu pilih kasih yang sedang meledak sekarang ini, murai.com.my berkesempatan untuk mewawancara guru vokal Cikgu Siti Hajar Ismail.
"Sikap pilih kasih di kalangan pelajar ini tidak pernah timbul dan ia sama sekali sesuatu yang cukup mustahil untuk berlaku kerana kita perlu memastikan setiap pelajar melakukan yang terbaik setiap minggu. Barangkali tuduhan itu berlaku kerana penonton melihat kita berinteraksi dengan seseorang pelajar itu menerusi Diari AF tapi hakikatnya, banyak lagi yang tidak terlihat.
"Masa yang dihabiskan tenaga pengajar dengan pelajar-pelajar bukan sekadar 8 jam sehari tetapi lebih dari itu. Dalam tempoh itu, macam-macam yang kita lalui dengan mereka. Apa yang diperbincangkan bukan sekadar pembelajaran mereka semata-mata malah mencangkupi soal kehidupan setiap pelajar yang berada di AF7," katanya.
Sungguhpun begitu, Cikgu Siti berkata, dia tidak menafikan, kadangkala apabila ada pelajar yang terlalu lemah, tumpuan akan lebih diberikan terhadap mereka. Namun, seboleh-bolehnya mereka cuba bersikap adil kepada semua pelajar.
"Kalau ada yang mengatakan mengapa saya kali ini tidak marah-marah lagi macam dulu khususnya terhadap pelajar-pelajar yang lemah pada kali ini, ia disebabkan sikap pelajar-pelajar yang kita pilih sekarang ini semuanya positif. Sama ada yang dah terkeluar mahu pun yang masih ada, sama ada yang konsisten atau pun lemah, semuanya menampakkan semangat untuk memperbaiki kelemahan diri mereka.
"Jadi, bagaimana saya hendak marah-marah macam dulu kalau kali ini saya mendapat kesemua pelajar yang mempunyai sikap serta semangat yang kental? Kalau saya marah pun cuma seorang saja iaitu Rubisa kerana dia selalu berjanji untuk memperbaiki kelemahannya tapi akhirnya kelemahan tersebut tidak pun diperbaiki," katanya.
Tentang tuduhan yang mengatakan dia dan Cikgu Fati mempertahankan Aril dan Akim sewaktu pengkritik memberikan komen mereka dalam konsert minggu keempat, Cikgu Siti berkata, ramai telah salah anggap dengan tindakan mereka itu.
"Adakah saya dan Cikgu Fati marah dan tidak setuju dengan kritikan yang dilemparkan pengkritik pada malam itu? Rasanya tidak. Sebaliknya saya dan Cikgu Fati dengan wajah senyuman hanya memperbetulkan kenyataan pengkritik bahawa pertandingan ini bukan sekadar pertandingan nyanyian tetapi meliputi keseluruhan persembahan," ujarnya.
Adlin kena lebih 'high class' dalam berbahasa...
"Satu lagi ialah tentang pemilihan lagu. Saya sekadar ingin memberitahu semua bahawa pemilihan lagu tidak ada kena-mengena dengan semua pelajar tapi ditetapkan oleh barisan tenaga pengajar dan pihak produksi.
"Cubalah dengar betul-betul ayat yang kami sampaikan pada malam itu ? Ia jelas menyatakan apa yang ingin kami perbetulkan. Bukan disebabkan tidak setuju dengan kritikan pengkritik atau pun disebabkan mahu mempertahankan pelajar-pelajar tersebut," katanya lagi.
Cikgu Siti berkata, sebagai guru, dia tidak kisah apa pengkritik hendak cakap tentang persembahan pelajarnya.
"Sebelum ini pun, Ramli MS pernah jadi pengkritik dan kritikan yang dilemparkannya sangat celupar. Tapi saya boleh terima kerana apa yang dia cakap itu jelas dan betul. Itulah yang saya harapkan di kalangan barisan pengkritik kita termasuklah Adlin Aman Ramlie. Sebelum jadi terkenal, saya lebih dulu mengenali Adlin sebagai seorang aktivis teater.
"Bagi saya Adlin adalah salah seorang ikon dalam industri yang mampu memberi nasihat serta pandangan kepada generasi baru berdasarkan kepada pencapaiannya yang diperolehinya selama ini.
"Sungguhpun agak sukar untuk saya menyatakannya kepada pelajar-pelajar saya kerana Adlin seringkali tidak begitu berhati-hati dengan pengunaan kata nama serta pemilihan beberapa perkataan setiap kali berkomunikasi.
"Bagi saya, kalau Adlin dapat mengubah sedikit caranya berbahasa dan berkomunikasi, dia bukan saja akan dapat dijadikan contoh ikon di kalangan pelajar-pelajar AF7 tetapi juga akan kelihatan nampak lebih high class lagi dari segi aura dan penampilan diri," katanya dengan jujur.
Murai.com
iDAN: Aku tenguk juga AF7 ini, tentunya aku orang Kajang menyokong Rini, sampai kini aku tak boleh terima perkataan yang dilemparkan terhadap Rini terutama si Aris yang tak profesional langsung ; Aku suka dengan Datuk Tiara yang dapat mendekati hari Rini. Kalangan tenaga pengajar ada yang nampak tak langsung membimbing malahan tambah meresahkan Rini. Begitu juga dengan pelajar lain yang perlukan bimbingan. Terutama pelajar perempuan yang asyik kena buli orang pelajar lelaki lain. Hafiz memang bagus tapi nampak sangat dia dipermainkan dengan memberikan dia lagu entah apa-apa.
Benarkah Hafiz Dianaktirikan?
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2009: Hanya disebabkan sedikit sedutan paparan Diari AF yang nampak seakan lebih mengutamakan beberapa pelajar tertentu di Akademi Fantasia Ke-7 (AF7), Hafiz kini dianggap seperti dianaktirikan di dalam akademi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, kesemua tenaga pengajar di akademi tersebut telah dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila dilihat bangun untuk memperbetulkan kenyataan pengkritik sewaktu mereka menilai persembahan Aril dan Akim dalam konsert mingguan AF7.
Bukan setakat itu saja, tenaga pengajar sekali lagi disalahkan apabila Hafiz diberikan lagu-lagu yang dianggap tidak begitu hits atau popular, padahal pemilihannya membabitkan perbincangan mereka bersama pihak produksi.
Hal yang sama turut berlaku apabila tenaga pengajar memilih pelajar lain sebagai pelajar cemerlang khususnya Aril yang telah menyandang gelaran tersebut sebanyak 2 kali kerana telah menunjukkan peningkatan yang semakin baik sepanjang minggu berada di akademi.
Pelbagai kata-kata kurang enak yang kedengaran, kononnya tenaga pengajar sengaja berbuat demikian kerana mahu menonjolkan pelajar yang lebih mereka gemari semata-mata.
Sungguhpun begitu, tiada siapa yang sebenarnya tahu apa yang dilalui Hafiz serta pelajar lain yang berada di dalam akademi itu selama 8 jam selepas mereka memulakan kelas mereka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.
Malah, tidak siapa juga yang tahu bagaimana bertungkus-lumusnya tenaga pengajar menumpukan perhatian terhadap mereka semua untuk memastikan mereka berjaya menjadi pelajar AF7 yang dikagumi setiap minggu.
Dalam hal ini, tidak timbul sama sekali soal sikap pilih kasih, pilih bulu atau siapa yang paling banyak mendapat layanan yang istimewa daripada tenaga pengajar di dalam akademi tersebut. Namun, beberapa sedutan drama yang sentiasa dipaparkan di dalam Diari AF telah berjaya mencetuskan persepsi yang berbeza.
Sumber daripada pihak produksi AF7 sendiri mengakui bahawa apa yang dipaparkan di dalam Diari AF hanyalah sedutan daripada beberapa elemen-elemen menarik yang berlaku setiap hari di akademi.
"Untuk memaparkan kesemuanya adalah satu benda yang mustahil. Dengan waktu yang terhad inilah kita cuba gabungkan kesemua elemen-elemen menarik yang terdapat di dalam akademi.
"Jadi, apa yang ditonton itulah hanyalah cebisan daripada apa yang sudah kita gabungkan daripada kesemua rakaman yang diambil sepanjang hari di akademi. Proses ini berlaku setiap hari.
"Mungkin ada yang bertanya mengapa tidak kami cuba paparkan pengajian mereka di kelas dengan lebih banyak lagi. Kami pernah cuba tetapi apa yang dimahukan penonton secara majoritinya dan bukanlah pengajian mereka di akademi semata-mata.
"Tetapi, bagaimana mereka melalui kehidupan di akademi setiap hari. Bagaimana mereka menyesuaikan diri di antara mereka. Bagaimana emosi mereka pada waktu itu. Inilah yang sebenarnya yang penonton mahukan.
"Kami sedar keadaan ini telah menampakkan Hafiz seolah-olah seperti sedang dianaktirikan tenaga pegajar tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak berlaku tetapi inilah sebahagian daripada rencah program realiti AF," kata sumber itu lagi.
Apapun, sepanjang berada di akademi, Hafiz sentiasa dilabel tenaga pengajar sebagai seorang pelajar yang sentiasa konsisten, mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, versatile serta mempunyai bakat menyanyi yang semulajadi.
Berikan apa saja lagu kepada Hafiz, kebanyakan tenaga pengajar tahu bahawa Hafiz mampu melakukannya dengan baik. Bakat Hafiz sebenarnya telah ditemui Cikgu Syafi sewaktu Hafiz menghadiri ujibakat di Kuching, Sarawak.
Begitu kagum dengan bakat Hafiz, Cikgu Syafi telah melabelkan Hafiz sebagai Guy Sebastian Malaysia serta menyifatkan Hafiz sebagai salah seorang pelajar yang bakal memberikan kejutan di dalam AF7.
Ternyata ramalan Cikgu Syafi terhadap Hafiz sangat tepat. Sekarang ini, terletak kepada pelajar lain pula untuk mencapai tahap yang sudah dicapai Hafiz. Atas sebab itu, gelaran pelajar cemerlang diberikan kepada pelajar yang lemah tetapi berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dari masa ke sama.
Murai.com
7-Apr-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Cikgu Aris Ada Sebab Kenapa Marah
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 7 MAC 2009: Kritikan penonton dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) bukan sahaja ditujukan kepada barisan pelajar, pengkritik serta hos tetapi juga untuk barisan tenaga pengajar. Ada cakap Cikgu Fati begini, Cikgu Syafi begitu, Ms Ida macam ni, Cikgu Siti Hajar macam tu dan tidak ketinggalan juga Cikgu A Aris yang turut dikritik.
Daripada komen yang didengar, ada berpendapat Cikgu Aris terlalu control macho dan berlagak serius pada setiap konsert mingguan AF7 berlangsung di Dewan Sri Putra. Ia dapat dilihat apabila kamera Astro Ria membuat close-up pada wajahnya yang seolah-olah tiada emosi dan ekspresi itu.
Apabila dihubungi Cikgu Aris hanya tertawa dan menafikan dia manusia yang tiada perasaan.
"Ye ke saya ni tak ada emosi? Mungkin itu tanggapan penonton sahaja. Sebenarnya saya sentiasa meneliti gerak tari mereka di pentas sehingga membuatkan saya nampak serius.
"Sebenarnya kalau hendak dibandingkan saya dengan barisan tenaga pengajar lain, mereka lebih lama berada di dalam AF. Jadi mereka mungkin nampak lebih jauh selesa dan berbanding saya," katanya.
Disebabkan sentiasa bersikap tenang dan cool, ada di antara peminat AF yang tidak dapat menerima hakikat Cikgu Aris tiba-tiba tidak dapat menahan marah sewaktu dia mengajar dalam kelasnya baru-baru ini.
Mereka berpendapat Cikgu Aris sengaja berbuat begitu kerana telah diarahkan oleh pihak produksi AF7 bagi menaikkan rating untuk Diari AF7. Beliau agak terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara itu.
"Sebab saya tiba-tiba marah itu tidak ada kena-mengena langsung dengan arahan sesiapa. Sepanjang berada dalam akademi ini, saya hanya melakukan tugas mengikut keperluan dan naluri saya sendiri. Memang secara zahirnya saya seorang yang cool tetapi ia tidak bererti saya tidak boleh melenting.
"Ini semua proses pembelajaran biasa di mana-mana kelas tarian. Lagipun dalam poses memberikan pengajaran kepada pelajar, kita haruslah ada unsur dramatik. Dengan cara begini barulah pelajar-pelajar akan tahu bahawa agak sukar untuk meramalkan perwatakan seseorang guru itu. Kalau tidak senang-senanglah mereka akan pijak kepada kita," katanya.
Namun Cikgu Aris sedar cara pembelajaran di pentas teater yang sering dilakukannya sebelum ini dan kaca TV adalah berbeza apatah lagi AF7 adalah program realiti yang ditonton peminat pada setiap malam.
"Saya akan berusaha memberikan yang terbaik kerana semangat saya memang meluap-luap untuk mendidik setiap pelajar AF7. Saya juga akan berikan sepenuh kreativiti dan pengalaman saya. Tentang kritikan, ia sedikit pun tidak melemahkan saya. Apa yang penting adalah output atau impaknya," kata Cikgu Aris.
Murai.com
iDAN: Ada naluri apa bendanya; dah tahu pelajar tengah tertekan; pulak tu memang mereka mengaku mereka jenis sensitif. Cikgu Aris ni memang tak pernah menyelami jiwa orang sensitif kot!; & jejaka jenis apa yang tak erti berhadapan dengan org sensitif; Sejak tenguk Si Aris membebel tak kena tempah aku langsung menyampah nak tenguk Diari AF. Buang masa betul & sakit hati betul.
Rini-Rina Akui Sukar Dipisahkan
Media Galeri
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung
Satu-satunya pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) yang bertudung, Zuzafrini Zulkifli atau Rini menjadi bualan ramai apabila kejujurannya dalam akademi itu pernah disalahertikan. Selain itu, imej muslimah Rini yang dibayangi seniornya iaitu Salima AF4 dan Heliza AF5 turut dipertikai apabila kelakuannya lebih agresif dan lasak.
Jom ikuti jawapan ikhlas Rini yang hadir bersama Rina di pejabat murai.com.my, baru-baru ini.
MURAI: Perasaan Rini selepas tersingkir dari AF7?
RINI: Rasa sedih tapi saya akan terus berusaha untuk berjaya dalam bidang seni.
MURAI: Adakah Rini sudah jangka akan tersingkir?
RINI: Setiap kali penyingkiran, Rini akan letakkan sedikit jangkaan bahawa Rini akan terkeluar agar lebih bersedia.
MURAI: Secara jujur, adakah Rini puas hati dengan keputusan tersebut?
RINI: Tidak... Tapi Rini kena menerima keputusan ini dengan redha. Setiap keputusan berdasarkan SMS dan kalah menang adat pertandingan. Itu sudah perjanjiannya.
MURAI: Siapakah guru yang paling Rini sayangi dan rapat?
RINI: Cikgu Siti Hajar. Dia adalah seorang guru yang sangat memahami dan mengenali pelajarnya dengan lebih mendalam. Saya dah anggap dia sama seperti ibu.
MURAI: Siapakah teman rapat dalam akademi?
RINI: Kalau perempuan Kak Isma dan lelaki pula... Hafiz.
MURAI: Harapan anda untuk AF7?
RINI: Harap kawan-kawan lain akan rebut peluang menjadi juara AF7 dan tabah dengan semua dugaan.
MURAI: Jelaskah kelebihan Rini yang masih belum diketahui umum?
RINI: Seorang yang peramah dan tidak sombong.
MURAI: Benarkah Rini masuk AF7 nak cari glamor?
RINI: Tidak, saya masuk AF7 kerana sangat meminat bidang ini. Glamour perkara kedua.
MURAI: Ceritakan bagaimana suasana dalam akademi?
RINI: Kami sangat seronok bersama dan saling bantu membantu. Walaupun kami bertanding masing-masing sentiasa hanyalah bersaing secara sihat.
MURAI: Siapakah artis tempatan yang ingin minati?
RINI: Kak Nita (Anita Sarawak).
MURAI: Bagaimana hubungan anda dengan Rina?
RINI: Kami memang rapat dan sukar dipisahkan. Bila hanya Rini masuk AF7, Rini asyik teringatkan Rina. Kami macam kawan rapat dan selalu berkongsi hal peribadi bersama-sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan