KUALA LUMPUR: “Sebelum dia masuk hospital, kami pernah berjumpa dua kali. Dalam pertemuan itu saya bukan saja menghabiskan masa bersamanya, malah menyuapnya makan.
“Walaupun sebelum ini dia banyak memburukkan saya, saya tidak membuangnya, malah masih mengambil berat keadaannya,” kata Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema.
Erema yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, penulis lirik, Jamaludin Sulik, 43, atau Sri Bayu tampil memberi penjelasan selepas berdepan pandangan negatif masyarakat gara-gara tidak menjenguk suaminya di hospital.
Sebelum ini akhbar melaporkan, Sri Bayu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 April lalu selepas tidak berupaya untuk bergerak, tetapi dibenarkan keluar tujuh hari kemudian.
Sepanjang Sri Bayu di hospital, Erema tidak menjenguknya, malah Sri Bayu memaklumkan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Erema tetapi Erema memaklumkan dia sibuk dengan urusannya.
Menurut Erema, dia mengakui kebenaran dakwaan Sri Bayu itu, tetapi SMS itu didahului dengan permohonan maaf.
“Saya minta maaf kepadanya kerana saya benar-benar sibuk. Selepas duduk berasingan, saya terkontang-kanting seorang diri,” katanya.
iDAN: Setakad bertandang, menziarahi sekejap, menyuapkan nasi sepinggang apakah itu tandanya kasih sejati seorang isteri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan