Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 5 Februari 2009

Sampul surat berpeluru dihantar ke balai polis (Ceritera)

SUBANG JAYA: Terkejut selepas menerima surat yang ditulis perkataan ‘mati’ diluar sampul, seorang lelaki membawa surat berkenaan ke balai polis kerana khuatir dengan kandungannya dalam satu kejadian di Taman Bukit Serdang, kelmarin.

Telahan lelaki terbabit ternyata benar apabila surat berkenaan dibuka polis, dia tergamam apabila mendapati sebutir peluru hidup dalam surat bersampul kuning itu.

Difahamkan, lelaki itu yang bekerja di sebuah restoran pada mulanya membuka peti surat di rumahnya jam 11 pagi sebelum mendapati ada tertulis perkataan mati dalam Bahasa Melayu dan Cina di sampul surat terbabit.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun itu membuat laporan di balai Polis Sri Kembangan.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang berkahwin dan mempunyai seorang anak itu tidak mempunyai musuh dan tidak pernah meminjam wang daripada along,” katanya.

Harian Metro

iDAN: Amat menakutkan jika seharian kita bagaikan diintip & bakal dibunuh.

Posted on 5.2.2009 at 3:40 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan