Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Goji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goji. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2009

Goji Kering (Singgahsana)

Aku telah amalkan memakan buah goji kering yang terjual di mana-mana kedai sensei cina. Alhamdulillah nampaknya kesihatan aku semakin okey!; dari ujian darah di PKupm semuanya kembali normal.

Aku memang tak yakin amat dengan ubatan kimia pemberian dari doktor, takut akan kesannya merebak ke lain. Maka itu aku imbangi; makan kedua-duanya. Jika boleh aku mahu kurangkan makan bahan kimia yang masuk ke dalam badan, hancur segala tulang-temulang nanti. Cita-citaku mahu berpencen lama jika boleh lebih dari sepuluh tahun. Jika arwah Apak boleh sampai ke usia 69 tahun kenapa aku tidak. Maka itu aku pencen awal, setidak-tidaknya aku dapat rasai duit pencen sepatutnya. Ramai sangat staf UPM sejak kebelakang ini meninggal dunia dalam usia 50an, kenapa kita tidak cuba meningkatkan usia sampai 60an.

Dunia ini kecik sangat rupanya bagaimana adik Snm boleh bercerita dengan kakaknya ketemu aku di Bengkel Haji Mela. Tak pasti adiknya yang mana satu. Tetapi jika dia memang ingin berkongsi maklumat apa salahnya. Rajinlah klik jurnal ini & aku memang menunggu respon di internet; jika tidak macam berbual seorang. Nampaknya PengailSejati, Eris, TokPerak, Yasin, Lin, aNNa_KaReNiNa, SheRa,Diny, abushi, Jos yang rajin kasi respon, makin senyap sepi. Harap-harap Wanie, Ana, Syed yang rajin klik jurnal ini mahu bertukar pengalaman. Sehari aku tenguk kaunter jurnal ini yang klik situs ini sekitar 300 orang pelayar, tentunya ramai yang klik kejap amat & tak sempat pun mahu berukar pendapat. Jauh sekali kasi respon. Jika banyak respon tentunya tambah meriah blog ini.

Sesungguhnya seperti sembang aku dengan doktor muda di Klinik Husni; dia banyak memberi maklumat kesihatan. Dia menyuruh aku mengamal diet dengan memakan ikan & sayuran rebusan. Banyak makan ubi berbanding nasi. Darah tinggi memang pantang makan daging. Dia juga mengesyorkan aku puasa hari Isnin & Khamis. Doktor lain sepanjang hayatku tak pernah mengesyorkan ini. Memang alaman aku sejak dulu. Bila kena sakit batu karang aku makin kurang berpuasa. Setahun dua ini langsung tak berpuasa sunat Senin & Khamis. Itulah masalahnya; ingat kalau dah balik kampung dah tua-tua baru nak mula semula amalan ini. Takutnya terlambat... Isk!.

Jika pengamal makan buah goji di cina berusia lebih dari seratus tahun, kenapa kita tidak mencubanya. Ajal maut di tangan Tuhan; tetapi perlu diingat jika kita sering berdoa untuk panjangkan umur; Dia nan Esa bukan mustahil memakbulkan doa kita, banyak yang boleh aku tuliskan pengalaman hidup ini untuk kita kosngsi bersama jika usiaku panjang insyaAllah.

Berbalik kepada buah goji tadi, jika kita membeli yang lebih kasar atau besar buah goji kering ini; rasanya lebih manis & sedap. Ikut cara kita mahu makan; seeloknya makanlah dalam bilangan ganjil, sebab Rasullullah sungguh suka jumlah yang ganjil. Bismillah & selawat amalan biasa kita. Makanlah dalam sehari paling malas sekali nak tidur. Jika rajin makanlah tiga kali. Ikut cara masing-masing ada yang taruh dalam minuman ada yang taruh dalam sayuran atau bubur. Aku selalu makan macam itu sahaja. Dah macam serasi. Sedaplah amat. Amalkan tiap hari; tenguklah perubahannya terutama bagi mereka yang ada masalah mata & sakit lenguh-lengah.

Rasanya dalam jurnal ini ada banyak aku menulis tentang buah goji ini. Klik older & artikel sebelum ini.


Ini rupanya Buah Goji setelah dikeringkan; yang terdapat di kedai Sensei cina. Harganya sekitar RM8 sepeket; tak pasti berapa gram, tapi di Kedai Dukun Kim Loy Seri Serdang (Dah tutup kedai ini) dia jual 100 gram sekitar RM2.

GOJI GUARANA (Singgahsana}

Goji yang berkualiti dari Ningxia China


Selasa, 14 April 2009

Goji yang berkualiti dari Ningxia China (Singgahsana)


Aku baru sahaja beli Buah Goji kering di kedai sensei cina, harga sepeket sekitar RM12 mungkin cukup untuk sebulan makan. 100 gram sekitar RM2. Cubalah makan rasanya sedap ikut jenis. Biasanya jika yang agak besar buahnya lebih sedap berbanding Buah Goji kering yang kecil. Tak payahlah beli melalui jualan langsung teramatlah mahal. Tanya pada Apek kedai sensei tu buah Goji kering, jika dia tak faham; buah untuk terangkan mata. Selamat mencuba.


Daerah Zhongning Negeri Ningxia di negara China, mengeluarkan Goji yang berkualiti terbaik ( juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini di kenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka juga percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Legenda Kerajaan Ningxia

Lebih kurang 3000 tahun dahulu, ketika Raja Negara Ningxia pergi berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda berasa hairan dan bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi?

Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!". Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab:

"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan Goji. Semenjak hari itu, mengamalkan Goji untuk hidup panjang usia telah menjadi sebagai satu tradisi penduduk di kawasan itu.

Ningxia: Ibu Negara Goji?

Ningxia mempunyai tanah beralkali yang luar biasa (pH 8.2 - 8.6) dan suhu melampau yang berjulat dari 102 F - 16 F ( 38 darjah C hingga -27 darjah C ). Ini mungkin merupakan keadaan yang tidak sesuai untuk anda tetapi ia bagaikan syurga bagi pokok goji, bagi memastikan mutu yang terbaik.

Berry goji Ningxia merupakan suatu kenikmatan. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, biji yang sedikit, rasa yang manis serta tekstur yang berair.

Masyarakat Ningxia begitu menggilai berry goji yang tumbuh secara liar di lereng-lereng bukit. Berry goji juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun.

Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia
Goji Ningxia mengandungi:

19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup

21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)

Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)

Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan.

Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)

Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih.

Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.

Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf

Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.

Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat

Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.

Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver).

Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.

Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!.

Kenapa tidak mengamalnya. Sebab ianya masih murah di pasaran. Janganlah terpengaruh dengan jualan langsung yang selalu ubatan yang berkhasiat digandakan harganya. Ini dinamakan mendera pesakit; aku memang tidak mengalakkannya. Banyak lagi ubat tradisional cina cina yang kita masih tidak amalkan; seperti Shilintong yang aku war-warkan tempuh hari.

HAI
anonymous | Posted on 16.4.2009 at 10:28 AM
SALAM ABANG IDAN... KALAU MAKAN BENDA NI WAKTU MENGANDUNG OK KE... TAKDER EFFECT APA APA... SY CAM BERMINAT NAK MAKAN.. PASAL BYK KHASIATNNYA.... NURIN_FAIZAH
Nurin
abg iDAN | Posted on 16.4.2009 at 2:11 PM
Ianya macam buah kismis juga. Buah yang sudah dikering. Jangan beli yang jualan langsung berupa serbuk dll; kot bercampur benda yang tidak-tidak. Jika tajuk makan macam tu sahaja; masukkan dalam bubur atau minuman panas. Setahu abg tak ada kesan sampingan.
Buah Goji?
snm | Posted on 16.4.2009 at 6:52 PM
Salam en.idan. saya dh lama baca jurnal ni sejak baca kisah arwah Firwance, tutor di UPM tu. last week, tiba2 adik saya sebut nama en.idan. katanya, bjumpa di bengkel kereta milik hj.mela :) saya kata pd nya, kakak pnh baca kisah en.idan ni. dia ada blog/jurnal :) mana nk cr buah goji tu ye? tanakla pakai spectacles lg. nk pakai Contact Lens pun leceh sbb kena betul2 jaga kebersihan :p kalau x, mata pun blh infection. kt Kim Loy ada ke? ke kedai singseh sblh Ban Soon tu?
Ada
iDAN | Posted on 17.4.2009 at 8:40 AM
Kim Loy itu saya dah bagi dia anugerah Dukun; kami panggil dia Dukun Kim Loy dia kena strok & keluarganya tak kasi dia berniaga lagi. Dah tutup kedainya. Memang sy dah tanya kedai Singseh sebelah Ban Soon; memang ada dia jual sepeket sekitar RM8. Rasanya semua kedai Singseh ada dijual. Sy dah amalkan lebih dari tiga bulan nampak okey!; tak adalah badan ini sakit sendi sana sini. Hari tu dah buat ujian darah di PKupm; semua kembali normal, Darah Tingginya; Kolestrolnya; Diabetesnya. Cubalah mana tahu kot serasi; lagi pun ianya murah & bukan bahan kimia; 100% buahan yang dikeringkan. Dalam internet tu mereka nak buat duit buat jualan langsung; kot bahaya bercampur aduk dengan bahan lain.

Sabtu, 21 Februari 2009

GOJI GUARANA (Singgahsana)

Jika kita ke Enjin Carian seperti Yahoo atau Google; taip saja GOJI GUARANA, pasti kita dapat banyak maklumat tentang buah goji. Sejak azali lagi aku amat membenci jualan langsung. GOJI GUARANA adalah salah satu syarikat jualan langsung yang mengeluarkan produk dari buah goji.

Bagiku secara peribadi jualan langsung adalah perangkap peniaga yang mengambil kesempatan sesuatu produk yang baik dengan harga yang mahal. Produk mereka memang baik tetapi harganya terkadang mendera si pesakit.

Bukan semua jualan langsung begitu mahal; ada juga jualan langsung yang agak sederhana harganya sejak dulu seperti barangan Cosway. Cuba bandingkan harga barangan jualan langsung yang lain seperti Amway, CNI, Hai-O , Julian & banyak lagi. Teramatlah mahal. Seperti contoh harga Penapis Air yang boleh dibeli sekitar RM1000 mereka kenakan kos harga dua kali ganda. Perbagai alasan yang mereka berikan tentang kebagusan barangan mereka. Hakikatnya di pasaran terbuka pun banyak produk yang berkualiti. Rata-rata syarikat jualan langsung mengenakan bayaran yang tidak munasabah.

Pendek kata begitu juga terjadi dengan buah goji ini; buah goji yang kering seratus gram di kedai sengsei cuma sekitar RM3 bila diniagakan secara jualan langsung ianya menjadi RM4 sepeket; isi buah goji dalam seket itu belum tahu berapa.. Alasannya telah diperbagaikan ramuannya. Ditokok tambah menjadikan ianya lagi berkhasiat. Padahal toukei yang mengeluarkan modal jualan langsung ini sekali gus menjadi jutawan. Jutawan segera sebab memang buah goji ini amat bagus untuk kesihatan. Mengambil kesempatan atau peluang niaga dengan khasiat buah goji.

Ceritanya sama dengan Tongkat Ali. Bukannya mudah untuk mendapat sekerat Tongkat Ali. Jika sahabatku Firdaus selalu upah Orang Asli mencarinya di hutan. Melalui Tok Batin pun telah mahallah amat. Maka produk di pasaran cuma sekumin sahaja dicampur dalam kopi; harganya menjadi tak munasabah. Sedangkan selain Tongkat Ali masih banyak lagi herba yang kita tidak amalkan. Seperti buah Goji ini juga boleh merawat mereka yang Mati Pucuk, darah tinggi, rabun, kencing manis, merawat hati & banyak lagi.

Jika arwah apakku pun arwah Abang Din mengamalkan makan pucuk sentang juga amat berkesan berbanding Tongkat Ali. Arwah Apak punyai isteri seramai tiga orang secara rasmi hingga ke akhir hayatnya 69 tahun. Arwah Abng Din pula punyai isteri secara rasmi empat orang & seorang nikah secara sulit, tapi bercerai ketika hidup; pernah tiga isteri tinggal sebumbung; Akhirnya tinggal seorang isteri. Ketika hayatnya sekitar 45 tahun telah punyai 21 cahaya mata. Bayangkan bagusnya pucuk Sentang. Arwah Abg Din meninggal dunia kemalangan jalanraya di Tangkak Johor. Lori gas yang dibawanya pancit tayar & terbabas lalu bertembung dengan treler. Meninggal di tempat kejadian.

Ramai orang tak tahu tentang Pucuk Sentang pun ramai masih tak yakin Buah Goji.

Aku kini mengamalkan memakan buah goji kering yang dibeli di kedai sengsei. 100 gram berharga RM3 di Dukun Kim Loy, di Taman Seri Serdang. Sayangnya kedai sengsei ini akan ditutup. Semua buah gojinya telah aku borong.



Nota Tambahan

'Goji' atau Wolfberry yang dikenali di Asia sebagai makanan bernutrien telah digunakan dalam dunia perubatan Cina sejak 1.900 tahun. Kemungkinan penggunaannya lebih lama kerana ia sering dikaitkan dalam cerita Cina sehinggalah ke Shen Nung (Shennong), Maharaja Pertama legenda Cina, bapa pertanian mitos dan pakar herba
pada era 2,800 sebelum Masehi.

Sejak awal abad ke-21, di Amerika Syarikat clan negara-negara maju, goji mulai diiktiraf sebagai buah yang mengandungi banyak nutrien clan mempunyai ciri anti-oksidan.

Wolfberry adalah nama am bagi sejenis buah yang dipanggil Lytium barbarum (Pinyu Cina: Ningxia gouqi). Buah beri ini adalah dari keluarga Solanaceae. Ubi kentang, tomato, terung dan serbuk lada juga termasuk dalam golongan ini. Spesis wolfberry kini ditanam di banyak daerah. Bagaimanapun, hanya di negara Cina, penanamannya dibuat secara komersial.

Buah beri ini juga dikenali sebagai Wolfberry Cina, beri goji, barbary matrimony vine, bocksrlont, pokok the Duke of Argyll atau matrimony vine. Nama-nama lain adalah goji Tibetan dan goji Himalayan, kedua-duanya sering diguna dalam memasarkan produk-produk makanan kesihatan.

Khasiat Perubatan

Goji telah lama memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat daripada buah ini dipercayai, antaranya dapat mempertingkatkan funggsi sistem imun, memperbaiki penglihatan,
melindungi hati, menambah penghasilan spenna dan memperbaiki peredaran darah.

Dalam perubatan tradisional Cina, goji mempunyai rasa manis dan bersifat neutral. la bertindak terhadap hati, para-paru, buah pinggang dan memperkayakan 'yin'. la boleh dimakan secara mentah, diminum sebagai jus, dibru menjadi teh herba atau disediakan sebagai tinktur. Buah beri ini juga digunakan dalam perubatan tradisional Korea, Jepun dan Tibet.

Dalam perubatan tradisional Cina, daun goji boleh diguna untuk membuat teh dan akar kulit Lvcium, bagi merawat radang (inflammatory) dan beberapa jenis penyakit kulit.

Buah goji juga mengandungi zeaxanthin, satu diet karotenoid penting yang menyerap ke dalam retinal macula lutea, di mana ia menawarkan anti-oksidan. Kajian tentang penambahan ke atas manusia menunjukkan
yang pengambilan goji setiap hari meningkatkan tahap zeaxanthin plasma.

Banyak penerbitan, terutama dari negara Cina, melaporkan tentang faedah perubatan lycitun barbarum, terutama disebabkan oleh khasiat anti-oksidannyaa, termasuk potensi faedah terhadap penyakit
kardiovaskular dan radang (inflammatory), penyakit berkenaan penglihatan (seperti macular degeneration dan glaucoma yang berkaitan dengan umur, mempunyai khasiat perlindungan neuro atau sebagai agen anti-kanser dan imuno-modulatory.

Masakan
Sebagai makanan, goji kering secara tradisi dimasak sebelum dimakan. la selalunya ditambah ke dalam nasi kanji, sup, dengan campuran ayam atau daging, sayuran serta lain-lain herba seperti keladi dan akar
likuoris.

Buah beri mi juga direbus sebagai teh herba, selalunya bersama bunga kekwa dan jujub merah. Pucuk dan daunnya juga ditanam secara komersial sebagai sayuran.

Di Barat, goji kering dimakan 'terus ke mulut sebagai snek, sama seperti kita memakan kismis atau buah-buahan kering yang lain. Rasanya seakan-akan tomato dan sama seperti buah kurma, `cranberries' kering atau kismis. Ia juga selalu diguna dalam makanan diet mentah