Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 4 Februari 2009

Sehari Dua sebelum Aziq dibedah 2 (Singgahsana)

"Ayah ini asyik baring sahaja, lepas makan tidur... lepas makan tidur!" Azim membebel

"Mata mengantuklah Azim, bukan ayah sengaja buat-buat mengantuk"

"Ayah yang tak mahu bersenam, aktiflah sikit... jangan malas-malaskan badan tu... " Aziq menyampuk.

"Sudah tua-tua bila ayah dah ada penyakit memang macam inilah badan kita! " Aku cuba menangkis serangan dua cahayamata ini. Selalunya Mila yang banyak membebel bab aku bermalas-malas ini.

Aku teringat Kak Kencoon. Sakit macam aku yang mengadu asyik mengantuk. Pantang kenyang perut terlelaplah.

"Bila Azim & Aziq dah setua ayah dapat sakit macam ini; barulah Aziq tahu; nak bangun pun rasa malas sangat. Semua sendi-sendi rasa bagaikan sakit & sengal; tak larat nak bangun. Baring lebih selesa!" Aku cuba menerangkan. Mila di dapur dengar tak dengar sahaja bualan aku & anak-anak di anjung.

Malam itu aku tidur nyenyak sungguh. Langsung tak perasan Aziq kena serang sakit perutnya. Bila sedar pagi tenguk Aziq tak pergi sekolah aku mula gusar.

"Sejak pukul 3:00 pagi ayah Aziq sakit!"

"Kenapa tak kejut ayah!.."

"Dak kasi tahu ibu... dia malas mahu kacau ayah tidur!"

"Masalah sakit jangan ditangguh-tangguh angah!. Emmm! mana iyer ada klinik panel UPM 24 di Kajang" Aku lihat jam di dinding dah sekitar jam 7:15 pagi "Habis tu dah pagi ni. ibunya nak bawa angah ke klinik mana?"

"Angah tak pasti.." Nampak sakit sangat di sofa depan kejap terbaring, kejap tertonggeng.

"Ikut ayah kerjalah, jam 8:00pagi PKupm tu dah buka..!" Aku berkemas-kemas, hantar Azim seawalnya lagipun dia ada kelas tambahan pagi.

Teringat semasa Mila di Pulau Carey, aku sering sendirian ke Wad Kecemasan Kajang. Sakit dalaman ini bukan mainan. Jika bisul tahu sakitnya, jika luka boleh dibalut, jika payah boleh disimen taklah risau sangat. Sakit dalaman huh! tahu-tahu akan merebak!.

Sekitar 8:15 pagi kami dah sampai, aku berkejar ke ofis cop jari dan kembali ke PKupm. Dah agak Aziq dimasukan ke Wad Kecemasan. Katil yang aku terlantar ketakutan. Asyik terbayang keranda yang dijunjung. Aku masih ingat ketika itu aku sendirian menanggung sakit batu karang dalam buah pinggang. Sekarang Aziq pula menerima ujian Ilahi, tapi ada ibunya di sebelah ada aku di luar wad. Dan tak sangka jumpa Kak Nor orang kampungku yang sama buat ujian darah. Sempat dia melawat Aziq yang sakit tak sembuh-sembuh.

Aziq lebih cepat dibedah berbanding aku; sampai kini sakitnya masih tak boleh dikesan. Sesekali urinenya masih berdarah. Bila discan nampak okey sahaja buah pinggangku.
Posted on 4.2.2009 at 7:47 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan