Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 2 April 2009

Mewahnya Talian Internet (Singgahsana)


Sejak tahun 2005 lagi aku menggunakan Streamyx pakej termurah RM44. Cuma ada 60 jam sebulan. Sehari hanya dua jam boleh diakses. Itu kadar termurah yang ada dengan kelajuan 512Kb sesaat. Kemudian jika mahu talian 24 jam tambah Rm22 menjadi RM66. Ini yang aku persoalkan dalam jurnal ini. Sifir pa yang TMnet guna. Rm44 itu telah lebih dari sepauh RM66. Patutkah pengguna atau pelanggannya dapat talian 2 jam. Jika telah lebih separuh lojiknya kasilah 12 jam sehari. Barulah benar TMnet tak tamak amat dengan keuntungan. Aku telah mengadu hal ini ke TMnet, mereka tak layan pun

Bila aku mahu tambah taraf perkhidmatan ke RM66, melalui talian terus di internet, tak boleh pula. Cuma ada pakej Combo 386Kb ... emmm! bayangkan kalau 512Kb pun nak muatturun cerita hindustan dekat seminggu baru siap bayangkan jika 386Mb. Melampaunya!. Bagaimana kerajaan mahukan semua rakyat celik IT.

Bila dikenangkan di ofis, bukanlah main mewah, aku dapat lihat kalangan sahabatku sentiasa di talian Cit catnya. Talian di ofis jika tidak sibuk memang teramat laju. Betapa mewahnya talian internet di ofis.

Aku telah cuba buat panggilan untuk pengguna; huh! sibuk memanjang. Dapat bercakap dengan pembantunya pun kejap sahaja dah terputus. Jika mahu menaikkan taraf streamyx di internet cuma ada pakej RM88 ke atas. Apa jadi dengan pakej RM66. Dalam Member-Get-Member ada pula pakej RM66 ini. Terpaksa panjat pejabat TMnet. Tak pula ada di internet alamat terdekat dengan rumahku. Memeningkah betul perkhidmatan di Malaysia ini. Seolah-olah rakyat Malaysia kaya belaka. Seolah-olah talian internet itu untuk orang mewah.

Kerajaan perlulah memantau ini, elok diujudkan banyak lagi syarikat untuk bersaing dalam masalah rakyat marhaen ini mengakses internet. Jika tidak memang beginilah jadinya. TMnet boleh buat apa saja. Kita semua masih ingat semasa sebermulanya masalah kos perkhidmatan telefon bimbit. SMS pun kena 20sen seSMS. Sekarang jika guna 017 dah melambak SMSnya percuma. Tak terpakai. Dulu nak dapat line kena beli sampai ratusan RM sekarang RM18 pun bersepah. Ini bagusnya saingan.

Mungkin aku akan batalkan Streamyx jika banyak sangat cikadak. Ada sesiapa yang ada idea mahu akses internet melalui syarikat mana?. Yang lebih laju & munasabah bayarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan