Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label FB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FB. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2016

KENAPA MANUSIA MENJERIT-JERIT MASA MARAH?


Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?".

Salah seorang murid menjawab : "Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak."

"Tetapi , mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya?

Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya Syeikh menguji murid-muridnya.

Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.

Akhirnya Syeikh berkata : "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedua hati semakin jauh".

"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta?" Tanya Syeikh.

"Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara ke 2 hati sangat dekat."

"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi?", Mereka tidak lagi bicara. Mereka Hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut :

"Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!!!

Sumber: Telegram UAI


Komen

Φ
Rozita Mat Nee Kata2 yg buat kita terfikir sejenak.mmg ada kebenaran nye

Φ
Peluit Ralit alangkah manisnya setiap kita saling kasih mengasihi...

Φ
Rozita Mat Nee Rasa hidup lbh bermkna kn

Φ
Peluit Ralit iyer jika kita asyik bermusuhan benci membenci akan pasti akan rasa hambar & tak pun terbit rasa rindu akan seseorang... lama kelamaan akan mudah lupa... terputuslah ukhuwah.

Φ
Rozita Mat Nee Terutama bila sdg bercinta.hnye mata yg berbicara.aduyaiii
Teringat lak zaman2 hot dulu

Φ
Peluit Ralit dari mata turun ke hati...

Φ
Rozita Mat Nee Jgn jeles abg idan

Φ
Rohana Ree Aii...mengimbau kenangan lalu ye ita

Φ
Rozita Mat Nee Sesekali ana
Syok jgk
Skrg x blh buat dh.ligan d ank

Sarimah Malinah Entri

pada 17hb April jam 3.39 pagi



Komen
Φ

Rohana Ree Assalam...bawa lukisan hati jauh2 x pe ...tp jgn bwk diri jauh2 udah ler k.sarimah...rindu lama x sembang ngn akak...

Φ
Sarimah Malinah Wassalam , hanya lukisan hati yg jauh , diri tak kemana mana pun , ye ke rindu ni , maaf lah, sibuk sikit dlm dua tiga hari ni . bila ada ruang sja terus post apa2 je lah kat KCT ni .

Φ
Rohana Ree Ana pn sbuk skit sari dua nie...cm mcm hal nya

Φ
Rozita Mat Nee Rindu tnda nye syg kak sarimah


Φ
Sarimah Malinah terima kasih

Isnin, 24 Jun 2013

Bungkam


20hb Mei 2010

sampai hati kau buat aku menantimu
hinggakan tangisku tidak berlagu lagi


sampai hati kau biar aku memegang bunga cinta
hinggakan ianya layu kering di genggaman rindu

sampai hati kau biarkan aku meraban
hinggakan ke akhir hayat tanpa prihatinmu

mampukan aku sekadar mengharap
biarpun kutahu Ilahi memihakku seadanya.



Awal FB


hai
  1. sendiri ini amat menyakitkan
    sendiri ini amat lugu
    sendiri ini amat payah
    sendiri ini amat menjemukan

    aku tahu kau pernah penyapa aku
    aku tahu nama kita pernah seganding
    aku tahu kita pernah ketemu
    dalam impi dalam ilusi dalam sepi
    kita pernah sama berkata iyer

    (bukan bercinta tapi kita kenal kekitaan kita)

    tapi aku makin keliru melihat catatanmu
    kau makin leka dalam FB ini
    kau makin mabuk dengan ramai rakanmu
    kau makin hilang dalam kejutan budaya ICT ini
    kau asyik menyapa entah siapa
    tanpa tahu pun tentang aku
    tanpa bertanya tentang diriku
    biar pun saban waktu aku merinduimu
    penuh kerinduanku di blogku buatmu
    kau tak pernah ambil tahu

    - siapalah aku.

 

Khamis, 30 Mei 2013

Rakan dari Dubai

Mencari teman melaui Muka Buku/FB memang mudah tapi tak semua mahu berbual dengan kita. Selalunya tak sampai 10% pelayar FB suka berbual dengan orang yang mereka tak kenal. Kebanyakannya lebih suka berbual dengan rakan yang dikenali atau saudara mara.

Aku memang mengharapkan ramai kenalan sebab nak timba pengalaman mereka terutama di ketika merantau di negara orang. Sayangnya tak semua orang suka kisah hidup atau acara keluarga diuar-uarkan untuk awam. Maka kembara di dunia MAYA amat tidak meriah jika sekadar kirim salam tanya khabar atau bersapa sekadar seketika.

Selasa, 28 Ogos 2012

BELAYAR SEPI



Bila bunga mahu disunting orang
aku yang dulunya sering memuja
terpaksa mencari kuntuman lain
meredah rimba sepi bagai dulu
lantaran aku terpaksa beralah
bunga yang ini tidak lagi sepadan
aku hanyalah bak gagak di rimba
sedangkan awak merak kayangan.

Jika ada jodoh tidak ke mana
pencarian ini amat bermakna
jika dulu aku sempat bermanja
rupanya hanya sekejap cuma
aku akur akan kekurangan diri
bak nakhoda tiada kompas sakti
merentas lautan berombak ngeri
mencari pulau harapan damai sepi.

(Bunga bukan sekuntum kumbang
jua bukan seekor tabahkanlah hati)

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

Sabtu, 12 Mei 2012

Dalam Diam


DALAM DIAM

Dalam diam ada khabar bencana
tapi tidak rela dinyata.

Dalam diam ada khabar derita
tambah mengguris luka.

Antara kita sentiasa mencari makna
namun hati terus tertanya-tanya.

Janji kosong yang melimpah-ruah
pasti bikin kita resah lagi gundah.

Lidah tak punya tulang
janji usah secara rambang
lontaran kata-kata nista
janganlah sampai membenih sengketa.

Kuasa usah bermaharajalela serta megah
sementelah terantuk baru terngadah
andai kita asyik bertikam lidah
janganlah sampai membawa padah.

(Wawasan usang perlukan ruang berbincang
agar pindaan akta piagam kukuh bertunjang)

IDANRADZI
Jenaris Kajang Selangor


· · · lebih kurang sejam yang lalu