Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 19 April 2009

Hati damai di hujung tanjung (Delima Merkah)


Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

DILINGKUNGI hutan paya pantai jauh di hujung tanjung membuatkan tetamu kadangkala terlupa, PNB Ilham Resort (PIR) terletak hanya beberapa kilometer dari hiruk-pikuk kesibukan di pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Malah, lokasinya diapit kehijauan alam memberikan kelebihan apabila puluhan ribu burung penghijrah yang dalam perjalanan pulang ke Jepun dan Siberia, merentasi kawasan ini antara Februari dan Mei, setiap tahun.

Dari balkoni blok penginapan yang sarat dengan seni ukiran tradisi Melayu, pengunjung dihidangkan pemandangan indah Lagun Biru atau Blue Lagoon.

"Selepas tsunami pada 2004, terumbu karang di kawasan ini dikatakan semakin berkembang. Kini, banyak bot membawa pelancong Taiwan ke pantai ini untuk snorkeling dan latihan selam skuba," kata Pengurus Residen PIR, Ismail Hisham Ahmad Zambri.

Menurutnya, latar semula jadi Hutan Rekreasi Tanjung Tuan turut menyimpan seribu macam tarikan yang boleh dilihat sekiranya anda mengikuti acara 'nature walk' atau 'marine walk' yang boleh diatur berdasarkan permintaan.

"Pendakian ke Rumah Api Tanjung Tuan membolehkan pengunjung mengenali pokok hutan seperti Ara, Seraya dan Meranti.

"Salah satu denai membawa anda melihat bekas tapak kaki Hang Tuah," katanya.

Menariknya, dari rumah api tertua negara yang dibina Belanda pada 1817 ini, pengunjung dapat melihat pemandangan sebahagian besar Port Dickson dan Sumatera.

Bawa juga teropong jika mahu menyaksikan kelibat penyu atau buaya air masin.

"Malam Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan, kami membuka gerai di gazebo menawarkan masakan panas serendah RM6. Wakaf kayu berdepan pantai boleh digunakan untuk aktiviti barbeku dengan bayaran berpatutan," katanya.

INFO

Ada 54 apartmen yang sesuai untuk destinasi percutian keluarga.

Memiliki dewan konvensyen tepi pantai terbesar dengan kapasiti 1,000 tetamu.

Pasar malam Batu 4, pakej kelip-kelip Sungai Linggi dan mengunjungi Ostrich Park atau melawat Kota Lukut dan Muzium Tentera.

Nikmati keenakan Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri dan Masak Lemak Cili Padi Burung Puyuh Salai hasil kepakaran Chef Eksekutif PIR, Mokhzani Aris Abu Hassan.

HOTEL

PNB Ilham Resort
Batu 10, Tanjung Biru,
71050, Port Dickson,
Negeri Sembilan

E-mel: sales@ilhamresort.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan