Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 6 April 2009

Rutin (Singgahsana)


Hari ke 12 minggu ke dua aku meniti hari bercuti & berpencen. Tak banyak yang dapat aku lakukan tentang diri & impian. Lebih banyak menumpukan urusan keluarga, banyak menguruskan anak-anak, menaip jurnal, menonton TV & selebihnya tidur.

Seperkara yang mesti aku lakukan adalah pelupusan, memilih barangan yang dulunya sebagai kerjaya kekinian ianya mungkin akan menjadi sampah & perlu dikosongkan. Farus pun mahu mengguna ruang aku pinjam hampir setengah tahun di stornya. Jika sempat dalam minggu ini ianya kena kosongkan.

:Pun masalah internet aku terpaksa selesaikan dalam tempoh terdekat. Memang tidak mencukupi dengan kadar sewaan talian kini. Ianya terpaksa juga diambil tempoh tanpa limit agar tidak terganggu anak-anak mencari maklumat. Terutama Afiz yang memang bantuan internet untuk kertas kerja pembelajarannya. Jika Sabtu & Ahad mereka guna separuh hari pun; 60 jam itu akan habis.

Masalah kesihatanku, nampaknya aku kena perbetulkan waktu tidurku. Jika tidak semuanya menjadi tonggang langgang. Jika tak cukup tidur, mengantuknya bukan dibuat-buat. Telampau amat, sambil duduk pun aku boleh terlelap. Masalahnya yang dapat aku kesan adalah kepanasan yang amat sangat di waktu malam. Ini masalah global tentunya semua kita merasakan kesannya. Aku masih mencari ruang mana sesuai aku tidur. Agar tidak sampai setiap sejam dua aku pasti terjaga. Setiap kali aku terjaga aku terpaksa balikkan bantal lantaran basah oleh peluh. Aku perlukan tidur yang nyenyak.

Makan ubat; paling tidak ada empat jenis, untuk darah tinggi ada dua jenis pil, kolestrol satu; dibetes sebiji; besarlah amat ubat diabetes ini. Selalunya jika tak makan ubat kolestrol agak okey tak berat sangat nak bangun pagi.. Ubat kolestrol yang banyak menyakitkan sendi-sendi. Paling aku takut memberi kesan pada buah pinggang. Maka itu aku terpaksa banyak minum air kosong bagi mencuci buah pinggang. Sesekali aku makan ubat dari Dukun Kim Loy; Shilintong. Aku tengah mencari pengganti Dukun Kim Loy, kedai ubat senseinya telah pun ditutup. Sekarang terpaksa mencari dukun lain.

Shilintong memang bagus untuk mereka yang ada masalah batu karang. Sebotol ada 100 biji pil berhaega sekitar RM7 sahaja. Bagi mereka yang tak punyai penyakit batu karang bagus juga untuk melawaskan kencing. Ianya 100% herba. Klik di google atau yahoo jika mahu mencari maklumat tentang Shilintong.

Terkadang bila mengenangkan semua penyakit menyerang, pasti kita teringat akan ajal & maut. Ianya di tangan Tuhan. Memang itu kita tahu. Cubalah kita bayangkan jika ajal kita sekitar 60an sahaja. Huh! berapa tahun sahaja tinggalnya sisa usia kita bernafas di dunia ini. Sebab itu aku nasihatkan kepada kekawan yang ada sebarang penyakit kronik, eloklah mengambil opsyen awal, tak munasabah nak kerja sampai usia 58 tahun; Lainlah sihat & segar bugar. Ramai sangat kalangan kekawan kita sejak kebelakangan pergi dalam usia sekitar 60an. Berbalaoikah kita berkerja sampai 30 tahun, terima pencen tak sampai sepuluh tahun. Apakah hidup ini kita terlalu diperhambakan dengan wang ringgit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan