Ditulis oleh Rosli Manah Selasa, 07 April 2009 16:25
Isteri kedua penyanyi dan pelakon era 1980-an Raissuddin Hamzah didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat Kuala Lumpur pagi setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkahwin tanpa kebenaran pendaftar nikah cerai dan rujuk.
Siti Fatimah Subri, 22, seorang suri rumah hadir bersama Raissuddin, 52, menjelaskan denda tersebut sejurus prosiding di mahkamah itu selesai. Kebetulan pada waktu itu wartawan sedang membuat liputan kes khalwat pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan berbuat sesuatu berupa akad nikah atau menjalankan upacara berupa akad nikah pada pukul 12.30 tengah hari, 2 Januari 2007 di Kampung Bana, Wilayah Songkla, Thailand.
Perbuatan itu menyalahi Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata: "Mahkamah berharap hukuman ini menjadi pengajaran bukan sahaja kepada Siti Fatimah bahkan buat orang lain agar tidak berkahwin tanpa kebenaran yang akhirnya boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri serta keluarga."
Sementara itu Mangga Online difahamkan Raissuddin juga akan didakwa atas tuduhan yang sama, namun tidak dipastikan bilakah bapa penyanyi Siti Sarah itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama.
Mungkin juga tuduhan terhadap Raissuddin berbeza kerana dia masih ada isteri semasa berkahwin dengan Siti Fatimah.
Mangga

Tiada ulasan:
Catat Ulasan