Jika ramai Cahayamata (Singgahsana)
“Anif jom temankan ayah duduk di kampung” Deruan penghawa dingin kereta perangku menggigit kulit pipiku yang makin berkedut. Azim sedang mendengar MP3 dari modulator. Laguan Klasik dedulu & hindi.
“Tak nak…” Selamba menjawab.
“Duduk kampung lagi seronok dari duduk Jenaris, ayah rasa sunyi sangat jika seorang diri di kampung nanti.” Aku terbayang rumah pusakaku yang memang amat sunyi jauh dari rumah orang. Hutan kelilingnya; tanah dusun peninggalan arwah Apak. Hanya sesekali dengar bunyi burung sebarau di pohon rambai.
“Atau pun ayah carikan asrama terdekat di sana, petang Jumaat ayah jemput Anif, Sabtu & Ahad kita boleh pergi memancing” Anif bukan kaki memancing macam Azim, aku perhatikan hanya Azim yang suka mengikut ayahnya memancing.
“Anif dah biasa tinggal di Jenarislah ayah, lagi pun di sini semua dah ada, sekolah pun dekat; ayah kan dah janji tingkatan tiga nanti Anif boleh naik basikal” Aku terbayang kesesakan jalanraya, tiada lorong basikal disediakan.
“Ayah tak sedap hatilah Anif naik basikal, kenderaan banyak sangat, selamat ke Anif kat jalanraya tu?”
Di Desa Tualang Kota Bharu Perak sekolah menengahnya memang jauh. Kebanyakkan murid di sana bersekolah di Gopeng. Itu yang terdekat. Sekitar 15 km. Tak dapat aku bayangkan jam berapa kena bangun & jam berapa baru sampai ke rumah. Tentunya kurang sesuai & selesa bersekolah di sana berbanding di Jenaris.
Lagi pun siapa mahu meniti hidup susah setelah senang. Berleka dengan kemudahan asas yang tak perlu bersusah. Aku masih teringat ketika perbalahan tentang Aziq yang mahu ke Sekolah Teknik di Taiping.
“Okey! kalau Aziq & ibu rasakan ayah tak mampu menampung sara hidup di bandar setelah pencen… jom kita duduk kampung, ibu tak payah kerja lagi!, kita duduk saja di kampung, buat hal hidup seadanya..”
“Tak teringin ibu jadi orang miskin di kampung tu..!”
“Aziq kena fikirlah siapa nak hantar Aziq ke Taiping tu, hujung minggu siap nak ziarah Aziq, nak balik naik bas pun dah tentu enam lebih baru sampai Jenaris ini..”
“Ayah tak boleh hantar, keluarga Mila ada…” Mila tetap memihak Aziq.
“Keluarga?… nak ajak satu Meru itu bantu Mila, ingatlah Mila kita ini dah berkeluarga, dah ada keluarga sendiri; kenapa mesti campur adukkan dengan keluarga di kampung… lagi pun bagi ayah, Sekolah Teknik itu sama sahaja biar di mana”
“Ayah mana tahu Sekolah Teknik di Taping itu terbaik di Malaysia”
“Ayah tak yakin sangat dengan Sekolah Teknik, contohnya Sekolah Teknik Kajang, anak kawan ayah jadi Mat Rempit masa belajar di sana, tahu-tahu masuk lokap berpuluh RM nak kena jamin; kalau Aziq dapat MRSM jauh mana pun ayah sanggup hantar.”
“Ayah memng selalu berfikiran negatif..” Aziq mencelah.
“Sekolah Aziq sekarang pun amat bagus, SAM10 tu pun sekolah pelajar pandai-pandai, sekolah teknik akan mengecik peluang Aziq selepas SPM..!”
Sekarang rumah di Jenaris terasa amat sunyinya, tinggal kami empat beranak. Afiz di Poli Shah Alam. Jika aku punyai ramai cahayamata tentunya tidak sesunyi ini. Rasanya beranak empat memang keluarga kecil; apatah lagi sedari awal anak-anak telah tinggal di asrama. Maka itu aku memang sejak dulu menegaskan; aku mahu anakku selepas SPM baru tinggal di luar. Tapi Aziq telah memecah tradisi. Senyap-senyap dia memohon menuntut di sekolah asrama penuh. Selepas SRP telah tidak bersamaku. Aku memang menentang takdir ini; tapi sokongan ibunya Mila buat aku bungkam sendiri.
Aku tak pasti pandangan Mila, katanya tak mahu duduk miskin di kampung. Apakah dia tak rasa rezeki & simpanan dia telah cukup untuk berehat di rumah. Jika dia mencongak pendapatan sebulan dia; telah lebih dari cukup jika tinggal di kampung. Katakan duit simpanan tetap Mila masukkan di mana-mana saham yang selamat;. Tabung Haji, ASB janganlah Saham Amir yang aku terkena; dalam RM200,000. Selebihnya bayar hutang piutang.
Nak buat apa kerja sampai tua; Duit di KWSP itu bukannya boleh dilaburkan. Beku sahaja di sana. Jika berpencen awal rasanya Mila tak punya masalah kemiskinan. Cumanya janganlah melaram & awas keluarga di Meru yang selama ini telah banyak bergantung dengannya. Kena fahamlah hidup orang berpencen & orang tua-tua. Tumpukanlah kepada keluarga, suami & anak-anak. Cermin diri apakah perlu ke salon atau facial atau SPA selalu. nak selesaikan semua masalah keluarga, adik beradik di Meru. Lainlah kita ini orang hartawan, jutawan, duit taburkan setiap Jumaat macam Dato' Bujang Bagong tu. Boleh bantu keluarga di kampung tapi berpada-padalah. Rasanya tak lojik nak beli kereta mewah untuk mereka pun kita kena memikirkannya.
Jika telah melabur RM200,000 sudah pasti sebulan boleh korek RM1,000 dari keuntungan saham; mungkin lebih. Rumah sewa empat pintunya takkan tak dapat RM1,000 sebulan. Campur pencen aku; takkan tak dapat sekitar RM3,000 sebulan. Duduk di kampung tanpa hutang piutang takkan tidak dapat menampung hidup selesa dengan bulanan RM3,000. Tak payah pening, sesak, tenat & penat mengejar kemewahan dunia di kota gila ini.
Jika telah ada sekitar RM3,000 sebulan tinggal di kampung apakah namanya keluarga miskin lagi. Nak kumpul duit pun takkan nak pergi haji lagi; bagilah koata haji itu untuk orang lain. Anggarkan belanjawan bulanan begini (Bajet) Katakan habiskan untuk makan minum, bill cukai itu ini RM1,000, anak empat orang; tiap seorang bajetkan RM500 takkan tak cukup. Jika benar-benar berjimat silap-silap dari setahun ke setahun lagi banyak dapat menabung.
Apakah benar kata Aziq ayahnya ini berfikiran negatif. Sedangkan aku nampak ada jalan mudah & boleh menikmati hari tua dengan selesa. Kenapa mesti dengan kudrat kita yang semakin sikit, sakit kronit yang semakin mengancam ini kita mahu duduk juga dengan terkurung di kota yang yang sesak lagi sombong ini. Tenguklah sikap pemandu di jalanraya di kota ini. Semuanya bagaikan dikejar harimau. Sombong & dengil yang amat sangat. Redah semua. Belum lagi kita berbincang sikap rakus & tamaknya warga kota mengejar dunia. Kenapa kita harus bersaing dengan mereka. Jika kita telah ada tapak di desa sana.
Mungkin jiwa remaja, jiwa orang kota tak nampak & rasa semua ini.
iDAN: Tak sabar nak balik ke kampung; doakan semoga aku selamat & mudah untuk mengembalikan suasana kampung di Desa Tualang. Tengah tunggu bajet yang cukup untuk kembali jadi anak kampung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan